CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17201|Reply: 264

Suami Isteri Maki Guard, Marah Tak Tolong Jaga Anak

  [Copy link]
Post time 1-11-2021 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kawasan perumahan didakwa dimarahi dengan kata-kata kesat oleh seorang lelaki akibat menolak untuk menjaga anak mereka.


Dipercayai lelaki tersebut berang kerana pengawal keselamatan di kawasan itu tidak menjaga anaknya yang ditinggalkan di pos pengawal keselamatan kerana meronda kawasan perumahan itu.








Menerusi perkongsian video oleh @Dobetter4Malaysia di laman sosial Facebook semalam, lelaki tersebut didakwa bertindak sedemikian kerana disebabkan kecuaian sendiri yang meninggalkan anaknya di pos keselamatan.


Berdasarkan video berdurasi 2 minit 16 saat di Facebook, lelaki tersebut memaki hamun dan bertindak mengugut untuk membuat laporan polis kerana pengawal keselamatan menegur akan perbuatannya itu.


Susulan perkongsian video itu, rata-rata orang ramai berasa marah akan tindakan ibu bapa tersebut kerana tidak berfikir panjang dengan meninggalkan anak mereka di pos pengawal.


“Kepimpinan melalui teladan, anak bagaikan kain putih untuk ibu dan ayah mewarnai, bagi mereka terutamanya di usia yang masih muda, setiap tingkah laku ibu dan ayah itu adalah betul dan berlandaskan ajaran agama,” kata Lua Ping.


“Pengawal itu di bayar gaji untuk jaga kawasan bukan untuk jaga anak orang, anak dengan isteri pun dia tinggalkan sebab nak kerja, ini kau pula yang lebih-lebih nak suruh dia jaga” jelas Kamarul Ariffin.


“Pengawal itu jalankan tugas untuk menjaga keselamatan persekitaran bangunan dan penduduk bukan tugas menjaga anak awak, kita sebagai ibu bapa harus bertanggungjawab atas anak sendiri,” ujar Siti Aishah.


Pihak pengurusan di kawasan itu dipercayai telah membuat laporan polis dan mengeluarkan satu poster memaklumkan seorang penyewa telah memaki hamun pengawal keselamatan serta membuat ugutan selain cubaan melakukan kekasaran fizikal pada pengawal tersebut. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2021 03:43 PM | Show all posts
pekat betul bodohnya..
tak dicampur dengan air..
dah la duduk menyewa je..
acah macam dia owner pulak nak arah-arah sekuriti..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 03:46 PM | Show all posts
Org mcm ni mesti tak cucuk vaksin dia jeeeee yg betul mcm ritrud
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 04:02 PM | Show all posts
tak kan tak terpikir langsung yang bukan kerja guard untuk jaga anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
semakin ramai yg rosak mental nya
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti sblm ni dok flat pprt, dpt dok apartment, rasa kayangan.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk gila laki bini tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 04:26 PM | Show all posts
Boleh pulak dia tinggalkan anak perempuan dia dgn guard yg dia kenal entah tidak.  Kalau budak tu hilang sekali dengan guard tu apa nak kata.  Setakat pergi laundrymat sorang je pergi tak boleh ke, tak pun bawak je budak tu tunggu dalam kereta dengan either parent.  Tak pun kau beli je la mesin semi auto kalau tak mampu yg auto, habis cerita.

Beku betul otak laki bini ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila ke? Tinggalkan anak dgn security guard? Yg budak perempuan kena bunuh & perkosa kat Johor dulu dgn security guard lah juga. Bodohnya mak pak ni, senang agaknya dapat anak tu yg ditinggalkan je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
gitu la laki bini bodoh ni
kut anak ko kene rogol ke hapa kang ko salahkan guard jugak
aku tgk video dia maki hamun smlm,brader yg amik video tu body besar gak.tak berani lak ko pi pukul brader tu ya...acah2 berani je nk maki hamun guard
bini dia pun sama bodoh.eh tolongla name and shame mangkuk 2 ekor lakibini bahlul ni.biar majikan depa tahu and bleh la depa buang keje 2 ekor ni.sbb ada anak pun taknak jaga..tp pi pass kat pak guard suruh jaga
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamboi, ko ingat guard tu bodigard peribadi ko yg ko gajikan tiap bulan siap nak arah2 dia jaga anak ko bagai... Kalau tak leh jaga, jgnla bawak anak tu keluar, tinggal ngn bini kat umah. Kesian guard tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 04:36 PM | Show all posts
apa ke bende la mak bapak gini
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 04:37 PM | Show all posts
epal21 replied at 1-11-2021 04:30 PM
Gila ke? Tinggalkan anak dgn security guard? Yg budak perempuan kena bunuh & perkosa kat Johor dulu  ...

Iols tengok bini dia tu alahai dengan gaya2 dia tu.  Mau nya iol bagi pelempang nak menyedarkan diri dia tu.  Patutnya dia la lagi takut nak tinggalkan anak with strangers ini dia pula naik sama.  Cara pakaian macam indons.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fortiori13 at 1-11-2021 08:41 AM
epal21 replied at 1-11-2021 08:30 AM
Gila ke? Tinggalkan anak dgn security guard? Yg budak perempuan kena bunuh & perkosa kat Johor dulu  ...


Kan sis, tak pikirkan keselamatan anak langsung. Even kalau bukan guard tu pun, ramai je org jahat yg nak amek kesempatan kat budak2 ni kan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 1-11-2021 08:37 AM
Iols tengok bini dia tu alahai dengan gaya2 dia tu.  Mau nya iol bagi pelempang nak menyedarkan di ...

Bininya pun sekali menambah garam ya... Harap guard tu pi report polis, biar padan muka dorang laki bini ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekat,likat,xtambah air dah. Pure original stupidity.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2021 04:54 PM | Show all posts
Bodohnya laki bini ni nak tinggal anak perempuan kat guard? Ko tak sekolah ke? Tak baca berapa banyak kes budak perempuan kena rogol, kena bunuh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini die siap melalak kat twitter menegakkan benang yg basah...bangga sgt tunjuk bodoh pekat tu kat org ramai...sejak bila maintenance fee termasuk fee guard jaga anak kau la bebal... ni la sejenis parent tau buat anak tp parenting skill xde...org kawin beranak, kau pun nak tp bingai...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 05:35 PM | Show all posts
tupai replied at 1-11-2021 05:10 PM
Bini die siap melalak kat twitter menegakkan benang yg basah...bangga sgt tunjuk bodoh pekat tu kat  ...

omg serious ke dia kata maintance fee termasuk guard jaga anak?  ni gua mana derang keluar ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 05:36 PM | Show all posts
ni mesti jenis tak sekolah dah blh agak tahap pemikiran jenis mcm mana
payah bercakap dgn org jenis bodoh tak nak dengar cakap org ni
mesti dia je yg betul org lain salah belaka
gi duduk dlm hutan lah tak payah bercampur dgn org
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.543708 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list