View: 2911|Reply: 21
|
Nak Bantu Mangsa Kemalangan, Wanita Maut Dirempuh Kereta
[Copy link]
|
|
Balik Pulau: "Jika saya meninggal dunia, siapalah yang akan bantu buat semua kerja rumah ni." Demikian kata-kata Allahyarhamah Suhaila Zainol Abidin, 45, yang meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kenderaan ketika cuba membantu mangsa kemalangan di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas.
Dalam kejadian 11.26 malam itu, Allahyarhamah Suhaila bersama adik iparnya, Fatimah Mahmud, 41, cuba membantu penunggang motosikal yang terbabit kemalangan sebelum dirempuh sebuah kenderaan.
Suaminya, Norazmie Abdul Rahim, 43, berkata, Suhaila turut berulang kali berpesan kepada dua anak, Normuhammad Afiq, 15, dan Normuhaini Afiqa Husna, 9, supaya tidak meninggalkan solat.
Foto: Harian Metro
Menurutnya, Suhaila dikenali oleh penduduk setempat sebagai seorang yang suka membantu dan sering terbabit dengan kerja amal.
Katanya, biarpun dia isteri kedua, namun hubungannya dengan madu sangat akrab, begitu juga dengan dua lagi anak tirinya.
"Ketika itu, arwah berkata dalam nada bergurau, namun tidak sangka kini dia benar-benar meninggalkan kami.
"Jenazah dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Balik Pulau berdekatan dengan rumah kami di Taman Genting, Mas, di sini, selepas proses bedah siasat selesai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Norazmie berkata, Suhaila dan Fatimah baru pulang dari Baling, Kedah, menjenguk bapanya yang mengidap penyakit kanser.
Dia berkata, disebabkan Perodua Kelisa yang dinaiki mereka melebihi kapasiti penumpang, Norazemi menunggang motosikal secara berasingan.
Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, Suhaila memberhentikan kereta yang dipandu kerana mendakwa mempunyai masalah dan pada masa sama, sebuah motosikal dilihat terbabas berhampiran jalan raya.
"Melihat keadaan itu, Suhaila dan Fatimah bergegas membantu penunggang motosikal berkenaan. Tiba-tiba sebuah kereta merempuh mereka bertiga dan ia berlaku sekelip mata," katanya yang bekerja sebagai mekanik.
Dalam kejadian itu, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun terbabas lalu merempuh penunggang motosikal, Faizal Abu Bakar, 33, Suhaila dan Fatimah.
Faizal dan Suhaila maut dalam kemalangan itu manakala pemandu kereta dan Fatimah cedera.
Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..semoga dirahmati Allah atas segala kebaikannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam baca berita ni kat ig tapi macam xboleh nak faham situasi. Now baru faham.
Memang kereta arwah rosak tu asbab je ye. Allahuakbar. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yg beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah buat keluarga arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainna ilaihiroji'un. Takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihiroji'un... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...takziah kpd keluarga arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kali jd mcm ni. Betul dah takdir. Tp boleh tak ambik iktibar |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 1-11-2021 11:48 AM
Banyak kali jd mcm ni. Betul dah takdir. Tp boleh tak ambik iktibar
Be sure that you are in a safe situation, before you can save others...antara iktibarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah, semoga keluarga waris dipermudahkan segala urusan dan roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang yang solleh. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah kpd keluarga
inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
semoga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Allahumma firlaha, warhamha, wa'afiha, wa'fuanha |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Tgk fb arwah, rajin arwah buat keje volunteer bantu org sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah dan takziah kepada keluarga... baca lokasi di pulau pinang hati iols terdetik mesti yang rempuh tu bawak laju... belum pernah lagi jumpaaa keta di pp tu bawak macam siput herlokkk... semua kalau boleh dengan orang sekali nak di langgar... dan satu lagi mungkin blindspot sebab bangunan dekat pp tu kan rapat2 dan jalan kecik je... memang kona je tak nampak apa2 terus boleh terlanggar orang... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainna ilaihiroji'un
Semoga roh nya ditempatkan dengan org2 beriman.. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainna ilaihiroji’un. takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengajaran dari kejadian ni: Utamakan keselamatan diri kita dulu sebelum kita nak tolong orang. Kalau dekat kawasan bahaya, takyah berhenti untuk tolong. Call je pihak berkuasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|