CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1461|Reply: 1

[Borneo] [ informasi ] 3 Langkah Mudah Penjaja Kecil Boleh Setup Kod QR DuitNow

[Copy link]
Post time 31-10-2021 06:51 AM | Show all posts |Read mode
Ini 3 Langkah Mudah Penjaja Kecil Boleh Setup Kod QR DuitNow Untuk Pelanggan Yang Selalu Tak Bawa ‘Cash’. Pernah atau tidak, anda terlintas melihat penjaja kecil di tepi jalan yang menjual makanan dan minuman yang sedap tetapi rasa ‘turn-off’ sebab tak ada duit tunai? Perkara ini bukan lagi sesuatu yang janggal malah hampir kebanyakan orang pada zaman sekarang sudah mengamalkan gaya hidup ‘cashless’ di samping untuk mengurangkan sentuhan, lebih-lebih lagi di musim pandemik.

Bagi penjaja pula, tentunya ini adalah satu kerugian kerana pelanggan tidak jadi membeli jualan anda hanya kerana anda tidak menyediakan kaedah pembayaran selain menggunakan wang tunai. Jadi, apa solusi untuk masalah ini?
Tambah DuitNow QR Pay sebagai satu lagi kaedah pembayaran selain tunai

Tahukah anda bahawa anda boleh memanfaatkan kod QR Duit Now sebagai kaedah pembayaran dalam talian anda?

Untuk pengetahuan anda, DuitNow QR ini merupakan standard nasional QR Malaysia yang ditubuhkan oleh Paynet di bawah Bank Negara Malaysia (BNM’s Interoperable Credit Transfer Framework). Pendek kata, ia merupakan kod QR standard di Malaysia yang boleh menerima bayaran daripada mana-mana bank atau e-wallet yang turut serta dalam sistem ini.

Kod QR Duit Now ini boleh didapatkan menerusi aplikasi mudah alih perbankan di Malaysia seperti CIMB Click, Maybank2U, MAE dan sebagainya. Kemudian, cetak dan pamerkan di hadapan meja jualan. Kod QR ini adalah unik untuk bank akaun yang anda gunakan untuk menerima transaksi penjualan. Tapi jangan sampai salah pamer kod pula. Masuk akaun orang lain pula nanti.

Dalam artikel kali ini, kami ingin menunjukkan kepada anda terutamanya penjaja kecil tepi jalan bagaimana mahu meningkatkan jualan dan menarik lebih ramai pelanggan dengan mewujudkan kaedah pembayaran kod QR ini. Mudah saja bah!
Untuk penjaja yang menggunakan CIMB Click :

1. Buka aplikasi CIMB Click anda. Tekan pada pilihan “DuitNow QR”
2. Kemudian, tekan pada pilihan “Receive” di sebelah kanan bawah aplikasi.
3. Kod QR Duit Now akan tertera serta merta. Ambil gambar tangkap layar (screenshot) dan cetak. Kalau nak lagi cantik, bingkaikan dan letakkan pada meja jualan anda agar pengguna dapat membayar secara terus dari aplikasi perbankan mereka!

Untuk penjaja yang menggunakan Maybank2U :

1. Caranya lebih kurang sama seperti CIMB Click. Buka aplikasi Maybank2U dan tekan pada pilihan “QRPAY”.
2. Tekan pada pilihan “Receive”.
3. Ambil tangkap layar dan cetak! Kemudian, pamerkan di meja jualan anda. Semudah itu jer...

Langkah yang sama juga boleh anda cari tahu di aplikasi perbankan dalam talian yang lain kerana DuitNow ini sememangnya digunapakai oleh kebanyakan bank di Malaysia. Cari pilihan “QRPay” atau “DuitNow QR”. Haa, itulah tu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2021 07:01 AM | Show all posts
Panduan untuk pelanggan yang ingin membayar menggunakan QR DuitNow

Semestinya ini adalah satu berita yang sangat menggembirakan pengguna tegar aplikasi pembayaran dalam talian atau ‘cashless’. Untuk membayar menggunakan kaedah ini, anda hanya perlu membuka aplikasi perbankan pilihan anda, cari pembayaran QR (QRPay) dan imbas kod QR jualan. Bukan setakat boleh bayar dari aplikasi perbankan, anda juga boleh bayar menggunakan aplikasi GrabPay, ShopeePay, Boost, atau Touch ‘N Go e-Wallet!

Anda semestinya tidak perlu risau sekiranya tiada bank yang sama dengan penjual kerana kod QR ini boleh diguna pakai untuk transaksi yang melibatkan dua bank atau aplikasi yang berbeza. Gempak kan?

Beginilah rupa jika stall atau kedai kecil anda mengguna pakai kaedah pembayaran DuitNow QR Pay selain pilihan menggunakan tunai.



credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.239291 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list