CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1130|Reply: 0

[Borneo] Mulai 1 November Pembaharuan lesen kenderaan di Puspakom Sabah, Sarawak

[Copy link]
Post time 30-10-2021 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 30-10-2021 11:30 AM

Pembaharuan lesen kenderaan diperluas di PUSPAKOM Sabah, Sarawak mulai 1 November


KUCHING: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan memperluaskan inisiatif urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) di semua 14 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di seluruh Sabah dan Sarawak mulai Isnin ini (1 November).

Menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini, urusniaga pembaharuan LKM ini melibatkan kenderaan motokar dan motosikal persendirian (kecuali kenderaan e-hailing) dan kenderaan barangan dengan berat 7,500 kilogram (Kg) ke bawah.

"Pada amnya, inisiatif pembaharuan LKM (cukai jalan) ini telah mula dilaksanakan di Semenanjung semenjak 2020 lalu yang melibatkan kenderaan dan kenderaan barangan dengan berat 7,500 kg ke bawah.

"Manakala, pada September dan Oktober lalu, inisiatif pembaharuan LKM ini telah diperluaskan pula kepada kenderaan motokar dan motosikal persendirian," kata MOT.

Justeru, untuk maklumat lanjut berhubung perkhidmatan tersebut, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PUSPAKOM 03-5101 7000, e-mel customerservice@puspakom.com.my, mesej peribadi di Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau Live Chat melalui laman sesawang PUSPAKOM www.puspakom.com.my.

Pada masa sama, MOT berharap inisiatif itu akan dapat meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kerajaan dan memudahkan rakyat mendapat akses perkhidmatan yang lebih meluas, bersifat mesra pelanggan dan mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga.

"Jabatan Pengankutan Jalan (JPj) dan pihak PUSPAKOM akan sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat di negara ini," ujarnya.



utusanborneo.com.my/2021/10/30



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.071962 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list