CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2602|Reply: 8

BeauTyra lancar Constellation Kisses Matte kolaborasi bersama Cupcake Aisyah

  [Copy link]
Post time 29-10-2021 11:14 AM | Show all posts |Read mode
BeauTyra lancar Constellation Kisses Matte kolaborasi bersama Cupcake Aisyah


Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran produk kecantikan edisi khas BeauTyra oleh Tyra Kamaruzaman (tengah) ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR: BeauTyra dengan kolaborasi Youtuber Cupcake Aisyah melancarkan produk kecantikan edisi khas dan terhad dalam majlis peribadi iaitu gincu dengan nama Beautyra x Cupcake Aisyah Constellation Kisses Matte, hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengasas BeauTyra, Tyra Kamaruzaman berkata, kebanyakan idea datang daripada Aisyah sendiri kerana mereka mahu menghasilkan sesuatu yang disukai dan mengikut pilihannya.

Beliau berkata, Aisyah merupakan rakan kolaborasi pertama jenamanya dan dia ingin merealisasikan impiannya yang ingin mempunyai produk kecantikan tersendiri.

Sementara itu, Aisyah menyambut baik kolaborasi tersebut dan menganggap bagai mimpi menjadi nyata.

“Sudah lama saya mengimpikan untuk menghasilkan produk kecantikan tersendiri, dan apabila Tyra menemui saya berkaitan hal tersebut, saya sangat gembira dan tanpa banyak fikir saya bersetuju,” katanya dalam majlis pelancaran tersebut.

Jenama itu melancarkan tiga jenis gincu iaitu Liquid Lipstick Stargazing, Day Dreaming, Mooonlight and Starstruck dengan harga RM45.

Sungguhpun jenama itu terkenal dalam kalangan remaja namun sebenarnya ia tersedia untuk semua golongan usia.

“Produk tersebut sesuai digunakan untuk semua tanpa mengira warna kulit bagi menghargai kecantikan dan kepelbagaian rakyat Malaysia,” kata Tyra.

Sebelum mengakhiri bicara petang itu Tyra berkata, dia mempunyai perancangan untuk membuat lebih banyak perniagaan pada masa akan datang.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cupcake Aisyah sendiri.

sUMBER:https://www.utusan.com.my/gaya/2 ... ama-cupcake-aisyah/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tokti nampak mcm 50an ??
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkeraknya lutut!!! Tak sempat scrub ke nak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 30-10-2021 02:23 PM
Berkeraknya lutut!!! Tak sempat scrub ke nak?

Lol. Dia ni kurus tp peha dan betis gang janna dan azira depam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mestilah tokti ada dah semua tu produk simplisiti pun.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 30-10-2021 03:23 PM
Berkeraknya lutut!!! Tak sempat scrub ke nak?

Nanti dia jual body scrub pulak hahaha..adoi it was the first thing i saw too..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2021 09:13 AM | Show all posts
Tyra ni sebab lawa je jadi jutawan semua orang beli barang dia. Untung jadi lawo yer semua rezeki lancor je

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 03:29 PM | Show all posts
Suka Tyra ni....hardworkinglah..build her own biz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2021 04:50 PM | Show all posts
iols da tengok utube si cupcake ni. tp sorry, iols tak nampak apa content yg best sangat... maybe sbb iols bukan bbnu kot.. da kertu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.063814 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list