View: 1410|Reply: 8
|
Lelaki 80 Tahun Dipenjara Sebab Miliki Dadah, Isteri 70 Tahun Lepas Tanpa Bebas
[Copy link]
|
|
Tawau: Seorang lelaki warga emas dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan memiliki 30.75 gram Methamphetamine tahun lalu.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membuat keputusan itu selepas tertuduh, Hashim Sahipa, 80, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan pindaan, dia bersama isterinya Roaina Ali, 70, didakwa memiliki dadah berkenaan di sebuah rumah atas air tidak bernombor di Kampung Batu, Semporna, jam 4 petang, 17 Disember 2020.
 Foto: Awani
Sehubungan itu, pasangan warga Filipina itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang lima tahun dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan.
Dalam pendakwaan tersebut, Hashim mengaku memiliki dadah berkenaan, manakala Roaina tidak mengaku bersalah.
Hashim dalam pengakuannya memaklumkan kepada mahkamah bahawa dadah itu miliknya dan tidak ada kaitan dengan Roaina.
Hakim kemudian membuat keputusan Roaina dilepaskan tanpa dibebaskan.
Sebelum ini, pasangan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan selepas pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menemui 57.04 gram hablur putih dipercayai Methamphetamine dalam serbuan di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, pendakwaan menukar pertuduhan mengikut Seksyen 39A(2) selepas laporan kimia mendapati berat sebenar Methamphetamine yang dirampas adalah 30.75 gram.
Awang Kerisnada dalam penghakimannya berkata, tanpa mengira usia tua atau muda, perbuatan tertuduh memiliki dan mengedar dadah adalah salah dan hukuman sewajarnya dijatuhkan ke atas tertuduh sebagai pangajaran kepada semua pihak termasuk dia sendiri.
Bagaimanapun, katanya mahkamah mempertimbangkan tidak mengenakan hukuman sebatan mengambil kira faktor usia dan kesihatan tertuduh.
Roaina seterusnya akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen atas kesalahan tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Moh Suahimi Suriana manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -CARI
Sumber: Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Macam filem yang Clint Eastwood tu berlakon. Guna orang tua untuk smuggle dadah. Orang tak expect so dia jadi smuggler paling successful |
|
|
|
|
|
|
|
Huntong lah tak payah bayar nursing home. Not a bad idea. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 28-10-2021 09:06 AM
Huntong lah tak payah bayar nursing home. Not a bad idea.
Dok , yg dimaksudkan lepas tanpa bebas ada sama macam bergantung tak bertali kewww? |
|
|
|
|
|
|
|
penghujung hidup 2 org tua.. ada ank tak |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah .speechless...mungkin sbb terdesak kot time covid ni xde income... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:42 PM
supermum: Macam filem yang Clint Eastwoo ...
.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:41 PM
Decaffeinated: Huntong lah tak payah bayar nu ...
........... |
|
|
|
|
|
|
| |
|