CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1049|Reply: 1

[Tempatan] Konversi Unilateral tetap x sah.... Mahkamah kata

[Copy link]
Post time 27-10-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mahkamah kekalkan pembatalan penukaran agama Islam dua kanak-kanak
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Oct 27, 2021 11:31 AM

Dikemaskini: 11:35 AM
ADS
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah tinggi yang membatalkan penukaran agama Islam dua kanak-kanak yang terbabit dalam perebutan antara bapa mereka yang beragama Buddha dan ibu yang memeluk Islam.

Panel tiga hakim, yang dipengerusikan oleh hakim Mahkamah Rayuan Kamaludin Md Said Nordin, sebulat suara menolak rayuan ibu dan Pendaftar Muallaf Wilayah Persekutuan.

Peguam bapanya, Honey Tan mengesahkan keputusan pendengaran rayuan hari ini. Panel hakim lain yang bersidang sama hari ini ialah hakim Mahkamah Rayuan S Nantha Balan dan Nordin Hassan.

“Dua rayuan itu ditolak. Jadi anak-anak kekal beragama Buddha

“CoA (Mahkamah Rayuan) pada asasnya berpendapat bahawa mereka terikat dengan keputusan FC (Mahkamah Persekutuan) dalam kes M Indira Gandhi, iaitu kedua-dua ibu bapa mesti bersetuju sebelum anak-anak boleh memeluk agama Islam,” kata Tan.

Tan merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan 2018 yang menyebut bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk menukar agama anak-anak dalam kes guru tadika Indira Gandhi lawan bekas suaminya, serta mualaf Muhammad Riduan Abdullah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Terobek

Mahkamah rayuan berikan hak penjagaan kanak-kanak kepada bapa penganut Buddha
Bernama
September 14, 2018 21:42 MYT
Mahkamah rayuan berikan hak penjagaan kanak-kanak kepada bapa penganut Buddha
Mahkamah Rayuan memandang kelakuan ibu kepada kanak-kanak itu menukarkan agama anak-anak itu kepada Islam dan tindakannya sendiri tidak dibuat berdasarkan apa yang terbaik untuk kanak-kanak itu. - Gambar hiasan
Mahkamah Rayuan memberikan hak penjagaan penuh dua kanak-kanak yang di-Islamkan semasa dijaga oleh ibu mereka, kepada bapa mereka yang beragama Buddha.
Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan pada Khamis membenarkan rayuan ahli perniagaan itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memberikan hak penjagaan kepada ibu kanak-kanak berkenaan yang memeluk Islam.
Peguam Honey Tan Lay Ean yang mewakili bapa kanak-kanak berkenaan berkata mahkamah rayuan mendapati terdapat merit di dalam rayuan itu.
Beliau berkata bapa kanak-kanak berkenaan diberikan hak penjagaan sepenuhnya, kawalan dan jagaan ke atas anak lelakinya berusia lima tahun dan anak perempuannya berusia 10 tahun.
"Mahkamah Rayuan memandang kelakuan ibu kepada kanak-kanak itu menukarkan agama anak-anak itu kepada Islam dan tindakannya sendiri tidak dibuat berdasarkan apa yang terbaik untuk kanak-kanak itu," katanya.
Mahkamah rayuan juga memerintahkan RM30,000 yang dibayar oleh bapa kanak-kanak itu sebagai kos di Mahkamah Tinggi Shah Alam dipulangkan.
Ibu kedua-dua kanak-kanak itu menukarkan agama mereka ketika berusia lapan dan tiga tahun kepada Islam pada 11 Mei, 2016 tanpa pengetahuan dan keizinan bapa mereka.
Ibu kanak-kanak berkenaan memeluk Islam pada Disember 2015.
Nama ibu-bapa dan kanak-kanak berkenaan dirahsiakan oleh mahkamah.
Bapa kanak-kanak berkenaan turut mencabar pengislaman anak-anaknya, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan keputusan permohonan semakan kehakiman yang dimohonnya akan diketahui pada 16 Oktober depan.
Tan berkata ia adalah satu keputusan yang tepat dan berani oleh mahkamah rayuan untuk memberikan hak penjagaan sepenuhnya, kawalan dan jagaan kepada kanak-kanak Muslim itu kepada bapa mereka yang beragama Buddha.
"Ia mengingatkan bahawa prinsip penting ialah memastikan yang terbaik untuk kanak-kanak itu dalam melakukannya," katanya.
-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.078474 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list