View: 3492|Reply: 40
|
"Sedih Nampak Tua,"- Muka Ibu Mengandung Bengkak, Kendur Dan Berkedut
[Copy link]
|
|
Kota Tinggi: "Dalam hati memang sedih apabila orang tegur muka makin tua tapi saya kuatkan diri sebab fikirkan ini rezeki Allah beri selepas lapan tahun menanti," kata ibu dua anak, Nur'Ain Mohd Ali, 28.
Nur'Ain memberi reaksi itu selepas perkongsiannya mengenai perubahan yang dialaminya pada kulit mukanya ketika hamil selepas ia membengkak sehingga kelihatan menggerutu dan berkedut tular di Facebook (FB) sejak semalam.
Menurutnya, 'penangan' hamil anak kedua itu juga menyebabkan badan serta mukanya dipenuhi jerawat disebabkan peningkatan kelenjar minyak pada kulit dan perubahan hormon.
Foto: Harian Metro
Berkongsi mengenainya, Nur'Ain berkata, perubahan pada mukanya itu berlaku ketika kandungannya berusia tiga bulan.
"Mulanya dahi berkerut dan perlahan-lahan menjadi bengkak, kendur dan berkedut, bila pakai tudung pun penuh minyak di bahagian pipi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Dia bersyukur apabila suami, Zaki Izani Ramli, 37, ibu dan ibu mentuanya selalu beri kata positif sekali gus menguatkan semangat saya apabila dicemuh orang.
Menurutnya, mereka juga selalu nasihatkan supaya bersabar kerana itulah pengorbanan seorang ibu.
Foto: Harian Metro
Katanya, sebelum ini dia pernah terbaca kisah ibu hamil, Nor Sahira Dalim yang berubah wajah ketika mengandung pada tahun lalu dan tidak menyangka nasib serupa turut menimpanya.
"Masa baca kisah ibu hamil itu, saya cakap dalam hati kesiannya dekat dia dan berharap ia tidak berlaku pada saya nanti.
"Namun, siapa sangka saya pula yang terkena tetapi syukur Allah permudahkan proses bersalin Muhammad Zayn Darrish yang kini berusia empat bulan, tarikh bersalin juga cantik pada 21 Jun lalu," katanya yang menetap di sini.
Dia yang juga anak ketiga daripada lima beradik berkata, dia satu-satunya ahli keluarga yang mengalami perubahan ekstrem pada wajahnya.
"Ketika hamil anak pertama tiada pula alahan teruk cuma 'mabuk' awal-awal saja.
"Kakak juga ada mengalami perubahan hidung mengembang dan kaki bengkak tetapi itu pun berlaku pada akhir kehamilan," katanya.
Nur'Ain berkata, perkongsiannya di FB itu bukanlah bertujuan menakut-nakutkan wanita lain di luar sana sebaliknya hanya sekadar perkongsian agar mereka yang senasib turut tabah menghadapi ujian dalam fasa kehamilan yang mencabar.
"Dulu, saya tidak dibenarkan ambil apa-apa ubat untuk rawat wajah sebab takut akan menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.
"Lepas bersalin dan dua bulan pantang, saya mula makan ubat yang disarankan doktor, Alhamdulillah kini wajah sudah seperti dulu tinggal parut jerawat saja," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
dugaan ibu mengandung...
tak sama dugaan setiap kali mengandung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Beza betul rupa dia
Aku dl masa mengandung ank sulung, hidung je jd kembang |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..aku pula sepanjang mengandung mmg xda masalah sangat...takat HB rendah tu biasa la |
|
|
|
|
|
|
|
Berubah terus muka. Kalau aku pun stress tgk muka jadi camni |
|
|
|
|
|
|
|
anak buah aku ada 2 orang jadi mcm ni. dua beradik. tp tak beza sgt la muka masa mengandung tu. cuma mmg naik menggerutu, kembang mcm ni. lepas bersalin slowly surut kembang tu. cuma menggurutu mcm susah nak hilang, tp deme cover dgn mekap |
|
|
|
|
|
|
|
bini aku dulu masa hamil hidung kembang,
lepas beranak baru ok balik, |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah 1st time tgk mcm ni... alhamdulillah sis setakat hidung kembang je, itupun stress sbb ade org tegur |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 27-10-2021 01:54 PM
Pengorbanan seorang ibu sbb tu jgn suka2 nk body/face shaming perempuan lagi pulak kalau ibu hamil or yg baru bersalin ni.
Mmg ada yg sgt bertuah bila ngandung muka dia menten tirus dan glowing.
Baru2 ni senior sekolah iols bgtau baru beranak ramai la terkejut sbb tak nampak langsung perut sheols.
Orgnya kurus langsing. Pakai baju bentuk badan pun tetap tak nampak perut ntah nyorok mana baby dia.Kawan yg kerap kuar makan ngn dia pun langsung tak perasan hahah.
Hari2 muka dia cantik je takde berubah apa. Bertuah la kan tak ramai yg kekal jelita gini tp ramai yg hilang seri dan saiz pun emmm sedehh sgt
Amik masa nk dapat blk kena gigih jaga mkn n bersenam. |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss masa mengandung leher berkerak
Buruknya weiii
Seb baik pakai tudung
Blh la cover |
|
|
|
|
|
|
|
Aku time preggy yg latest ni mcm pingu. Muka naik jerawat. Skrg dlm pantg. Muka dh ok. Hari tu timbg baru turun 5kg. Byk lg nk turunkan ni. Huwaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Ada iols tengok adik ni masa kat klinik...kaki bengkak gila
Muka dia berminyak2..
Iols tanya berapa bulan
Baru 5.bulan..
Tapi.kencing manis semua takdak..
Dia bgtau nurse kata maybe hormon..
So dia takdak la pikir negatif ka.apa
Tapi tangan sokmo ada lap muka minyak cap johnson n johnson |
|
|
|
|
|
|
|
Macam limau purut
Tp aku penah jmpa org muka camni
Keras kejung mengerutu
Tp dia tk ngadung jenis kulit kematu
Dh la masam je muka dia
Takot nk tegur |
|
|
|
|
|
|
|
Nangis ku kalau kena camni
Mesti laki aku malu nk kuar dgn aku
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduhaiii. Besar dugaan dia. Beza sangat mukanya.. Kalau aku mau stress teruk ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok tarikh..posting baru....tapi macam dejavu betul la thread ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 27-10-2021 05:00 PM
Tengok tarikh..posting baru....tapi macam dejavu betul la thread ni.
Ada juga kes lain tapi tu cerita tahun lepas. Yang ni cerita tahun ni. Iols pun baru nak carut TT, nasib baca artikel dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|