View: 1697|Reply: 11
|
[Politik]
Azeez bercakap Tamil dengan gajah, Rayer diarah keluar dewan
[Copy link]
|
|
Azeez bercakap Tamil dengan gajah, Rayer diarah keluar dewan
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer. - Foto Google
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer diarahkan keluar Dewan Rakyat selepas beliau ingkar arahan untuk tidak mengganggu sesi perbahasan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan beliau keluar Dewan Rakyat selama 10 minit selepas enggan duduk dan berhenti mengganggu perbahasan Abdul Azeez apabila diminta berbuat demikian.
Abdul Azeez dalam perbahasan Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (PIndaan) 2021 menceritakan pengalamannya bercakap dengan seekor gajah yang mengganggu kawasan penduduk di Parlimennya.
Beliau menyatakan, diberitahu gajah memahami bahasa Tamil, Thai dan Myanmar menyebabkan beliau menggunakan bahasa Tamil untuk bercakap dengan gajah.
Dengan kebenaran Azhar, Abdul Azeez menunjukkan cara beliau bercakap Tamil dengan gajah berkenaan.
Tindakan Abdul Azeez itu kemudiannya mendapat bantahan Rayer yang mencelah mendakwa tindakan Abdul Azeez menghina bahasa Tamil.
Mencelah menggunakan peraturan mesyuarat, Rayer meminta Abdul Azeez menarik balik kenyataan dan memohon maaf.
Namun, Abdul Azeez menyatakan beliau tidak menghina bahasa Tamil sebaliknya bercakap bahasa itu selepas mendapat kebenaran Speaker Dewan Rakyat.
Azhar kemudiannya menyatakan beliau tidak menerima bantahan Rayer dan mempertahankan tindakan Abdul Azeez bukan menghina bahasa Tamil.
Ingkar arahan Azhar, Rayer terus bangun dan mengganggu perbahasan walaupun Azhar lebih lima kali mengarahkan beliau duduk.
Ekoran keengganan Rayer untuk duduk menyebabkan Azhar mengarahkannya keluar Dewan Rakyat untuk tempoh 10 minit.
Terdahulu, Azhar menegur Rayer yang dilihat selalu marah-marah ketika membuat bantahan.
"Saya lihat YB macam kilang marah ...mudah marah," katanya.
Azhar menjelaskan Abdul Azeez tidak menghina bahasa Tamil dan apa yang dilakukan hanyalah sekadar menceritakan pengalaman.
"Saya sudah putuskan tidak meminta beliau (Abdul Azeez) duduk, rayuan YB (Rayer) tidak diterima," katanya.
Azhar mengarahkan bentara membawa Rayer keluar dan masa 10 minit dikira ketika Ahli Parlimen Jelutong itu keluar pintu Dewan Rakyat.
Untuk rekod, ini bukan pertama kali Rayer diarah keluar Dewan Rakyat kerana beliau sering mengganggu perbahasan dan membantah arahan Speaker Dewan Rakyat.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... diarah-keluar-dewan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tuan2, puan2,
inilah level ahli paaarrrlimen (sebut denhan accent Tamil pekat) kita. |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat Malaysia bayar setiap kali lembu lembu tu masuk parliment untuk berbahas, tetapi apa yang mereka bahaskan hanyalah pasal gajah dan bahasa tamil
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 26-10-2021 10:06 PM
rakyat Malaysia bayar setiap kali lembu lembu tu masuk parliment untuk berbahas, tetapi apa yang m ...
Ah my shitty parliament members,
how can you not be the joke of the universe?
(Haiku 2 baris) |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah buka parlimen mcm monyet perangai masing2.
Cukup sepenggal dah layak dpt pencen.
|
|
|
|
|
|
|
|
Homaigodd.. Is this what we're paying their salary for? Bangang! |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah nengok bideonya tu
Xada apa2 pon yang menghina ponnnn
Dah tu kalo orang cakap bahasa melayu dengan gajah, dah gajah tu paham? Cane?
Nak kira menghina bahasa melayu jugak ke?
Dah mat saleh cakap omputeh dengan gajah dah guane pulok?
Menghina bahasa omputeh ke?
Ape bangang lah keling sekor ni
Betul lah tu tuan speaker cakap si jelutong ni kilang marah |
|
|
|
|
|
|
|
Tepi memang pun rayer nie suka Cari pasal..gamak agenda datang parlimen untuk gaduh dengan orang ..suka dapat masuk tv. |
|
|
|
|
|
|
|
apa masalah rayer tu kuat sentap
Pelik nya
|
|
|
|
|
|
|
|
xkan rayer xtau azeez tu mmg boleh cakap tamil....
adek beradek pon mau gado dlm parlimen ka.... |
|
|
|
|
|
|
|
aziz citer pasal nak tangkap gajah...susah nak tangkap gajah rupa-rupanya, puas dipujuk-pujuk si gajah tu..siap try guna 3 bahasa lagi...bahasa siam, bahasa melayu dan bahasa tamil...
sekali..si aziz ni cakap guna bahasa tamil, gajah ni pun paham bahasa..dan terus ikut cakap diorang, kiranya si gajah ni paham le bahawa dia ni nak dipindahkan..gitu...
sekali si rayer ni potong cakap si azis ni..baru nak syok2 dengar cerita gajah..dah kecoh parlimen pasal hal menghina bahasa tamil...
Kalau kita pun kan, cakap ngan binatang contohnya kucing, kita cakap bahasa apa yang kita nak cakap dan harap-harap kucing tu pun paham cakap kita kan..
kecoh le rayer..itu pun nak jadi isu kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|