CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 962|Reply: 4

[Tempatan] PGA rampas cecair vape bernilai RM89,000

[Copy link]
Post time 26-10-2021 09:22 PM | Show all posts |Read mode
PGA rampas cecair vape bernilai RM89,000


ANTARA cecair vape pelbagai perisa yang dirampas anggota PGA9 di pangkalan haram Epek, di sini, jam ,3 awal pagi tadi. FOTO IHSAN PGA9

Rantau Panjang: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 890 botol cecair vape pelbagai perisa bernilai RM89,000 di pangkalan haram Epek di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, rampasan pada jam 3 pagi itu dilakukan ketika anggota bertugas membuat sebelum menemui beberapa kotak di kawasan pangkalan berkenaan.

Katanya, anggota kemudian memeriksa kotak terbabit dan menemui botol kecil disyaki cecair vape pelbagai perisa, namun mereka menunggu selama satu jam di situ tetapi tiada yang menuntut barangan terbabit.

"Rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang sebelum diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Malaysia bagi siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Sekyen 13 (A) AktaRacun 1952," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Nor Azizan berkata, tindakan menyeludup cecair vape ke Thailand adalah kerana ia mendapat permintaan tinggi di negara itu selain nilainya yang lebih mahal berbanding di Malaysia.

"Kita juga difahamkan, Thailand adalah sebuah negara yang mengharamkan penggunaan vape di negaranya, justeru mereka juga memilih cara menyeludup masuk secara haram untuk mendapatkan bekalan.

"Penyeludup mengambil risiko dan peluang untuk membawa masuk cecair vape secara haram, namun pihak kami terus peka mengenal pasti strategi mereka agar ia dapat dibanteras sebaik mungkin," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pe-bernilai-rm89000

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 11:40 PM | Show all posts
satu utk ko...dua utk aku....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 08:45 AM | Show all posts
lupus mana tu nantiiiiiiii

mahkamah ke pendakwaan ke io ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2021 11:22 AM | Show all posts
saviour_09 replied at 27-10-2021 08:45 AM
lupus mana tu nantiiiiiiii

mahkamah ke pendakwaan ke io ke?

mcm biasa ka

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 02:58 PM | Show all posts

i cop flavour stroberi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054556 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list