CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1282|Reply: 3

TNB Potong Bekalan Elektrik Premis Judi Degil

[Copy link]
Post time 26-10-2021 07:00 AM | Show all posts |Read mode
Kedegilan pengusaha judi dalam talian beroperasi di Jalan Lebuh Pudu mengundang padah apabila bekalan elektrik di premis itu dipotong Tenaga Nasional Berhad () hari ini.


Operasi kira-kira pukul 3 petang itu dijalankan susulan daripada serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Khamis lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, pemotongan bekalan elektrik dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).




Gambar hiasan/Malay Mail




Katanya, mana-mana premis yang diputuskan bekalan tidak boleh disambungkan kepada premis itu oleh pihak pembekal atau pemegang lesen tanpa kebenaran bertulis daripada pegawai polis.


“Pemilik premis perlu mendapat kelulusan Ketua Polis Daerah untuk penyambungan semula.


“Dalam serbuan itu, seramai 17 individu termasuk dua warga asing yang juga penjaga premis turut ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Saiful Annuar berkata, ketika serbuan, pelanggan terbabit sedang bermain judi secara dalam talian menggunakan komputer riba dan.


“Polis turut merampas sembilan komputer riba, 11 , pelbagai peralatan komputer, telefon bimbit dan wang tunai RM664.


“Kesemua mereka berusia 24 hingga 61 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan diambil tindakan tuduh di mahkamah,” katanya.


Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit kegiatan melanggar undang-undang dan pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.


Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau balai polis berhampiran.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
judi & maksiat tanpa lesen ni...sukar dihapuskan...bila ada yg BERSEKONGKOL dgn pengusaha@taukenya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 10:33 AM | Show all posts
Selagi ada rasuah selagi tu le akan jadi balik. At least dokumentari 999 kat Tv3 ada bahan tiap2 minggu sampai le AJM
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 11:37 AM | Show all posts
so citer dia, bila dah berkompromi masih kekal dgn pusat perjudian.. how
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.076610 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list