CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 992|Reply: 0

[Sabah] Jangan risau dengan vaksin dos penggalak

[Copy link]
Post time 24-10-2021 08:41 PM | Show all posts |Read mode


LENGKAP: Airine merakamkan gambar kenangan setelah menerima dos penggalak.

RANAU: Orang ramai tidak perlu takut untuk menerima vaksin dos penggalak sebaliknya kemudahan berkenaan akan memberikan pelindungan daripada jangkitan COVID-19.

Seorang penerima Airine Abidin berkata, tidak dinafikan dia sendiri mempunyai rasa takut untuk menerima vaksin sejak awal permulaan diperkenalkan.

"Namun kini, setelah melihat para petugas barisan hadapan  menerima vaksin dos penggalak, saya mula rasa yakin terhadap keberkesanannya.

"Ia juga penting bagi memutuskan rantaian COVID-19 dalam kalangan masyarakat," katanya.

Airine yang bertugas sebagai Jururawat di sebuah klinik swasta pekan Ranau berkata, lebih 90 orang penerima suntikan dos penggalak telah dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini.


KENANGAN: Syahrin (duduk tengah) bersama sebahagian kakitangan Pejabat Daerah Ranau serta pegawai petugas PPV merakamkan gambar kenangan.

"Saya berasa gembira kerana sudah melengkapkan suntikan penggalak lebih awal bersama rakan-rakan yang lain selepas genap enam bulan menerima suntikan dos kedua vaksin jenis Pfizer," katanya.

Bagaimanapun katanya, vaksin dos penggalak itu bukanlah satu paksaan tetapi adalah lebih baik menerima daripada tidak mendapatkan kemudahan itu.

Katanya, walaupun sudah menerima dos penggalak, semua pihak masih wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Ranau Syahrin Samsir turut menerima suntikan dos penggalak di PPV Dewan Masyarakat di sini.


utusanborneo.com.my/2021/10/24

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.162486 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list