CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 899|Reply: 0

[Sabah] Jenazah dibawa pulang cetus kluster COVID-19

[Copy link]
Post time 23-10-2021 08:46 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Jenazah dibawa pulang ke rumah cetus Kluster Alab Senagang Tenom sehingga menyebabkan seramai 50 kes jangkitan COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kluster berkenaan merupakan jenis komuniti.

"Kes indeks adalah wanita tempatan, 37, tinggal di Kg Alab Senagang, Tenom. Kes indeks disahkan positif COVID-19 di Hospital Tenom pada 14 Oktober 2021 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam pada hari yang sama.

"Berdasarkan siasatan awal, penularan jangkitan disyaki berpunca daripada upacara pengebumian ibu mertua kepada indeks kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Pada 10 Oktober 2021, ibu mertua kes yang meninggal dunia disebabkan COVID-19 telah dibawa balik ke Kg Senagang pada 11 Oktober 2021.

Katanya, seramai 20 ahli keluarga dilaporkan berkumpul semasa jenazah dibawa pulang ke rumah kes, namun siasatan lanjut masih dijalankan. Daripada 88 saringan, 50 kes didapati positif.

Dalam pada itu katanya, sebanyak enam kes kematian dilaporkan pada 22 Oktober 2021 iaitu dua kes di Tawau dan Keningau. Manakala Ranau dan Sandakan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.


utusanborneo.com.my/2021/10/23

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055354 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list