View: 4119|Reply: 57
|
[Dunia]
Galak anak jadi transgender itu gila! – Putin
[Copy link]
|
|
Galak anak jadi transgender itu gila! – Putin
MOSCOW: Negara Barat dilihat semakin ‘gila’ dan melampau apabila golongan kanak-kanak diajar mereka boleh mengubah jantina mengikut kehendak mereka tanpa berpegang kepada lumrah hakiki.
Naratif songsang itu menerima kecaman Presiden Rusia, Vladimir Putin yang menyifatkannya sebagai perkara paling ‘mengerikan’ di benua Eropah, lapor Daily Mail.
https://www.utusan.com.my/wp-con ... sonline-600x422.jpg
PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin. – AFP
Tegas Putin, perkara itu merupakan satu jenayah kemanusiaan yang berselindung di sebalik nama dan warna bendera pelangi yang menjadi simbolik gerakan LGBT di seluruh dunia.
Usaha itu dilihat mahu meluaskan pengaruh LGBT kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mula mempelajari untuk menjadi transgender.
“Ia adalah idea yang sangat teruk apabila kanak-kanak di Barat diajar supaya lelaki boleh menjadi perempuan atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam majlis Kelab Perbincangan Antarabangsa Valdai di Sochi.
Putin sering berdepan kritikan oleh komuniti LGBT di Rusia apabila perkahwinan sesama jenis dan ‘propaganda gay’ dilarang keras di negara itu.
Menurut Putin, perkara itu hanya mengundang risiko besar merosakkan kehidupan generasi kanak-kanak pada masa depan.
“Ia adalah peristiwa paling mengerikan apabila kanak-kanak diajar sejak kecil bahawa lelaki boleh mengubah jantina perempuan dengan begitu mudah.
“Golongan itu dipaksa untuk percaya bahawa mereka mempunyai pilihan sekiranya ibu bapa menentang dan kanak-kanak dipaksa membuat keputusan yang boleh menghancurkan hidup mereka,” tegasnya.
Putin berkata, tiada mana-mana individu termasuk pakar psikologi yang akan membenarkan kanak-kanak membuat keputusan sedemikian rupa.
LGBT adalah akronim merujuk kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender.
Dalam perkembangan sama di Jepun, tinjauan mendapati sokongan membantu golongan minoriti seksual serta membenarkan dua nama keluarga dalam perkahwinan semakin meningkat dalam kalangan calon Parti Liberal Demokrat (LDP).
Tinjauan itu dilakukan oleh akhbar The Asahi Shimbun yang diketuai oleh Pakar Sains Politik, Universiti Tokyo, Prof. Masaki Taniguchi.
Kerajaan tempatan dan kumpulan orang awam dilaporkan mendesak kerajaan supaya mempromosikan hak LGBT termasuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
Tinjauan itu turut meminta pendapat calon pilihan raya sama ada akan membenarkan perkahwinan sesama jenis untuk didaftarkan menggunakan nama keluarga berbeza.
Sumber:https://www.utusan.com.my/berita ... der-itu-gila-putin/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kategori grooming la kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Abe Putin ... Kiah terpesona dgn kata2 abe ni...sungguh betul ... Semakin mengarut skrg ni... Tkut skit lagi kna kisar masuk dalam perut bumi mcm yg jadi kt Palu 2018 ... Go for it ,abe ... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan!
grooming tu tujuan untuk dipakai
Putin was talking about liberal parents or society in general
nota kaki - Putin ialah seorang komunis
|
|
|
|
|
|
|
|
Putin pun tau lgbt tu salah bertentangan dengan fitrah manusia.. bakalan lupus. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah putin dah nak jadi taliban?? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam anak Angelina ngan Brad yg girl tu, katanya dari kecik nak jadi boy..dah besar elok pulak pakai dress..saspek mak dia narcissist punya keje hasut anak. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 23-10-2021 03:56 PM
Putin pun tau lgbt tu salah bertentangan dengan fitrah manusia.. bakalan lupus.
Akak setuju jah biar golongan pelik2 ni lupus secara natural sis. Biar kami kawen sesama sendiri sis. Maknanya tak adalah kes terlahirnya spesis kami lagi dah sis. Or paling tak pun, makin berkuranglah spesis pelik sis. Biarkan kami kawen sesama sendiri sis. |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 23-10-2021 05:40 PM
Macam anak Angelina ngan Brad yg girl tu, katanya dari kecik nak jadi boy..dah besar elok pulak paka ...
Anak angkat Charlize Theron pun sama. Lantak ko la omputeh gilerrr, ko memang dah sesat pun. Ada pulak puak2 tu masuk Ted talk bagitau Al-Quran accepts lgbt. |
|
|
|
|
|
|
|
syg la pelangi dibuatnya bendera dorg..dh la i suka pelangi |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 23-10-2021 03:04 PM
bukan!
grooming tu tujuan untuk dipakai
Ya kan. Baca semula, obvious Putin complaint parents liberal sangat. Hahaha. Thank you. |
|
|
|
|
|
|
|
At this point
Kalau dunia kiamat sekarang
I just accept it.
Wp tahu kiamat itu akan datang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je yg xberapa suka tp terpaksa la ikut jg sebab dah jd mcm trend
Nnt xnpk hip, moden, liberal & ntah apa2 lg |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 23-10-2021 08:25 PM
syg la pelangi dibuatnya bendera dorg..dh la i suka pelangi
Kan..awatla pi.pilih pelangi..pilih la kelabu taik hanjing ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siti kosim tak nak ke gi maki hamun ludah putin ni sb ni dh kira violate human right dah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku sokong Putin
aku rela dikatakan kolot dan tak liberal daripada sokong LGBT
tak boleh ke puak LGBT ni
diam2 je nikmati kecelaruan identiti
janganlah tuntut hak itu ini..
|
|
|
|
|
|
|
|
trend masa kini di Hollywood, anak2 retis tetiba transgender wpun masih kecik. sama ada kebetulan atau makpak dia org cuba kelihatan cool di mata wokerati brigade.
raise your children right, ppl. keep them safe, stop projecting your stupid ass weirdness onto your kids and don't feed their delusions. |
|
|
|
|
|
|
| |
|