CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4776|Reply: 78

Bengkak Hati Akibat Makan Jamu, Ambil Suntikan Putihkan Kulit

[Copy link]
Post time 22-10-2021 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Jertih: "Saya mengaku tidak berfikir panjang ketika itu kerana hanya mahu dapatkan kulit cerah dan cantik tapi lain pula jadinya apabila penyakit yang datang," kata ibu seorang cahaya mata, Umi Hafiza Abdullah.


Umi Hafiza, 22, dari Kampung Padang Luas, di sini, mendapat perhatian di laman sosial selepas memuat naik video di TikTok menceritakan kisahnya dimasukkan ke Hospital Besut dan disahkan mengalami bengkak hati kesan pengambilan jamu serta suntikan kecantikan bagi mencerahkan badan.


Keadaan itu menyebabkan Umi Hafiza ditahan di hospital selama empat hari, dari 14 hingga 17 Oktober lalu sebelum dibenarkan pulang.


Foto: Harian Metro




"Mulanya saya mengalami sakit perut dan pergi ke klinik untuk periksa puncanya tetapi doktor sahkan ia disebabkan masalah gastrik.


"Sakit itu berlarutan selama dua minggu hingga akhirnya dimasukkan ke hospital. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati hati saya bengkak dan doktor bertanya sama ada saya ada mengambil jamu atau suntikan kecantikan.


"Saya beritahu perkara sebenar dan doktor mengesyaki penyakit dialami ada kaitannya dengan jamu dan suntikan kecantikan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Bercerita lanjut, Umi Hafiza berkata, dia mengambil suntikan kecantikan di sebuah spa berhampiran rumah pada Mac, April dan Mei lalu dengan satu sesi dalam setiap bulan.


Di samping mendapatkan kulit yang cerah dan cantik, Umi Hafiza sanggup mengambil suntikan berkenaan kerana mahu meyakinkan pelanggan membeli produk komestik dijualnya secara dalam talian.


"Bagi saya, bila kita cantik, lebih mudah untuk tarik minat orang untuk membeli jadi beranikan diri mengambil suntikan kecantikan di sebuah spa.


"Kebetulan, spa berkenaan menawarkan harga promosi iaitu RM550 bagi tiga kali suntikan, sesuai dengan kemampuan saya.


"Setengah jam selepas suntikan pertama, saya berasa loya dan muntah tetapi kakitangan spa memaklumkan ia kerana badan saya kekurangan air.


"Jadi, saya anggap ia normal dan bertambah yakin apabila nampak kesan positif iaitu kulit jadi cerah selepas mengambil suntikan kali kedua. Bagaimanapun, saya mula sangsi apabila kulit jadi gelap semula tidak lama selepas sesi ketiga," katanya.


Umi Hafiza berkata, spa berkenaan ada menawarkan untuk meneruskan pengambilan suntikan tetapi dia enggan kerana tidak yakin dengan keberkesanannya.


"Apa yang berlaku membuatkan saya serik untuk ambil lagi suntikan kecantikan malah tidak lagi makan jamu walaupun sudah mengamalkannya sejak dua tahun lalu kerana takut penyakit jadi bertambah serius.


"Kini, saya ikut saranan doktor untuk jaga pemakanan dan berpantang daripada mengambil makanan pedas serta berlemak ketika ini.


"erkongsian video di TikTok itu sekadar untuk berkongsi pengalaman sendiri dan peringatan untuk orang ramai khususnya wanita supaya elakkan mengambil suntikan kecantikan atau dapatkan dulu khidmat nasihat daripada doktor bertauliah supaya tidak menanggung derita seperti saya.


"Sedih juga apabila tengok orang lain bebas merentas negeri tetapi saya pula terpaksa duduk di rumah dan batalkan perancangan pulang ke kampung di Kemaman kerana masuk hospital," katanya yang perlu ke hospital akhir bulan ini untuk pemeriksaan darah.


Sementara itu, suaminya, Muhamad Hafiz Iqwan Mohd Hussin, 22, berkata dia tahu Umi Hafiza mengambil suntikan kecantikan berkenaan.


"Bagaimanapun, saya tidak halang kerana melihat kesungguhannya untuk nampak cantik.


"Akhirnya, dia yang merana kesan suntikan itu dan diharap perkongsiannya memberi kesedaran dan pengajaran supaya orang ramai berhati-hati," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes
Cash untuk anda.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
[em:3:][em:3:][em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanak pula sruh ptong subsidi kesihatan dkt dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 04:02 PM | Show all posts
selayaknya la..
nampak tak dia keluar produk tapi dia sendiri pun tak guna produk dia untuk cantik tapi gi spa cocok sana sini baru produk laku konon cantik sebab produk dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sajat tu elok je pulak ya...mungkin perempuan ni badan x sekuat sajat....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2021 04:06 PM | Show all posts
Bila dr selalu nasihatkan jauhi produk sampah sarap.. dengarla cakap dr..

organ dalaman bukan senang nak dapat ganti kalau dah rosak
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 22-10-2021 04:05 PM
Sajat tu elok je pulak ya...mungkin perempuan ni badan x sekuat sajat....

Pondan2 dkt malaysia ni bkn buat follow up ksihatan sgt pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
epal_putih replied at 22-10-2021 04:06 PM
Bila dr selalu nasihatkan jauhi produk sampah sarap.. dengarla cakap dr..

organ dalaman bukan senan ...

Hapuskan je subsidi kesihatan. Biar rkyat pilih dan kluarkan duit sndiri nk amek rawatan cmne
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 04:41 PM | Show all posts
Rasainnnnn.....dasar penipu!!!  Jual product kecantikan, tp sendiri tak guna, masih lagi ambik product lain demi utk lariskan product sendiri.  Puiiiiiiii......
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 04:45 PM | Show all posts
... entah entah mmg dah nak sakit .. macam lah orang yg tak ambik apa apa tak pernah ada sakit hati ...

jamu ni ... nek moyang kita dah makan dari zaman berzaman ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cait kekdahnya produk sendiri tak berkesan ke nampaknya semua pun gitu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 22-10-2021 03:53 PM
Tanak pula sruh ptong subsidi kesihatan dkt dia ni?

Tak bolehhhhh..hukuman itu untuk orang tak beksin sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
muda lg dah insecure dgn diri sendiri, siap jamu2 bagai
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lg dik oiiii…huduh sgt ke klu x cerah smpai nk kena suntik tu??
Iols baya2 ni dulu legam sbb main sukan je xda gigih nk cantik2 pn
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 05:20 PM | Show all posts
itu maknanya Tuhan tak bagi ko jual produk kosmetik ko dengan menipu yg konon2 ko cantik cerah bila menggunakan produk yang ko jual tu.. padahal ko cucuk sana sini n amik supplement / jamu / makjun lain .. syukur la sis dapat kifarah di dunia maknanya kat akhirat kelak ringan sikit hukumannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
taksub sgt dgn kulit putih...
tgk, jual produk tp tak guna produk sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu la... Niat nak tipu org kengkonon produk dia la yg buatkan dia lawa gitu.
Ha kan dah mendapat. Cash kau
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
xde malu ek mengaku cucuk bg nak putih nak cntik tp jual produk kecantikan berbekalkan muka putih sbb cucuk...x fhm aku..
kaum wanita jg jadi bodoh la...sygi buah pinggang sndiri. berbaloi ke kena dialysis sbb nak cntik
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 05:56 PM | Show all posts
tu dia tak yah tgg 5thn akan dtg..kesannya cpt dgn lambat jer kan..nak menipu tp sendiri yg terkena..kalau tak teruk mst samb lg tu sbb nak jual produk kan..apa lah jual produk tp menipu .padan lah jg kan..umur msh muda gitu..alahaii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055682 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list