CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1864|Reply: 25

[Tempatan] kih3 KPWKM jalin kerjasama dengan RichWorks

[Copy link]
Post time 22-10-2021 09:54 AM | Show all posts |Read mode




Home/Nasional/KPWKM jalin kerjasama dengan RichWorks International, bimbing usahawan wanitaNasionalpilihanKPWKM jalin kerjasama dengan RichWorks International, bimbing usahawan wanita

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjalinkan kerjasama bersama Richworks untuk membimbing usahawan wanita menerusi program Wanita Bangkit Berniaga.


Menerusi program selama tiga hari yang bermula 26 November depan, sebanyak 37 usahawan jutawan akan bergabung tenaga dan berkongsi resipi kejayaan masing-masing.


Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International), Radz Mohd berkata, sesi selama tujuh jam setiap hari secara percuma itu akan diadakan secara dalam talian.

“Kami menyasarkan seramai 20,000 wanita menyertai sesi webinar ini. Sesi pembelajaran akan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang dan secara keseluruhan peserta akan terlibat dalam enam sesi.

“Ini adalah antara cara RichWorks International membantu masyarakat terutamanya wanita kembali melihat potensi diri. Seramai 37 usahawan jutawan daripada pelbagai latar belakang yang telah terbukti berjaya akan bercakap dan berkongsi kisah unik masing-masing,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Program Wanita Bangkit Berniaga yang dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun di Ibu Pejabat Noir Health & Beauty di sini, hari ini.


Dalam majlis yang sama, Rina menyaksikan sesi menandatangani dokumen kolaborasi strategik RichWorks International bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

RichWorks International juga menandatangani kerjasama bersama sebahagian daripada 37 usahawan jutawan yang terlibat dalam program Wanita Bangkit Berniaga.

Antara lain, program yang bertemakan Tangan Yang Menghayun Buaian Boleh Menggoncang Dunia itu bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan bulanan isi rumah dan memperkasa wanita melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran.

Tambah Radz, program Wanita Bangkit Berniaga akan berkongsi teknik dan strategi betul, bagaimana mereka boleh membina bisnes yang berjaya di samping bermentor secara berterusan.


“Kami di RichWorks International mahu memberi peluang kepada wanita untuk mengenal pasti dan memaksimumkan potensi diri untuk menaik taraf hidup dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini terutama selepas ditekan pasca Covid-19.

“Kadangkala wanita ini tidak menyedari mereka sebenarnya ciptaan Allah yang luar biasa. Peranan 27 usahawan jutawan yang merupakan anak didik Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah untuk meyakinkan peserta Wanita Bangkit Berniaga untuk beroleh keyakinan diri dan meneruskan hidup berdikari melalui bisnes,” jelasnya.

Memperincikan program tersebut, Radz memberitahu, program Wanita Bangkit Berniaga menyasarkan golongan berpendapatan tinggi, golongan berpendapatan sederhana dan golongan berpendapatan rendah/terjejas.

Antara usahawan jutawan yang akan tampil memberi perkongsian dalam program Wanita Bangkit Berniaga ialah Pengasas Sabella, Siti Fatimah Abdul Samad dan suami, Nuraini Zolkepeli (Nurraysa), Kartika Wati Mohamad (Eksayvie), Eriyca Baiduri Abdul Rashid atau dikenali sebagai Madammu (Noir) dan ramai lagi.

Sementara itu, Rina dalam ucapan perasmiannya berkata, kementeriannya berhasrat menjalin kerjasama dengan RichWorks International berikutan program-program latihan dan bimbingan yang dikendalikan terbukti berhasil.

“Syarikat RichWorks International yang saya kenali ini, merupakan institusi yang membimbing dan melatih usahawan terbesar di Malaysia. Khususnya dari segi penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan.

“Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks International berjaya membantu, membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh enam hingga 24 bulan.

“Untuk itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berhasrat mahu menjalin kerjasama dengan RichWorks International agar program serupa turut dilaksanakan dalam keluarga besar kami,” kata beliau.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai melayari laman web



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri ini pun anak murid ..kenalah yakin dengan tok guru.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bodo nya
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang masa program2 bodoh mcm ni. Harap takda duit kerajaan yg dibazirkan untuk program sampah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Peserta mmglah tak bayar... Tp bill nanti kementerian yg bayar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian mmg suka jv dgn geng2 ijazah palesu, geng2 MLM, geng2 sifu syok sndiri...

Sebab geng2 tu pulak guna kabel politik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2021 07:11 PM | Show all posts
bape byklah kementerian bayar ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 08:23 PM | Show all posts
punahhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2021 08:38 PM | Show all posts
habislah......................dok jerit aku kaya aku kaya...yang hairan...gelaran dr di pertikaikan..sekarang senyap saja..dah ok ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 08:41 PM | Show all posts
nih bkn kali pertama kementerian kat kerajaan buat keje cenggini, jv dgn org2 yg memusykilkan.. apo la yg deme pikiaq nih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Gov pun rela kena scam. Kita redha je lah tgk duit kita terbang ke manusia jenis scam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi masyyukkk laaa jijang semanggg..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia dapat pojek gomen naa, makin mendonia laaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kaya la crush si @trexxxxxi
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 11:26 PM | Show all posts
dia nak ajar apa? sekadar dengar teori dan motivasi utk org meniaga je ke. baik tengok video motivasi kat youtube je.

join Tekun collab dgn Insken, terus bagi ilmu praktical utk usahawan guna medium fb, ig, tiktok, tele, whatsapp. Abis kelas terus apply. Yg mengajar pun mmg jenis guna medium tu. Free of charge.

Kelas preview pun dah pulun mcm2 ilmu coach bagi. Belum kelas advance lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Yihaaa...  Pergi class nanti leh dancing beramai2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2021 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
so kalo buat secara webinar online, adakah richwork bodo ni akan paksa semuaaa peserta2 di alam virtual tu utk buat xtvt spt menari  chicken dance,jerit AKU KAYAAAAA, nyanyi lagu Gemuruh, Standing in the eyes of the world,When u believe bagai????
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo tetibe jiran korang jerit Aku Kaya Aku Kaya bagai, sah la dia tgh attend webinar bodo ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 02:35 AM | Show all posts
Di mana ada menteri ittewwwwwww di situlah ada richwork..dulu kat kementerian luar bandar pun menteri ni jugak bawa azizan ni. Eh dorang tak tau ka isu pasal azizan ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 08:49 AM | Show all posts
hakkkkk tuihhhh!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051825 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list