CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Borneo] Mesyuarat MKMA63 setuju kembalikan status rakan sekutu Sabah dan Sarawak

[Copy link]
Post time 20-10-2021 09:30 PM | Show all posts |Read mode


MESYUARAT MKMA63: Ismail Sabri (kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat MKMA63 di Putrajaya. Turut kelihatan, Maximus (dua kanan) dan ahli tetap MKMA63.

KUALA LUMPUR: Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) bersetuju dengan cadangan pindaan pada Perkara 1 (2) dan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili berkata, keputusan itu dipersetujui semasa mesyuarat MKMA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini Isnin lepas.

Menurutnya, pindaan itu akan mentakrif semula maksud Persekutuan sebagaimana cadangan yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengetuai Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu MKMA63.

Katanya, Mesyuarat MKMA63 turut bersetuju agar cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang.

"MKMA63 akan terus membincangkan perkara-perkara tertunggak dan memastikan hak rakyat Sabah dan Sarawak dipulihkan, terutamanya melalui jawatankuasa penyelesaian masalah di bawah MKMA63," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Di samping itu jelasnya, MKMA63 turut bersetuju memberi kuasa kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan lesen menangkap ikan laut dalam.

Menurutnya, dalam mesyuarat itu juga, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengemukakan kertas cadangan memohon persetujuan dari MKMA63 untuk memberi kuasa kepada Jabatan Perikanan Negeri Sabah mengeluarkan lesen kapal dan peralatan penangkapan ikan bagi tempat penangkapan ikan di Zon C yang kini  dikendalikan oleh jabatan di peringkat Persekutuan.

Maximus berkata, pada awalnya cadangan berkenaan diajukan oleh kerajaan negeri Sabah, tetapi Majlis (MKMA63) bersetuju agar cadangan itu diperluas ke Sarawak juga.

Terdahulu ketika membentangkan cadangan itu, Wan Junaidi menjelaskan, pindaan berkenaan berbeza dengan usul yang dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

"Perbezaan utama dalam tambahan pindaan yang diusulkan ini ialah dengan mentakrifkan semula 'Persekutuan' dalam Perkara 160 (2).

"Pindaan ini akan menentukan status semua negeri di Malaysia sejajar dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, MA63 dan status setelah Singapura keluar pada 1965," jelasnya.


utusanborneo.com.my/2021/10/20

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.062072 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list