View: 9530|Reply: 144
|
Didakwa Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang, Punca Tentera Mati Ditikam Sembi
[Copy link]
|
|
Perasaan cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan kejam seorang pesara tentera yang mayatnya ditemui di kawasan semak di Bukit Sumpitan dekat Selama, kelmarin.
Mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemui dalam keadaan hampir membusuk dengan sembilan kesan tikaman pada anggota badan lelaki itu.
Difahamkan, lokasi penemuan mayat mangsa terletak di jalan pintas dari Selama ke Gerik melalui Banjaran Titwangsa dan merupakan kawasan sunyi selain jarang dilalui kenderaan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/15/113454dkzlkb2plsqlqpbt.png) Kosmo
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan pada Isnin lalu membabitkan kes seorang pesara tentera yang dilarikan secara paksa dari rumahnya di Taman Ngah Ibrahim, Taiping.
Menurut beliau, mangsa dilarikan dua individu termasuk seorang anggota tentera di hadapan rumah pada pukul 3 petang Ahad lalu.
“Ketika kejadian, kedua-dua suspek bersenjatakan besi dan memandu kereta jenis Nissan Almera.
“Bertindak atas maklumat tersebut, polis telah melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun di Taiping kelmarin dan seorang tentera berusia 34 tahun di Perlis.
“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek telah membawa polis ke sebuah kawasan di Bukit Sumpitan dan menunjukkan lokasi di mana mangsa telah dibunuh pada hari kejadian,” katanya di sini semalam.
Menurut Mior Faridalathrash, pemeriksaan pada mayat mangsa menemui sembilan kesan tikaman yang dipercayai menggunakan senjata tajam.
Katanya, lima tikaman dikesan pada bahagian belakang badan mangsa, manakala empat tikaman lagi pada bahagian hadapan.
“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari dengan mayatnya dijumpai kira-kira 60 meter dari tepi jalan di Bukit Sumpitan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Punca pembunuhan dipercayai akibat masalah cemburu di mana suspek yang juga anggota tentera menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya,” katanya.
Tambah beliau, kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam pada itu, tinjauan pemberita di pekarangan Jabatan Forensik HRPB mendapati, beberapa ahli keluarga mangsa berkumpul sementara menunggu hasil bedah siasat daripada pasukan perubatan.
Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk menemu bual isteri mangsa tidak berjaya selepas wanita berkenaan enggan ditemui.-CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macam2 kes tentera sekarang ni ye.. bunuh diri, bunuh orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bini orang tu x kena bunuh ke?..
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 15-10-2021 11:58 AM
Bini orang tu x kena bunuh ke?..
kau suka spesis kita semakin pupus kewww?
kau sorang nak hidup?
doa kheunz la yg baik baik...like semoga diberi keampunan dan dibuka pintu taubat keww...walaupun bukan bermaksud kita condone kemungkaran... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm legit ceritanya.
my friend tentera dia ckp dorang byk sgt "energy" sbb tu suka mencurang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh dua ekor tu. Tak pasal2 gelap masa depan. |
|
|
|
|
|
|
|
sibini jugak aman2 nanti menikah lain lepas skendel mati, laki masuk jail. lagi bagus kalo pencen silaki dpt kat bini. eh ke kalo kes gini auto xdpt pencen askar lgpun baru 31 suspek. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg betul cari nahas la kalau betul kacau bini org
Teringat plak kes arwah along spoon dl |
|
|
|
|
|
|
|
Mendapatlah carik pasal dengan askar |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 15-10-2021 12:38 PM
sibini jugak aman2 nanti menikah lain lepas skendel mati, laki masuk jail. lagi bagus kalo pencen si ...
Dua2 yang terlibat tu bongok. Terutamanya kawan si laki dia yang pun askar jugak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Iol plak sllu rsa hairan knpa golongan askar ni suka ada scandal & suka cri prmpuan lain sdgkn dh ada bini. Entah apa lgi yg xpuas hti tu, x thulh. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn cri laki dri golongan askar, ni mksud iol yg dh terang2an nmpk, krjanya asek nak scandal je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suspek tu msing2 stahun & 3 thun lgi tua dri iol, seram lgi mnyeramkn, dh brani bunuh org.
|
|
|
|
|
|
|
|
awanysss replied at 15-10-2021 12:11 PM
mcm legit ceritanya.
my friend tentera dia ckp dorang byk sgt "energy" sbb tu suka mencurang..
Sbb hari2 kunyah tongkat ali dlm hutan kah dis? |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 15-10-2021 01:48 PM
Iol plak sllu rsa hairan knpa golongan askar ni suka ada scandal & suka cri prmpuan lain sdgkn dh ...
dulu i ingatkan sebab pjj tapi yang duduk serumah dengan bini pun mencurang juga.. selain tu, ada juga yang mencurang masa bini tengah preggy.. pendek kata, kalau nak mencurang memang banyak alasan.. hahaha ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mnde biasa je bini curang laki curang dlm tentera nih |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 15-10-2021 01:14 PM
Mmg betul cari nahas la kalau betul kacau bini org
Teringat plak kes arwah along spoon dl
kan.. baca ni terus teringat kisah along spoon |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 15-10-2021 01:50 PM
Suspek tu msing2 stahun & 3 thun lgi tua dri iol, seram lgi mnyeramkn, dh brani bunuh org.
hati2 uols cari pasangan. mcm2 peel tak semenggah jantan skrg.
eh sorry iols tertekan report la...hanat sgguh la layout baru ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Cari psl ngan tentera kan dah mendapat.. yg bini org tu cun sgt ke pun sampai membirah dan berselingkuhan gitew? |
|
|
|
|
|
|
| |
|