|
View: 1268|Reply: 11
|
Perempuan Sanggup Menyamar Jadi Lelaki Sebab Nak Jadi Artis
[Copy link]
|
|
|
Beijing: Sanggup menyamar menjadi lelaki semata-mata mahu menyertai kumpulan muzik dianggotai remaja lelaki.
Itu kesilapan dilakukan Fu Jiayuan, 13, yang terpaksa memohon maaf kepada peminatnya.
Dia mengakui status sebenar jantinanya selepas pengguna maya mendedahkan dia sebenarnya perempuan.
 Foto: Agensi
Fu berkata, dia menipu syarikat pengurusan kumpulan popular itu kerana dia masih mentah dan tidak berfikir panjang kesannya.
Katanya, dia akan meninggalkan dunia hiburan.
"Saya minta maaf kepada semua yang menaruh kepercayaan kepada saya.
"Saya janji tidak muncul lagi dalam industri hiburan atau mana-mana platform video pada masa depan," katanya seperti dilaporkan BBC News.
Walaupun dia hanya sebahagian daripada peserta Kelab Belia YGN dan bukan ahli rasmi kumpulan itu, peminat dapat menyaksikan kemunculannya menerusi video sepanjang sesi latihan.
Ramai peminat Kelab Belia YGN rasa terhibur dengan pengakuan berkenaan dan menganggap ia bukan masalah besar.
Ada peminat membelanya dengan menyamakan tindakan remaja itu sama dengan legenda pahlawan China, Mulan.
Sementara itu, syarikat berkenaan berkata, kesilapan itu berlaku kerana sesi uji bakat dilakukan secara dalam talian disebabkan kekangan pandemik Covid-19.
"Kakitangan kami cuai semasa mengendalikan uji bakat itu. Kami akan tegas mematuhi peraturan dan undang-undang syarikat pada masa depan," katanya dalam kenyataan.
Kelab Belia YGN hanya mengambil remaja lelaki menyertai mereka dengan kebanyakan daripada mereka berusia antara 11 hingga 13 tahun. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 dunia ni. Yg lelaki nak jadi pompuan, yg pompuan nak jafi lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
acah2 heroin dalam drama la ni? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by namemysoul at 15-10-2021 04:01 PM
Skali pndg dia cam lelaki... hehehe icon kaler lain x dak ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
park shin hye 
iolss suka gak tengok movie omputeh "She's The Man" tu. nak jadi player bola
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah mcm dalam drama korea. Entah apaalaa tajuk haku dh lupaa  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika sudah minat terhadap sesuatu perkara, perkara yang diluar norma pun akan sanggup dilakukan, semoga perkara ini tidak berulang lagi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bdk ni mesti dpt sumber inspirasi watak park shin hye dlm cite he's beautipul |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Everybody deserves a great driving experience. That is the reason they bought the car in the first place. We can help you solve this problem in no time. Visit
Mobile Tyres Fitted Reading
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Everybody deserves a great driving experience. That is the reason they bought the car in the first place. We can help you solve this problem in no time. Visit | | Mobile Tyres Fitted Reading |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|