CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Borneo] Persediaan ke arah endemik

[Copy link]
Post time 15-10-2021 09:07 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Sebagai persediaan ke arah fasa endemik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menaik taraf perkhidmatan Pusat Penilaian Covid-19.

Katanya, proses naik taraf ini akan melibatkan beberapa fungsi baharu yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Ini bagi memperluaskan kebolehcapaian CAC kepada lebih ramai pesakit COVID-19 dan mereka yang disyaki dijangkiti oleh Covid-19,” katanya.

Antara inisiatif yang dilakukan ialah:

    Penambahbaikan penilaian kes Covid-19 di fasiliti Kesihatan Primer;

    Menggalakkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam menyediakan alternatif perkhidmatan CAC GP dan CAC Swasta kepada pesakit Covid-19 supaya pemantauan terhadap kuarantin di rumah dapat dilakukan dengan lebih efektif dan meluas;

    Perluasan CAC Maya (Virtual CAC) ke seluruh negara; dan

    Perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall).


Sebagai persediaan untuk mengendalikan kes-kes Covid-19 di Klinik Kesihatan, amalan kawalan infeksi yang baik akan sentiasa dipastikan bagi mengurangkan risiko jangkitan silang.

    Klinik Kesihatan akan melakukan ujian pengesahan bagi orang yang disyaki; dan

    Individu bergejala boleh tampil ke Klinik Kesihatan berdekatan bagi menjalani pemeriksaaan dan penilaian kesihatan. Ini boleh dilakukan secara walk-in mahupun temu janji klinik. Walau bagaimanapun, bagi mengurangkan kesesakan dan masa menunggu yang lama, serta mengurangkan risiko jangkitan silang, masyarakat digalakkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu;

Katanya lagi, sehingga 9 Oktober 2021, sejumlah 19,732 kes telah dipantau oleh CAC GP.

“Kini, terdapat sebanyak 1,149 buah CAC GP yang diwartakan di seluruh Malaysia, di mana 81 buah CAC GP aktif dalam menyediakan perkhidmatan pemantauan kes yang sedang menjalani isolasi di rumah,” katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.343583 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list