CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 989|Reply: 2

Timbalan menteri bakal disiasat

 Close [Copy link]
Post time 16-8-2010 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Seorang timbalan menteri bakal disiasat polis selepas satu laporandibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selaindidakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasukmembekalkan gadis di kalangan pelajar kolej. Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu PejabatPolis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarinsebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yangdilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politikterbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspekterhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.

Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepasPilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedarandadah.

  “Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.

“Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwaterbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadiskolej terutama kepada golongan VIP.

“Kandungan surat itu mendakwa timbalan menteri terbabit dikesanmenggunakan sebuah rumah sewa di Gombak untuk melakukan aktiviti haramberkenaan,” katanya.

Berdasarkan maklumat awal, surat terbabit dipercayai dihantarseorang daripada gadis yang pernah menjadi mangsa sindiket pelacuranberkenaan

Bagaimanapun semua perbuatan dikaitkan dengan suspek dilakukan di Ipohmenyebabkan pihak polis menyerahkan kes terbabit kepada polis Perakuntuk menyiasat kes berkenaan.

  Polis turut mengambil keterangan dari ahli politik yang membuat laporan berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KualaLumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, yang dihubungi mengesahkanpihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan namun enggan mengulaslanjut.

Setakat ini kes terbabit akan diserahkan kepada pihak polis IbuPejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk disiasat berikutan kesdilaporkan di negeri itu.


Kita tengok sapa yg kena.Dah tentulah dari parti pemerintah.Adakah polis akan terus buat siasatan atau sebaliknya.Adakah peguam negara akan bertindak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2010 11:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 11:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.593320 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list