CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7482|Reply: 38

adegan curi kereta di Kuala

[Copy link]
Post time 28-7-2010 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Dalam radio dan paper hari ni sibuk citer pasal kes ni, menakutkan dan jadikan iktibar le...

apa2 pun pakcik yg duk Kati tu mmg hero le, sebab mengantor bebudak tu ke IPD kualer...


ada sesiapa tahu citer lebih lanjut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 09:57 AM | Show all posts
errr...sesungguhnya Papa tak berapa nak faham la citer Makcik Yaneng ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 10:01 AM | Show all posts
Dua beradik dilarikan trauma 90 minit
Oleh Muhammad Saufi Hassan

2010/07/28


FAUZIAH SAAFIE (kiri) bersyukur dua anaknya, Siti Haida dan Nurul Fatin Farhana (kanan) ditemui semula selepas tiga penjenayah melarikan kereta bapa mereka di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor, Kuala Kangsar, malam kelmarin. TAIPING: Dua beradik perempuan menempuh 90 minit paling mencemaskan apabila tiga penjenayah melarikan kereta bapa mereka yang ditinggalkan dalam keadaan enjin masih hidup di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor, Kuala Kangsar, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam, Siti Haida Dzulkapli, 6, dan kakaknya, Nurul Fatin Farhana, 17, berada dalam kereta itu manakala bapa mereka, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, yang juga Penolong Pegawai Memerintah 50 Rejimen Askar Jurutera Diraja di Kem Bukit Higate, Kuala Lumpur serta ibu mereka, Fauziah Saafie, 41, berada dalam kedai gambar berkenaan. Tiba-tiba, tiga suspek meluru ke dalam kereta Honda Accord itu dan melarikannya bersama dua beradik berkenaan sebelum meninggalkan mereka di satu kawasan sunyi di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer dari tempat mereka dilarikan, satu setengah jam kemudian. Nurul Fatin Farhana yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, sebaik memasuki kereta, seorang daripada suspek yang duduk bersebelahannya di bangku belakang memegang kuat tangan dan mencekik lehernya sambil memberi amaran supaya tidak menjerit.

Kejadian itu berlaku begitu pantas dan saya tidak cuba melarikan diri kerana ketika itu adik sedang nyenyak tidur dan bimbang sesuatu terjadi jika saya meninggalkannya bersendirian.

Saya hanya mematuhi arahan penjenayah dan pada ketika itu perkara paling saya takuti kemungkinan dirogol, tetapi saya bersyukur tidak diperlakukan begitu, katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, dekat sini, semalam.

Nurul Fatin Farhana berkata, sebelum ditinggalkan di satu kawasan gelap dan sunyi di tepi jalan, dia ada mendengar perbualan seorang penjenayah meminta rakannya tidak meninggalkan kami dua beradik terlalu jauh.
Sebelum turun kereta, adik terjaga daripada tidur. Sebelum meninggalkan kami, penjenayah memberikan saya RM10, dua lampu picit dan kunci rumah.

Apabila keluar daripada kereta saya melihat jam 11 malam. Saya dan adik mundar mandir di kawasan itu sebelum seorang lelaki menghampiri kami dan bertanyakan apa yang berlaku sebelum menghantar kami ke balai polis berhampiran, katanya.

Nurul Fatin Farhana berkata, dalam kejadian itu, penjenayah melarikan beg tangan, telefon bimbit dan wang tunai RM300 miliknya serta alat sistem pengesanan global GPS milik bapanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan, kereta dilarikan itu ditemui di Rantau Panjang, Kelantan, awal pagi semalam.

Sementara itu, ibunya, Fauziah Saafie, 41, berkata kejadian itu memberi pengajaran kepada dirinya dan suami supaya tidak meninggalkan anak bersendirian di dalam kereta dengan enjin masih hidup
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 11:49 AM | Show all posts
moral of the stori :
jangan tinggalkan anak2 dalam kereta
nak pulak.... enjin hidup... pintu kereta tak berkunci
senang banget nak kena culik!

bangau lah!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 12:22 PM | Show all posts
morel of da stori:
jgn biarkan enjen keta hidup....bunuh dulu sbl kluar
pintu keta pasang selak cam keta mr bean n kunci

tp kalo mak bapak bangau mmg takleh wat pe la

jenayah membawa padah, mankidul utk tv33
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 12:54 PM | Show all posts
pencurinya kel**g..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2010 12:57 PM | Show all posts
Reply 5# Pikir


    otogerap plis..

ha.. pengajaran buat semua..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:53 PM | Show all posts
Reply 5# Pikir

macamana nak bunuh kete ye bang man kidul?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 02:21 PM | Show all posts
Reply 8# savvy_optra


tikam ngan pisau
tak pun rodok ngan penyodok tanah

<jawapan bagi pihak mankidul tv33>
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:11 PM | Show all posts
macam biasa nampak je perkataan bangau di mana-mana bod dalam forum ni..berjangkit ke sini pulak..

balik kepada topik: 1) peringatan lembut: kalau nak tinggalkan kereta yang masih hidup enjinnya dan ada anak kita di dalam mintak diorang kunci dulu semua pintu..

2) peringatan psikonya: bawak le kereta tu masuk kedai sekali kalau nak buat perkara 1) di atas..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:15 PM | Show all posts
saya memang tak pernah tinggalkan anak di dalam kereta
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:21 PM | Show all posts
anak kunci pun tak pernah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:28 PM | Show all posts
Reply  Pikir


    otogerap plis..

ha.. pengajaran buat semua..
in2eryn Post at 28-7-2010 12:57


nak sign kt mn? hidung? tapak kaki?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:29 PM | Show all posts
Reply 10# valkries


bangau tu terobang dari bod CI

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:30 PM | Show all posts
Reply  Pikir

macamana nak bunuh kete ye bang man kidul?
savvy_optra Post at 28-7-2010 13:53


cekik carpekpekor keta tu sampai keta bertukar kebiru2an
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:31 PM | Show all posts
Reply 11# AnBulisia


merk anne dah ada anak kewww???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 03:39 PM | Show all posts
Reply  savvy_optra


tikam ngan pisau
tak pun rodok ngan penyodok tanah
chekshu Post at 28-7-2010 14:21


ish kejam bebeno tu...mike ni cam hired killer la...takut
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:56 PM | Show all posts
Reply 15# Pikir


   
nok... carpekpekor tu mende???
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 04:03 PM | Show all posts
Reply 17# Pikir


mana de kejam
tu standard OP lah tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 04:11 PM | Show all posts
wakakakaka....harus jadi citer lain......

mmmm sapa ada gambo mejar zul tu...ataupun sebab dia askar dan sebab dia dianggap dah buat salah...so tak leh tunjuk gambo?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.079059 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list