CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RedDevils

Persoalan Zabur, Taurat dan Injil.

[Copy link]
Post time 2-8-2010 01:51 AM | Show all posts
Kembali kpd yg asas..adakah syariat atau lain...kemudian yg tinggi sedikit ikut peringkat...ikut laluan mana...?


Syariah Islamiah, Jalan Hidup Islam! Peringkat yang tinggi tu ada dalam tasawwuf bahagian Syariah Islamiah. Tak perlu sebarang tarekat, cukup dengan al-Quran n as-Sunnah.

Kalau ada asas pengetahuan tak pening kan...


Orang yg x buat pembacaan atau belajar dari orang berpengetahuan pasal Hindu-Buddhism atau lain2 ajaran agama termasuk ajaran agama sendiri mungkin terpening.

Bod awam sebegini kadang2 agak bahaya juga nak bincang isu2 antara agama cara mendalam kerana tak semua orang pula akan faham macam maksud yang cuba disampaikan. Mereka akan faham yang disebelah lain.

Saya pernah kena tuduh dalam beberapa bahagian thread di beberapa bahagian mungkin sebab orang tidak faham metafora atau jenis sindiran, atau sebab mereka sendiri kurang pegangan agama atau pengetahuan ajaran Islam yang asas2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 02:05 AM | Show all posts
Reply 159# genot
Yang ini lanjutan dari kelepasan dari Samsara (Sengsara). Maksud Sengsara itu sendiri apa? Sengsara itu putaran janmo (kelahiran). Roh dalam badan (sangkar), akan terus hidup dan masuk dalam badan yang lain selepas jasad mati selagi ada "benda" yang mengikat kita. Apa "benda" yang mengikat tu? Hal2 negatif yang datang dr fikiran kita. Apa itu hal2 negatif? Yang ini contoh2nya boleh lihat dalam kitab Phra Jadtok (Jataka). Baca boleh pahamlah.
Ini ada sangkut paut agama nenek -moyang Melayu ketika beragama Hindu/Buddha...boleh kasi link...kalau tak mau disini bolehlah P.M...sebab ada kena mengena dgn apa yg ku lalui..."Hal2 negatif yang datang dr fikiran kita"

Pemikiran adalah sejenis perbuatan yang akan bawa kepada perbuatan yang lain. Buruk pikiran, buruk perbuatan. Tiap2 perbuatan akan ada balasannya. Yang itu anda akan nampak dalam istilah Karmma. Contoh, kalu bunuh diri, maka roh akan tersangkut tak boleh janmo semula. Roh jadi pretam (bayang), dan akan sentiasa ulangi perbuatan yang menyeksa diri (bunuh diri) sehingga tempoh2 tertentu. Ini dipanggil sebagai salah satu Sengsara.
Interesting...tetapi jika dpt melepasi Sengsara...segala akan jadi mudahkan...

Masuk neraka kena seksa, pon akan ada tempohnya. Masuk sorga atau lahir jadi dewa-dewi dalam sorga, pon akan ada tempohnya. Tak kekal. Ini semua pon Sengsara sebab kalau di Sorga buat silap sedikit, fikiran tidak elok.
Ttg perkara ini...kalau di alam yg nyata ada benarnya tapi kalau kau ckp selepas kematian aku tak tau lah...sebab kau ada sebut "dewa-dewi"

Akan dapat kesan, lahir lagi jadi benda lain. Tempoh bukan sekejap. Ambil masa ratus-ratus, ribu-ribuan tahun bagi satu kelahiran di Sorga n Neraka. Juga kelahiran di dunia pun dalam macam2 bentuk, haiwan dan manusia.
hmmm...ini kisah alam lain bukan didunia...

Jadi, dalam masyarakat Theravada n Shraman (Phanava). Mereka akan cuba masuk ke dalam kebiaraan atau jadi bhikku dan menjalani kehidupan mengikut peraturan Vinaya dalam usaha nak capai Nibbhan dan bebas, masuk dunia baru. Tak payah melalui zaman kehancuran kosmik ini sebab zaman itu, katanya menakutkan.
okay.....adakah maksud kau "bebas, masuk dunia baru" itu...jadi "FREEWILL atau FREETHINKER"
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:08 AM | Show all posts
Ermmmm, berbalik kepada soalan dr.Red kat bahagian awal. Dr. Red tak baca terjemahan Torah, Yang Tertulis, dan Kitab Nabi2 dalam bahasa Inggeris? KJV? KJV punya, terjemahan teks dr abad ke-16 dr Vulgatum. Vulgatum diterjemah oleh Jerome dari Septuagint. Teks2 masokratik dalam KJV diterjemah trus dr Ibrani. Tapi orang yang mula2 membuat terjemahan ke bahasa Inggeris nama dia John Wycliffe dr England.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by S.A.M at 2-8-2010 02:24

Reply 161# genot

Syariah Islamiah, Jalan Hidup Islam! Peringkat yang tinggi tu ada dalam tasawwuf bahagian Syariah Islamiah. Tak perlu sebarang tarekat, cukup dengan al-Quran n as-Sunnah.
Istilah Tasawuuf....itu empat perkara 1) "TA" ertinya Taubat, 2) "SA" ertinya Pembersihan Hati dan Menuju Pusat Rahsia 3) "WA"  ertinya Wilayah (Kewalian) 4) "FA" ertinya Fana'.... pilhan yg baik...

Orang yg x buat pembacaan atau belajar dari orang berpengetahuan pasal Hindu-Buddhism atau lain2 ajaran agama termasuk ajaran agama sendiri mungkin terpening.
Setuju itu sebab aku nak fahamkan...

Bod awam sebegini kadang2 agak bahaya juga nak bincang isu2 antara agama cara mendalam kerana tak semua orang pula akan faham macam maksud yang cuba disampaikan. Mereka akan faham yang disebelah lain.
Sedangkan dlm agama Islam pun bercanggah pendapat....aku juga dituduh sesat .....biasalah...yg penting antara kita dgn Allah bukan manusia..

Saya pernah kena tuduh dalam beberapa bahagian thread di beberapa bahagian mungkin sebab orang tidak faham metafora atau jenis sindiran, atau sebab mereka sendiri kurang pegangan agama atau pengetahuan ajaran Islam yang asas2.
Terima je....Allah Maha mengetahui lebih dari dia org...diri mereka belum terjamin masok syurga dah tuduh org macam2
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:24 AM | Show all posts
Ini ada sangkut paut agama nenek -moyang Melayu ketika beragama Hindu/Buddha...boleh kasi link...kalau tak mau disini bolehlah P.M


Anda lalui pengalaman bertanya dalam diri sendiri juga? Catatan dr kitab Jataka? Catatannya banyak dah dibakar dalam tin. Kalau ingat, ingat lah. Tak pasti jika ada yang online. Boleh cuba periksa lah mana tahu jika ada. Juga ada Ramayana Buddha, kisah2 lampau Buddha sebelum lahir jadi Siddharta Gautama dan capai Pari-Nibbhan.

Ttg perkara ini...kalau di alam yg nyata ada benarnya tapi kalau kau ckp selepas kematian aku tak tau lah...sebab kau ada sebut "dewa-dewi"


Pernah dengar istilah Trailok atau Traibhumi? Tiga Dunia? Alam dunia, alam dewa-dewi, alam bawah. Sengsara meliputi semua lapangan tu dan dalam semua lapangan tu ada macam2 jenis makhluk, dan roh makhluk2 ni sentiasa berpindah2 dari satu lapngan ke lapangan lain menurut karmma lampau.

okay.....adakah maksud kau "bebas, masuk dunia baru" itu...jadi "FREEWILL atau FREETHINKER"


satu segi hampir nak tepat. orang yg jadi Buddha utamanya bhikkhu2 x perlu puja siapa2 lagi dan memang dewa-dewi lebih rendah martabat dari manusia yg mengikut margga (jalan). roh manusia dan roh dewa, sama sahaja sebab manusia buat baik tapi dia masih belum bebas sengsara lagi, dia akan jadi dewa-dewi. tu cuma kesan perbuatannya yang lampau sahaja, n bunniyam (pahala) dia akan habis jika dia pun dalam tempoh jd dewa berbuat atau berfikir negatif.

tapi maksud dunia baru ni merujuk kepada kosmik baru. anda pernah dengar kan mengenai perkara macam "the big bang" yang menghasilkan ruangan kosong dan seterusnya wujud lapangan yang lain dalam cakkawala? Orang yang Pari-Nibbhan terus ke kosmik ni. Tak perlu lahir lagi dalam Trailok.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by S.A.M at 2-8-2010 02:58

Reply 165# genot
Anda lalui pengalaman bertanya dalam diri sendiri juga?
Ya...sebab asas penting utk mengenal diri

Catatan dr kitab Jataka? Catatannya banyak dah dibakar dalam tin. Kalau ingat, ingat lah. Tak pasti jika ada yang online. Boleh cuba periksa lah mana tahu jika ada. Juga ada Ramayana Buddha, kisah2 lampau Buddha sebelum lahir jadi Siddharta Gautama dan capai Pari-Nibbhan.
Sikit hari dulu aku ada baca tapi tak habis sebab ada kekeliruan dlm pemyampaiannya..

Pernah dengar istilah Trailok atau Traibhumi? Tiga Dunia? Alam dunia, alam dewa-dewi, alam bawah. Sengsara meliputi semua lapangan tu dan dalam semua lapangan tu ada macam2 jenis makhluk, dan roh makhluk2 ni sentiasa berpindah2 dari satu lapngan ke lapangan lain menurut karmma lampau.
Tidak...terima kasih..
satu segi hampir nak tepat. orang yg jadi Buddha utamanya bhikkhu2 x perlu puja siapa2 lagi dan memang dewa-dewi lebih rendah martabat dari manusia yg mengikut margga (jalan)
Okay...aku rasa ada betul nya

. roh manusia dan roh dewa, sama sahaja sebab manusia buat baik tapi dia masih belum bebas sengsara lagi, dia akan jadi dewa-dewi. tu cuma kesan perbuatannya yang lampau sahaja, n bunniyam (pahala) dia akan habis jika dia pun dalam tempoh jd dewa berbuat atau berfikir negatif.
Maksud kau hukum karma

tapi maksud dunia baru ni merujuk kepada kosmik baru. anda pernah dengar kan mengenai perkara macam "the big bang" yang menghasilkan ruangan kosong dan seterusnya wujud lapangan yang lain dalam cakkawala? Orang yang Pari-Nibbhan terus ke kosmik ni. Tak perlu lahir lagi dalam Trailok.
Jadi Kosmik dulu...sebelum Big Bang kan...kosmik itu macam satu aliran kuasa luar biasa yg didapati di alam cakerawala....yg ada pd diri manusia juga kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2010 09:31 AM | Show all posts
Ermmmm, berbalik kepada soalan dr.Red kat bahagian awal. Dr. Red tak baca terjemahan Torah, Yang Ter ...
genot Post at 2-8-2010 02:08



Genot;

I tak baca semua benda yg u tulis tu..in fact I tak faham pun apa yg u tulis tu..
Tafsir Al Quran ni pun tak habis lagi baca. Kitab Hadis Sahih Bukhari Muslim ni pun baru sikit baca..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 10:06 AM | Show all posts
salam,


membaca .....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 10:40 AM | Show all posts
Ermmmm, berbalik kepada soalan dr.Red kat bahagian awal. Dr. Red tak baca terjemahan Torah, Yang Tertulis, dan Kitab Nabi2 dalam bahasa Inggeris? KJV? KJV punya, terjemahan teks dr abad ke-16 dr Vulgatum. Vulgatum diterjemah oleh Jerome dari Septuagint. Teks2 masokratik dalam KJV diterjemah trus dr Ibrani. Tapi orang yang mula2 membuat terjemahan ke bahasa Inggeris nama dia John Wycliffe dr England.


Genoth, haku pong rasa ramai hat tak teringat soalan2 mod red pasai dh jauh sembang pasai pacit sirri

hang tulong jawabkan buleh:

1. Di zaman sekarang ini, masih wujudkah kitab Zabur, Taurat dan Injil?
Maksud aku kitab yang original, yang tidak di ubah suai(contohnya bibble)


kitab2 n suhuf2 nabi ada banyak, tapi hat disebot lam Quran hanya taurat,zabur n injil.Kita tak tau kitab2 tuh, adakah sama dgn kitab2 hat dipegang oleh yahdui-kristian sekarang.


aku rasa ramai worang keliru injil=bible

injil bohkan bible...injil sebagian jah dr bible....

Kitab2 yahdui n kristian tuh, depa dah compile n jadikan bible. bible yahdui n bible kristian ni ado sedikit beza.

bagi worang yahdui, depa panggil bible depa sebagai tenakh.kitab bible depa tak dok injil.hanya ada taurat,kitab2 nabi layen n kitab zabur jah.pasai kitab2 tuh mainly ditulih lam hebrew, depa panggil hebrew bible.

bagi worang kristian, depa panggil hebrew bible worang yahdui tadi sebagai old testament depa.perjanjian lama lah kekdahnya.masa jaman selepaih isa naek ke langit, ada injil2, kitab2 hawariyun n surat2 st paul utk gereja n umat dia.so depa compile kan suma2 injil/kitab2 tekemudian nih sebagai new testament...old+new=jadila bible versi omat kristian hat worang selalu salah anggap sbg injil nih

persoalan la ni, ada betoi ka kitab2 itu suma sama ngn kitab2 hat diturun pada nabi2 tedahulu...wallahua'lam. kitab2 pre-nabi isa tuh, temasuk taurat n zabur, suma dh kena bakar masa kerajaan tinggalan nabi sulaiman diserang babilon.n yahdui2 tu pong mula menulis balik di babilon...kan ado lagu by the river of babylon, we wept n bla bla bla...tu lagu diamek dlm zabur la tuh..wktu tu yahdui2 ni kena tawan n jadi tahanan di babilon...n depa start nulis semula kitab2 hat dah dibakar tuh kt situ lah...samada apa hat depa tulis tuh sama atau dh ditokok tambah atau dibuang2, wallahua'lam.Quran dah habaq lagu mana.

"kitab" mastika penah sebarkan cerita pasai kt vatican city, ada penah sorg paderi sabah bejaya tembos masok tmpt privacy pope n dpt tgk versi asai injil kohnonnya..ni suma karot jah.si paderi sabah nuh dh menaku dia bohong. sebabnya, injil jaman nabi isa tak penah ditulis pong.tak pernah dibukukan pong...dr cerita mastika, injil hat dimaksudkan tuh ialah bible versi ori...lagi lawak kekdahnya...pasai bible nih compilation of books dr pelbagai jaman n tempat...lagu mana nak ada ori.

jaman isa dolu, suma dakwah disebar melalui lisan jah.lepaih depa igt nabi isa kena salib/naik ke langit, si hawariyun2 ni sebar dakwah melalui parables, cerita2 pasai isa n ajaran dio kt worg2 yahdui,greek,rom,arab....

n pengikut2 setiap hawariyun nih, depa tulis gospel2 (injil) utk attribute kt hawariyun2 td la..kitab2 tuh sumanya ditulis ataih gaya bahasa depa sundri bedasarkan isi2 dakwah td.kalu salah, salah la depa.kalu betoi, betoi la depa.tp hat pentingnya sini, kitab2 injil hat ditulis tuh bohkan mcm quran, hat diturun dgn gaya bahasa Allah sundri.tapi ditulis dgn gaya bahasa manusia.

jadi kalu sesapa kata dia penah tengok injil ori, dia BOHONG.injil2 ni mula ditulis hampir 100 tahun lepaih nabi isa dh takdak.ada beratuih2 injil.tapi hat diiktiraf oleh canon org kristian ada 4 jah- injil matius, injil markus, injil lukas, injil yohanes.4 ni hat dok ada lam new testament tuh la..gospel2 layen tu dianggap apocrypha atau pseudepigraph, tak diiktiraf

http://www.earlychristianwritings.com/
hang buleh pi sini utk tengok kitab2 tuh n jaman bila depa ditulis...mainly beratuih tahun selepas century/christ. 4 kitab hat diiktiraf tuh pong sama jah.ditulis lewat jugok.bohkan maknanya depa diiktiraf tu depa injil sebenar/ori.tapi depa diiktiraf sbb suswai ngn prinsip2 kristian moden hat kristian ponya ulama2 bersidang...ajaran kristian nih ad sejarah dio, pesidangan2 utk bahaskan akidah depa.aku rasa genot dh tulis dolu

Semua kitab kitab tu diturunkan oleh Allah kpd Nabi yang berkenaan...
Jadinya, pastilah ada anjuran utk menyembah Allah Yang Maha Esa..

musti lah lagu tu

Aku tertanya tanya, adakah solat/sembahyang umat2 zaman dahulu(yg patuh menurut suruhan Nabi) sama pattern  nya macam solat kita?
Maksud aku, sama dari segi takbirnya, diri nya, rukuk nya, sujud nya, iktidal nya, dan bacaan nya..


dlm bible ada sebot pekataan sujud, rukuk, diri.n kalu tengok solat2 worg kristian orthodoks coptic n yahdui orthodoks, ada la rukun2 bediri,rukuk,sujud tuh..tapi xdak la sama betoi2 dari segi takbir dan bacaan tuh...depa baca guna kitab depa.


ni cara solat yahdui menurut depa ponya pahaman..since kita tak tau apa hat yahdui pegang sekarang nih, mana satu hat betoi ngn ajaran nabi dolu2, kita tak buleh nak confirm la cara hat depa buat nih mmg ikutan nabi ka x

Sebab yang aku faham, Rasul SAW mendapat arahan direct dari Allah SWT utk mewajibkan solat semasa peristiwa Israq wal Mikraj..So sebelum peristiwa itu, bagaimana bentuk solat nya?

wallahua'lam.

[quote]Aku tanya ni sebab aku terbaca kat satu dinding surau ni asal usul sembahyang....siapa yg mula mula sembahyang..solat Subuh dikatakan yg mula2 dilakukan oleh Adam AS sebanyak 2 rakaat...rakaat pertama sebagai rasa syukur baginda nampak matahari setelah gelap(masa mula mula di turunkan ke dunia)...lebih kurang begitulah ceritanya...dan setiap waktu(zohor, asar, maghrib dan isyaq, ada asal usul yg melibatkan Nabi mana yg mula mula lakukan solat itu).


hadith ni taraf apa?lagi baik kalu ada ditulis matan n sanad dlm bahasa arab n tejemahannya sekali.kalu tak, rmi worg akan raso skeptik
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 01:02 PM | Show all posts
Genot;

I tak baca semua benda yg u tulis tu..in fact I tak faham pun apa yg u tulis tu.. ...
RedDevils Post at 2-8-2010 09:31


Azhoozhoooo
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 01:21 PM | Show all posts
Genoth, haku pong rasa ramai hat tak teringat soalan2 mod red pasai dh jauh sembang pasai pacit  ...
7anan Post at 2-8-2010 10:40



    uhuh... semua yahudi solat gini ke? berapa rakaat tuh, tak larat nak tunggu habis
ada rukuk dan sujud gak, sama. tak paham apa yg dibaca dlm bahasa hebrew la kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 01:36 PM | Show all posts
Reply 169# 7anan

Cara ringkasnya mcm hang cerita lah... Aku dah bg sikit ulasan tadi tapi tersilap press tang mana2 habeh ilang... Ya Rabbana!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:29 PM | Show all posts
uhuh... semua yahudi solat gini ke? berapa rakaat tuh, tak larat nak tunggu habis
a ...
sitihawa Post at 2-8-2010 13:21


yahdui






islam



agak sama tapi layen sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 02:36 PM | Show all posts
Genoth, haku pong rasa ramai hat tak teringat soalan2 mod red pasai dh jauh sembang pasai pacit  ...
7anan Post at 2-8-2010 10:40



  Tq nanat..

   Aku dok layan lagu Boney M --River of Babylon tuh...kena teliti balik lirik dia..tak perasan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:38 PM | Show all posts
Ermmm.... x pa kot dengar lagu tu... Janji paham lirik dia apa sahaja. Sblom Muhammad (saw), orang2 tu masih dalam kategori Islam sebab depa x tahu lagi nubuwwat tu tuju kepada siapa. Tapi lepas Muhammad (saw), tak mo dengar nubuwwat dia. Yang tu baru bukan Islam lagi lepas Tuhan convey Shariah ikut fitrah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 02:39 PM | Show all posts
Setelah aku tgk Youtube yahudi sembahyang tu, betapa similar nya secara kasar style mereka dan cara solat kita..

Kot la ada org kampung nampak mamat yahudi ni semayang kat kampung dia, musti dia kata "apa cara budak ni solat?" .."dah la pakai kopiah kecik"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 02:44 PM | Show all posts
aku pong setuju ngn genoth tu mod red...tak dak masalah pong dengaq lagu tuh...bg haku zabur nih takdak unsur2 syirik pong.byk menda bayek dpt diamek contoh...aku anggap mcm buku besa2 jah utk dibaca.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:48 PM | Show all posts
Aku dok baca jah zabur terjemahan. tak dak unsur2 syirik, cuma dari ajaran lampau sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:51 PM | Show all posts
masalah orang kita, suka spekulasi. itu sahaja. ambil dahulu bahan yang dispekulasi tu baca lihat isi. jika tak paham boleh bawa jumpa tokoh2 agama. kalau tak berani jumpa father takut kena baptist, boleh jumpa orang2 macam ahmad deedath atau zakir naik yang selalu diberbanggakan kat dalam bod kerohanian sana. bukan setakat dengar sahaja mereka cakap sebab kita takkan ingat 100% apa mereka cakap selain kita cuma dengar rakaman video. satu hala punya komunikasi sahaja kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 07:12 PM | Show all posts
Nah satu contoh terjemahan rawak saja dari mizmour (zabur), maaf bahasa melayu kita makin lama makin teruk. Tengok isi dia cakap pasal apa.

Tehillah 1

Beroleh kebaikan orang yang tak berjalan dalam mesyuarah kejahatan, serta dalam jalan dosa tidak dia berdiri, dan dalam majlis penuh kebencian tidak dia duduk 1 Tapi dalam jalan Tuhan dia suka, dan dalam jalan Tuhan dia berada siang dan malam 2 Maka jadi dia macam pokok yang ditanam di tebing2 sungai yang mengalir airnya yang memberi buahnya dalam musimnya dan daunnya tak pernah gugur dan apa yang diperbuatnya ada jaya 3 Bukan macam orang yang berjahat, macam jerami2 yang terbang kena tiup angin 4 Makanya, tidaklah bangun orang2 jahat tu dalam agama, bukan juga orang2 yang suka buat dosa dalam jema'ah orang2 yang berbuat kebajikan 5 Oleh kerana Tuhan tahu jalan orang yang berbuat kebajikan, makanya jalan yang jahat itu akan terhapus 6
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.065934 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list