Tinta III
Ini kisah pencinta bangsa, Menjalin cerita membentuk rasa, Melakar potret erti sengsara, Membelai usaha untuk sebuah ceritera.
Ini kisah pencinta bangsa, Seorang anak kecil yatim piatu, hasan namanya, Walaupun hidup tidak sesempurna mana, Tapi semangatnya tak tertanding dengan mereka yang empunya segala, Dewasanya dia dengan semangat menjadi tentera, Gelaran Sarjan terpapar didada.
Ini kisah pencinta bangsa, Menggarap tauladan untuk anak cucu tercinta, Agar mereka mengenal sejarah sendiri, Supaya tidak suatu hari nanti, Mereka bertanya siapa diri.
Ini kisah pencinta bangsa, Untuk dijadikan suatu tauladan, Untuk dibuatkan sebagai sempadan, Agar terus mewangi sepanjang zaman.
Hunt 3.30am (Khamis) Julai 15, 2010.
|