CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4882|Reply: 80

Edisi Serambi Chincalok: Pantai Asmara

[Copy link]
Post time 8-7-2010 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Melaka (Serambi Chincalok) & Negeri Sembilan (Serambi Minang): Pantai Asmara
Oleh Arifin Salleh

2010/07/07      MASJID TANAH: Memalukan. Itulah tafsiran yang boleh diberikan terhadap gelagat segelintir pasangan yang majoritinya beragama Islam apabila sering menjadikan beberapa lokasi pantai peranginan di sini terutamanya di Pantai Sungai Tuang, sebagai lokasi mereka memadu asmara.

   Perbuatan mereka itu sudah lama berlaku dan dikatakan pernah mendapat perhatian pihak berkuasa terbabit sebelum beberapa tindakan susulan diambil, tetapi ia seolah-olah tidak berkesan.

Lebih menyedihkan apabila ada di kalangan pasangan ini dikesan melakukan perbuatan itu tanpa segan silu atau rasa bersalah ketika umat Islam sedang bersolat Jumaat, di sebuah masjid berhampiran.



Tinjauan Berita Harian ke kawasan itu Jumaat lalu selepas mendapat aduan orang ramai mendapati beberapa pasangan muda dilihat  asyik memadu asmara di pantai terbabit yang jaraknya hanya kira-kira 800 meter dari sebuah masjid di situ.

   Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Tuang, Mohamad Abu Hassan berkata, pihaknya  memandang serius masalah itu dan sedia mengambil tindakan susulan bagi membantu menanganinya.

   Sambil mengakui perbuatan pasangan terbabit sebagai memalukan, beliau berkata, usaha membanteras aktiviti seperti itu harus dilakukan secara menyeluruh dan membabitkan penyertaan semua pihak.

   Perbuatan memadu kasih itu satu kesalahan dari segi agama dan lebih memburukkan keadaan, ia dilakukan ketika solat Jumaat sedang berlangsung kerana mungkin menyangka tiada tindakan penguatkuasaan  dilaksanakan.  
   Mereka yang terbabit melakukan perbuatan ini seharusnya bertaubat segera dan kita harap pihak berkuasa terbabit dapat menangani kes ini dengan segera dan JKKK kampung ini, sedia membantu, katanya ketika mengulas isu berkenaan.

   Mohamad Abu Hassan mengakui pihaknya ada memantau kawasan pantai peranginan itu tetapi tidak dapat melakukannya sepanjang masa.

   Katanya, berdasarkan pengamatan, kebanyakan pasangan muda ini gemar memilih masa memadu kasih di situ antara waktu maghrib atau pada tengah malam hingga ke dinihari kerana tidak dilihat orang ramai.

   Seorang penduduk, Abd Kadir Mohamad Kassim pula mendakwa, ada di kalangan pasangan yang berkemampuan, sering kali dilihat menyewa di chalet berhampiran, selepas memadu kasih bersama pasangan  di kawasan pantai.

  Selain itu, ada juga di kalangan pasangan ini gemar memadu asmara di belakang kedai saya ketika kedai tidak beroperasi sebab kedudukannya agak terlindung daripada pandangan ramai.

  Ramai penduduk kampung menegur perilaku tidak bermoral ini tetapi mereka tidak mempedulikannya.

   Saya dimaklumkan, berapa pekerja yang bertugas membersihkan pantai pernah menjumpai sejumlah kondom yang sudah dipakai bertaburan bersama longgokan surat khabar lama, katanya.

   Abd Kadir berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi mengelak aktiviti itu semakin berleluasa yang bukan saja mencemarkan kampung berkenaan, malah menjejaskan imej pantai peranginan yang popular di kalangan pelancong itu.






mungkin kita boleh panggey tok imam baca doa dalam laut supaya kejadian maksiat caprut2 cincalok ini dapat dihentikan.




        
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 10:32 AM | Show all posts
KAWAN AKU SI AN ADA DALAM GAMBAR TU TAK????
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:34 AM | Show all posts
caprut tu gapo?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:35 AM | Show all posts
Reply 2# BENTARA


    tak baik ko tahu
ingtkan kat serambi mekah tadi








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 10:48 AM | Show all posts
KAWAN AKU SI AN ADA DALAM GAMBAR TU TAK????
BENTARA Post at 8-7-2010 10:32



    2 dari kiri?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:52 AM | Show all posts
Reply  BENTARA


     tak baik ko tahu
ingtkan kat serambi mekah tadi








:bye ...
sitihawa Post at 8-7-2010 10:35



  kalau tuh di serambi mekah.....AN mamak maiden ngan troli cendoi dia......
errr... tak sanggop aku nak taipkan..... korank andaikan je lah!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2010 10:56 AM | Show all posts
Letak cctv seketoi dua.

Tak pun, lepas solat jemaat, reramai buat serbuan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:57 AM | Show all posts


Gila ah korang, menceriakan hariku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 10:58 AM | Show all posts
mana tau depa buat time orang tengah solat jumaat? ada yang skodeng ka?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:00 AM | Show all posts
isk isk isk... time solat jemaat dok buat projek plak. memalukan !!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:04 AM | Show all posts
mana tau depa buat time orang tengah solat jumaat? ada yang skodeng ka?
cik.panda Post at 8-7-2010 10:58



tukang skodeng tu tak semayang jemaat ke???
atau yg skodeng tu kapey????

tapi kalau calon skodeng tu
aku hanya nampak sahabat aku AN dan kawan baik dia maideen ..........
paling layak ..... sambil sambil tu blay derank jual cendoi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:05 AM | Show all posts
mana tau depa buat time orang tengah solat jumaat? ada yang skodeng ka?
cik.panda Post at 8-7-2010 10:58



    Yang skodeng tu pompuan kot.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:06 AM | Show all posts
Reply 11# BENTARA

cendoi biasa ka cendoi pulut??
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:17 AM | Show all posts
tukang skodeng tu tak semayang jemaat ke???
atau yg skodeng tu kapey????

tapi kalau cal ...
BENTARA Post at 8-7-2010 11:04



   cukup ke 2 orang je saksi skodeng?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:17 AM | Show all posts
cukup ke 2 orang je saksi skodeng?
cik.panda Post at 8-7-2010 11:17

Topik-topik cenggini ko memang mengencah aje ek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:18 AM | Show all posts
Topik-topik cenggini ko memang mengencah aje ek?
juwaini Post at 8-7-2010 11:17



  mengencah tuh apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 11:19 AM | Show all posts
cincalok bukan melaka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:20 AM | Show all posts
cincalok bukan melaka ke?
EAStudent Post at 8-7-2010 11:19

Masjid Tanah kan Melaka?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:20 AM | Show all posts
mengencah tuh apa?
cik.panda Post at 8-7-2010 11:18

Entah. Ko ada kawan-kawan orang Perak? Try la tanya depa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 11:36 AM | Show all posts
ketua pemuda kampung mana yg jadi tukang kutip kondom kali ni?

tapi, kalau bab ponteng jumaat, memang ada sorang caprut minang tu ngaku dia tak pernah layan khutbah jemaat.

pahaman dia lagi terer dari nabi muhammad....jgn tatau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.261106 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list