CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
Post time 29-7-2010 11:35 PM | Show all posts
semoga tiada apa2 yg terjd pd mak bapa ju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 08:58 AM | Show all posts
salam jumaat & monin
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 08:58 AM | Show all posts
bes yer...
masuk2 da ada n3
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:12 AM | Show all posts
kalu mimpi camtue bukan salah satu petanda ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:30 AM | Show all posts
akhirnya ada gak n3 yer cik ariellin...hopefully mimpi ju je kan2??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2010 01:51 AM | Show all posts
28

Dari ekor mata, aku tahu budak lelaki itu sedang memerhatikan aku.  Dari tadi lagi.  Sejak mula-mula aku duduk dihadapan dia di dalam Library.  Aku angkat muka.  Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah budak lelaki form four yang duduk bersebelahan dengan aku.  Afiza, student form four itu pula duduk bersebelahan dengan budak lelaki tu cuma diam tidak  bergerak.  Mungkin sebab ada senior agaknya, aku membuat spekulasi sendiri.  

Aku pandang jam di tangan.  Sudah hampir tiga puluh minit kami berempat menanti Cikgu Ali Rustam.  Semalam aku dapat memo dari Panitia Bahasa Melayu, mengarahkan agar aku dan tiga orang pelajar lain berjumpa dengan Cikgu Ali Rustam di Library pada tiga puluh minit yang lalu.

Dan sekarang, kami masih disini.  Masalahnya sekarang bayang Cikgu Ali Rustam masih tidak kelihatan.  Librarian juga sudah dua kali bertukar orang.

"Kalau Cikgu Ali tanya, bagitahu aku ke kantin.  Lapar", aku bangun dan pandang budak lelaki itu.  Dia senyum pada aku.

Baru sahaja aku sampai di pintu Library, Cikgu Ali Rustam memunculkan diri.  

"Cikgu lambat.  Mujur saya tak sempat ke kantin", aku membontoti dia.  Muncung aku sudah panjang sedepa.  Lapar.  Memang dah sampai waktu makan tengah hari pun ni.  Mesti Lailawati and the geng dah melantak kesedapan ni.  

Aku mengambil tempat bersebelahan Afiza.  

"Maaf.  Saya terlewat.  Saya juga perlu ke Kementerian sebentar lagi.  Jadi saya cuba ringkaskan seboleh mungkin, ya", sambil tersenyum manis memandang aku, Cikgu Ali Rustam memulakan mukadimah.

"Cikgu, boleh tak kalau Cikgu jangan baik hati sangat dengan saya.  Saya ni pemurah orangnya.  Mudah jatuh kasihan", hati mula berbicara nakal.

"Juwita, awak di mana sekarang?", sergahan itu mengembalikan aku ke alam yang nyata.  Ya Allah, aku tepuk kedua-dua pipi dengan tapak tangan.

"Maaf Cikgu", tunduk.  

"Baik, saya ulang ya.  Kamu semua telah dipilih oleh pihak sekolah untuk mewakili team sekolah dalam pertandingan perbahasan peringkat daerah.  Jadii, waktu training adalah pada hari Isnin dan Rabu tepat jam tiga petang di Library.  Oh ya, sebelum saya terlupa, pertandingan akan diadakan sebulan daripada sekarang. Faham?".

"Cikgu cakap apa tadi?  Perbahasan?  Kenapa saya?", aku luahkan rasa tidak puas hati.  Ramai lagi student lain, kenapa mesti aku?  Bukan ke sebelum ni Lailawati yang join pertandingan ni ker?  Lagipun, aku join Puteri Islam.  Mana aci macam ni.  Kalau aku nak join pertandingan ni semua, dari tahun lepas lagi aku dah join.  Sebab aku tak nak join segala pertandingan ni lah, aku masuk Puteri Islam.  Ni, apa kes pulak?

"Saya faham Dian Juwita.  Tapi kamu tu cuma calon reserved saja.  Lagipun, Principal yang mencalonkan kamu.  Okey?",

"Mujur Cikgu handsome dan kacak bergaya, kalau tidak, saya lari dari sekolah", hati nakal aku berkata lagi.

Dan dia masih lagi memandang aku.  Aku pandang budak lelaki itu yang juga memandang aku.  Afiza dan budak lelaki form four itu juga memandang aku.  

"Cikgu, boleh saya tanya, siapa yang akan guide team ni masa latihan?", soal budak lelaki itu.

"Oh yang itu, belum diputuskan lagi.  Mungkin saya.  Mungkin Ketua Pelajar", erk....rasa tersangkut tongkol jagung bila aku dengar kata-kata Cikgu Ali Rustam sebentar tadi.

"Cikgu, kenapa Ketua Pelajar? Apa kriteria yang dia ada?", soal aku.  Dan keempat-empat mereka memandang aku.  Cikgu Ali Rustam tersenyum lagi.  Tapi kriteria Ketua Pelajar tu sebenarnya tak jadi masalah bagi aku.  Yang jadi masalahnya nanti, takut aku hilang fokus.  Bila aku hilang fokus, aku akan hilang kawalan.  Bila aku hilang kawalan, nanti hidup Ketua Pelajar akan tunggang langggang.

"Dian Juwita, Ketua Pelajar hanya akan monitor kamu.  Guru yang akan guide team ni akan diputuskan kemudian".

Muncungku timbul kembali.  

"Oh ya Cikgu, saya tak pasti nama setiap wakil team ni", jujur aku beritahu.  Seakan mengerti, Cikgu Ali Rustam memandang kami semua.

"Baik, Naim Najman, Nor Afiza dan Rashid, juga kamu, Dian Juwita.  Jadi, saya harap kamu semua akan dapat mencapai kata sepakat.  Terima kasih di atas masa yang diluangkan", dan Cikgu Ali Rustam terus berlalu keluar dari Library.

"Lapar nyer.  Fiza, jom pergi kantin,  Akak belanja", tanpa sempat si Afiza ni membuka mulut, aku terus capai tangannya keluar dari Library itu.

Dan aku tau, budak yang namanya Naim Najman dan Rashid yang pendiam itu, mengikuti langkah kaki kami berdua yang sedang menuju ke arah kantin.

Naim Najman..sebelum ni aku tak perasan pula kewujudan dia ni...boleh tahan jugak. Tengok, hormon gatal aku telah bermaharajalela sekarang ni.  Siapakah yang akan dipersalahkan...???  

Ketua Pelajar? Itu lagi satu bala yang terpaksa aku tempuh.  Aduh ! dan kami telah sampai ke kantin.  Masa untuk mengisi perut.

T
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-7-2010 02:18 AM | Show all posts
29

Semua student berbaris panjang mengikut kelas masing-masing di tengah padang sekolah.  Tadi masa kelas Bio, tiba-tiba sahaja ada pengumuman mengarahkan semua pelajar berkumpul di padang.  Jadi apabila sudah ramai begini, keadaan pun jadi tidak terkawal.  Aku mengambil tempat di belakang Shakira.  

Ustaz Rahim tiba-tiba muncul di hadapan kami semua.  Dan keadaan yang bising tadi kembali tenang.  Semua pelajar menumpukan perhatian kepada amanat yang ingin disampaikan.

Tapi walaupun badan aku tegak berdiri di sini, mata aku tetap menjalankan tugasnya.  Mencari kelibat Ketua Pelajar. Ya, sejak Fazdwan dilantik sebagai Ketua Pelajar, aku tidak berpeluang langsung nak tengok dia.  Dia terlalu sibuk.  Mengalahkan Yang Berhormat baru menang kerusi yang dipertanding.  Juga mengalahkan kesibukan CIkgu Ali Rustam.  Tapi dia semakin kacak.  Ada juga aku dengar gosip yang aku ibaratkan bak angin lalu tentang dia.  Tapi nak buat macam mana.  Aku ni cuma perigi.  Bukannya timba.   Kalau timba, harus aku berenang-renang didalam perigi itu.  Mati lemas pun aku rela.  Ceh,  tiba-tiba pulak aku pandai bermain kata.  Tapi entah bila masa akan tiba untuk aku berani nak bermain mata...

"Wei, ada spotchek lah...", suara Shakira yang berbisik di telinga membuatkan aku sedar diri yang aku masih di sini.  Memakai unifom sekolah.  Yang bermakna aku masih seorang pelajar yang perlu belajar.

Seorang demi seorang pelajar melepasi kawasan "Awas! Selekoh Berbahaya Dihadapan".  Shakira selamat dari ditahan.

Dan aku berjalan perlahan.  Berhenti di kawasan itu untuk diperiksa.  Dua orang pengawas memeriksa kuku tangan aku.  Labuh kain.  Juga labuh tudung.  Juga memeriksa sama ada aku memakai sebarang perhiasan emas di badan.  Dan di sebelah pegawas perempuan itu, Fazdwan berdiri tegak memandang aku.

"Eh, sejak bila dia berdiri kat situ?",  ada getar di dada.  Berdebar-debar saat pandangan mata dia jatuh pada mata aku.  Sungguh, aku memang suka dia.  Tapi dia...

"Dian, saya nak jumpa awak di Library rehat nanti", itu yang aku dengar waktu aku melintasi dia.  Jelas itu suara dia.  Tanpa memandang, aku terus mendapatkan Shakira yang kelihatan telah tersengih-sengih di tepi bangunan sekolah.  Sejuk tangan aku saat ini.  Aku tahu.

Dan kami juga sama-sama menunggu Marshila yang masih belum melepasi kawasan spotcheck.  Lailawati tidak terlibat sebab dia adalah sebahagian daripada kumpulan yang memeriksa.  Untung betul orang yang ada jawatan ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2010 02:43 AM | Show all posts
30

Buku Asian Tenggara Kontemporari aku belek sehelai demi sehelai.  Baru muka surat lima, aku dah muak.  Banyak sangat fakta.  Otak aku tak mampu nak input semua data sekaligus.  Kena simpan sedikit ruang untuk agenda seterusnya.  

Aku menyandar di sebalik rak di dalam Library.  Buku tadi aku letak semula.  Aku capai pula buku Prosedur Dan Penataran Surat-Menyurat.  Juga aku belek-belek sahaja.  Aku pandang pula jam di tangan.  Sudah hampir sepuluh minit aku menunggu Fazdwan.  Entah kenapa aku boleh berada di sini.  Macam tak logik kalau difikirkan semula.  Macam aku dah hilang kewarasan diri.

"Agaknya, dia saja nak test market.  Entah-entah dia saja nak dajalkan aku.  Daripada dia tahu perbuatan bodoh aku dan sebelum dia ketawakan aku, ada baiknya aku blah dari sini", hati mula tawar menawar.  Dan semasa aku mahu kembalikan buku itu ditempat asalnya, dihadapan aku, dia berdiri tegak.  Di sebelah rak sana.  Tersenyum ke arah aku.  Dia sangat segak.

Dia hulurkan sebuah buku kepada aku.  Dengan teragak-agak aku mengambilnya.  Buku Blind sport : the Islamic state
debate, NEP, and other issues itu aku belek.  Eh, ada sampul surat kaler biru.  Aku capai surat itu dan memandang ke arahnya.

Dia masih tersenyum manis.  Aku membalas senyuman itu.  Kalau tak balas nanti rugi.  Kerugian yang sangat besar.  Aku masukkan surat itu kedalam poket baju sekolah dan buku itu aku kembalikan semula kepadanya.

Dia berpusing.  Lagaknya seakan-akan tidak melakukan apa-apa kesalahan.  Beberapa orang student perempuan menegurnya.  Ada juga yang tersengih-sengih umpama kerang busuk.  Bagaimana rupa kerang busuk tu pun, aku tak pasti.  Agaknya macam muka student tu.  Dan aku rasa, Fazdwan memang mempunyai ciri-ciri yang menarik perhatian ramai.   Lagipun dia Ketua Pelajar.  Aku jamin, semua student perempuan setiap sekolah, ada keinginan nak mengendeng dengan Ketua Pelajar masing-masing.  Jangan nak kelentong, okey..

Saat mata aku masih memerhatikannya sehinggalah hilang dari pandangan, tiba-tiba aku perasan ada seseorang sedang memerhatikan aku.

Naim Najman!! Dia duduk di meja sudut paling kiri.  Entah sejak bila dia perhatikan aku, itu aku tak tahu dan aku tak nak ambil tahu.  Dan aku rasa, dia ni macam pelik sedikit.  Dia tak bercakap banyak tapi suka memerhati.  Risau aku dibuatnya.  Ni belum nak turun untuk training perbahasan.

Tanpa memandang ke arahnya, aku terus keluar dari library.  Aku takut semakin lama aku di dalam Library, aku juga akan menjadii sepelik Naim Najman itu.  Lagipun, dah tak sabar rasanya nak baca surat yang Fazdwan bagi tadi.  Hati aku dah berbunga-bunga cinta ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2010 09:01 AM | Show all posts
NAIM nie minat kat DIAN jugak x?...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 09:05 AM | Show all posts
ariellin!!!! kenapa biar tergantung??? apa isi suratnye??? x sabar nak bce ni....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 09:52 PM | Show all posts
banyaknya n3...
tima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 09:53 PM | Show all posts
cinta monyet...
juwita suka fazdwan....
dan adakah naim suka juwita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 10:34 AM | Show all posts
33

Surau di Asrama Perempuan penuh dengan semua student junior.  Aku berdiri di penjuru sebelah kiri surau.  Shakira dan Marshila duduk bersila sambil menyandar di sebelah kanan surau dekat dengan pintu masuk.  Lailawati dengan AJK Asrama yang lain pula duduk di hadapan mengadap kami semua.  

Petang tadi masa dalam bilik, memang Lailawati ada bagitahu, dia nak adakan perjumpaan tergempar dengan student junior.  Senior juga dikehendaki hadir sama walaupun tidak diwajibkan.  Bila kami tanya sebab apa, dia cuma diam.  Kalau Lailawati diam, itu tandanya ada masalah besar.

"Assalamualaikum adik-adik semua", dan kedengaran suara kami menjawab salam Lailawati yang memandang ke arah kami.

"Baik, Akak malas nak bersoal jawab.  Cuma ingin adik-adik semua berterus terang, siapa di antara kamu yang telah masuk ke dalam Asrama Lelaki.  Kalau adik-adik rasa malu atau segan, boleh terus berjumpa dengan Akak atau salah seorang dari AJK yang ada.  Boleh?", sebaik mendengar sahaja kata-kata Lailawati, keadaan surau jadi bising.

Aku juga terperanjat.  Siapa agaknya budak yang berani pecah masuk ke Asrama Lelaki.  Dia nak buat apa di sana?  Macam mana pulak student lelaki boleh tau?  Ishh..macam pelik aje bunyi nya.  Aku pandang seorang demi seorang student junior.  Lihat dari wajah mereka, rasanya tidak ada seorang pun yang berani berbuat demikian.  

"Okey, ada yang nak mengaku?", celah Lailawati.  Semua yang ada diam semula.  Masing-masing memandangkan ke arah Lailawati.

Dan tiba-tiba seorang junior bangun dan tindakannya membuatkan kami terkejut.  Namun dia hanya menundukkan mukanya.  Aku dapat lihat, ada air mata mengalir di pipinya.  

Lailawati bangun perlahan dan menuju ke arahnya.  

"Cuba Anis cerita dengan Akak, kenapa Anis buat macam tu?", perlahan suara Lailawati namun masih boleh didengari oleh semua yang berada di dalam surau.  

Dia menggenggam tangan Anis.

Anis menyapu air matanya.  Mulutnya terkumat kamit.  Mungkin cuba mengatur ayat yang sesuai.

"Anis..Anis dipanggil oleh senior Naim..", dia berhenti berkata-kata.  Menyapu semula air matanya.

Naim?  Naim Najman ke?  Anis dengan Naim Najman? Hati aku berteka teki.

"Ya, kenapa dengan senior Naim?", seperti Lailawati, kami juga sudah tidak sabar untuk mengetahui sebab kenapa Anis masuk ke Asrama Lelaki.  Ini namanya gila berani.  Eh...bukan berani gila, ker?

"Masa rehat, Anis dalam Library buat homework.  Tiba-tiba senior Naim minta Anis datang jumpa dia pukul lapan malam dekat taman Asrama Lelaki.  Mula-mula Anis tak nak.  Tapi senior Naim beritahu, dia cuma nak minta tolong Anis.  Lepas tu, Anis jumpa dia macam yang dia cakap.  Anis masuk sekejab aje.  Anis tak buat apa-apa.  Sumpah.  Dan senior Naim beri ini pada Anis..", dia keluarkan sesuatu dari poket baju kurungnya.  Sampul surat berwarna putih.  

"Dia minta sampaikan pada Kak Dian Juwita..", automatik semua mata memandang aku.  Aku?  Rasa macam nak lari ikut bumbung surau.  Saat ini juga.  Somebody help me!!

"Naim tu gila ke apa? Tapi masalahnya sekarang, kenapa Anis pergi jumpa dia?  Anis tak takut kena tangkap ke?  Anis tak takut kena tindakan displin ke?", suara Lailawati sedikit keras.  

Dan Anis kelihatan serba salah.  

"Se..sebenarnya...senior Naim ugut....ugut Anis...sebab dia tahu yang...yang Anis suka dengan....", dia menyeka air matanya dengan hujung tudung.  Dan kami masih menanti ayat seterusnya dari Anis.  Walau pun dalam hati aku ni, dah bermacam-macam sumpah seranah aku hamburkan pada Naim Najman walaupun ianya cuma sia-sia.  Ya lah, bukan dia tahu pun.  Aku carut dalam hati aje.  tapi kalau aku dapat si Naim Najman ni, memang siap dia aku kerjakan.  Dia tu wajar di buat lepat pisang aje.  Motif dia nak mengacau hidup aku?  Aku tak kacau hidup dia pun.  Aku tak kenal pun dia.  Selama ni tak perasan pun akan kewujudan dia tu.  Sebab join team perbahasan, baru lah aku kenal siapa Naim Najman.

"Anis suka siapa?", Shakira tiba-tiba bersuara.  Lantang.

"Anis suka dengan Ketua Pelajar.  Anis...Anis tak tahu macam mana senior Naim boleh tahu...pasal tu..", dia tunduk.  Dan aku sekali lagi rasa macam nak tercabut jantung.  Kalau betul nyawa aku sampai di sini, wajar dikebumikan malam ini jugak.  Takut nanti aku jadi hantu.  Ishh benci.

"Mana surat untuk Kak Juwita?  Beri pada Akak", dan Anis menuruti kata-kata Lailawati.  Dia hulurkan surat itu.  Dan surat pun beralih arah.

Lailawati memandang aku.  Semua yang lain juga memandang aku.

"Eh...bukan aku yang masuk Asrama Lelaki.  Aku tak tahu apa-apa", serius, aku terus keluar dari surau dan menuju ke bilik.  Dah memang bukan aku yang masuk ke kawasan larangan tu, jadi jangan lah nak salahkan aku.  Dalam hati merungut.  Ni memang masalah!  Dan aku tak tahu apa bentuk denda yang AJK berikan pada Anis.  Malas aku nak masuk campur.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 10:52 AM | Show all posts
kesian DIAN...
teruklah NAIM nie...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 01:46 PM | Show all posts
thanks ariel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 02:31 PM | Show all posts
NAIM nie minat kat DIAN jugak x?...
shahrinas Post at 31-7-2010 08:01


ko mau NAIM minat DIAN x..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 02:37 PM | Show all posts
ko mau NAIM minat DIAN x..??
ariellin Post at 2-8-2010 14:31


x nak...
DIAN ngan FAZWAN lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 03:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 2-8-2010 14:59

34


Enam pasang mata itu sedang memandang aku. Tepat. Berkelip pun tidak. Dasyat betul. Dan di tangan Lailawati masih ada sampul surat dari Naim Najman.  Melihatkan surat itu, hati aku ni meronta-ronta nak redah masuk Asrama Lelaki.

Memang menyusahkan orang.  Sakitnya hati aku.  Selama ni, hidup aku elok aje. Aman bahagia. Tak ada sebarang masalah.
Smooth dan molek.  
Tapi kali ini, hanya dengan sekelip mata Naim Najman dah berjaya memporak perandakan hidup aku.
Bencinya aku dengan dia.  Memang sah dia tu pelik.  Entah-entah dia gila.

“Kau nak bagitahu ke tak? Lenguh siot kepala aku pandang kau. Kau sedap je duduk atas katil”, aku gelak mendengar keluhan Shakira.

“Ada aku suruh kau orang duduk kat lantai?”.

“Habis, kau pun tak faham bahasa. Kau ingat kami ni junior ke?”.

“Ya lah, kau orang nak tau apa?”. Sambil duduk bersila di lantai bilik.

“Surat Naim Najman ni. Kau kenal ke dengan dia?”.

“Okey, first time aku jumpa dia kat Library. Alah, time Cikgu Ali Rustam nak jumpa tu”, aku cuba mengembalikan memori makcik bertiga yang busy body itu.  Berkerut-kerut muka mereka bertiga.  Itu tandanya otak diorang sedang berkerja keras.

“Ha, aku ingat. Takkan kau tak bercakap dengan dia?”, Marshila pulak dan macam polis pencen.


Aku geleng kepala. Dah memang aku tak cakap apa-apa dengan dia. Dia pun tak cakap apa-apa dengan aku.
Sepatah kata pun tak ada. Eh…kejab.

“Ada…aku ada cakap dengan dia”, terus cerah biji mata penyiasat tak bertauliah itu.

“Aku suruh dia bagitahu dengan Cikgu Ali Rustam yang aku pergi kantin, itupun kalau Cikgu Ali tanya”, dan Lailawati menunjukkan penumbuknya kepada aku. Tepat kena batang hidung aku. Mujur sempat mengelak. Kalau tidak, harus lebam.

“Betullah, itu aje yang aku cakap. Oh yer, lepas tu, aku pergi Library lagi, waktu lunch, masa tu lah aku ternampak dia.
Something weird lah kat dia tu.  Sebab aku perasan macam ada orang perhatikan aku, rupa-rupanya dia.  Lepas tu, aku blah lah.
Tu aje”, aku jelaskan satu-persatu.

“Kau buat ape kat Library time tu?”, musykil nampaknya Lailawati dengan cerita aku.

Aduh, soalan tu yang lemah aku nak jawab. Kalau tak cerita, berdosa tak??

“Emmm..aku jumpa Fadzwan. Dia nak jumpa. Bukan aku yang terhegeh-hegeh nak jumpa dia”, aku tak nak semua kawan aku yang masuk air ni buruk sangka dengan aku. Betullah, Fadzwan yang nak jumpa aku.

“Dia ada nampak kau jumpa Fadzwan tak”, Marshila tanya lagi. Aku garu kepala.

“Dia?  Sapa dia tu?”,

“Ni soalan bodoh mana pulak ni? Alahai Ju…ada banyak sangat hero ke dalam cerita kau ni?  Dia lah. Naim Najman tu..”. uishh, geram bunyinya nada suara Marshila.

“Oh…cakaplah Naim.  Entah, aku tak tahu.  Yang aku tahu, lepas aku jumpa Fadzwan, baru aku perasan si Naim tu ada kat Library”.

Keadaan sunyi seketika.  Masing-masing berdiam.  Aku juga begitu.

“Kau dengan Fadzwan buat apa dalam Library?”,

“Dia bagi aku surat”, pertanyaan Shakira aku jawab. Malas nak berteka teki.  Dah penat. Macam pesalah tribunal jenayah perang rasanya.

“Kiranya kau dapat dua surat lah ni.  Glamour gitu. Kau dah baca surat Fazdwan?”, aku menggelengkan kepala. Surat tu masih dalam loker. Aku simpan di bawah lipatan tudung.

“Kita baca surat Naim dulu, nak tak?”, tiba-tiba Lailawati bagi idea bangang. Mau tak tersedak aku dengar idea dia yang entah apa-apa tu.

“Baca je lah”, disokong oleh Shakira.

“Hmmm…”, aku malas dah. Ikut je lah idea bodoh ni. Aku bangun dan baring di katil. Gasak dorang nak buat apa dengan surat tu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 03:34 PM | Show all posts

35

Kertas kaler kuning yang dilipat empat itu dibuka perlahan oleh Lailawati.
Sementara Shakira dan Marshila menunggu dengan penuh berhati-hati.
Sekejab tadi aku baring, sekarang aku dah bangun semula dan duduk di birai katil.

Tapi rasa macam nak ketawa pun ada bila tengok reaksi muka diorang.
Alahai...tak menahan dah ni..tapi terpaksa juga aku tahankan tawa dari terhambur keluar.
Takut nanti dengan aku sekali kena perhambat.

“Assalamualaikum…Buat Dian Juwita binti Hussin”,

“Eh !! macam mana dia tau full name aku?”, soalan aku membuatkan semuanya memandang ke arah aku dengan serentak.

“Mesti lah dia tau dari memo yang dia dapat tu”.

“Ye tak ye jugak.
Aku lupa.
Sambung lagi”, tak boleh blah betul kerja yang kami buat hari ini.

“Ok, aku sambung…Saya tau mesti surat ini mendatangkan masalah.
Tapi saya tetap nak beritahu, I’m in love with you.
U’ll be mine.
Forever.
Naim Najman..” habis sahaja ayat itu, aku rasa macam nak pengsan.
Bukan sebab gementar tapi geli.
Perasannya mamat ni.

“Wait, first time kau jumpa dia dalam Library tu kan?
Tu je kan?”, soalan jenis apa pulak yang Lailawati ni tanya.

“Mesti lah.
Seingat aku itu lah first time aku jumpa dia.
Naper?”,

“Sebelum ni, tak ada kan?
Aku musykil sebab ayat dia ni macam dah lama dia perhatikan kau.
Mungkin dia buat surat ni lepas dia nampak kau jumpa Fadzwan.
Kau rasa macam yang aku rasa tak?”,

Tiba-tiba kami semua terdiam..Macam bernas pulak kata-kata Lailawati walaupun aku rasa dia cuma serkap jarang.

“Entah..tak mungkin kut.
Sebab selama ni aku tak pernah perasan pun si Naim Najman tu.
Tiba-tiba aje…seram lah..”, betul, aku rasa macam tak sedap hati dengan budak tu.

“Ok, sekarang surat Fadzwan pulak.
Bukak lah”, merengek-merengek Marshila dekat aku.
Ishh rimas betul.
Susahnya lah beranak ramai macam ni.

“Malas.
Kau ambik aje surat si Naim tu.
Hafalkan sekali”, tapi tanganku cepat buka loker.
Ambil surat yang aku simpan.
Sampul surat kaler biru itu aku buka perlahan.

“Emm…”, cuba mengejas anak tekak.
Tiba-tiba terasa perit.

“Ngadalah kau”, siot betul ! Laju je tangan Shakira mencubit peha aku.

“Ouch..sakit lah..ye lah..aku baca ni”, aku membetulkan duduk agar selesa.

“Buat Dian Juwita, maaf saya tidak dapat membalas cinta awak.
Rasanya cukup setakat ini sahaja”, dan segala urat sendiku seakan terputus.
Ototku lemah.
Lututku longgar.
Kepalaku berpusing.
Sampainya hati dia..debar di dada semakin kuat memikirkan betapa sampainya hati dia.
Sampainya hati dia buat macam ni pada aku!

“Alah, dia ni perasan betul…
Bila masa pulak ….aku suka dia.
Wei …aku okey lah…”, ada getar dalam setiap bicaraku.
Ada tangis dalam mataku tapi takkan aku nak menangis meraung depan orang.
Ishhh……

Dan mereka masih memandangku.
Mungkin untuk memastikan yang aku benar-benar okey.

Tetapi hakikat di dalam hati ini, terasa macam maruah aku dipijak-pijak.
Jauh di bawah telapak kakinya.
Kenapa dia buat perasan aku macam ni?
Kenapa?  Jelas sangat ker aku suka dia..?? Tapi aku memang suka dia.  Suka pada dia sangat-sangat.

Aku buka kembali loker.
Dibalik baju yang tergantung, aku cuba menahan sedih.
Namun air mata tumpah jua.
Dan surat yang ditangan aku koyak perlahan-lahan.
Pergilah….jangan datang lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 03:56 PM | Show all posts
ye ke camtue surat yg FAZWAN bg...
sian DIAN...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 1.449984 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list