CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
 Author| Post time 11-7-2010 04:17 PM | Show all posts
~ Belahan Jiwa 20

Selesai jugak peperiksaan untuk penggal ini. Alhamdulillah, berkat usaha aku dan juga pertolongan dari Lailawati dan kawan-kawan yang lain, Insya Allah keputusan yang baik akan memihak pada aku.

Hari ini kami ada jamuan di Dewan Makan. Aku mengambil tray dan berbaris. Aku perasan ada seorang pekerja baru Dewan Makan. Tengok pada rupanya, macam pernah aku lihat sahaja susuk tubuh itu.

Ishh, tak payah diingat-ingat. Buat habis masa senggang aku. Getus suara dari hati.

Aku hulurkan tray kepada Abang itu sebab dia menjaga lauk-pauk untuk diagihkan. Dia pandang aku. Tersenyum manis. Aku membalasnya sebab aku tak ada duit nak membuat amal jariah kepada Abang yang baik hati itu. Kenapa aku kata dia baik hati. Sebab dia letak banyak lauk dalam tray aku. Ha ha ha...Ada ayam goreng dua ketul. Sayur campur 2 senduk. Lepas tu dia letak telur dadar extra dalam tray aku. Tapi aku perhatikan, budak lain tak ada pulak telur dadar. Yang ada cuma buah tembikai.

"Adik cantik", dia puji aku ke? Aku dengar tak dengar. Tapi macam ayat itu yang aku dengar bila aku ucapkan terima kasih pada dia sebab dia dah buat baik dengan aku.

"Ah, abaikan aje lah. Aku kurang dengar tadi. Entah-entah dia bukan cakap dengan aku", aku terus dapatkan kawan yang bertiga itu di meja makan kami.

Semasa tengah mengunyah, aku curipandang ke meja makan pelajar lelaki kalau-kalau aku boleh nampak kelibat Fazdwan. Tapi nampaknya harapan aku hampa belaka. Sejak kes Shakira menangis sampai keluar air mata darah sebab cintanya ditolak, aku pun jarang nampak lelaki itu.

Keluhan aku didengari Marshila. Saat itu juga aku rasa dia tarik baju aku sambil mulutnya menunjukkan sesuatu dan matanya pula tidak memandang aku. Aku pandang ikut muncungnya yang boleh diikat dengan reben itu. Dan pandangan aku tepat jatuh kepada Fazdwan.  "Alahai lelaki, adakah kau tahu aku ni macam ayam berak kapur sejak dua menjak ni?  Kemana lah kau menghilangkan diri?  Adakah kau balik ke Pluto?  Kenapa tidak tinggalkan jejak agar aku juga boleh mengikutmu?", hanya dalam hati.  Aku yakin sangat aku dah gila bayang dekat seorang budak yang aku hanya tahu namanya Fazdwan.  Dan kami masih memandang antara satu sama lain.

"Dia tak suka Shakira sebab dengar cerita dia dah fall in love dengan Azlina, budak Electric", Marshila menyatakan itu kepada aku dengan tiba-tiba.  Dan dengan tiba-tiba juga aku rasa macam ada batu sebesar gajah telah jatuh menghempap aku dan aku telah mati terpenyek di bawah runtuhan batu itu.

"Wei, kau dengar tak?", suara Mashila lagi.  Ya lah, itu suara Marshila.  Aku dengar itu.  Dan rasa sakit hati juga datang kembali.  Pedihnya.  

"Kenapa kau buat aku macam ni!", aku angkat tray terus keluar dari Dewan Makan.  Semasa hendak menghantar tray yang kotor ke tempatnya, saat itu aku terlanggar Abang manis itu.  Dan juga nasib aku baik, aku tak terjatuh akibat tergelincir akibat limpahan-limpahan air sabun di koridor Dewan Makan.

Selamat satu perkara.  Kalau tidak, asyik ditimpa malang saja lah aku, seorang yang bernama Dian Juwita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 08:49 AM | Show all posts
ahaha...akhirnya kejelesan akan memakan diri..ngeh3..cian yea pada dian juwita nie...kuikuikui...apsal la dia x terus terang aje ngan fadzwan tadik...ishhh...kan da melepas...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 09:16 AM | Show all posts
Sian DIAN...
didalam dilema...
nielah kalu pendam je...
bilalah agaknya nak luahkan nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 11:34 PM | Show all posts
21


Hanya kipas syiling berputar. Itupun pada kelajuan dua. Aku duduk diam-diam di dalam bilik Asrama. Dan aku rasa mungkin tinggal aku seorang di dalam bangunan asrama tiga tingkat ini. Itupun kalau ada pelajar lain yang tidak ponteng kelas macam aku, macam yang aku buat sekarang. Macam rasa seram pulak duduk sorang-sorang.  Hee, janganlah terserempak benda yang bukan-bukan, aku berdoa dan meminta perlindungan dari Allah swt.  

Sekali fikir macam tak logik. Dua kali fikir macam aku bukan aku, lah! Memang bukan aku. Aku mana berani nak buat kerja gila macam ni. Tapi hari ini aku bulatkan semangat. Pedulik apa aku dengan orang lain. Puas budak bertiga tu pujuk pun, aku buat dek aje. Tak kuasa nak melayan. Kalau aku melayan, aku yakin kaki aku akan diseret sama ke sekolah.

Bunyi burung-burung berkicau dari luar tingkap. Aku fikir lagi, rasanya aku memang tak waras hari ni. Tapi aku ada misi besar yang membuatkan aku ponteng kelas; pertama > aku dengan automatiknya akan menyampah kalau ternampak muka si Fazdwan tu. Kedua > rasa sakit dekat hati ni bila ingat-ingat balik perangai buaya Fazdwan tu walaupun dia tu bukan boyfriend aku; kawan pun bukan. Ketiga > Tapi aku takut hati aku ni akan terkinja-kinja gedik nak menjeling-jeling pandang Fazdwan walaupun cuma bayang-bayang dia aje. Dan keempat > untuk mengelakkan aku terjumpa Azlina, budak Elektrik, partner baru Fazdwan selepas dia 'muak' dengan Shakira (part yang ni aku memandai tambah). Pokoknya, aku ponteng kelas sebab Fazdwan. Budak hingusan tu memang dah berjaya memorak perandakan hidup aku !

Aku jentik-jentik bintang yang berjuntaian itu. Bintang pemberian Fazdwan. Tapi tiba-tiba leher aku tegak berdiri. Telinga menangkap bunyi sesuatu. Mula-mula macam jauh tapi sekarang ni macam dah dekat. Motor ! Warden !

"Alamak, suara sapa pulak tu, mana nak nyorok ni?", aku garu kepala. Badan dah mencerlung. Betul, suara tu dah menghampiri pintu bilik kami. Kepala aku ligat memikir. Terlompat-lompat memikirkan nasib diri.

"Alamak, kipas!", bergegas aku tekan butang off dan terus buka loker. Masuk dan tutup. Gelap.

"Alamak, bala apa pulak ni? ishhh...", kepanasan. Padan muka dengan diri sendiri, siapa nak kutuk diri sendiri kalau bukan diri sendiri. Menyesal pun tak guna kalau terkantoi sekejab lagi, ni.

Aku dapat dengar pintu bilik seakan digegar. Mungkin cubaan untuk membuka pintu. Kemudian keadaan kembali reda. Ada banyak suara tapi aku tak cam milik siapa suara-suara tersebut.

"Apesal lah time aku nak memonteng, time tu lah Warden ni nak buat spot check? Orang lain buat tak pulak nak kantoi", kedengaran tapak kaki semakin menjauh dan suara juga semakin menghilang. Aku rasa baik aku tunggu seminit dua. Eh tak boleh, kejab sangat tu. Mana tau dorang berubah fikiran. Tiba-tiba buat u-turn. Haru siot ! Baik duduk diam-diam dalam ni. Panas pun kena tanggung. Sendiri cari pasal.

"Budak Fazdwan ni kalau aku dapat, aku terajang tulang rusuk dia! bongok !", mengeluh lah Dian Juwita, itu semua tak mendatangkan hasil waima sesen pun. Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung, suara sisi gelap aku tu !

Dan bila bunyi motor itu semakin menjauh, baru lah aku keluar dari tempat persembunyian. Dah macam main hide and seek pulak rasanya. Fuh, lega. Aku menarik nafas panjang. Taubat, takkan aku buat lagi kerja bodoh semacam ini. Dan ketika memandang ke arah pintu bilik, terselit sehelai kertas bersaiz A4.

Aku berjalan perlahan, tunduk dan mengambilnya. Nota rupanya. Aku baca perlahan.

"Best ke duduk dalam loker tu? Lain kali kalau nak ponteng, pergilah lari ke town ! Saya pun nak join. Anyway, nice try hihihi", hampeh, gelakkan aku ! Ishhh siapa ni?

Aku pandang semula nota tu. Aku tengok ada gambar 2 orang lidi pegang tangan. Ni mestti kes tak reti lukis ni. Kes cikgu seni dah watammat atau si pelukis ni lari dari kelas. Lepas tu, setiap gambar tu ada ada anak panah. Orang lidi sebelah kiri, tertera "DIAN". Chup ! tu first name aku. Ligat otak aku berfikir. Seingat aku, yang tahu full name aku cume kawan sekelas, kawan sebilik, Encik Hussin dengan Puan Tina, lepas tu, mak nenek tiga orang tu. Siapa ya?

Aku kesat peluh di dahi dengan tangan. Ishh, patutlah panas. Kipas tak on rupanya. Aku menuju ke suiz, on dan labuhkan punggung ke katil.

Dan mata kembali memandang gambar orang lidi di sebelah kanan. Aku nampak dengan terang, "WAN".

Aduh, complicated sungguh lah. Beku otak aku ni. Nak stadi lagi. Mana nak hafal nota lagi. Mana nak siapkan homework. Nak layan birokrasi dengan Asrama ni lagi. Nak layan perasaan satu hal pulak. Ni nak cari pulak gerangan siapa pemilik nama "WAN". Bala sungguh!! Aku rengukkan kertas tadi dan lempar ke dalam bakul sampah yang letaknya di tepi rak kasut. Sharp !

Arghh, malas nak fikir. Tengok jam tangan yang aku letakkan di balik bantal. Lagi lima belas minit, masa untuk lunch. Perut pun memang mintak diisi. Sudah berdondang sayang rasanya. Tidur sekejab lah, kang turun sekali dengan bebudak yang balik sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 08:58 AM | Show all posts
...teringat masa duk asrama dulu...
pernah jugak wat camnie...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 10:56 AM | Show all posts
aaiikk xde n3 lg yer pg nih huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-7-2010 12:30 PM | Show all posts
Reply 126# arieyana

sat g aku tepek...kebizian lately ...   teruskn baca ek...komen ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 12:38 PM | Show all posts
...teringat masa duk asrama dulu...
pernah jugak wat camnie...
shahrinas Post at 13-7-2010 07:58



pernah ek   aku pun penah tp duk bawah tilam yg aku lipat dulu...mujur masa tu badan solid molid...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2010 12:46 PM | Show all posts
22


"Lai, aku nak pergi KOOP. Nak ikut tak?", aku pelawa dia. Kebetulan Cikgu Ali Rustam tak masuk hari ini. Yang aku dengar, Cikgu Ali Rustam jadi guru iringan untuk rombongan student senior ke UiTM Lendu, Melaka.

"Aku tak mau lah. Nak siapkan homework Cikgu Lina", tanpa memandang aku. Aku terus bangun dan keluar berlenggang kangkung menuju ke KOOP. Kenapa mesti berlenggang kangkung?  Apsal tak berlenggang lengguk? Lenggang Mak Limah ke, eh itu lagu hari raya.  Otak mula merepek merapu meraban.  Stop!!

Keadaan KOOP lengang sekarang. Mungkin waktu kelas. Setelah membayar harga handyplast kepada kakak kerani yang aku tahu namanya Rohani berdasarkan name tag yang tersemat kemas di tudungnya, aku keluar. Menuju ke tangga yang ada dihadapan KOOP. Dan tangga yang sama juga menuju ke kelas aku dan kelas Business yang terletak di bangunan dua tingkat itu.

Aku duduk di situ. Memandang hujung kasut yang sedikit terkoyak. Saja aku tak minta kasut baru dari ayah. Masa cuti sekolah hari tu, kasut aku belum buat perangai pun. Jadi dari menyusahkan ayah yang akan datang dari jauh semata-mata sepasang kasut aku, baik aku tampal dulu dengan handyplast. Lagipun, cuma tinggal sebulan setengah sahaja lagi untuk sesi persekolahan tahun ini.

Aku buka plastik handyplast dan tampal di kasut. Aku angkat kaki tengok kasut putih aku yang dah tak berapa nak putih. He he he comel jugak.

"Hai, kasut sakit ke?", sekilas aku menoleh ke arah suara itu. Terbangun dengan automatik. Tanpa menjawab, aku terus pusingkan badan menuruni tangga. Rasa berdebar-debar dalam hati dengan tiba-tiba.

"Dian, tunggu!", suara itu beri arahan.

Aku dengar tapi aku nak buat-buat tak dengar. Apa kata aku buat-buat pekak. Aku tak tahu nak kemana. Ikut saja langkah kaki. Melencong ke kiri. Aku sedar bunyi tapak kaki dia yang berlari. Belum sempat aku pecut 100 meter, dia dah ada di depan aku. Senyum.

Dan automatik juga kaki aku terhenti. Kang kalu tak berhenti terlanjar pulak mamat ni. Memang dah sampai hujung bangunan pun. Ke kiri menuju ke padang. Sementara kalau aku buat u-turn, akan sampai ke tangga tadi semula.

Dia masih memandang aku dengan matanya yang sepet tapi tak berapa nak sepet itu. Senyum lagi. Oh baru perasan dia ada lesung pipit rupanya. Eh mancung hidung dia. Mulusnya kulit dia yang putih kemerahan itu. Kening sedikit lebat dan terbentuk. Rambut dia cacak-cacak. Ni kalau cicak jatuh, confirm mati sia-sia.

"Dian, saya suka awak", suara itu menusuk kalbu. Ini kali kedua aku dengar suara itu.

"Dian, awak dengar ke tak ni?", jari tangan dia panjang-panjang, runcing je. La, aku perhatikan dia rupanya.  Malunya, tindakan tanpa sedar.  Di luar kemahuan fikiran aku ni.

"Tengok, pipi awak dah merah", dia bersuara.  Perlahan. Tindakan refleks membuatkan aku memusingkan badan untuk membuat pecutan. Tapi tindakan refleks dia lagi dasyat. Tak sempat pun aku nak buka langkah, tangan dia lagi pantas capai tangan aku. Mujur berlapik. Kalau tidak, memang aku smack down je budak ni tak kira jambu macam mana pun muka dia.

"Lepas lah. Sakit!", dan dia tak ikut pun rayuan aku tu. Masih senyum. Pandang aku. Senyum lagi.

Aduh, jangan lah asyik buat amal jariah je. Aku ni insan yang lemah. Lemah iman. Lemah semangat. Mana boleh tengok lelaki handsome. Boleh buat aku bertindak di luar kawal nanti. Nanti, kau juga yang susah. Aku tak nak bertanggungjawab.

"Dian, saya suka awak".

"Tapi aku tak suka engkau. Kau jangan perasan, boleh? Kau ingat dengan muka jambu kau tu, aku kebulur sangat ke? Jangan perasan okey!", dan bila aku rasakan genggaman tangan dia semakin melonggar, aku terus memecut.

Aku tak tahu riak wajah dia. Aku tak nak ambil tahu. Biar dia rasa. Salah dia. Playboy sangat. Ingat aku hadap sangat agaknya dengan dia tu. Tak kuasa aku!

Aku tak tahu semangat untuk 'menolaknya' datang dari mana. Semangat perjuangan harmoni, mungkin. Eh itu tajuk lagu XPDC. Macam rugi pulak cakap macam tu. Mana tau dia betul-betul suka aku. Tapi aku tak suka dia.

"Aku rasa aku cinta kau lah, Fazdwan", entah cinta jenis apa, cinta itu apa pun, aku pun tak tahu..mungkin cinta dengan suka tu sama agaknya.  Kalau sama, mungkin betullah dia cakap tadi, aku suka dia. Dan sampai juga aku di kelas.  Tak sesat pun..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 12:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 24-7-2010 15:09

23


"Assalamualaikum semua adik-adik yang kami sayangi", suara Kak Aini, Ketua Asrama Perempuan yang memberi salam memecah sunyi. Kami menyambut salamnya.

Kak Aini berdiri bersama-sama dengan AJK Asrama yang lain. Yang pasti Kakak Suara Bingit tu tiada dalam barisan tersebut.

Mula-mula masa tak dengar lagi suara dia menjerit, memekik, mengherdik kami, aku semacam rasa pelik. Lepas tu, Shakira beritahu yang Kakak Suara Bingit telah ditarik balik jawatannya. Bila aku tanya kenapa, Shakira cuma angkat bahu. Maknanya, suruh aku cari jawapannya sendiri lah tu. Tapi oleh sebab aku ni mengalami masalah otak beku, jadi aku pun malas lah nak ambik port pasal Kakak Suara Bingit tu.

"Malam ni, malam last adik-adik berjumpa dengan kami. Jadi akak mewakili semua kakak senior di sini, untuk meminta maaf atas keterlanjuran perbuatan kami...dan bla bla bla..".

"Akak tahu sure ramai yang tak puas hati...bla bla bla..".

"Okey, selamat maju jaya...", dan kami beratur bersalaman.

Sedih juga tapi nak buat macam mana. Setiap pertemuan pasti ada perpisahaan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Ramai jugaklah yang meratap sendu memohon maaf. Mungkin betul-betul ada buat silap besar. Aku pun sedih juga tapi kena tunjuk kuat lah.

"Ju, akak mintak maaf ya. Semua yang akak buat hanya untuk menguatkan semangat Ju", dan saat itu juga aku dipeluk erat oleh Kakak Suara Bingit. Aku angguk kepala. Ishh over pulak dia ni. Rimas siot. Ayat coverina je tu, dia ingat aku termakan dengan kata-kata manis dia agaknya.

"Saya juga kak", aku lepaskan pelukan dia dan beranjak ke Kak Kecik (gelaran kami sebab kakak tu saiz badan dia kecil molek).

~~~~

Aku dan Shakira duduk tercanguk di depan gate sekolah. Menunggu Lailawati dan Marshila yang pulang semula ke Asrama sebab Marshila tertinggal baju yang disidai di ampaian. Selalunya dia tu perfecto tapi mungkin teruja yang amat sangat kut sebab hari ini dia dapat dating dengan abang sayang.  Abang sayang dia yang mana, aku kurang periksa.  Aku cuma teman aje.  Asalkan ada oarng nak belanja makan.  Jadi aku maafkan kesalahan pertama Marshila.

Kami balik naik bas hari ini. Barang-barang yang lain semua telah diangkut balik oleh ayah masing-masing last week. He he he inilah masanya nak jalan keliling town. Ayah tanya juga hari tu, emak pun membebel tapi aku cakap lah aku teman Marshila jumpa kawan.  Bukan aku aje, budak bertiga tu pun kena soal siasat dengan parents masing-masing.  Lagipun ni lah first time nak tengok dunia luar.

"Lambatnya dia orang ni? Basuh baju ke apa?", Shakira dah bercekak pinggang, berjalan mundar mandir.   Tudung pun dia dah sumbat dalam beg yang disandangnya.  Budak ni memang suka semberono aje.  Ikut suka hati dia nak buat apa.  Jenis tak kisah.  Aku anggap dia belum mencapai tahap mumaiz lagi.  Tapi kalau bab-bab lelaki, hebat pulak dia.  Ha ha ha

"Cik adik, ko boleh berdiri tegak-tegak tak? Sakit mata aku".

"Rimas aku. Lama betul dia orang ni. Dah dua biji bas lalu", Shakira tengok jam di tangan.

"Kita ni cuma teman Shila dating. Ke kau pun ada program?", tegak tak terkutik Shakira dengan soalan aku.  Betul lah tu.

"Kan kantoi..wei..sapa..?", aku tarik-tarik hujung bajunya. Elok dah berdiri, sekarang aku mencangkung pula.

"Ishh kau janganlah tarik-tarik baju aku. Aku nak jumpa Abang Iqbal", selamba badak Shakira menjawab.

"Patutlah berseri-seri anda sekarang. Rupanya jatuh cinta lagi", aku mengusik dia.

Abang Iqbal memang baik. Imam pulak tu. Tapi boleh ke Shakira ni setia kengkononnya pada dia seorang. Macam tak boleh dipercayai je kawan aku sorang ni.

"Dah Fazdwan tak nak kat aku", ayat last Shakira tu menarik minat aku.  

Lama aku tak dengar nama dia.   Memang sejak kejadian lama dulu, Fazdwan tak pernah senyum pada aku. Jeling pun tidak. Ayumi pun tak ada cakap apa-apa. Hati di dalam banyak nak tanya tapi mulut berat nak buka. Jadinya, aku anggap aje Fazdwan tu macam angin lalu. Sekali dia datang, jadi sejuk aje cuaca. Dingin.

Dan tak lama lepas tu, sampai juga makcik berdua tu. Berjalan terkedek-kedek ke arah kami sambil tersengih-sengih.

"Sorry lambat. Dating dengan Fazdwan tadi", aku pandang Lailawati. Shakira juga. Tapi reaksi muka Shakira lagi dasyat. Dengan mulut yang membentuk huruf O besar tu, mata yang terbuntang seakan mahu terjojol keluar. Adoi, Shakira ni memang tak boleh tahan.

"Nah, dia bagi", sekeping sampul surat kaler biru dihulurkan kepada aku. Perlahan aku ambil.

"Bukak lah. Baca sama-sama", Shakira kalau bab-bab macam ni, dia memang pantas. Semua mata memandang aku. Masing-masing dah menyeringai menyengih sampai ke telinga. Dengan telinga-telinga sekali ikut menyengih.

"Hmm, ni surat aku. Bukan surat korang", padan muka. Terus masing-masing macam membadak.

"Ya lah, aku bukak ni", dan mereka sengih kembali. Masing-masing mengelilingi aku. Ishhh rimas betul. Aku luku sekor-sekor, baru tau!

Sampul surat aku koyakkan perlahan. Bau bedak. Dan tiba-tiba Marshila mengekek ketawa.

"Entah bedak siapa lah ditibai dek Wan ni", adoi...buat malu aku aje si Wan ni. Sepantas mulut Marshila, pantas lagi tangan aku mencubit dia. Tau sakit ! Aku jelir lidah padanya.

Aku buka perlahan kertas yang dilipat berbentuk hati itu. Kertas warna biru. Dia suka biru agaknya. Sama lah dengan aku.

Dan tulisan tangan itu aku baca.  Chup! Sekali lagi, bukan aku tapi kami!

"Bila Kekasih Merajuk

Bila kekasih mula merajuk
Bagaimanakah dapat ku pujuk
Hebatnya cinta banyak dugaannya
Kau tak percaya yang aku setia
Bukan niatku bermesra dengannya
Kerna ianya teman biasa
Bila kekasih mula berpaling
Tak perlu lagi bertentang mata
Ucapan sekian lama untuknya
Dapat menunduk setiap bicara
Kerna cintaku hanya untukmu
Hanya untukmu
Belum puasku mengecapi redup asmara
Kini cintaku dihiris dengan perasaan
Pada zahirnya engkau curiga
Walau dijiwa terlalu setia
Apa erti cinta tanpa sefahaman
Jangan dipertaruhkan cinta dan perasaan
Sehingga hatimu terluka
Padaku kaulah insan
Senyumanmu penawar jiwa
Kekasihku... Lupakanlah...
Usah biarkan aku sengsara
Bila kekasih aku merajuk
Adakah mungkin engkau meluncur
Hebatnya cinta banyak dugaannya
Rindu dan dendam bukan permainan
Kerna cintaku hanya padamu
Hanya padamu...

ikhlas - Wan "

Dan ada lukisan dua orang lidi. Eh macam pernah tengok lah gambar ni. Ha ha ha dah ingat !! Wan tu rupanya Fazdwan. Aku rasa aku sedang senyum simpul ni. Macam ada musim bunga dalam hati ini. Memandai je aku walhal dekat Malaysia ni cuma ada musim tengkujuh bila sampai hujung tahun.

"Jiwang jugak si Wan tu. Mana lah dia dapat idea menulis tu ya. Harus empat puluh hari tengok bulan tuk cari ilham", Shakira membuat spekulasi.  Selamba dek aje muka dia.  

"Makcik, itu lagu lah", jawab Lailawati.

"Oh ye ke?", dah mula dah.

"Aku pun baru tau itu lagu", jujur aku.  Serentak mereka menggelengkan kepala.

"Tapi aku tak suka dia pun", dan kaki kami berhenti melangkah. Diam. Ada riak keliru di muka kawan-kawan aku yang kecoh.

"Dia suka kau. Bukan dia paksa kau suka dia", Marshila menjawab dan kaki kami juga mula melangkah.

Hati masih berbolak balik. Masih menimbang untung rugi. Mengira buruk baik. Ahh, abaikan lah. Aku muda lagi. Next year SPM. Enjoy dulu. Kejab lagi nak 'paw' Abang Iqbal belanja makan KFC kat town. Rasa macam tanduk di kepala dah tumbuk melata ni. Harus lah Shakira mengamuk hijau bila tau niat aku nak 'mendera' buah hati kesayangan dia tu.

Indahnya zaman ni. Tahun depan jadi senior. Tak sabar siot.....jumpa junior....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:55 PM | Show all posts
wahh da ade n3
nak lg nk lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 01:15 PM | Show all posts
wahh da ade n3
nak lg nk lagi
arieyana Post at 14-7-2010 11:55



sabar ye...tq sbb sudi baca   
nati aku letak n3 lg...ptg2 sikit ek
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 01:31 PM | Show all posts
Reply 132# ariellin

ok no problemo
take ur time...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 10:24 AM | Show all posts
sabar menunggu n3
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 01:27 PM | Show all posts
...kelakolah pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 04:43 PM | Show all posts
masih lagi menunggu n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2010 09:19 PM | Show all posts
masih lagi menunggu n3
asnita Post at 20-7-2010 15:43


maaf   sgt kebizian lately ni...insya allah...n3 baru akn ditepek bila ada kelapangan..doa2kan lah yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2010 09:20 PM | Show all posts
...kelakolah pulak...
shahrinas Post at 20-7-2010 12:27


apa yg kelakornya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 08:32 AM | Show all posts
apa yg kelakornya
ariellin Post at 21-7-2010 21:20


suka tapi mahu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 11:16 AM | Show all posts
ariel.... busy sgt ke????
jgn diam lama sgt, tak tahan ni.... dah lama tak dpt n3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.118989 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list