CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
 Author| Post time 6-7-2010 10:56 AM | Show all posts
Ohh cite budak sekolah.....okeh blh layan blues ni..
qimi08 Post at 6-7-2010 09:38



aku just imagin yg JUWITA tu x baper nak cerdik mcm hero2 novel lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 11:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by allamanda at 6-7-2010 11:03

Ni citer sedih ke ariel...last page tuh cam sad ending jer...huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 11:08 AM | Show all posts
wah ada cite baru..ikut apa aje ariellin nak tulis..kami sbg pembaca akan terus membaca dan memberi semangat sambil minta n3 panjang2
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 11:16 AM | Show all posts
percubaan dan permulaan yg best...
lelama oklah tue...
good luck k...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 11:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:00

Loceng asrama diketuk lagi hari ini untuk kali yang entah keberapa. Dah imune telinga aku dengan bunyi loceng itu. Dan aku serta kawan-kawan Tingkatan 4 yang lain sekali lagi bergegas menuruni tangga ke tingkat bawah asrama untuk beratur di padang. Terasa sangat hazab. Tiada apa yang 'lazat' sepanjang dua minggu sesi pengenalan a.k.a sesi orientasi pelajar baru Tunas Setia.

"Cepatlah sikit dik! Terhegeh-hegeh", suara itu bergema lagi untuk kesekian kalinya. Memang membingitkan. Suara kakak senior yang aku dah lupa namanya. Aku cuma tahu dia AJK Makanan sebab aku pernah meminta tandatangannya kelmarin.

Sangat meng'hampas'kan. Kejadah apa dia paksa aku menyanyikan sebuah lagu raya dengan sepenuh rasa. Sedih tau bila dipaksa nyanyi lagu raya apabila belum ada pun musim melihat anak bulan. Sakit juga hati di dalam ni menyenangkan permintaan kakak itu (pada perkiraan aku amat melampau) namun aku sebagai pelajar baru terpaksa! Bukan aku, malah Lailawati, pelajar yang mengambil sama course dengan aku, lebih hazab 'seksaannya'. Adakah patut Lailawati dipaksa duduk di pintu pagar asrama lelaki pada jam 12.00 tengah malam dengan dipaksa memakai telekung dan bedak sejuk !! Motif sangat !!

"Dik, cepatlah!!", rasanya bunyi hentakan kaki kami pun tidak mampu menandingi gema suara kakak itu.

Kami mengambil barisan di padang asrama. Di bawah panas terik mentari. Aku memandang Shakira, pelajar di atas katil aku. Dia membuang senyumnya ke arahku.

Dan kami sama-sama kembali memandang ke kakak suara bingit itu untuk mendengar arahan selanjutnya.

Tapi aku tak faham satu perkara disini, kenapa mesti AJK Makan yang lebih bersungguh-sungguh untuk 'mementalkan' kami semua dengan 'seksaan yang entah apa-apa' melangkaui Ketua Asrama. Sangat pelik!

Aku rasa, aku hanya boleh simpulkan beberapa perkara mengenai Kakak Suara Bingit itu; antaranya (a) mungkin dia gila glamour; (b) kemungkinan besar dia gila kuasa; (c) nak tunjuk dia garang lah kononnya; atau (d) dia perasan bagus.

"Dik, apa senyum-senyum? Dengar tak apa yang akak cakap tadi?", dan aku terus terkejut beruk. Masya Allah, dia jerkah aku rupanya. Aku hanya menganggukkan kepala tanda mendengar pertanyaan, walhal hakikatnya, aku sendiri tak sedar entah sejak bila aku masih berdiri keseorangan di padang asrama ini.

Yang aku nampak, kawan-kawan yang lain semuanya telah beratur di pintu masuk Dewan Makan. Malunya....mana nak letak muka aku yang comel ni? Aduhhhh!!

"Lain kali, silalah berangan lagi", Kakak Suara Bingit itu memerli aku ketika aku terkedek-kedek untuk memasuki barisan.

Malunya aku. Malu sangat ni! Letak dalam tudung mungkin berbaloi agaknya...aku agak sajalah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 11:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:00

Pepatah Melayu lama-lama ada berbunyi; tak kenal, maka takkan kita jatuh suka; takkan mungkin juga kita akan jatuh cinta. Dan aku harus akuinya, semakin lama aku semakin sayangkan Tunas Setia. Baru aku tahu, jatuh cinta itu mudah. Jatuh cinta itu indah.

Biarpun baru 30 hari di Tunas Setia, aku, kawan-kawan sebilik dan semua pelajar baru Tingkatan 4 yang lain sudah semakin mesra. Kami ibarat satu keluarga yang aman bahagia juga harmoni kehidupannya. Sangat normal dan aktif.

Setiap bilik hanya ditempatkan empat orang sahaja. Aku si Juwita yang comel (kenyataan ikhlas dari Encik Hussin Abu), Lailawati yang tinggi lampai, Shakira yang kuat makan tetapi masih tidak membesar (aku pelik kemana perginya makanan yang disumbat ke dalam mulutnya. dia bela hantu raya ke apa?), dan juga Marshila yang kurus dan bertahi lalat dibibir (cantik orangnya). Dan yang untungnya, kami semua satu course.

Sangat meneguntungkan bagi pihak aku sebenarnya apabila kami satu course. Aku benci kira-kira. Semua bentuk kira-kira boleh membuatkan aku hilang kewarasan akal fikiran. Lebih-lebih lagi Prinsip Akaun yang entah apa-apa itu. Belum lagi Add Math. Aduh ! meruntun jiwa dan raga.

Tapi Lailawati cakap; "Mengira ni sangat senang Juwita. Kalau kau hafal formula, semua jadi mudah", sambil tersenyum yakin memandang aku. Dia memang kelihatan optimis semasa memberi kenyataan itu.

"Senang sangat bagi kau tapi susah sangat bagi aku, tahu? Kenapa mesti ada orang cipta formula matematik? Kenapa mesti nak susahkan hidup aku dengan matematik dan kira-kira ni? Kenapa?", ikhlas aku bertanya sambil meletakkan kepala aku yang keras ini di atas buku rujukan Matematik SPM Tingkatan 4 terbitan Syarikat Fajar semasa Lailawati cuba membantu aku menghafal formula untung rugi akaun.

"Lai, kalau aku hafal je semua yang ada dalam buku rujukan, agak-agak berbaloi tak?", aku pandang Lailawati. Pandang dengan penuh bersungguh-sungguh menandakan aku sangat berharap Lailawati akan memberikan satu jawapan yang sangat memuaskan hati aku.

"Kau ingat kira-kira macam sabjek Agama Islam, cik Juwita? Dah, jangan nak mengarut. Hafal aje formula yang aku bagi ni. Mudah-mudahan terang hati kau tu", bunyinya agak tegas!

Benci!! Aku terus tutup buku itu. Tolak jauh-jauh dari pandangan aku. Sesak nafas bila tengok simbol tambah dengan tolak itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2010 11:47 AM | Show all posts
hahaha... nk hafal add maths?teringat zaman dolu2 kat hostel. lebih kurang cam juwita gak..
mula2 ms orientasi mmg nk nangis, lama2 dh mesra alam rasa sayang lak....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 11:48 AM | Show all posts
wah n3 panjang
tenkius ariel...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 11:49 AM | Show all posts
hahaha... nk hafal add maths?teringat zaman dolu2 kat hostel. lebih kurang cam juwita gak..
mula2 ms orientasi mmg nk nangis, lama2 dh mesra alam rasa sayang lak....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 11:49 AM | Show all posts
salam & muning....

bertamah rumah nak kena lawat......
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 11:50 AM | Show all posts
sori2.. tertekan 2X lak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 11:50 AM | Show all posts
wah heroinnye bernama juwita...
teringat cite ali baba bujang lapok mlm td...
s samsudin amek pelampung ade tulisan SS JUWITA...
ini kalau aku jual pon ade rega la
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 12:07 PM | Show all posts
kisah budak2 sekolah...
ada sikit mcm novel Tunas (Hlovate)...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 12:14 PM | Show all posts
salam & muning....

bertamah rumah nak kena lawat......
Ju'a Post at 6-7-2010 11:49



A'ah kan Jua, org2 yg mcm kita xleh
menulis ni asyik melawat umah org aje lah
jawabnya.

Tp suka sgt WR menjadi meriah mcm ada kenduri kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 12:19 PM | Show all posts
wah...ada citer baru...
tahniah pada penulis....
rajin2 tempek la entry lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 12:27 PM | Show all posts
hi ada cerita baru apa2 pun saya follow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 12:28 PM | Show all posts
sambung lagi cik adik oiiii... mana cukup tuh...dah seronok bangat nih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 12:37 PM | Show all posts
wah cita baru..

teringat masa mula duk hostel dulu.. nangis ari2 nk mak.. huhuhu.. sampai kain batik mak dok peluk malam2 hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 01:01 PM | Show all posts
kisah budak2 sekolah...
ada sikit mcm novel Tunas (Hlovate)...
sakura2503 Post at 6-7-2010 12:07


best eh novel Hlovate ni? anak dara merah suruh borong buku dia. katanya x byk xsmpai 10 buku. blh ode on9 x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 01:08 PM | Show all posts
kisah budak2 sekolah...
ada sikit mcm novel Tunas (Hlovate)...
sakura2503 Post at 6-7-2010 11:07


itu TUNAS citer budak yg pndai..ni JUWITA sgt sengal dn kuat berangan dn JUWITA dlm citer ni x baper nak pandai   tp dia baik ati...

aku mmbayangkn yg indah2 jek tp nak transformkn mnjadi ayat2 indah tu...x dapek lg aku nak nolong...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.198884 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list