CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264340|Reply: 7

waktu dilarang solat sunat taubat & hajat

 Close [Copy link]
Post time 1-7-2010 11:27 AM | Show all posts |Read mode
salam. nak tanya, ada tak waktu2 tertentu yg dilarang solat sunat taubat & solat sunat hajat?klu nak solat antara jam 8 pagi hingga 11 pagi camne?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2010 03:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by fedorae at 1-7-2010 16:32

Tiada waktu khusus utk solat sunat Taubat mahupun solat sunat Hajat,
kecuali waktu-waktu yg diharam utk solat lah*...
(dan ada penditilan lagi tentang waktu2 ini, boleh rujuk kepada sumber yg soheh)

Solat sunat Taubat afdhol (lebih baik) dilakukan selepas terasa melakukan apa2 dosa..
Bacaan selepas fatehah rakaat pertama elok dari surah Ali Imran ayat 135 dan rakaat kedua selepas fatehah, baca surah An-Nasr (1-3)

Kalau tak hafal, baca lah apa2 surah pun dari al-Quran..

Lepas solat perbanyakkan beristighfar spt:

1. Lailaaha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zholimiin
2. Astaghfirullahal Aziim, Lailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu Wa Atubu Ilaih...

atau berdoalah dgn Allah dan nyatakan kekesalan atas dosa yg telah dilakukan mengikut
luahan hati masing2.

Solat sunat Hajat pun begitu, jika ada sebarang niat utk berhajat kpd sesuatu.
Kebanyakan orang melakukan solat sunat hajat ini pada waktu malam atau ketika bertahajud...


* waktu haram utk solat (kecuali di Tanah Suci Makkah yg jadi Halal):

1. lepas solat fardhu suboh secara tunai bkn qodho'
2. ketika matahari terbit dan naik dgn ketinggian sekadar segalah ( ada yg pakai tombak /lembing ),
    atau lebih kurang 16 minit selepas syuruq (terbit matahari)..Kat KL syuruq sekarang lebih kurang jam 7.08 pg.
    Dah boleh agak waktu mana yg dah start boleh solat kan...


3. lepas asar  

[size=130%]عن أبي هريرة رضي الله عنه
[size=130%] أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس
، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس


Maksudnya: Dari Abi Hurairah r.a :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.
[hadis riwayat ; Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Nasaie dan Imam Ahmad]

5. matahari oren-kekuningan di ufuk barat smpi terbenamlah keseluruhannya
6. ketika matahari berada tepat di atas kepala sehingga gelincir (sblm zohor)
    kecuali istiwa' pada hari Jumaat


Dlm kes sdr/i, kalau nak solat sunat taubat pd jam antara 8.00 / 8.30 --> 11.00 pg, jgn lupa buat sekali solat sunat dhuha
2 / 4 rakaat dah cukup...Banyak fadhilat solat sunat dhuha ini..

Drpd Hadis Qudsi:

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud ,
"Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang
nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang" - (Riwayat Imam Tirmizi)


Nota tambahan:

Ada jugak org yg rajin melakukan solat sunat Isyraq'. Apa solat sunat ISYRAQ?

Solat sunat ni dilakukan sebaik shj masuk waktu dhuha. Kalau dah lepas waktu tu bukan Isyraq lagi dah namanya.
sesuai dgn nama namanya isyraq - 'waktu lepas syuruq' (kira2 <> 16 minit selepas itu)...

Solat sunat dhuha plak, time nya lepas isyraq (syuruq) sampailah ke time matahari istiwa' atas kepala (sblm zawal - matahari dah tergelincir)..

Menurut kitab2 fiqh, solat sunat taubat, dhuha dan isyraq dikategorikan sbg ghairi mua'akad..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2010 03:20 PM | Show all posts
Reply 2# fedorae


   
tq fedorae. semoga Allah membalas segala jasa baik fedorae.

maksudnya saya boleh solat taubat & solat sunat hajat lepas solat sunat dhuha la yea?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 02:47 PM | Show all posts
sudah tentu boleh,

saya sendiri pernah buat solat sunat taubat selepas sunat dhuha (bila tertengok maksiat kat luar rumah), kdg2 buat lepas zohor...Kdg2 lepas isyak, kdg2 lepas tahajjud...ikut kesesuaian masa dan keadaan.

Solat sunat hajat saya akan buat bila ada keperluan sahaja.

Selalunya buat malam lepas isyak, atau sebelum subuh atau selepas solat Jumaat ...lepas solat isyak dan sebelum subuh adalah waktu yg paling nyaman & tenteram dgn hati kita lebih fokus pd apa keperluan yg kita nak..dan sudah semestinya berdoa dgn penuh pengharapan serta tiada gangguan spt kebisingan (bising spt. jiran tumbuk sambal pakai lesung batu lah atau org belakang rumah pasang radio kuat2lah, atau kontraktor majlis bandaran tgh mesin rumputlah...), mahupun ketidakselesaan cuaca panas di siang hari..

Rasulullah SAW sendiri pun pernah solat tahajjud waktu siang disebabkan sakit atau sebab2 lain yg tak dpt dielakkan, berdasarkan hadis:

Daripada Aisyah RA yang menyatakan : "Adalah Rasulullah SAW, apabila baginda luput sembahyang malam dengan sebab sakit atau lainnya, maka baginda sembahyang pada siang hari dua belas rakaat" - Riwayat Imam Muslim

Dari sini kita nampak, solat sunat 'muakkad', Rasulullah pernah buat siang hari, apatah lagi solat sunat yg dikategorikan sbg 'ghairi muakkad' spt taubat dan hajat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
fedorae replied at 5-7-2010 02:47 PM
sudah tentu boleh,

saya sendiri pernah buat solat sunat taubat selepas sunat dhuha (bila tertengo ...

Mcm mana klw kita solat taubat dalam jam 11.30...adakah sah solat taubat tuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 07:54 AM | Show all posts
Asrhh replied at 13-8-2016 12:03 PM
Mcm mana klw kita solat taubat dalam jam 11.30...adakah sah solat taubat tuh

hmm....okay je
sah solat anda jika solat anda menepati syarat sah solat

sila lihat tajuk: syarat sah solat

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/syarat_solat.htm

an melakukan rukun dalm solat

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/rukun_solat.htm

kenape ye dengan jam 11:30 am ?

unless i tak faham soalan?

solat taubat = solat sunat so bagus tu
solat dhiha pun boleh buat sekali

why not?

ape kena dengan jam 11:30 am?

atau anda keliru dengan

waktu haram solat?

okay ini panduan

http://masjidwilayah.gov.my/v1/i ... miah&Itemid=132

so pada i amat amat okay je solat pada 11:30 am


kenape, ye pada pukul 11:30 am tu ?



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2016 10:00 PM | Show all posts
Asrhh replied at 13-8-2016 12:03 PM
Mcm mana klw kita solat taubat dalam jam 11.30...adakah sah solat taubat tuh

Solat taubat sebenarnya bukan satu solat yang dishariatkan seperti soalat sunat aidilfitri, dhuha, tahajjud, dan lain lain solat sunnah yang di tentukan waktunya.

Selain itu ada solat istikharah yang tidak ditentukan waktunya.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
BISMILLAH

Solat itu sebenarnya membezakan antara iman dengan kufur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065663 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list