Masalah aku mungkin tak besar bagi korang tapi satu masalah bagi aku...masalah aku ialah rumah ada banyak cicak? Mcm mana nak halau cicak ni tanpa membunuh cicak-cicak tersebut? 1)
Dulu masa first duduk umah ni, cicak banyak jugak, so aku beranikan diri bunuh cicak-cicak tersebut dengan cara spray dengan ridset, letak racun dan ketuk dengan penyapu...dan hasilnya cicak tak de dah lepas tu... 2)
Selepas beberapa bulan, cicak kembali mengganas dan byk pulak dah dia membiak..tapi aku pulak yang takut nak bunuh dia orang..sebabnya: a.
Kalau aku spray dengan ridset, dia orang akan mati kat tempat tersorok contoh celah almari, bawah sofa, etc. So akan tinggal bau kurang enak kalau tak jumpa and buang awal-awal. b.
Kalau racun dia org akan mati dalam sinki, bilik air dan termasuk dalam mangkuk pencuci pinggan mangkuk yang aku beli dari romantika, terus aku campak kat bawah (rumah apartment).
Lagipun kalau dia org mati dalam bilik air, mesti dah kembang dan bengkak. c.
Kalau aku ketuk dengan penyapu (bagi cicak yang suka melepak kat siling dan dinding) aku takut dia org akan serang aku balik..sebab dulu penah terjadi bila aku serang dia, dia jatuh atas lantai and serang aku plak... 3)
Sekarang aku trauma sebab ada cicak melepak kat bawah sofa, kalau aku duk baring baring kat sofa tu dia akan buat lintas langsung dan aku akan menjerit-jerit takut sebab geli. So sekarang aku dah tak berani duk atas sofa, dan kaw sewaktu dengannya!
4)
Tolong la aku kawan2 sekelian, aku taknak bunuh, cuma nak halau dia org dari rumah je. |