CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1896|Reply: 7

Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak dilantik Naib Canselor UUM

[Copy link]
Post time 14-6-2010 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak dilantik Naib Canselor UUM


2010/06/14
KUALA LUMPUR: Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak dilantik Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) selama tiga tahun mulai 16 Jun ini bagi menggantikan Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Dr Mohamed Mustafa, 50, telah berkhidmat dengan UUM selama 25 tahun, sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Caunselor (Akademik dan Antarabangsa).

Pelantikan beliau untuk tempoh tiga tahun mulai 16 Jun ini hingga 15 Jun 2013 diumumkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dalam satu kenyataan hari ini.

Prof Mohamed Mustafa berkelulusan PhD (Sosiologi Politik) dari University of Leeds dan MA (Politik) dari University of York, England.

Beliau adalah staf akademik awal UUM yang memulakan kerjaya akademik dari peringkat bawah sebagai seorang tutor dan kemudiannya sebagai pensyarah sehinggalah dilantik sebagai profesor dalam bidang politik dan pengajian antarabangsa.

Prof Mohamed Mustafa turut dikenali kerana sering menulis dan memberikan pelbagai komentar dan analisis politik nasional dan antarabangsa kerana kepakaran beliau sebagai seorang profesor dalam bidang Sains Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa.

Beliau turut memegang jawatan sebagai ketua kluster politik, keselamatan dan hal ehwal antarabangsa Majlis Profesor Negara di peringkat nasional dan Presiden Persatuan Pengajian Antarabangsa. - BERNAMA






-----------------------------------------------


mamat ni ler yg selalu kuar dlm HUJAH ngan AWANI.. x sia2 dia bodek gomen.. kekekeke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2010 06:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 06:31 PM | Show all posts
apa apa pun Tahniah Prof....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 06:31 PM | Show all posts
Tahniah UUM
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 07:10 PM | Show all posts
biasa lah UUM...lulusan entah apa-apa boleh jadi VC...
...patutlah orang tak hormat bebudak lulusan UUM ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 07:39 PM | Show all posts
biasa lah UUM...lulusan entah apa-apa boleh jadi VC...
...patutlah orang tak hormat bebudak lul ...
freebird Post at 14-6-2010 19:10

prof ni ke  kelulusan entah apa apa tu? is it ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2010 07:46 PM | Show all posts
sebelum masuk uum tu,pekan changlun kan?ade kedai makan banyak2 kat tepi simpang trafic light tu ade 1 kedai kecik die punye western food memang terangkat!aku igt die punye tukang masak,bekas tukang masak hotel la.beef steak,ciken chop die memang terangkat!aku siap order 2 kalo makan beef steak black pepper die.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 08:42 PM | Show all posts
i love changlun..PMC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.239145 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list