Post Last Edit by sourplum at 31-5-2010 16:51
Assalamualaikum Warga Borak ,
Memandangkan 2 lagi Mod Borak dh menyepi, I rasa Warga BORAK perlukan tambahan Mod di board ni.
Jadi I harap semua Warga Borak yg berdaftar (Pencalonan dr rombongan Cik Kiah akan ditolak) dapat mencalonkan 3 nama yg you all rasa sesuai utk menjadi Mod di board ni mengikut penilaian masing2.
Thread ini akn dibuka sehingga 30.06.10.
Forumer yg mendapat pencalonan pertama tertinggi akn mendapat recommendation dr kami berdua utk dimajukan pada SM & Admin. Sekiranya forumer itu menolak, recommendation akan diberi kpd forumer kedua dan sekiranya forumer kedua menolak, recommendation akan diberi kpd Forumer Ketiga dan seterusnya ( Hanya SEORANG Mod tambahan saja diperlukan)
Jadi buat masa sekarang, anda tidak perlu sibuk2 tak mahu jadi Mod atau mahu jadi Mod.. Duduk diam2 saja.. Kalau nama anda berada di tangga pertama teratas, barulah anda nyatakan samada bersetuju atau tidak menjadi Mod.. Kalau bersetuju, anda sendiri perlu menghantar permohonan spt biasa kpd Admin & kami akan PM Admin utk berikan sokongan pada permohohan anda...
Walau macamanapun, keputusan akhir masih terletak di tangan Admin/SM samada mrk akan memilih Mod yg kami recommend atau membuat pilihan berdasarkan permohonan yg mrk terima dr sumber lain.. Tapi secara tradisinya, Admin biasanya akan mengambil kira pandangan Mod Board sebelum mengambil mana2 mod baru.
|