CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14364|Reply: 6

seni zapin melayu

[Copy link]
Post time 26-5-2010 06:51 AM | Show all posts |Read mode
Wadah menyebarkan Islam

Oleh IZYAN LIYANA MOHD.DARIF






SETIAP malam selesai pak imam membaca doa, para jemaah lelaki tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya mereka meluangkan masa bersantai

seketika di perkarangan halaman masjid. Usai pak imam yang mengetuai solat sebentar duduk di suatu sudut sambil memegang gambus sesetengah jemaah lelaki mula mengambil tempat di hadapan.

Pak imam mula memetik gambus dan berqasidah dengan seni kata yang menyelitkan unsur-unsur keagamaan, budi pekerti dan puji-pujian kepada Tuhan, sementara golongan lelaki yang berdiri tadi bergerak mengikut alunan muzik.

"Inilah fenomena tarian zapin pada kurun ke-14 yang lalu. Ia kerap dimainkan selesai solat Isyak dan merupakan antara agenda hiburan yang popular bagi mengisi waktu malam yang terluang. Dahulu orang tak kata menari zapin, tetapi main zapin.

"Selain itu aktiviti main zapin ini langsung tidak melibatkan golongan wanita kerana tarian ini berasal daripada tradisi kesenian masyarakat Arab dari Yaman. Seperti yang kita tahu di sesetengah negara di Asia Barat wanita tidak mempunyai kebebasan seperti orang lelaki," jelas Pensyarah Fakulti Tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Mohd. Seth Hamzah mengenai pengaruh zapin yang mula meluas di Tanah Melayu menerusi kedatangan mubaligh dan saudagar Arab.

SASHA turut berbangga apabila tarian zapin turut popular di kalangan kaum bukan Melayu.



Secara am, zapin bermaksud pergerakan dan langkah kaki dengan posisi kaki tertutup serta merendahkan kaki sedikit. Kebanyakan posisi badan akan bergerak bak ombak.

Bagi posisi tangan pula si penari mengamalkan gerak tari yang bermotifkan pekerjaan yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Antaranya motif mendayung, memetik bunga atau tangan kanan mahu pun kiri berada di bahu.

Di Johor, zapin atau dalam bahasa Arab al-zalfin atau zafana terdapat dalam dua bentuk zapin yang mempraktikkan gerak tari tersendiri. Ia ialah zapin Melayu dan zapin Arab.

"Sebelum ini mudah saja untuk menentukan antara tarian zapin Melayu atau zapin Arab.

Umumnya, tarian zapin Melayu ditarikan oleh orang Melayu manakala orang Arab menari zapin Arab. Tapi kini, kebanyakan masyarakat tempatan sudah beralih dan serius menari zapin Melayu berbanding zapin Arab.

"Zapin Melayu mempamerkan ragam yang lebih lembut berbanding zapin Arab kerana penari zapin Arab menari dengan bukaan, langkah yang lebih luas, tinggi dan gagah," tutur Mohd. Seth bahawa golongan wanita mula terlibat dalam tarian zapin lewat 1960-an.

GERAK tari zapin Melayu lebih lembut berbanding tarian zapin Arab.



Tambah Mohd. Seth, tarian zapin kerap dijadikan wadah menyebarkan Islam menerusi lagu-lagu berunsurkan keagamaan. Tarian itu juga terdiri daripada bermacam-macam jenis. Jenis-jenis zapin itu pula diberi sempena nama kampung atau daerah asal pembentukan zapin.

Ragam tari


Penjelasan Mohd. Seth itu pernah dialami sendiri oleh pengacara program Dansa di TV3 dan ntv7 Sasha Bashir, 29. Sasha berpeluang menemubual pencipta zapin Pulau yang hanya dikenali sebagai Pak Su Man. Memetik pengalaman Sasha dalam bukunya yang berjudul, Dansa: A Dance Journey, zapin jenis zapin Pulau diwujudkan berdasarkan hasil pemerhatian si pencipta itu terhadap gelagat dan gaya hidup penduduk pulau di daerah Mersing, Johor.

"Inilah keistimewaan zapin Melayu kerana tidak pernah lekang menyajikan bermacam-macam jenis tarian zapin yang mempunyai ragam tari yang unik dan menarik. Lazimnya, nama bagi setiap jenis tarian zapin diambil sempena nama kampung mahupun daerah yang menjadi saksi kepada pembentukan sesebuah tarian zapin ," tutur graduan Ijazah (kepujian) Seni Persembahan dari West Australian Academy of Performing Arts.

Bicara Sasha, Pak Su Man mendapat ilham mencipta ragam zapin Pulau menerusi kesopanan tingkah laku manusia secara semula jadi. Salah satunya ialah situasi dua orang yang berjalan dan berselisih di lorong yang sempit. Bagi memudahkan keadaan, salah seorang akan memberi laluan kepada seorang lagi. Tindakan berkenaan telah diterapkan dalam zapin Pulau dan dikenali sebagai ragam serong.

"Tarikan zapin Pulau terletak pada elemen gerak tarinya. Semua penari akan berpasang-pasangan dan berselang-seli bertukar arah.

SIBAI baldu antara aksesori yang menghiasi busana penari zapin.




Corak tariannya lebih kepada motif bunga," ujar Sasha kepada Kosmo! yang gembira apabila tarian zapin mula menular di kalangan orang bukan Melayu.

Sementara itu, pelajar Diploma Tari Aswara, Kimberly Yap Choy Hoong menyifatkan proses pembelajaran tarian zapin satu pengalaman yang menyeronokkan. Jika sebelum ini dia hanya mengenali zapin menerusi tontonan di layar televisyen tetapi kini dia berpeluang mempelajari selok-belok tarian zapin.

" Pada peringkat awal saya mengalami kesukaran untuk menghafal ragam (bunga tari) tarian zapin yang terlalu banyak dan berbeza mengikut jenis zapin. Apatah lagi dalam tempoh berkenaan tubuh badan saya masih kaku dan kekok untuk menari dengan iringan muzik yang didendangkan.

PENARI lelaki memakai baju Melayu dengan potongan leher teluk belanga.



"Jadi, bagi membuktikan kaum Cina juga berkebolehan mendalami tarian tradisional Melayu maka setiap pagi sebelum ke kuliah saya memperuntukkan 30 minit untuk menghafal alunan muzik zapin di dalam hati," terang Kimberly yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.

Ternyata kaedah yang dipraktikkan itu membuahkan hasil. Dalam tempoh dua minggu saja muzik zapin sudah sebati dengan dirinya. Secara tidak langsung ia memudahkan tugasan Kimberly untuk menari mengikut alunan muzik zapin. Menariknya, kini Kimberly berjaya melunaskan tarian zapin mengikut tempo yang betul walaupun tanpa iringan muzik.

Jelas Kimberly, 19, meskipun tarian zapin sudah bertapak di Malaysia sejak kurun ke-14, namun dia mendapati zapin antara tarian klasik Melayu yang relevan dipersembahkan pada zaman ini. Kombinasi ragam lama dan baru serta suntikan muzik zapin yang lebih segar menjadikan tarian zapin semakin diminati setiap lapisan umur dan masyarakat.

Tambahnya: "Saya kagum acap kali melihat kumpulan penari cilik yang mampu menguasai tarian zapin dengan baik. Kesungguhan yang dipamerkan oleh mereka membuktikan bahawa tarian tradisional bukanlah sukar untuk dipelajari. Cuma ia perlu disusuli dengan usaha, minat dan sesi latihan yang sistematik.

Busana zapin

Bagi penuntut jurusan Diploma Tari Aswara, Nur Azreen Nizar, 19, tarian zapin kurang menekankan aspek kelembutan pada jari-jemarinya seperti yang diaplikasi pada tarian klasik lain.

GOLONGAN wanita mula aktif menyertai tarian zapin sejak empat dekad lalu.





Terang anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu, tarian zapin mengutamakan pergerakan kaki yang lincah seperti orang bersilat.

"Contohnya, tarian zapin Parit Mastar. Zapin jenis ini terletak sepenuhnya pada kuak kaki yang bertindak mengerakkan tubuh badan. Walaupun sentiasa bergerak tetapi kita perlu memastikan kaki tidak bersilang," ujar Azreen mengenai zapin Parit Mastar yang diilhamkan daripada gerak-geri penoreh getah.

Menyentuh tentang busana tarian zapin, koreografer Istana Budaya, Khalid Mohd. Nor, 34, memberitahu sungguhpun zapin mempunyai pengaruh Arab, tetapi dari segi pakaian para penari masih tampil anggun dalam persalinan pakaian tradisional Melayu.
"Bagi penari lelaki mereka lengkap berkain samping dan bersongkok tinggi. Kadangkala bagi menyerlahkan keterampilan sewaktu membuat persembahan songkok mereka akan dihiasi dengan hiasan kerongsang.

"Sementara itu, penari wanita pula kebiasaannya baju kurung dan kain sarung atau kain pelekat yang menjadi pilihan. Tidak kurang juga ada yang memakai selendang di kepala atau bunga disematkan pada sanggul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2010 11:22 PM | Show all posts
kat sgpore pun famous gak zapin, diorg promote2 gak.. tp sbb kita malaysia ni waras, xde la kita nak tuduh diorg maling, bakar bendera sgpore, bawak buluh runcing, sweeping warga sgpore kat jb
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 11:20 AM | Show all posts
rindunya nk menari balik....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 11:32 AM | Show all posts
pernah juga belajar tarian zapin,
sampai sekarang masih ingat lagi stepnya
w/pun dah lama tinggalkannya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 05:10 PM | Show all posts
zapin...tariannya sungguh cantik, halus tapi tangkas...sayang kerana yang generations sekarang dah tak minat mende2 mcm ni...kalau ada ramai pelapis memang bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 09:29 AM | Show all posts
tarian zapin ni agak susah n kena lemah lembut kot...sbb dulu sy pernah audition utk perform tarian zapin tp x dpt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2011 09:56 PM | Show all posts
salam semua....
sy ada bberapa pengalaman ttg zapin n penerimaan masyrakat yg tidak berada di johor dan tidak memahami minat sy sbg penari zapin n sbg rakyat johor yg bangga dgn tarian ini, zapin melayu ni sy pernah bawa dlm kampus sy..... secara kebetulan.. sy diminta mempersembahkan persembahan zapin ini sebnayk 3 kali dlm majlis yg berbeza...

tp ada bberapa pihak terutamanya pihak2 yg bergelar ustaz n ustazah.. sgt2 tidak bersetuju dgn persembahan kami... mereke mengatakan bahawa tarian zapin tidak sepatutnye bergabung laki n perempuan...

n byk lagi lah yg mereke katakan.... tp pd sy... semngat utk menaikkan zapin di luar negeri johor sgt2 bersemnagt... so harap dpt berkongsi dgn rakan2 yg len ttg tarian zapin ini....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.440759 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list