CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19217|Reply: 40

Tips Kemesraan suami isteri dpd Rasulullah S.A.W

[Copy link]
Post time 18-5-2010 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by obelisk at 18-5-2010 11:11

Tips kemesraan suami isteri oleh Nabi junjungan S.A.W. Sambil bermesra sambil mengumpul pahala amalan sunnah.


  • Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W dan ‘Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan ‘Aisyah r.a, tiba-tiba ‘Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’ Jawabnya, ‘Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Rasulullah berkata, ‘Kalau begitu, pergilah ambil kain dan dekatlah kembali kepadaku.’ Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau” (Hadith Riwayat Sa’id bin Manshur)


  • Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra

Rasulullah S.A.W biasa memicit hidung ‘Aisyah jika beliau marah dan baginda berkata, “Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” ( Hadith Riwayat Ibnu Sunni)


  • Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah S.A.W di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Bila darahku menitis ke atas tikar itu, beliau mencuci bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda solat di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Bila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci di bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun solat di atas tiakr itu.” (Hadith Riwayat Nasa’i)


  • Segera menemui isteri jika tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lalu baginda tumpahkan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda,  “Wanita, kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan….Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)


  • Tidur di pangkuan isteri

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Nabi S.A.W biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)


  • Memanggil isteri dengan kata-kata mesra

Rasulullah S.A.W biasa memanggil ‘Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti ‘Aisy dan Humaira (pipi merah delima).


  • Meminta isteri meminyaki badan

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah S.A.W pada Hari Raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jumrah ‘aqabah.” (Hadith Riwayat Ibnu ‘Asakir)


  • Membelai isteri

“Adalah Rasulullah S.A.W tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di tempatnya.” (Hadith Riwayat Ahmad)


  • Mencium isteri

Dari ‘Aisyah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W biasa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau solat dan tidak mengulangi wudhu’nya.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)
Dari Hafsah, puteri ‘Umar r.a, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W biasa mencium isterinya sekalipun sedang puasa.” (Hadith Riwayat Ahmad)

....
For your actions, regards..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 11:18 AM | Show all posts
adad tak lelaki2 dlm porum nih follow............
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 11:38 AM | Show all posts
sejuk ati baca...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 11:44 AM | Show all posts
adad tak lelaki2 dlm porum nih follow............
hakass009 Post at 18-5-2010 11:18


ada yg aku follow and ade gak yang x boleh nak follow...

contoh: period bini tak pernah tercicir or bocor because zaman sekarang dah ada pad yang handal2..dah ada sayap.heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 11:47 AM | Show all posts
kalau amalkan secara ikhlas insyaAllah aman rumahtangga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 11:48 AM | Show all posts
btw kalau Nabi sendiri cium isteri dalam keadaan berwudhuk pastu bersolat, so maksudnya kita pegang bini lepas berwudhuk tak batal lah ek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-5-2010 11:50 AM | Show all posts
Reply 4# nazijo

kalu begitu, kat umah takyah pakai pad lah heheh
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 11:52 AM | Show all posts
btw kalau Nabi sendiri cium isteri dalam keadaan berwudhuk pastu bersolat, so maksudnya kita pegang  ...
obelisk Post at 18-5-2010 11:48


rasanya skrg ni ikut mazhab,,, kalau shafie dah kira batal wuduk..
kalau hambali/maliki tak batal wuduk..errrr...betulkan kalau aku salah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 11:57 AM | Show all posts
Reply  nazijo

kalu begitu, kat umah takyah pakai pad lah heheh
obelisk Post at 18-5-2010 11:50



    eeeeeeeeeee...hazab ko tak pakai pad....dulu lain lahhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 12:01 PM | Show all posts
Reply 7# obelisk


aku nak pitam tgk darah..:re:
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 12:12 PM | Show all posts
Reply 1# obelisk


    waahh bagusnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 05:19 PM | Show all posts
bahagianya
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 05:21 PM | Show all posts
Reply  obelisk


aku nak pitam tgk darah..
nazijo Post at 18-5-2010 12:01



    adik aku tiap kali datang uzur,mula lah pitam la mual2 la..
mak aku cakap,mungkin masa pregnant kan dia,mak aku tak boleh tengok darah,ape jenis darah sekalipon..tuh yg kenan kat dia..

kesian aku tengok org yg x leh tgk darah waima darah kotor sendiri..macam mane la nak basuh tuh kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 05:27 PM | Show all posts
selo pulak bila ada tred yg bagus2 cenggini...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 05:40 PM | Show all posts
yang bab nabi sallallaahu'alaihiwassalam cium isteri dalam berwudhu' tu ada pendapat mengatakan baginda cium kat rambut, sebab tu wudhu' baginda tak batal.

allahua'lim.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 05:49 PM | Show all posts
good info to sharing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 06:10 PM | Show all posts
selo pulak bila ada tred yg bagus2 cenggini...
Fantaghiro Post at 2010-5-18 17:27



    sebab tak boleh dipertikaikan lagi
takkan nak jaki ngan saidatina Aishah lak..

anyway thanks for sharing tt
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 08:36 PM | Show all posts
btw kalau Nabi sendiri cium isteri dalam keadaan berwudhuk pastu bersolat, so maksudnya kita pegang  ...
obelisk Post at 18-5-2010 11:48
boleh saja tapi jangan sampai naik napsu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 11:33 PM | Show all posts
ai nak husband yang macam ni nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 03:37 PM | Show all posts
byak  contoh2 yg mudah yg rasullullah wariskan pada kita. terpulang nak ikut dengan tak nak aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 2.355983 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list