CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2926|Reply: 17

Kalau Lewat Kena Penalti

[Copy link]
Post time 16-5-2010 06:26 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by zzcbr at 16-5-2010 07:29

Penalti lewat bayar saman
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
[email protected]

MELAKA 15 Mei - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadangmengenakan penalti kepada pesalah trafik yang lewat menjelaskan samandan tidak lagi memberi diskaun.
Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, konsep 'lebihlama ditangguh, lebih banyak perlu dibayar' itu kini hanya menunggukelulusan Kabinet untuk dilaksanakan.

''Kita akan tukar konsep diskaun kepada cara lain. Sebagai contoh,jika dikenakan kompaun RM70, mereka boleh bayar jumlah itu dalam tempohdua minggu.

''Tapi jumlah itu mungkin akan meningkat kepada RM100 jika tidakdijelaskan sehingga minggu ketiga dan akan terus meningkat selama iatertangguh sehinggalah bayaran dijelaskan," katanya.


Solah berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri MajlisAnugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ 2009 di Pusat Dagangan AntarabangsaMelaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan anugerah kepada 495 pegawai dan kakitangan JPJ bagi Zon Semenanjung.
Menurut Solah, kertas kerja mengenai konsep itu telah pun disiapkandan ia akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet untuk dimuktamadkantidak lama lagi.
''Walaupun pada dasarnya semua pihak bersetuju dengan konsep ini,tapi oleh kerana kadar yang sedia ada ditetapkan oleh Kabinet, makakita kena bawa sekali lagi untuk diputuskan,'' katanya.
Solah pada masa sama menegaskan, tindakan itu bukan bermaksud JPJmahu meningkatkan jumlah kutipan saman sebaliknya lebih kepada mendidikmasyarakat supaya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.
Tambah beliau, perkara ini dapat dilihat daripada tunggakan saman JPJ yang berjumlah RM16.9 juta sejak 2000 hingga 2008.
''Ini disebabkan mereka yang disaman itu tangguh untuk bayar, tunggu ada diskaun baru bayar.
''Jadi buat apa kita keluar saman sampai RM16.9 juta tetapi tiadakesan. Apakah keberkesanan yang kita ada kalau saman jabatanpenguatkuasaan seperti JPJ dan polis tidak diendahkan,'' katanya.

~~Kalu lulus, lepas ni kalu liwat  bayar saman kena bayar lebih Apa komen komer, setuju ke tak dgn kaedah baru yg JPJ nak perkenalkan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2010 08:52 AM | Show all posts
erkk.. tak bley tunggu cukup bulan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 11:07 AM | Show all posts
ini tidak bagus untuk rakyat..tetapi sangat bagus untuk kerajaan

-menyokong gagasan 1 malaysia-
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 09:39 AM | Show all posts
sebab 1malaysia aku akan jadi pemandu berhemat
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 10:08 AM | Show all posts
kena pakai duit scholar masa form3 laa utk bayor saman ni kalau ada laa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 11:11 AM | Show all posts
nampak sgt tujuannya nak punggut duit kompaun cepat2, tak ada chance lah lagi nak kumpul saman and sampai tiba musim diskaun baru bayar

Kalu macam ni aku nak cadangkan JPJ buat macam ni. Apa kata setiap org yg memohon lesen memandu dikehendaki mendepositkan RM500 ke dalam akaun JPJ (macam revolving fund ~ kalu boleh link dgn ASB/ASW lagi bagus). Kalu sesiapa yg  kena sama, maka automatic deduction akan dibuat ke atas akaunnya di JPJ. Kalu yg tak buat kesalahan, maka akan terima dividen tahunan selagi dia memiliki lesen memandu sehingga tempoh maksimum 30 tahun kira stick and steak system lah

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2010 11:16 AM | Show all posts
Reply 6# zzcbr

menarik gak cadangan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 01:49 PM | Show all posts
nampak sgt tujuannya nak punggut duit kompaun cepat2, tak ada chance lah lagi nak kumpul saman and s ...
zzcbr Post at 17-5-2010 11:11



   
dan pemandu sopan santun mcm aku turut diberi diskaun minyak petrol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2010 03:01 PM | Show all posts
Sapa nak amik penalti tu? Toress?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 03:11 PM | Show all posts
Sapa nak amik penalti tu? Toress?
penyo. Post at 17-5-2010 15:01


Datuk Lee Chong Wei...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 03:37 PM | Show all posts
JPJ pong demam world cup...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 06:07 PM | Show all posts
Reply 6# zzcbr


A'aa.. elok sgt la tuh Abe Zek.. macam la pengawai2 JPJ tuh cekap, amanah, fathonah sgt....
Dah sah2 duit deposit dlm akaun, tetiba jer melekat saman kat cermin depan walaupun tak melakukan kelahan.. nt byk la alasan diorg nak bagi kita surat saman.... tukar tayar tak ikut spec la... cermin gelap sgt la...

huh.. beribu alasan tuh utk saman pemandu semata2 nak kutip saman...

Ini tidak adil!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 09:10 PM | Show all posts
sbijik cam sistem kat UK..
cuma ni dalam MYR, bukan GBP hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 08:59 AM | Show all posts
BAABBBIIII punyer pengarah JPJ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 09:05 AM | Show all posts
BAABBBIIII punyer pengarah JPJ...
Fast-N-Furious Post at 18-5-2010 08:59


ni kompom saman berjela nih....




























cam aku....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 09:07 AM | Show all posts
bukankah seblom penalti kena masa tambahan dulu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 12:35 PM | Show all posts
yang kasi komen semua main2 cam haremmmm hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 01:24 PM | Show all posts
x sokong...
x sokong...
x sokong...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.074108 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list