CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gitarmahogani

Koleksi Cerita Hantu Pelbagai (updated)

  [Copy link]
 Author| Post time 9-1-2011 02:29 AM | Show all posts
AH LIANG

Ah Liang seorang peniaga kelapa.Beliau banyak menghantar bekalan kelapanya ke Singapura menggunakan lori.

Kebiasaannya beliau akan akan bertolak pada jam 4 pagi,dan jika atas sebab tertentu beliau akan bergerak pada jam 3 pagi atau lebih awal lagi.

Pada suatu malam,beliau bersiap untuk meneruskan rutian bisnesnya.Waktu itu umat Islam masih menyambut Hari Raya,maka banyaklah yang pulang kekampung.Jiran Ah Liang juga telah hampir beberapa hari pulang kekampung.Kebiasaannya pekerjaAh Liang akan menemani beliau,namun oleh kerana masih dalam suasana beraya,maka Ah Liang bersetuju membenarkan pekerjanya bercuti seminggu.

Sedang beliau membuka pintu pagar rumahnya,Ah Liang ternampak kelibat seseorang digaraj rumah jirannya.Ah Liang pelik kerana setahunya jirannya sekeluarga masih belum pulang.Ah Liang membatukan diri dan terus memerhatikan sosok tersebut.

Dilihatnya orang misteri itu terbongkok-bongkok bagai mencari sesuatu.Difikirkan semula mungkin jirannya memang telah pulang kerumah tanpa disedarinya.Ah Liang cuba berfikiran positif seadanya.

Maka disapanya manusia yang disangka jirannya itu.'Kak,apa bikin?'.

Senyap tidak berjawab.Namun sosok tersebut cuma menoleh kearah Ah Liang.

Hari itu Ah Liang membatalkan trip bisnesnya ke Singapura.Beliau demam.

Bila ditanya selang beberapa hari setelah jirannya itu pulang,Ah Liang mengatakan manusia misteri itu bermuka tersangat hodoh.Dan menunjukkan muka bengis sebelum terbang keatas kabel tiang elektrik.

Ah Liang adalah jiran penulis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2011 02:30 AM | Show all posts
HANTU DI NEGARA ARAB

Husam dan 2 sahabatnya melalui satu kawasan padang rumput pada suatu Maghrib.

Sambil berjalan mereka berbual dan bergelak ketawa.Ada-ada saja dibualkan mamat-mamat Arab ni.

Mereka kemudian menghampiri separuh kawasan padang rumput.Tiba-tiba terdengar bunyi hembusan yang kuat dibelakang.

Mereka menoleh kebelakang dan melihat sekeliling,tiada siapa pun.

Mereka menyambung perjalanan mereka walau hati sudah terasa tidak sedap.

Terdengar pula bunyi derap tapak kaki kuda berlari.Mereka menoleh kebelakang mencari dimana asal bunyi tapak kuda tersebut.Bunyi tersebut terhenti.

Mereka menyambung lagi perjalanan.Terdengar lagi derap dan hembusan binatang yang mungkin kuda.Bila ditoleh tiada apa dan tiada juga bunyi.

Perjalanan dipercepatkan.Bunyi-bunyian tadi kedengaran lagi.Mereka bertiga terus bertempiaran lari.Semakin kuat bunyi yang kedengaran seolah-olah mengejar mereka layaknya.

Husam sempat menoleh ke belakang."What I see is a big black horse with red eyes staring at me.Then it gone.Fade away.Vanished"

Menurut Husam,itu adalah jin.Yang ditempatnya dipanggil Syiba.

Begitulah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 05:15 AM | Show all posts
‘Mai sini sat!’

Suatu petang At berjalan pulang selepas bermain-main dengan teman-temannya. Suasana kampung pada tahun 60 an di Kedah, sawah padi ditolak angin-angin lembut, burung berkicau-kicau. Kerbau menggeleng-geleng kepala digigit tungau. At cuma rasa pelik. Petang itu langsung tiada angin berhembus dan kicau burung.

Warna-warna kuning petang menghampiri senja melatari perjalanan At pulang.Di lalunya jalan sebelah kiri bendang, sebelah kanan tali air. Lorong jalan cuma muat 2 orang jalan ini terus menuju ke rumahnya. Kejauhan dapat dilihat bumbung rumahnya, sesuai dengan stail rumah-rumah orang Utara yang tinggi-tinggi.

‘At!’ jerit satu suara. Ditoleh ke belakang, rupa pakciknya-Cik Mat yang memanggil. ‘Mai sini sat’ laung Cik Mat tersenyum. Adik pada ayah At ini memang kuat bergurau orangnya. Tengok muka beliau pun kita dah tertahan-tahan senyum.

Dilambai-lambai tangannya meminta At datang ke arahnya.

‘Pa dia Pak Cik Mat?’ balas At sambil berjalan ke arah Pak menakannya itu. Cik Mat masih melambai-lambai lagi. At menoleh ke arah sawah padi sambil mengomel kecil. Ditoleh semula ke arah Cik Mat, sudah tiada lagi ditempatnya.

Hairan hatinya membawa At ke tempat Cik Mat berdiri tadi, memang tiada bapa saudaranya itu. Kalau nak dikata bersembunyi, takkan bersembunyi dalam bendang, nak dikata lari ke arah lain, perlu melompat tali air.

Malam itu Cik Mat datang ke rumah berborak dengan Abangnya, ayah At. Bila ditanya oleh At, Cik Mat menjawab petang tadi dia ke Alor Setar dan waktu pulang terus ke rumah Abangnya ini.

Sekadar menggeleng saja At kerana diusik makhluk halus siang nya tadi.

p/s-At adalah ayah penulis. Cik Mat sudah meninggal dunia tahun lepas kerana strok. Al Fatihah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 09:24 PM | Show all posts
Gangguan di Daerah Iwakuni, Jepun.

Kisah ini saya alami dikawasan hutan daerah Iwakuni, Jepun pada 2004. Saya adalah anggota Marin berpangkat Sarjan dan di tempatkan di Iwakuni. Semasa disana saya bertemu dengan seorang lagi berpangkat sama yang seterusnya kami bersahabat dan selalu keluar melepak bersama. Adakalanya kami keluar berkhemah dikawasan sungai berhampiran dan pernah mencuba banyak aktitiviti lasak yang lain.

Pada suatu malam, kami cuma melepak dalam berek sambil minum sirap. Berbagai perkara dibualkan dan antaranya sebuah cerita mengenai 7 buah rumah tinggal yang berhantu. Saya skeptikal dan menganggap ini cuma cerita saja.

Diteruskan begini-

Dahulu, ada seorang doktor yang terkenal dan kaya raya hasil dalam displin ilmu perubatan beliau. Dengan kekayaan ini beliau membina sebuah rumah untuk keluarga terdekat, yang terletak jauh ke pedalaman hingga ke kawasan hutan. Ada 7 keluarga termasuk keluarga beliau yang dibinakan rumah persendirian oleh Doktor tadi. Beberapa tahun kemudian, Doktor ini mula kehilangan akal waras sedikit demi sedikit, dan menjadi agak gila. Yang akhirnya merubah terus diri Doktor ini.

Suatu malam tanpa disedari sesiapa, Doktor ini menyembelih seluruh ahli keluarganya dan 6 lagi penghuni rumah lain dan kemudian membunuh dirinya juga. Penduduk tempatan di Iwakuni tidak berani menghampiri kawasan tragedi ini kerana percaya ia kawasan berhantu. Habis cerita latar belakang kawasan yang kami akan pergi ini nanti. Saya akan ceritakan sebentar lagi.

Pada saya, selepas mendengar kisah itu, ia kisah yang tragis dan tak disangka-sangka, tapi pada kawan saya tadi dia lebih berminat untuk pergi menjenguk sendiri kawasan dikatakan itu. Jadi dia menelefon teman wanitanya, seorang tempatan, untuk memandu kami ke tempat berhantu itu. Wanita itu mulanya enggan, tapi sikap orang Jepun yang lemah lembut , akhirnya dia bersetuju dengan syarat dia tidak ikut sekali menyertai aktiviti kami.

Teman wanita kawan itu tadi kemudian meninggalkan kami ¼ batu dari kawasan lorong tanah, itu pun masih meminta kami membatalkan niat kami, membawa ke pinggir hutan, yang sekarang cuma tinggal denai saja membawa ke 7 rumah tinggal itu. Kami membawa bersama bekalan sirap, radio dan rokok kerana bercadang tinggal semalaman disalah satu rumah tersebut. Saya masih skeptikal. Cerita kosong saja ni, pada pandangan saya.

Kami melangkah masuk dan berjalan meredah denai. Saya perhatikan sekeliling langsung tiada lampu jalan, rumah orang, kereta, langsung tiada apa-apa. IT WAS IN THE MIDDLE OF NOWHERE. Tempat jin bertendang. Kami terus berjalan lebih kurang 200 rantai hingga sampai ke rumah yang pertama. Cuma tinggal puing-puing arang saja. Rumah disebelah masih tegak berdiri. Yang lagi 5 buah saya terlupa. Maaf. Yang pasti 3 buah lagi memang masih ada di atas tapak.

Kami terus berjalan hingga ke penghujung jalan, dimana ada sebuah kawasan yang kelihatan pernah terbakar teruk dan turut ada sama sebuah kereta buruk berkarat (jangan tanya macam mana kereta itu ada disitu, saya tak tahu). Kami kemudian membuat unggun api, hidupkan radio dan berparti seperti seorang anggota Marin berparti.

Kemudian kawan yang tadi mengajak untuk memeriksa rumah-rumah tadi, Kami mulakan dengan rumah yang terdekat. Waktu itu suasana dah gelap. Jadi kami boleh Nampak rumah terdekat itu berpandukan cahaya unggun api.

Kami melangkah masuk ke dalam . Keadaannya masih cantik selain kaca tingkap semua pecah dan lantai yang reput. Ia rumah 2 tingkat tapi kami gagal naik ke atas kerana tangganya terlalu reput. Kami kemudian keluar semula dan masuk ke rumah yang lain. Melalui jalan masuk tadi.

Saya tak pasti, cuma yang saya ingat kami akhirnya sampai ke sebuah rumah disebelah kiri jalan tadi lebih kurang 100 kaki jarak dari jalan. Kawasan sekeliling penuh bersemak tinggi dan pokok-pokok menjalar. Agak susah juga untuk menempuh kawasan bersemak begitu tapi kami berjaya juga masuk ke dalam kawasan laman rumah.

Saya menolak pintu skrin rumah dan masuk ke dalam. Pintu skrin itu masih berspring yang membuatkan ia tertutup semula.Kriuttt. Bunyi spring berkarat. Kali ini tangga ke ruang atas masih kukuh dan kami naik ke atas. Diatas tiada apa sangat yang tinggal selain tingkap yang pecah dan bilik tidak berpintu. Bilik utama diatas yang mengadap tangga menjadi tempat kami melepak. Sambil minum sirap dan mendengar radio yang dibawa.

Kawan saya kemudian mengatakan dia percaya kewujudan syaitan iblis dan tahu cara memanggil makhluk-makhluk begitu. Saya cuma tersenyum saja, tapi dia benar-benar serius untuk memanggil. Entah kenapa saya tak menghalangnya waktu itu.

Saya berasal daripada latarbelakang beragama dan pasti tidak mahu terlibat dengan hal pemujaan syaitan sebegini. Kawan itu kemudian mematikan radio dan mula berkumat-kamit sesuatu. Hampir beberapa minit, sebelum saya terdengar bunyi rempuhan di kawasan bukit di belakang rumah.

Kawasan hutan dibelakang adalah kawasan berbukit. Rumah ini terletak dikawasan lembah. Jadi anda dapat bayangkan kalau anda tergelincir dari puncak bukit, anda akan tergolek berpusing-pusing ke bawah. Jadi bila saya kata saya terdengar bunyi rempuhan dari atas bukit, maksud saya mungkin dalam jarak 200 rantai dari atas bukit ke rumah.

Lebih banyak lagi bunyi rempuhan kemudian. Ia berbunyi seperti ranting dan pokok patah dirempuh sesuatu. Semakin kuat bunyi dan semakin dekat menghampiri kawasan belakang rumah tinggal ini. Bulu-bulu dibadan saya semua dah tegak, termasuk waktu saya menaip catatan ini.

Bila bunyi rempuhan itu berhenti dikawasan belakang rumah, maknanya dipinggir hutan bukit belakang rumah, kami mendengar bunyi tapak kaki yang jelas berlari-lari dari sisi tepi rumah ke laman depan. Ia jelas kedengaran kerana kami duduk hampir benar dengan tingkap. Saya menjerit pada kawan tadi dan berkata ‘Apa benda kau baca tadi? Sekarang kau berhentikan benda ni semua. Sekarang!’

Apa pun benda itu, ia telah berada di laman rumah, kami terdengar bunyi berkeriut pintu skrin depan tadi ditolak sesuatu dan di tutup semula dengan kuat. Kami mendengar bunyi anak tangga dipijak. Dalam cuma 2 anak tangga lagi untuk sampai ke tempat kami ditingkat atas, ‘ia’ berhenti.

Saya sudah sedia melompat keluar tingkap, tak kisahlah kalau kaki patah pun. Kami menjadi panik dan menggeletar ketakutan. Kawan tadi menarik saya ke arah tangga dan terus turun ke bawah, membuka pintu skrin tadi dan terus lari. Kami meredah gelap malam melalui jalan denai.

Kami berlari dalam suku batu hingga sampai ke tempat jalan tar. Dari situ kami berjalan lagi 5 batu lebih kurang ke stesen keretapi. Waktu itu sudah jam 3 pagi, keretapi cuma mula bergerak jam 8 pagi nanti.

Sekarang saya percaya benda-benda begini memang wujud.

Saya nak jelaskan lagi keadaan dan bunyi rempuhan yang kami dengar kerana ini memang cerita betul-betul terjadi;- Jalan masuk ke kawasan 7 buah rumah itu cuma satu jalan denai kecil saja. Tiada tiang lampu, rumah orang berpenghuni, tiada kawasan perkhemahan khas, tiada sesiapa pun. Kawasan hutan tebal. Gelap gelita.

Siapa manusia atau apa-apa saja yang anda fikir boleh berlari turun bukit sampai berbunyi macam ribut taufan? Sampai patah ranting dahan dan pokok-pokok hutan?

Saya salahkan kawan saya kerana memanggil ‘benda’ itu. Saya bercerita hal ini kepada orang yang saya percaya saja. Adik saya antaranya, dia sangat-sangat berminat untuk menjenguk ke kawasan 7 buah rumah tinggal itu. Mendesak-desak saya membawa dia ke sana.

Tapi jangan haraplah. Pertama-kos tiket dan benda-benda lain mahal, Kedua-saya dah bersumpah takkan jejak kaki ke kawasan tu lagi.

http://www.trueghosttales.com/pa ... g-in-iwakuni-japan/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 09:25 PM | Show all posts
Cerita pagi Ahad

'Nanti lepas dah guna letak sini balik. Kamu tu selalu letak sepah-sepah benda tu.' arah Pak Ram pada anaknya Li. Hanya mengangguk saja Li selepas mengambil alat pemotong kayu. Pak Ram melihat-lihat senarai barang yang diperlukan bengkelnya.

Pagi-pagi benar itu mereka dua beranak perlu menyiapkan keranda yang ditempah kerana ada yang mahu memakainya didalam kubur. Suasana pagi yang sejuk dan biru hitam diterangi lampu-lampu kalimantang putih kuning dalam bengkel kayu mereka. Habuk-habuk kayu berterbangan.

Pak Ram menjengah melihat anak bujangnya itu yang sedang sibuk mengukur kayu plywood. 'Abah ke kedai kejap, cari sarap (rokok),kau jangan tinggalkan bengkel tak berjaga pulak.' dan berlalu Pak Ram ke Nissan Vanettenya.

Setengah jam kemudian selepas berjumpa rokok merah gambar kanser paru, Pak Ram memandu pulang. Van kesayangannya itu digunakan selain untuk kegunaan keluarga juga bertindak sebagai van penghantar keranda tempah. Hampir sampai ke selekoh lorong rumahnya, Pak Ram lihat Li mencangkung ditepi jalan. Di tekan hon.

'Apa kena kamu duduk sini?!' laung Pak Ram sambil memberhentikan kenderaannya.

'Berapa kali Ayah keluar pergi kedai?' tanya Li.

'Ha?Ni baru nak balik rumah ni. Kamu ni kenapa?' kehairanan Pak Ram.

'Tadi dekat 2 kali Ayah balik bengkel. Tiap kali balik Ayah pesan letak balik router(alat pemotong kayu) Ayah tu.' balas Li sambil mengusap-ngusap tengkuknya yang naik bulu.

Mereka dua beranak berpandangan.

'Huhh...ada yang nak bergurau pulak...' balas Pak Ram. Dalam hatinya sedikit cuak juga.

'Dahlah, jom kita balik ke bengkel'.

Mereka dua beranak menjengah-jengah ke dalam bengkel. Sunyi saja.

'Lampu pun tak bertutup, kamu ni..' marah Pak Ram. Saja mengalih tumpuan bagi memberanikan sikit diri mereka dua beranak.

'Router Ayah tu ada kat tempat Ayah. Tu hah.' unjuk Li berdiri disebelah kirinya.

Pinn pinn. Pak Ram menoleh ke belakang. Anaknya, Li menunggang motor Panther nya. Diberhentikan sebelah kanan Ayahnya.

'Saya keluar kejap tadi pergi rumah kawan, minta rokok sebatang Yah. Nanti ganti balik'

Pak Ram menoleh pada 'Li' disebelah kirinya. Tiada.

Demam 2 hari Pak Ram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 09:26 PM | Show all posts
Terima kasih mod Babeysha untuk kredit dan digest.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-5-2011 10:49 PM | Show all posts
Gelap


Adakah anda pernah tinggal dirumah yang mana satu ruangan dalamnya jarang-jarang dimasuki cahaya matahari?


1- Along tidur berseorangan malam itu didalam bilik tengah. Bilik itu memang biliknya seorang, ibu bapanya dibilik lain dan adik-adiknya dibilik lain.

Bilik yang menjadi miliknya itu memang agak terperosok reka letaknya. Pintu bilik mengadap ruang tengah antara dapur, 2 bilik lain dan ruang depan.

Ada katil disediakan, tapi Along lebih suka tidur dilantai beralas tilam. Pintu bilik memang dibiarkan terbuka. Memang tiap kali tidur akan mengadap pintu bilik.

Suatu malam waktu seisi rumah telah tidur, Along tersentak. Tidurnya terganggu tiba-tiba. Matanya memandang tepat pada pintu bilik. Sesosok hitam berdiri ditengah pintu.

Bergoyang-goyang perlahan-lahan.

Kemudian menjadi semakin laju. Kiri kanan, kiri kanan, kiri kanan. Sangat laju. Anda bayangkan pen atau pensil yang digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan dalam kelajuan yang tinggi.

Berpeluh-peluh Along melihat sosok hitam itu beraksi. Hampir setengah jam. Kemudian lesap.



Kadang-kadang kita terperasan sesuatu melintas disebelah kita. Berani tak berani saja untuk melihat tepat. Kadang benda itu berhenti bergurau.


2- Sahbudin mengadap monitor komputer. Kirinya pintu bilik.Waktu pagi-pagi buta. Bilik digelapkan agar tidak mengganggu keluarganya tidur.

Seronok membaca entah apa dalam komputer, ekor matanya terlihat sesuatu melintas dipintu. Tidak dipedulikan Sahbudin, tapi dikuatkan speaker komputernya untuk memberanikan diri.

Sekali lagi ekor matanya melihat sesuatu melintas lagi. Di buka Winamp dan dipasang Surah Al Fatihah.

Benda yang melintas itu berdiri ditengah pintu. Putih. Cuma Sahbudin tidak melihat tepat. Sekadar melalui ekor mata sebelum benda itu menghilang.


Pengawal keselamatan terutama di waktu malam memang banyak cerita misteri. Mereka dah lali tapi kita yang mendengar terasa ngeri. Ini kan pula kena jumpa benda itu hari-hari. Selamba.

3- Kadir baru mula meronda. Sekarang gilirannya. Setiap 2 jam beliau dan Mahadi akan bertukar-tukar meronda sekeliling kawasan kilang. Mereka baru sebulan dua bekerja dikawasan kilang yang baru 3 ke 4 bulan dibuka. Produk buatan kilang ini ialah kuey tiow mentah. Jam 2.25 pagi.

Luas kawasan lebih kurang hampir padang bola sepak. Yang leceh ialah kilang ini 2 tingkat. Setiap kali meronda perlu memanjat tangga untuk mengisi buku catatan ditingkat atas. Depan kilang jalan besar ke JB. Kiri kanan pokok sawit. Jalan kosong tiada kenderaan. Cuma gelap malam saja seperti biasa melatari habit pekerjaan mereka berdua.

Kadir menyalakan rokoknya.Satu demi satu anak tangga besi dilangkahnya. Dapat didengar radio yang dipasang dipondok pengawal. Bolehlah buat-buat beranikan diri. Tidaklah terasa sunyi sangat waktu meronda.

Walkie talkie dibawa agar memudahkan komunikasi. Mahadi duduk berkawal dipondok jaga sambil minum kopi panas yang selalu dibawa Kadir.

‘Di…Di’

Berbunyi walkie talkie milik Mahadi. DIcapai dan ditanya kenapa kepada Kadir.

‘Tingkat atas. Sekarang’. Dan walkie talkie terus senyap.

‘Apa kena dia ni?’ kata Mahadi perlahan. Dicapai cota kayu, dan lampu picit. Mencicit lari Mahadi naik ke tingkat atas.

Sampai dikoridor tingkat atas, Mahadi melilau mencari Kadir.

‘Dir oi, kau kat mana?’ tanya Mahadi melalui walkie talkie. Senyap.

‘Kau memain la, main la. Karang aku turun balik kang. Oi, kau kat mana?’ dikeraskan sedikit suara Mahadi. Geram dan cemas.

Eaaukkkkkkkkk…Eaaaukkkkkkkkkkkkkkk……..

Nyaring bunyi sesuatu diudara.

Mahadi memasang telinga. DIgenggam erat cotanya. Beliau menghampiri dinding pejabat. Bersiap sedia. Samada bersedia berlari atau bersedia memukul apa saja yang menjadi punca bunyi tadi, dengan cotanya.

TANGGGG!!!! Gedegangg!!!!

Mahadi terasa seperti separuh nyawanya hilang terperanjat mendengar bunyi tong sampah kuning dibaling ke arahnya.

Menggigil sudah satu badan sekarang. Fikiran terkaku sekejap Mahadi.

‘Di….kau kat mana? Dengar bunyi tadi?’ suara Kadir keluar daripada walkie talkie.

Mahadi masih menggigil.

‘Di… Mahadi oi’ suara Kadir masih keluar daripada walkie talkie.

Tersedar Mahadi dan berlari turun ke bawah.

Kadir sudah ada dipondok jaga. Hairan melihat Mahadi yang ketakutan, berlari-lari turun tangga.

Eaaaukkkkkkkkk…….Eaaauuukkkkkkkk

Kadir menarik Mahadi cepat-cepat masuk ke dalam pondok jaga. Ditutup pintu. Radio masih berbunyi.

Eaaaukkkkkkkkk…….Eaaauuukkkkkkkk

Eaaaukkkkkkkkk…….Eaaauuukkkkkkkk

Eaaaukkkkkkkkk…….Eaaauuukkkkkkkk

Eaaaukkkkkkkkk…….Eaaauuukkkkkkkk

Bunyi macam Keldai mengekek. Tapi mana ada keldai disini? Dalam TV selalulah juga nampak.

Tukkkk Tukkkk. Bunyi ketukan sesuatu ditingkap pondok jaga. Tingkap jenis sliding. Kaca hitam tapi lutcahaya. Orang dalam boleh nampak orang luar.

Esoknya Mahadi berhenti kerja dan Kadir demam 2 minggu.

Bila ditanya penyelia mereka, jawabnya cukuplah. Tak mahu jumpa lagi malam-malam. Apa dia? Mulanya mereka tak mahu beritahu, tapi setelah dipaksa begini jawabnya.

‘Ada benda muka buruk betul dok melekap ditingkap pondok jaga. ‘

Benda itu menggoyang-goyang kan kepala mengacah-acah dan tersenyum menampakkan siung.

p/s-Kadir adalah jiran penulis. Bila ditanya siapa yang menyuruh Mahadi naik ketingkat atas, Kadir cuma menggeleng saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2011 10:51 PM | Show all posts
Tidur awal


Senja tiba. Ayam masuk ke reban. Langit kelam-kelam coklat. Lampu-lampu dalam dan luar rumah dinyalakan biar terang mata melihat.

Jauhar naik ke rumah setelah menghisap rokok sebatang. Dibuka kipas angin dinding. Bersandar kemudian dikusyen empuk. Melihat siling rumah. Menerawang fikiran memikirkan bermacam hal. Rosnah, isterinya melihat-lihat saja suaminya termenung merenung keatas, melipat kain baju.

Kalid,anak sulung mereka berdua dengan bertuala melintas ruang tamu menuju ke bilik air di dapur. 2 orang lagi adik-adik Kalid sudah pergi ke surau. 7 tahun. Kembar seiras. Nyamuk-nyamuk berterbangan mengelilingi rumah, mencari sel darah merah.

'Bang, tolong tutup tingkap tu Bang. ' laung Rosnah pada Jauhar. Bangkit Jauhar berdiri kerana sayang bini. Pandangannya dilempar ke luar tingkap. Suasana mula gelap. Ditarik daun tingkap kayu.

Astaghfirullah!! Baca Jauhar dalam hati.

Terperanjat dan ketakutan. Tak jadi menarik daun tingkap. Dijauhkan sedikit dirinya kemudian dari tingkap. Berdebar-debar.

'Kenapa pulak tu Bang?' Maghrib dah ni, tutup la tingkap tu. Saya nak ke dapur siapkan makan' dan berlalu Rosnah ke gelanggang hariannya.

Kecebur. Kecebur. Bunyi dari bilik air. Jelas sampai ke ruang tamu. Jauhar masih dalam keadaan terperanjat. Beristighfar lagi lalu menarik nafas. Didekati tingkap semula. Segera dicapai dan ditarik daun tingkap ke dalam. Dentum daun tingkap berbunyi kuat ditutup Jauhar.

Waktu makan malam bersama, semua anak-anak mesti kumpul makan bersama. Rosnah bertanya 'Kenapa kuat sangat Abang tutup tingkap tu tadi?'. Jauhar menyuap perlahan-lahan. 'Abah terperanjat dengan labah-labah kot Mak?Haha' gurau Kalid. Adik-adiknya diam-diam saja.

'Tak ada apa-apa' jawab Jauhar. Menyembunyikan apa dilihatnya. Semua senyap.

'Mak, tadi siapa duduk atas bumbung?' tanya seorang adik Kalid. Mengapai-ngapai gulai didepan.

'A'aah la Mak, kenapa tak jemput masuk aja, duduk pulak atas bumbung, kalau jatuh kan sakit. Heran la, adik balik surau nampak orang tu atas bumbung. Hitam aja.' sokong seorang lagi adik Kalid.

Jauhar dan Rosnah cuma saling pandang memandang. Malam itu semua tidur awal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2011 12:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 6-5-2011 17:37

[img][/img]

FLY + Pontianak

Actually this is not my experience, but this been told by a friend back in 2003 when we were going to sit for SPM (Malaysian Certificate Exam). We stayed in the school hostel back then.   

Our school actually was a vocational based institution before changed to technical base, hence the name Sekolah Menengah Teknik Batu.

The school was built in the 70s.   

It is a secondary school and SPM is a must sit exam to secure a place in university or polytechnic then. Our hostel was divided to 2 parts, one for male and one for the opposite sex. Each got several building and each building got 2 levels and each level got 3 dorms.   

The school and hostel area got separated bout 300 to 400 meters, in the middle was a durian and other fruits orchard.At night, you sure don’t want to walk alone in our school/hostel area. I and several of my other friends used to circling the school area at night looking for ghost, but that is another story.

We used to stay overnight in the middle of our dormitory to chat and ghost stories always taking place. So this is one of them. Sorry for my English BTW.  


This friend and a bunch of his dorm mates illegally walk out from the school/hostel area one night to go and have fun in the nearby town. We call that act ‘FLY’.I'm not sure if the female students also conduct this 'FLY'  thing, but for us the boys- it's in our DNA.


If you got caught, the chief warden will have to call your parents on the spot and worst thing sure happened later once your family got involved. We might get dispelled from hostel and that sure is a bad thing to happened if your house was hundreds kilometers away.

But even this is too risky, for us it’s just a matter of adventure.  

Ok.  

The story happened when they walk in back to hostel at midnight after their ‘fly’ activities.   

Of course to avoid been captured by the wardens or security guards, they have to be extra careful. For that they have to walk in the dark bush nearby the hostel that got several old trees. Big ones.  

Our hostel was situated in a hill, so there are steps been build, about 150 meters including pedestrian walk with roof.

They can’t easily walk all the way in that facility or the wardens or guards can easily see them.  

When they have passed half of the facility, a car came by in the nearby road, so they have to lie down on the ground for cover.

Remember, they are now in the dark bush.   

In the same time, all of them suddenly heard something was jumping from tree to tree and getting closed to them.  

One of them looked up followed by the others and they saw a white object in a tree branch above them. The white object then stopped and staring those boys........

------------------------------------------------------------------------------------------------


‘What is it?’ I asked that friend.  

‘Pontianak’ he answered slowly.

I just nod since I knew that area was surrounded by some mysterious aura even at daylight.  

‘We just kept silent and slowly walked out there’ he added more then.  

‘What was it look like?’  

‘Can’t be so sure, but do you think any men can climbed such high trees and jumping branch to branch in the darkness? It just appeared clearly for us in a white cloth, you know how ‘kain kafan’ (white shroud wrapped on the dead people) look like right? That’s it.’ he explained.  

In our custom, Pontianak is an ugly female ghost wearing white shroud. Her famous appearance will be with such long and roughly hair, long fingernails and long canine. Sometimes with a baby that later will turn to tomb stone.   

Luckily that friend and his buddies did manage to get back in the hostel, but it is sure a frightening experienced for them.

Wanted to avoid wardens or guards, but got caught by Pontianak. Which one do you prefer?

p/s- originally I wanted to post this in a international paranormal (hence it's in English) site but never mind, exclusive for Cari Forum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2011 02:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 21-4-2012 14:25

Dalam kegelapan tandas

Oleh MFT

Bandar Pontian kian sunyi, bandar baru dan lama bagi daerah Pontian sama saja-pembangunan yang sederhana. Kalau bosan suasana dibandar lama, pergi ke bandar baru, kalau bosan bandar baru boleh ke Bandaraya Johor Bahru. Tak lama, kalau naik bas  Syarikat  Maju dalam 1 jam lebih saja perjalanan.

Kalau nekad, ada juga yang dengarnya berbasikal, selamba saja, ke JB.

Malam itu Youli Ontosoroh Ponorogo, jejaka berasal dari Jawa Tengah, berjalan perlahan.

Beliau bekerja kontrak dengan orang atas orang, mudahnya kalau disuruh ketuanya pergi bekerja dengan pemaju ini, maka Youli menurut, disuruh mengecat bangunan dibuat, disuruh tanam pokok hiasan dibuat, disuruh menjaga rumah kedai baru pun dibuat juga.

Youli baru balik melepak di bandar lama, kawasan kegemarannya ialah di kawasan ‘bus stand’ Pontian. Kawan-kawannya masih melepak lagi, cuma Youli saja yang mahu pulang. Mengantuk. Beliau mahu segera sampai ke rumah kongsi pekerja, mahu terbaring tidur.

Bangunan-bangunan rumah kedai dibahagian depan jalan masuk ke bandar baru, atau orang Pontian panggil-Tambak, dan bahagian tengah Tambak telah bergelap, cuma yang nampak masih ada aktiviti manusia ialah di sekeliling kawasan berhampiran restoran mamak dihujung bersebelahan medan selera dimonopoli peniaga Cina.

Untuk sedikit ilmu Geografi, kawasan Tambak ini dibahagikan kepada beberapa bahagian ABCDE entah berapa lagi. Ada kawasan yang sudah dijual unit komersial, ada kawasan yang masih dalam pembinaan, ada kawasan yang sedang ditanam cerucuk, ada kawasan yang masih ditambak tanah, dan ada tanah yang masih belum lagi ada perancangan pembinaan diatasnya. Luas kawasan Tambak jauh lebih luas dibandingkan pusat bandar lama.

Jenis penggunaan tanah ialah komersial.

Maka hasil pembangunan di Tambak, banyak operasi perniagaan telah berpindah dari bandar lama. Namun hairannya, ahhhh tak perlu diceritakan disini, ini cerita seram bukan kertas Pengajian Am.

Youli berjalan menyusur unit-unit kedai yang masih kosong. Kalau waktu siangnya, kita boleh lihat Youli menyapu sampah dikoridor unit bangunan ini dan berpindah-pindah dari satu unit ke satu unit. Kalau nasib lagi baik, kita boleh lihat Youli mengular dikawasan  luar Tambak mencari rokok murah.

Suasana yangkelam-kelam diterangi lampu jalan ditambah cat merah pada bangunan yang masih tidak terjual, memang agak seram kalau berseorangan. Youli berjalan laju sedikit.

Youli tiba-tiba terasa mahu membuang air kecil. Sebagai pekerja yang memang bekerja dikawasan unit komersial ini, Youli tahu pintu unit mana yang boleh dimasukinya untuk membuang air. Berlari Youli seberapa segera menuju ke satu pintu belakang unit rumah kedai. Tangannya meraba poket mencari pemetik api. Selagi belum ada pembeli maka unit ini memang masih tiada kemudahan elektrik dan air. Kalau setakat buang air kecil boleh lah didalam tandas dalam bangunan.

Dipulas tombol pintu, tapi pemetik api masih tidak dijumpai, Youli meraba mencari mancis dalam poket baju kain jeansnya, oleh kerana sudah biasa dengan bangunan ini, walaupun bergelap Youli tahu mana letaknya bilik air.

Dibuka pintu bilik air, tangannya menjumpai mancis, ditahan sebentar niat alaminya. Nyalakan dulu mancis. Ctisss (bunyi mancis dinyalakan). Diunjuk ke depan bagi memudahkan buang air.

‘Yesus Kristus!!!!!!!’

Jeritan Youli kedengaran hingga ke rumah kongsi pekerja dibelakang  hampir 500 meter jaraknya dengan bangunan rumah kedai dimasuki beliau tadi.

Malangnya tiada sesiapa datang menjengah. Semangat buluh runcing tiada sudah.

Pagi esok bila seorang pekerja am bernama Pak Mat datang menyapu sampah, beliau terjumpa Youli yang terbaring pengsan. Diluar rumah kedai, atas penutup longkang batu.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

‘Betul, mukanya memang buruk sekali  Pak Mat. Dalam bangunan itu kan gelap, jadi memang jelaslah rupanya kerna dekat sangat dengan nyala api mancis.’ kata Youli bercerita waktu penulis, Pak Mat(pekerja am tadi),  Farook (pekerja pemaju kawasan Tambak), arwah Kareem (rakan sejawatan Farook) dan seorang lagi pelajar praktikal seperti penulis, berhenti rehat jam  10 pagi.

Kami minum di Restoran As Zalam berhampiran pasar basah Pontian.

‘Waktu mancisnya saya bakar, dia sudah duduk atas tandas duduk itu. Macam tunggu saya.’ tambah Youli. Kami mendengar saja ceritanya.

‘Mukanya hitam, tompok-tompok, seperti mayat reput itu.’ terang Youli.

‘Rambutnya panjang dan kasar gitu, memang hantu Kuntilanak lah itu kacau sama saya.’ jelas Youli lagi.

‘Habis kau buat apa waktu dah nampak tu Li?’ tanya Farook mengunyah roti canai.

‘Doa saja sama Tuhan, lalu pingsan. Hahaha’ gelak Youli mentertawakan dirinya. Kami semua tergelak sama.




Youli


p/s-Youli beragama Kristian, dan penulis membuat latihan praktikal di Tambak pada 4 tahun lepas. Jangan tanya penulis unit kedai mana satu yang diceritakan disini. Kerahsiaan terpelihara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2011 02:26 AM | Show all posts
SPEAKER P.A SYSTEM

Oleh MFT

Jaki dulunya bekerja sendiri. Dengan memandu lori Commando tuanya, beliau akan menghantar pelbagai barangan diminta pelanggannya. Hasil kebun, dusun buah, lembu kambing, barang perabot, surat khabar lama, hatta barang jamming kenduri kahwin sekalipun. Asalkan dapat duit untuk berasap dapur.

Beliau hidup bujang. Disuruh kahwin, kita pula digelakkan beliau. Begitulah adanya.

Suatu malam beliau memandu Commando merahnya ke Kota Tinggi, menghantar speaker P.A system untuk kenduri kahwin. Sambil menghisap kretek, beliau menyanyi-nyanyi riang menghiburkan hati. Suaranya sedap atau tidak bukan masalah negara.

Melewati kebun sawit yang luas mata memandang dikiri kanan jalan, Jaki terdengar bunyi ‘feedback’(dekatkan hanset anda pada speaker PC, begitulah bunyi ‘feedback’) dari belakang lorinya.

Dilihat cermin pandang belakang, speaker P.A system okay saja bersusun dibelakang.

PANNGGGGG!!!! Bunyi ‘cymbal’(instrument drum yang berbentuk piring) kedengaran. Jaki tersentak beristighfar. Commandonya hampir berhenti mendadak ditengah jalan. Jaki berhenti ditepi.

Berkira-kira mahu keluar atau tidak menjengah belakang lorinya. Dijeling-jeling dengan ekor mata cermin pandang belakang. Gelap saja.

Tekad Jaki keluar menjengah, diambil batang besi ‘crow bar’ lalu dibuka pintu lorinya. CANGGGG!!!!! Bunyi China Pang(sama lebih kurang seperti bunyi cymbal drum) pula kedengaran. Berdentum bunyi pintu lorinya yang ditutup balik oleh Jaki. Berpeluh-peluh.

Nyiiiiiiiiiiiiiii…..Bunyi seperti radio yang baru dibuka. Mencari frekuensi stesyen radio.

Kedengaran lagu opera Cina. Suara lelaki dan perempuan menyanyi penuh bersemangat. Jelas sekali bunyinya umpama corong speaker canggih ARCS. Desibel, mid dan bass kedengaran sangat cantik. Bunyi sebiji-sebiji. Umpama ada boombox.

Jaki menutup matanya. Keadaan gelap diluar dan tiada kenderaan melintas. Rasa takut dan menyesal.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

‘Saya tak jadi hantar speaker tu ke rumah yang pesan barang tu. Tak taulah macam mana kenduri kahwin tuan rumah tu esoknya. Haha. Tapi nak buat macam mana? Kalau kena gitu pun maunya tak takut?’ kata Jaki disuatu masa saya jumpa dengan beliau dikampung.

‘Rasanya ada orang dengki dengan saya..Rasanyalah….’ tambah lagi Jaki.

‘Mungkin orang tu rasa saya ni kacau daun bisnes diorang, ye la saya mengaku semua barang kalau boleh saya nak hantar time tu dengan lori buruk tu. Kalau Petronas suruh hantar kereta F1 pun saya hantar, duit punya pasal’ luah lagi Jaki pada saya yang mendengar ceritanya.

‘Berenti dah sekarang bawak lori hantar barang, jual ikan masin pulak. Kalau ikan masin pulak berbunyi itu petanda ikan segar!! Haha’ gelak Jaki menamatkan cerita.

p/s- Jaki berpangkat Pak saudara saya, 3 ke 4 pupu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 01:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 19-5-2011 13:24

Misteri 50 tahun.

‘Kamu duduk sini, Mak ke belakang sana. Jangan merayap di luar. Ada kematian, tak elok.’

Si anak melongo saja, orang-orang tua dan orang lelaki daripada keluarga si mati duduk berkumpul mengelilingi jenazah jiran sekampung, seorang perempuan separuh baya. Allahyarhamah dibunuh komunis petang tadi. Ditembak curi.

Puncanya komunis marah kerana seorang saudara rapat Allahyarhamah enggan bekerjasama dengan komunis. Siapa nak menindas bangsa sendiri yang susah semata nak bagi Cina komunis makan nasi di hutan?

Si anak melingas mata melihat persekitaran dalam rumah. Kaum Ibu duduk berkumpul di dapur. Terdengar tangisan sambil dipujuk-pujuk jangan sampai meratap.

Suami Allahyarhamah memang dah lama hilang, tak tahu jejak ke mana. Mungkin pulang ke Sumatra. Anak-anak Allahyarhamah cuma 3 orang. Kawan sepermainan si anak.

Jenazah  ditutup beberapa lapis kain batik. Allahyarhamah ditembak tepat di sebelah kiri tepi kepala, waktu keluar ke laman rumah. Waktu orang kampung sedar, Allahyarhamah terhinggut-hinggut nazak. Nafas penghabisan dihembus dengan kuat, lalu senyap.

Jenazah akan dikebumikan malam itu juga. Waktu itu orang tak hirau sangat post mortem mayat yang dibunuh begini. Lepas polis datang dan periksa sah mati, maka jenazah terus diuruskan orang kampung.

Beberapa lama kemudian, selepas siap mandi dan kapan, tibalah masa solat jenazah. Orang-orang kampung semua turun menziarah, menyertai solat. Bukan orang lain Allahyarhamah ini, ada juga kaitan saudara. Yang tak muat untuk solat bersama menunggu dibawah. Keranda mengusung jenazah siap dibuat. Andang-andang kelapa dibakar mencerahkan suasana laman rumah.

Si anak berbaris dibahagian belakang. Waktu takbir pertama, seisi rumah mendengar bunyi dengusan kasar. Anak-anak kecil dibelakang saling pandang memandang. Takbir kedua, dengusan tadi berbunyi lagi. Takbir ketiga, anak-anak sudah mencari Ibu mereka dibelakang(dapur). Orang-orang dewasa dan Tok Imam buat selamba saja.

Takbir keempat,bunyi tangisan nyaring dari atap rumah. Ada seorang lelaki diluar berani memanjat ke atas bumbung nak menjenguk, tiada apa-apa dilihatnya.

Usai saja solat, Tok Imam meminta disedekahkan Al Fatihah sebanyak-banyak untuk Allahyarhamah. Perjalanan ke kubur tidak disertai si anak kerana gelap malam, ditambah kejadian tadi cukup membuat Emaknya melarang turut sama, biarlah orang lelaki dewasa dan tua saja yang ke kubur.

Di kubur terjadi satu kejadian pelik, waktu orang-orang yang menggali lahad menunggu jenazah, datang angin berhembus kuat. Sebelum ini memang tak pernah jadi begitu. Namun pengkebumian berjalan lancar.

Malam itu, dirumah mereka, si anak masih memikirkan kejadian di rumah Allahyarhamah tadi. Orang tuanya sudah berlingkar tidur dibilik. Si anak terkebil-kebil memandang atap. Tidurnya seorang dalam biliknya sendiri. Waktu itu adik kembarnya terlambat 2 tahun lahir.

Pap pap…..

Telinga si anak menangkap bunyi orang berjalan di luar rumah. Jelas terdengar tanah dipijak orang. Kerikil-kerikil kelitik-kelitik seperti disapu kaki orang. Si anak diam-diam saja sambil menutup mata.

Krukk krukk.

Bunyi anak tangga pintu depan dipijak orang.

DUMM DUMMM DUMM!!!

DUMM!!!!!! DUMMM!!!!! DUMMMM!!!!!!! DUUMMM!!!!

Pintu diketuk dengan kasar. Kalau bukan kerana kayu pintu masih kukuh rasanya sudah pecah pintu sebaik saja ketukan pertama.

DUMMM!!!!!! DUMMMM!!!!!! DUMMMMM!!!!!!!DUMMMMMM!!!!!DUMMMMM!!!!!!

Si anak menggigil ketakutan. Dikelubung badan dengan selimut. Hairan fikirnya, takkan Emak dan Ayahnya tak terdengar ketukan sekuat begitu?

TUMM!!!!! TUMMM!!!!!!

Jantung si anak seperti nak keguguran. Daun tingkap biliknya yang tertutup pula diketuk.

Berapa tinggi agaknya ‘orang’ yang mengetuk ini? Rumahnya jenis rumah kampung  yang tinggi. Bahagian bawah rumah dalam 10 kaki tinggi untuk lalu lalang.

TUMM!!!!!!! TUMMMM!!!!!!!!!TUMMMM!!!!!!!!TUM!!!!!!!!!!!!!

Tak boleh jadi begini, fikir si anak.

‘Mak!!!!!’

Si anak menjerit sambil berlari ke bilik orang tuanya.

Jaga saja si Emak dan Ayah, tiada lagi bunyi-bunyi ketukan tadi. Senyap.

Sekarang 2011, hampir  50 tahun, si anak masih tidak mengetahui siapa atau apakah yang yang mengganggunya malam itu.

p/s- si anak adalah Pak Uda penulis (berkahwin dengan Kakak ibu penulis.)

p/s(+)-Terima kasih untuk Pumpkinhead yang meletakkan link cerita-cerita saya di thread LINK untuk cerita seram yang menarik/best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2011 05:13 PM | Show all posts
Motor

1-Penulis berborak dengan seorang pengawal keselamatan. Beliau pesara polis. Macam-macam disembangkan kami.

Penulis bertanya apa pengalaman paling tak dapat dilupakan beliau masa bertugas dulu. Ada banyak katanya, tapi satu yang paling diingatnya ialah waktu  beliau dan rakan beliau mengejar seorang lelaki yang menunggang motor Yamaha RXS pada suatu malam. Berpakaian semua hitam dengan topi keledar hitam.

Penunggang RXS itu memang sangat cekap menunggang, setiap korner memang banting habis. Berdesup.

Cuma mereka(polis dan rakannya) mengejar lelaki itu dalam satu kawasan kecil dalam bandar. Jadi logiknya mungkin dapat juga tahan penunggang itu.

Pecut punya pecut mengejar,  penunggang RXS itu memasuki satu lorong.  

Tatkala polis dan rakannya itu masuk ke dalam lorong tadi, suasana jadi senyap sunyi.  Jalan mati.

Tiada jalan lain untuk keluar selain jalan masuk. Kiri kanan semua dinding rumah kedai bersambung. Penghujung jalan ialah pagar batu rumah Cina.

Bila difikirkan balik baru mereka perasan, penunggang RXS itu tiada nyalaan lampu depan dan belakang.


2-Seorang kenalan penulis bercerita waktu kami berjumpa minum-minum di Tambak Pontian. Beliau bekerja di  Tanjung Bin.

Suatu malam waktu nak balik, beliau yang menunggang Yamaha LC 135 meraba-raba seat belakang yang kosong(tiada berikat apa-apa muatan seperti beg/pouch dll). Memang tabiat.

Kali kedua meraba tiada apa-apa. Kali ketiga meraba terasa ada kain di seat belakang. Beliau enggan menoleh dan terus menumpukan pandangan ke hadapan 100%.


3- Waktu di USM dulu, kami dikerah menyiapkan tugasan berkaitan penyenggaraan bangunan. Kami memilh sebuah pasaraya yang menghadap lebuh raya dan laut. Kami menemuramah seorang pengurus yang cukup sempoi.

Usai mendapatkan maklumat kami turun ke bawah bersama pengurus tadi dan berborak macam-macam.

Pengurus tadi bercerita pengalamannya merembat balik ke Pantai Timur kerana urusan keluarga. Urusan mustahak.

Waktu di atas lebuh raya dan mengambil selekoh tajam dengan kelajuan 160 km sejam, matanya terpandang ke tepi jalan. Sekeluarga makhluk berbulu dan mata merah tercongok ditepi.

Alhamdulillah perjalanan beliau selamat.


4-Seorang sepupu tua penulis pernah kemalangan. Motor RXS ditunggangnya ‘total lost’ dan dijual sekerap RM300. Kejadian berlaku pada awal 90 an. Penulis teringat lagi waktu mengunjungi beliau di Hospital Pontian.

Punca kemalangan ialah kerana berlumba haram suatu malam.

Kawan-kawan semua sekepala. Bila memecut motor yang sudah diubahsuai, kelajuan memang mengagumkan. Namun jika kemalangan gigi geraham yang keras pun boleh tercabut.

Sepupu tadi melihat satu jalan lurus dihadapannya waktu beliau sedang ‘leading’ perlumbaan. Diturunkan gear dan pulas minyak 360 darjah.

Pummm!!!!!!!!!!!!!!!

Masuk longkang.

Jalan yang dilihat lurus tadi rupa-rupanya selekoh tajam.

Terima kasih pada rakan-rakan sekepala berlumba haram tadi, ditinggalkan sepupu itu tadi dalam longkang keseorangan. Pengsan. Mujur longkang berdasar lembut.

Kenangan perlumbaan malam itu ialah parut dari dahi hingga ke sebelah hidung.


5-Seorang kawan penulis bekerja sementara di Pekan Nenas lepas SPM. Suatu tengah malam beliau menunggang motor EX5 Class beliau.

Jalan agak lengang kerana hampir tengah malam. Kawan itu tadi pula tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Dan terlelap atas motor lepas saja  kawasan bandar Pekan Nenas.

Sedar-sedar beliau sudah memasuki simpang ke Parit Mesjid menuju rumahnya. Jaraknya lebih 30 km dari kawasan bandar Pekan Nenas hingga ke simpang Parit Mesjid tadi.

Menunggang sambil tertidur dengan jayanya sepanjang perjalanan.Bagaimana?Wallahualam.

Alhamdullillah, umur beliau masih panjang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 06:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 22-4-2012 22:51

Rockers dan mistikal

1- Kumpulan tempatan dengan pengaruh besar, Butterfingers sedang merakam album 1.2 miligram(tak silap) mereka suatu malam.

Waktu itu mereka sedang sibuk merakam dram. Pemain dram mereka duduk merakam dalam bilik rekod. Ahli yang lain pula berada di ruang konsol.

Tup tup tup

Mereka semua terdengar dibilik kosong sebelah pemain dram tadi berada, sesuatu yang tidak kelihatan berjalan-jalan.

2-Siapa tak kenal Jimmy Page? Gitaris dan pengasas kumpulan legenda Led Zeppelin. Selain Page, ahli lain ialah Robert Plant, John Paul Jones dan mendiang John Bonham. Page bermula dengan menjadi sessionist kepada ramai artis-artis terkenal di Britain sebelum menubuhkan Led Zep. Beliau pernah bermain untuk kumpulan legenda, Yardbirds, menggantikan seorang gitaris legenda, Eric Clapton.

Led Zeppelin terkenal dengan muzik rock mereka yang penuh karisma. Samada lagu berentak rancak (Whole Lotta Love, Communication Breakdown) atau perlahan (Stairway to Heaven), ia menjadi perhatian peminat-peminat diseluruh dunia.

Tiba-tiba telah timbul kritikan yang mengatakan Led Zep popular bukan kerana muzik tetapi paras rupa dan ‘exposure’ yang terlebih. Kalau anda pernah melihat foto Led Zep pada tahun 70 an, iya, mereka memang ada rupa.

Jimmy Page bagaimanapun langsung tidak bersetuju kenyataan begitu. Bagi membuktikan yang Led Zep benar-benar berbakat dan serius bermuzik, Page mahukan suatu perubahan untuk album terbaru. Let the music do the talking. Beliau yang telah membeli sebuah mansion, Headley Grange, mahukan band nya itu merakam di sana.

Pilihan yang tepat, walaupun tenaga kerja yang terlibat terpaksa berkerja lebih, kerana kerja dilakukan bukan di studio rekod professional, namun ‘sound’ yang terhasil daripada sesi rakaman di Headley Grange memang mengagumkan(dengarkan bunyi dram mainan John Bonham dalam lagu When the Levee Break), ironinya Page sendiri tidak gembira dengan rakaman gitarnya disitu.

Headley Grange asalnya dikatakan dimiliki Anton Levy, seorang Satanist. Rumah agam ini terletak dikawasan pendalaman di luar Kota London. Dibina pada 1795, mulanya berfungsi sebagai ruang pekerjaan untuk orang-orang miskin dan bermasalah mental. Jauh daripada selesa, Headley Grange menyimpan pelbagai kisah.

‘Macam dalam cerita Charles Dickens. Suasana klasik England lama- Headley Grange memberikan perasaan tak berapa ‘mesra’ dan pastinya, menyeramkan.’ cerita Page dalam satu temuramah.

‘Saya pilih tinggal di bilik di tingkat paling atas, dimana suasana dalam bilik tu terasa melekit/lembap. Headley Grange memang menakutkan bagi Robert (Plant) dan John (Bonham), tapi saya suka rumah tu. Memang ada hantu rumah tu.’ sambung Page.

Suatu malam, di Headley Grange, Page, yang menaiki tangga utama menuju ke biliknya ditingkat atas, terlihat sesuatu. Sesuatu yang berwarna kelabu dengan sosok manusia di hujung tangga atas bahagian koridor menuju ke biliknya. Beliau memerhatikan dengan teliti kerana tidak mahu tersalah lihat, mungkin refleksi cahaya?

Tidak. Memang sah: hantu. Page berpaling pantas ke belakang, enggan berdepan.

3-Kumpulan rock dari Singapura, Rusty Blade terkenal dengan lagu-lagu hard rock mereka yang teknikal. Mungkin boleh dikatakan itulah sound konsep Heavy Metal pada masa kini. Pernah dengar lagu Ikrar Perwira? Lagu kegemaran penulis daripada Rusty Blade.

Khalid Mobin memang dahsyat dalam permainan gitarnya. Sekarang pun kalau anda dapat siaran TV Singapura- Suria, Rusty Blade bermain live di TV, pasti anda setuju Rusty Blade masih berbisa.

Suatu malam, di tahun 80 an dulu, Rusty Blade dalam kenderaan van yang dinaiki menuju ke kawasan persembahan mereka (tak silap di negeri Perak). Instrumen muzik diletakkan dibelakang van. Perjalanan melalui kawasan yang gelap gelita. Kiri kanan semuanya hutan.

Agaknya kerana jalan yang tidak berturap cantik atau instrument tidak disusun elok, mereka terpaksa berhenti dalam jalan yang gelap itu bagi menyusun semula instrumen mereka yang tergolek-golek dibelakang van.

Bagi pemuzik, alat muzik mereka adalah sambungan anggota sendi mereka. Maka instrumen mereka perlu dijaga dengan baik.

Waktu menyusun barang-barang, mereka terdengar bunyi sesuatu mengeruh disemak sebelah jalan. Suasana yang gelap gelita yang cuma diterangi lampu van yang malap agak menakutkan kumpulan rock ini.

Bunyi mengeruh itu makin kuat dan seperti berlari ke arah mereka yang dibelakang van. Kelam kabut mereka masuk ke dalam kenderaan dan memecut meninggalkan tempat itu.

Ironinya, Rusty Blade ada sebuah lagu bertajuk Langsuir Liar. Langsuir kah yang mengganggu mereka malam itu? Liar sungguh.

4- Pernah dengar muzik Southern Rock? 2 kumpulan paling berpengaruh dengan jenisan muzik sebegini ialah Lynyrd Skynyrd dan The Allman Brothers. Selain memainkan jenisan muzik yang sama, kedua-kedua kumpulan ini ditimpa nasib yang sama- kematian ahli kumpulan.

Lynyrd Skynyrd mengalami kemalangan kapal terbang yang membunuh vokalis –Ronnie Van Zant, gitaris- Steve Gaines dan kakaknya, merangkap penyanyi latar- Cassie Gaines.

The Allman Bros pula kehilangan pengasas dan gitaris-Duane Allman kerana kemalangan motosikal.

Pelbagai cerita misteri kedengaran selepas kematian Ronnie Van Zant(Lynyrd Skynyrd), ada yang melihat mendiang lengkap berpakaian hitam dengan batang pancing dikawasan paya yang gemar dikunjungi mendiang semasa hayatnya.

Isteri Ronnie pada satu malam, tidak berapa lama selepas tragedi, terjaga dan melihat Ronnie dihadapannya, hanya untuk berpesan agar menjaga anak mereka dengan baik.

Pemain dram Lynyrd Skynyrd mengalami kecederaan yang sangat parah angkara tragedi terhempasnya kapal terbang mereka. Beliau diisytiharkan 2 kali mati. Dalam keadaan koma, beliau berjumpa Ronnie Van Zant dan Duane Allman dalam satu kabus berbentuk log (batang balak/kapal?), dan Ronnie berkata- ‘Get yourself outta here boy, it’s still not your time yet’. Beliau terus tersedar.

Seorang anggota The Allman Bros pula maut dalam kemalangan setahun setelah kematian Duane Allman, cuma satu blok saja jaraknya dari tempat Duane kemalangan dahulu.

Gregg Allman(vokalis utama The Allman Bros), adik Duane, sehingga sekarang masih merasakan setiap kali mereka mengadakan persembahan, beliau terasa mendiang abangnya berada berhampiran, sehingga ke tahap Gregg boleh terhidu bau badan mendiang abangnya itu.


Duane (kanan depan) dan Greg (kiri belakang)


5-Robert Johnson, seorang legenda Blues, dinobatkan sebagaiThe King of Delta Blues. Beliau mempengaruhi ramai gitaris dari tahun 30an hingga ke masa kini.

Legendaris Blues yang lain-Son House mengingati Johnson dengan sebuah cerita.

‘Waktu itu saya dan kumpulan saya bermain di satu pub.Robert Johnson selalu berada disitu. Saya dan seorang lagi kawan satu band selalu mempersendakan Robert. Beliau selalu ke mana-mana dengan gitarnya.Masalahnya dia bukan pemain gitar yang baik.’ terang Son House mengimbas kembali cerita pada tahun 1931 dahulu.

‘Memang teruk kami perlekehkan Robert, dan satu hari dia menghilangkan diri. Sampailah setahun kemudian, didepan pintu pub berdiri seseorang, tak lain tak bukan-Robert Johnson. Dia dah kembali. Masih dengan gitar!!Haha’ sambung Son House.

‘Dia masuk ke dalam pub. Saya fikir dia masih Robert yang dulu. Saya tanya kemana dia pergi selama ini dan apakah dia sudah tahu bermain gitar?’ kata Son House.

‘Robert tersenyum, dengan senyumannya yang terkenal itu, dan meminta masa seminit saja untuk beraksi diatas pentas, untuk membuktikan dirinya.’jelas Son House.

‘Ok, kata saya. Pastikan kau dah tahu bermain gitar tu atau aku halau kau keluar.’ kata saya.

‘Kemudian semua orang dalam pub ternganga melihat beliau bermain gitar sambil menyanyi. Sangat–sangat handal!!’ Son House menamatkan cerita.

Tidak banyak maklumat yang tinggal mengenai Robert Johnson. Seingat penulis cuma ada beberapa saja foto Robert Johnson yang masih terselamat. Rakaman lagu-lagunya juga masih ada walaupun kedengaran sangat kasar, dengan semangat blues yang pekat.

Kemashyuran beliau sangat ketara. Bila beliau bermain gitar, semua orang akan menari dan berhibur hingga ke pagi.

Namun pasti ada harga yang perlu dibayar kelak.

Tragedi terjadi bila seorang wanita bersuami sangat meminati Robert Johnson dan beliau melayan wanita itu seperti melayan peminatnya yang lain. Malangnya suami wanita itu tadi tersangat perengus dan cemburu. Robert Johnson kemudiannya diracun suami wanita itu .

Dikatakan waktu Robert sedang nazak, beliau berteleku seperti anjing dan menyalak-nyalak sehingga mati.

Ada yang mengatakan Robert Johnson telah mengadakan perjanjian dengan Iblis, demi menjadi seorang pemuzik yang hebat. Perjanjian itu berakhir dengan nyawa Robert sendiri.

Beliau seolah-olah membenarkan cerita janji beliau dengan Iblis itu, bila menulis lagu-lagu bertajuk Hellhound on my trail dan The Devil’s blues.

Masyarakat Barat percaya yang jalan dengan 4 simpang adalah kawasan pertemuan Iblis, dan Robert Johnson dikatakan telah membuat perjanjian di simpang 4 dikawasan US 61 dan US 49 di Clarksdale, Mississippi.

Kontroversi terus melanda Robert Johnson hingga kawasan persemadiannya juga dikatakan ada dipelbagai tempat- di Morgan City, Itta Bena,dan Greenwood.




Mungkin Robert sendiri tahu, beliau tidak akan tenang walauselepas mati bila menyanyikan- You may bury my body down the highwayside/  So my old evil spirit can catch a Greyhound bus and ride.

Sumber- ROTTW, Guitar World
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 10:49 PM | Show all posts
Bridge (Kenangan di USM)

Oleh: MFT

‘’AbG cInTa AyAnG SgT2 tAw!! cAiR sGgH hAtI aBg nIe.GiLeRrRrR rIndU!!MuAaAHhH!!!’’ taip Sampik di wall Facebook marka (kekasih hati) beliau.

‘Weii, ang ni mengaji kat USM pun dok tulih lagu tu pasai pa? Sekolah ang dulu berapa tingkat? Jangan la mai bodo(h) pun bertingkat-tingkat. Tulih lek lok (elok-elok) la sikit. Tak penat ka sat dok taip sat urup(huruf) besak (besar) sat urup kecik tu?Nahaiiiii’ syarahan panjang si Tonjang dalam loghat utaranya pada Sampik.

‘Jang,  moh main futsal malam ni?  Di Seberang(Perai)’ ajak Meor Bae, rakan sebilik Sampik, sambil menyalakan rokok merah gambar kanser paru.

Mereka bertiga duduk melepak tengahari itu di desa Restu, Bukit Gambir, USM Penang, poskod 11800. Bilik 9-42.

‘Futsal aa? Jam berapa?’ balas Tonjang.

Sampik masih meneruskan aktivitinya di Facebook.  “AbG KnA mArE(marah)  La aYaNg, tPi aYaNg xlEh MaRe aBg’’ taip Sampik lagi di wall Facebook markanya. Geli betul.

‘10’ jawab Meor Bae membakar semula rokoknya yang terpadam. Dibuang dan dibakar batang yang baru.

‘Ha, bulih kut. Sapa lagi main?’ tanya Tonjang menguis-nguis kulit kepalanya yang terang.
‘Geng-geng  kita la, Jeruy, Wann, Tajoi, Jama, Lauk, JB, Pacat,… ajak la Pakkui sekali. Ajak abang mike tu sama- Umar Abdullahi Bedou. ‘

‘BEK BEK BEK(pelat lidah untuk ayat ‘Back’) aja kalau orang lain bawak bola’ gelak Meor Bae kemudian mengenangkan Umar Bedou (pelajar warga Nigeria)  yang becok mulutnya waktu bermain bola.

‘Ha, yalah, abang cinta Sampik. Kah kah kah kah’ gelak besar Tonjang.

Mereka bertiga kemudian bertolak ke Restoran Khalel. Berempat sebenarnya, seorang lagi Oud sudah menunggu di sana.

“AbG nK mAm (makan) La AyAnG, hUhUhUhU.  nT kItA bOrAk,Nt AbG HapDet(update)  sAt  g K? MuAaAaHhH!!”  taip Sampik melalui hanset Nokia skrin sentuhnya.

‘Weii, ang ni. Guna la Bahasa Melayu kita lek lok, tulih(tulis) kasi cantik sikit. Kita kena la menghargai  bahasa kita, baru maju!!’ syarah Tonjang lagi pada Sampik.

‘La mana ada Bahasa Melayu lagi Jang oi, la ni Bahasa Malaysia. Tapi tu Cina semua tu semua guna English ja, depa nak hak sama rata, tapi bahasa kebangsaan tak  nak pulak kasi fasih. Tang ni aku marah ni!!’ bantah Sampik.

‘Dah, dah. Awok nak pergi bayar’ balas Meor Bae sambil menyalakan rokok ke tiga sejak sampai ke Khalel. Oud pula membungkus nasi untuk makan di bilik.

Malam itu.

Usai bermain futsal, 2 kereta 3 motor mereka kawan-kawan turun bermain futsal dari USM ke Seberang Perai. Masa untuk balik, bagi meneruskan akitiviti lain selaku pelajar universiti.

‘WEII…ANGPA  ADA TANG MANA?’  tanya Tonjang melalui teks mesej.

Senyap. Tidak berbalas mesej Tonjang.

‘Mana depa pi ni….Tak tunggu aku dok dalam tandas tadi….Apa punya kawan laaa’ keluh Tonjang.

Tittt tittt. Berbunyi mesej hanset Tonjang. Daripada Meor Bae.

‘ANG KAT MANA?BUAT APA DALAM TANDAS TADI?’ tanya Meor Bae dalam SMS nya.

‘ANGPA DA TANG MANA?AKU BUANG AIR LA. APA TANYA BUAT APA…’balas Tonjang dan dihantar.

2 minit kemudian mesej berbalas-‘ MAI LEPAK (RESTORAN)SUBAIDAH. KAMI DAH ADA ATAS JAMBATAN(PULAU PINANG)’

Tonjang mendengus, tanpa membalas mesej, Tonjang menghidupkan enjin Kancil Turbonya. Jam hampir ke tengah malam. Jambatan Pulau Pinang agak kekurangan kenderaan lalu malam itu. Hujan turun sebelum Tonjang melepasi kawasan tol  masuk  Jambatan. Tonjang meneruskan perjalanannya.

300 meter pertama ada la sebiji dua lori dilorong bertentangan(laluan keluar dari pulau), 200 meter lagi kereta sebuah dilorong bertentangan, seterusnya hanya motor-motor. Laluan ke pulau cuma kereta Tonjang sebuah saja. Hmm.

Lepas saja kawasan tengah Jambatan yang bersambung kabel-kabel raksasa penyambung ruas Jambatan, Tonjang melihat di tepi Jambatan(laluan motor), seseorang melambai-lambai meminta diberhentikan kereta.

Berhentilah Tonjang tanpa berfikir panjang.

Seorang lelaki Cina mengetuk-ngetuk perlahan tingkap kaca sebelah kiri Tonjang, lalu sekali lagi tanpa berfikir panjang diturunkan tingkap oleh Tonjang.

‘Encik, boleh tolong sikijap?Boleh tolong ka? Boleh ka?’ tanya Cina tadi membongkokkan badan menjengah tingkap kereta. Berumur pertengahan baya.

‘Awat Uncle? Mau tumpang masuk Pulau ka?Mana mahu pi?’ balas Tonjang ramah.

Senyap saja Cina tadi, mereka saling pandang memandang. Tonjang rasa pelik.

‘Habis apa mahu saya tolong Uncle?Masuklah dalam kereta, hujan kat luar tu’ ajak Tonjang penuh adab.

Tersenyum lelaki Cina itu lalu berdiri tegak, berundur perlahan-lahan ke belakang hingga ke tembok konkrit Jambatan tanpa menoleh belakang, dan menjatuhkan dirinya  ke bawah Jambatan. Masuk ke laut lepas.

Tonjang tersentak dan terus menekan minyak sehabisnya memecut dari situ.

Lelaki Cina itu pasti bukan manusia. Sebab:-

1-Bajunya tak basah walaupun cuaca hujan.

2-Tiada kenderaan lain dipinggir jalan, kalau lelaki Cina itu mengalami kerosakkan kenderaan pasti  tersadai ditepi jalan dan pasti Tonjang perasan awal-awal lagi.

3-Takkan lelaki Cina itu berjalan kaki sepanjang Jambatan? Larian tahunan Penang Bridge jauh lagi tarikhnya.

4-Tak mungkin lelaki Cina itu ditinggalkan sesiapa diatas Jambatan kerana undang-undang melarang kenderaan berhenti  diatas Jambatan. Tambahan waktu malam dan hujan pula.

5-Tak mungkin pemancing-pemancing yang selalu memancing dibawah tiang Jambatan dapat memanjat naik ke atas Jambatan (kalau dikatakan lelaki Cina itu adalah seorang pemancing) tanpa bantuan alatana seperti tali dan lain-lain.

6-Kenapa perlu memberhentikan kenderaan orang lain kalau lelaki Cina itu tadi memang berniat membunuh diri?

7- Ini bukan kali pertama kejadian aneh terjadi di Jambatan Pulau Pinang. Pihak Polis pun faham kalau-kalau mereka menerima aduan kejadian-kejadian yang dikategorikan aneh dan misteri terjadi di atas Jambatan Pulau Pinang.

p/s- Pertolongan apa yang Lelaki Cina itu minta?

+p/s-Mereka kawan-kawan sekarang sudah hampir setahun berkonvokesyen Msc dan sedang membina karier masing-masing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 01:29 AM | Show all posts
Seriau aku baca citer2 tue..
TT tak nak sambung cerita kerk??

Nak lagi!Nak lagi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2011 09:33 AM | Show all posts
Seriau aku baca citer2 tue..
TT tak nak sambung cerita kerk??

Nak lagi!Nak lagi!
7teen Post at 10-6-2011 01:29



Terima kasih. Insya Allah ada cerita lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2011 10:50 PM | Show all posts
Sebelah

Oleh: MFT

Tokkk Tokk

Tokk Tokk

Bunyi ketukan pintu. Zamani Salam melihat ke arah pintu biliknya. Jam 11 malam. Beliau sedang sibuk meng 'high light' nota kuliah. Dengus hatinya malas-malas membuka pintu.

Tokk Tokkk

Tokk Tokk

"Siapa?" laung Zamani Salam.

"Orang sebelah" jawab 1 suara.

"Siapa? Hamizul Ansari? Hameed Karkun? Anjasmari Maria? Leonardo Mat Tahir?Alexander Zulkarnain?" tanya Zamani Salam.

"Orang sebelah" balas lagi suara yang 1 tadi.

Zamani Salam menyumpah sedikit dalam hati. Bangkit daripada katil menuju pintu dicapai tombol dipulas ditarik pintu

Orang sebelah dengan sebelah badan berdarah-darah didepan pintu.

OK. Penulis nak cerita 'sebelah' yang lain sebenarnya. Yang diatas tu selalu terdengar di asrama-asrama sekolah, universiti, matriks dan lain-lain. Sila ikuti dan terima kasih sudi membaca-



Cerita hantu selalu dikatakan terjadi diwaktu malam. Ini menunjukkan potensi sumber tenaga untuk pekerjaan shift malam yang lebih efisyen. Pihak pekilang perlu lebih peka dengan penggunaan tenaga alam yang satu lagi ini bagi mencapai keuntungan yang lebih berbanding tenaga manusia yang majoriti cuma aktif disebelah siang.

Soal kebajikan dan pembayaran gaji penghuni alam satu lagi boleh dibincang kelak, kerana dimana ada jalan disitu ada kemahuan.

Cukup introduksi yang diatas, kita ke introduksi lebih serius. dengan tona lebih meyakinkan:-

Di kampung penulis dahulu, waktu kejadian pada tahun 90 an, pada waktu rumah lama masih tegak lagi. Sekarang ini binaan kayu diganti dengan separuh batu dan papan dan lebih diluaskan lagi kawasan dalam rumah. Seronok mengingat kenangan dirumah kampung tadi.

Kakak sepupu penulis, kita panggil Kak Jaz, sedang berbaring-baring diatas katilnya, yang muat untuk seorang, dalam bilik beliau. Waktu penulis bocah cilik lagi, memang sangat sukar untuk masuk ke bilik Kak Jaz, kecuali golongan yang perempuan dalam keluarga.

Tapi tak kisahlah, kerana penulis dan sepupu lelaki yang lain tahu tiada apa sangat dalam bilik Kak Jaz selain novel-novel, majalah Remaja, majalah entah apa sesuai dengan tema keperempuanan. Pendek kata memang bilik orang perempuan lah senang.

Cerita ini diceritakan Mak Long Tik merangkap ibu Kak Jaz sendiri. Maka Kak Jaz yang terasa mengantuk-ngantuk ayam pun mahu melelapkan mata.

Sebelum tidur, tepuk-tepuk bantal buat lebih empuk, ambil anak patung beruang 2 ke 3 ekor buat peneman (tahukah anda beruang adalah binatang yang liar dan ganas?),susun novel-novel yang telah berkali-kali dibaca,belek-belek muka pada cermin,pilih baju dalam almari yang untuk dipakai esok,bagi 'hamster' makan, periksa selak pintu bilik, sambung belek-belek muka dicermin lagi dan barulah bersiap untuk tidur.

Tutup lampulah Kak Jaz sebagai prosedur terakhir sebelum tidur.


MAKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 rumah bergegas ke bilik Kak Jaz dan Kak Jaz sendiri telah lari ke bilik Mak Long Tik selepas saja menjerit.

Bila ditanya, Kak Jaz mengatakan terasa ada 'orang' baring disebelahnya.

Terima kasih.


p/s-orang sebelah yang ditemui Zamani Salam tadi tidak semestinya 'orang' sebelah yang berbaring disebelah katil tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2011 10:51 PM | Show all posts
Paper

Oleh:MFT

'Rafael Nadal' atau Rap (sebut rAp bukan rEp) kawan penulis dikampung. Seorang rockers sejati dan penuh pengalaman orangnya. Sangat menghormati kawan dan dihormati pula kawan-kawan. Pernah mengalas tugas berat sebagai vokalis band kampung. Senang berjumpa beliau di surau waktu terawih.

Rap pernah bekerja sebagai penghantar surat khabar dalam beberapa bulan di tahun 2008 dahulu. Kerja dengan Cina surat khabar.

Pernah penulis menemani beliau waktu mula-mula berkarier sebagai budak 'paper' route' ini ke bengkel untuk membuat 'custom made' bakul besi suratkhabar. Sekarang bengkel itu telah menjadi puing arang. Anda yang dalam perjalanan dari JB ke Pontian boleh melihat bekas tapak bengkel itu selepas kilang Mitsumi Pontian disebelah kanan jalan utama.

Berceritalah Rap suatu masa beliau menghantarlah surat khabar ditempah daripada rumah ke rumah pada suatu bening pagi. Beliau mula menghantar jam 5 pagi dan selesai jam 7 pagi sebelum bekerja di stesyen minyak Esso pula bagi melayakkan beliau meraih anugerah belia termaju kampung (jika ada).

Dibaling satu demi satu surat khabar ke kawasan depan rumah pelanggannya. Hingga ke sebuah rumah lot tepi. Dibaling suratkhabar ke dalam kawasan rumah tadi.

PUKK!!!!!

Rap dibaling semula suratkhabar yang dibalingnya tadi. Ditoleh semula ke belakang, masih gelap gelita rumah pelanggannya.

Nasiblah beliau mengamalkan pemanduan selamat dan cuma terkena belakang helmet beliau saja.

Diperhatikan lebih teliti- sebuah topekong merah kecil yang biasa kita lihat di rumah-rumah Cina bernyala-nyala lampu merah didalamnya.

Berdengus saja Rap kerana ada sesuatu yang mahu bergurau dengan beliau gelap-gelap pagi begitu.

Keluar saja lorong perumahan tadi baru Rap terasa seram sejuk. Tapi dalam hati ada 'seteguh besi'.



p/s-Tak lama kemudian Rap berhenti kerja tapi bukan kerana insiden ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2011 10:51 PM | Show all posts
Julo di pasar

Oleh:MFT

"Mak, orang keluar kejap,pergi telefon depan pasar." terang Julo sambil melangkah keluar rumah. Berumur 14 tahun, bersekolah di SDAHA. Agak kelakar orangnya dan agak gila-gila. Handal berkaitan enjin motorsikal dan bijak pandai memakan nasi.

"Balik cepat.." balas Mak Ezah, emak Julo, yang tak lepas mata daripada kaca TV. Menonton slot drama TV III bersama dengan anak-anak lain dan nenek Julo.

"Ok" pantas Julo menjawab.

"Eh kejap.Beli gula sekali....Lo ooo Lo..Beli gula. Dengar tak? Tidak esok minumlah air tak bergula kita semua.."laung Mak Ezah tiba-tiba lepas saja Julo melepasi pintu rumah.

Cuma Julo lebih pantas menghilangkan diri daripada mengambil pesan emaknya itu.

Prenggggg

Sampai Julo di perkarangan Pasar Awam Pontian. Motor berbunyi prengggg tadi milik kawan Julo. Merangkap harta sementara beliau. Jika tiada bermotor, basikal pun boleh.

Dimana ada jalanraya disitu ada bekas tayar.

Di Pasar Awam Pontian ini yang sibuk cuma pada waktu pagi dan petang saja.

Pada malamnya yang penuh ialah kucing, tikus, biawak dan entah siapa-siapa yang masuk nak memancing ikan belukang dibelakang pasar. Biawak yang mengerumuni sampah dibelakang pasar ini ada sebesar separuh sampan. Tak kacau orang.

Waktu malam cuma satu dua lampu saja lampu yang menerangi kawasan pasar. Maka lebih banyak kawasan yang gelap gelita.

Menongkatlah Julo motor tadi dan mendekati pondok telefon berwarna oren kelam.

Sebagai anak kampung, inovasi adalah perkara biasa. Julo tahu cara menggunakan telefon awam tanpa membayar apa-apa dengan sedikit teknik.

Dapatlah berbual lebih lama daripada kadar penggunaan telefon awam orang-orang dibandar.

"Helo Sayang....." mukadimah Julo dan berbuallah beliau.

"Ye ke?Hehe" gelak Julo.

"Ape pulak?Mana saya tau?" berbual Julo.

"Alaaa nanti-nanti la jumpa, baru petang tadi jumpa kan?Hah? Merajuk? Nak minta putus? Pakai apa? Chainsaw? Hehe" lawak yang cuma pasangan bercinta saja anggap lawak.

"Eeee tak mau dengar lalalala'"semakin bosan didengar lawak pasangan bercinta ini.

Tiba-tiba mata Julo menangkap sesuatu. Dalam kegelapan pasar, ditepi jalan menuju ke bahagian belakang (tempat memancing belukang) sosok manusia terbongkok-bongkok berjalan menuju ke bahagian dalam bangunan pasar.

Gelap malam tidak menerangkan secara jelas kecuali memang sah sosok itu memang sedang berjalan terbongkok-bongkok didepan mata Julo.

Lagak seperti gorila cuma ketinggiannya memang melepasi paras manusia biasa. Lebih tinggi daripada pondok telefon awam dipakai Julo tadi.

Walau dalam keadaan gelap, Julo masih ternampak sosok misteri tadi. 1, 2, 3....

Kelekunggg!!!

Hempas gagang telefon, loncat atas motor, sauk tongkat motor, terajang penghidup motor, pulas minyak habis.

Prenggggg.

Bersepah Julo melarikan diri.


p/s-Julo adalah adik sepupu penulis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.088585 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list