CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47582|Reply: 161

WWF temui 11 spesies baru flora, fauna

[Copy link]
Post time 28-9-2007 10:09 AM | Show all posts |Read mode
WWF temui 11 spesies baru flora, faunaHANOI 27 Sept.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2007 09:50 PM | Show all posts
waa! ade pic??
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 04:00 PM | Show all posts
kalau ada gambar lagi bagus nie...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2007 02:58 PM | Show all posts
takde gamba ek
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 12:15 AM | Show all posts
saya mahu gambar. saya sangat teruja
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 07:35 AM | Show all posts

KISAH-KISAH & INFORMASI MENARIK TENTANG HAIWAN DI DALAM MEDIA & INTERNET

Post Last Edit by boocik04 at 12-6-2010 00:13

Pucung Harimau singgah di USM

Oleh NIZHA PERIASWAMY


BURUNG Pucung Harimau yang dikesan singgah di USM baru-baru ini.




GEORGE TOWN - Selepas Burung Helang Merah, satu lagi spesies burung iaitu Burung Pucung Harimau dikesan di kawasan kampus Universiti Sains Malaysia (USM) dekat sini baru-baru ini.

Burung Pucung Harimau yang juga dikenali sebagai Malayan Night Heron ditemui sejak dua minggu lalu oleh Pakar Burung, Zoologi dan Penyelidik USM, Mohamed Hifni Baharuddin.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di Pusat Ekologi universiti itu, Eco Hub, yang baru dilancarkan semalam, Mohamed Hifni memberitahu, burung itu ditemui buat kali pertama di kawasan Lembah Durian di sini.

"Saya sempat merekodkan gambar burung tersebut untuk penelitian lanjut. Sebelum ini burung itu dikatakan ditemui di Taman Templer, Selangor pada tahun 2008 tetapi tanpa rekod seperti foto.

"Di Pulau Pinang pula, ia pernah direkodkan ditemui lima hingga enam tahun dahulu di Penaga," katanya yang menjelaskan spesies itu istimewa kerana ia jarang dijumpai dan aneh berbanding dengan spesies burung pucung yang lain.

Hifni seterusnya menerangkan, nama Malayan pada burung ini diberikan berikutan penemuan awalnya di kawasan Sumatera dan mungkin ia dilakukan oleh pakar yang tinggal di kawasan Semenanjung.




pshawwwwwww  lawa ler pulak burung pucung rimau ni.....   aku suka tengok burung.... kat kerja aku ada sarang burung (aku tak pasti burung apa; tapi kaler  kunen  oren  ijo)  dia buat kat tepi koner siling!!!  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2009 07:48 AM | Show all posts
burung ni aku slalu nampak neh mase kekecik dlu. orang usm ni cam duduk bawah tempurung je tunggu burung datang tempat dia baru nak catit penemuan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 12:20 PM | Show all posts
USM mana 1 nie

ingtkn harimau td rupanya burung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2009 10:06 PM | Show all posts
hehe jangan cakap mcm tu.. tu satu penemuan yg jarang2 dijumpai pada masa sekarang.. pucung ni dalam spesis haiwan terlindung.. masa saundari/saudara  kecil maybe banyak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 12:02 AM | Show all posts
selain tu gak di kampus engineering, selalu jadi tmpt singgah burung yg migrate....
sbb situ antara laluan burung2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:00 AM | Show all posts
lor...burung rupenyer..
mati2 aku ingat rimau..
but that's a one good looking bird
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 09:08 AM | Show all posts
masa baca tajuk thread nih saye bayangkan 'pocong' harimau. toing toing
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 01:40 PM | Show all posts

sam the koala is dead

ingat tak pasal sam, koala australia yang terselamat dalam kebakaran hutan di australia early this year?she died today, not because of the fire, but because of the ketumbuhan dlm organ.it seems that sam tak boleh diselamatkan dalam satu pembedahan n dia terpaksa dimatikan untuk elakkan sam dari terus sakit n menderita.

aku menangis baca cerita sam ni dlm paper pagi tadi border=0 />

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 01:54 PM | Show all posts
1# olaoli                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                paper mana ko baca?ade kluar kat harian metro x?..aku ni kalo pasal haiwan,mmg mudah tsentuh hati....apatah makhluk comel mcm koala tu...aduhaiiiii.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 02:10 PM | Show all posts
1# olaoli                                                                                                                                                                                                ...
stars83 Post at 7-8-2009 13:54


dalam utusan malaysia hari ni.aku dah nangis.mak aku pun heran.sebab masa sam ni bejaya diselamatkan dulu, aku yg beria print gambar dia letak kat cubicle aku kat opis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 05:48 PM | Show all posts
owhh...rip dear sam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2009 01:56 PM | Show all posts
alah.. koala ni mati ke?? really love this boy.. tabah betul budaknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 09:18 PM | Show all posts
dia dah ada bf.kesian koala jantan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 07:43 AM | Show all posts

rusa TERkecil ditemui

Rusa terkecil ditemui


GAMBAR menunjukkan rusa terkecil yang ditemui di utara Myanmar.

KATMANDU - Rusa terkecil di dunia, seekor katak terbang dan ikan keli melekat pada batu merupakan sebahagian daripada lebih 350 spesies baru hidupan yang ditemui di banjaran Himalaya sejak sedekad lalu, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam.

Pertubuhan pemuliharaan haiwan itu berkata, semua penemuan itu menjadikan banjaran Himalaya sebagai antara kawasan paling kaya dengan kepelbagaian biologi di dunia.

Bagaimanapun, beberapa penyelidik memberi amaran kepelbagaian habitat yang menyokong kehidupan beraneka spesies itu kini diancam perubahan cuaca selain pembangunan tidak terkawal di Himalaya.

"Kepelbagaian hidupan dan kebudayaan yang ditemui di sini akan lenyap untuk selama-lamanya jika kesan perubahan cuaca gagal ditangani," kata Ketua Kempen Inisiatif Hidupan Himalaya WWF, Tariq Aziz.

Kempen pemuliharaan tersebut merangkumi tiga negara di banjaran Himalaya iaitu India, Nepal dan Bhutan.
Hampir 75 peratus spesies baru yang ditemui WWF di rantau tersebut antara 1998 dan 2008 terdiri daripada tumbuhan termasuk 21 orkid baru.

Turut ditemui spesies rusa terkecil di dunia dinamakan muntjac yang hidup di utara Myanmar.

Beberapa saintis pula menemui katak yang menggelongsor di udara dengan menggunakan selaput pada kakinya dinamakan Rhacophorus di utara India selain dua ekor ikan keli yang memiliki pelekat pada badannya dan mampu melekat pada batu di sungai. - AP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 07:46 AM | Show all posts
macam kancil je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.183756 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list