CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5901|Reply: 17

CERITA PENDEK: Dukun, pensyarah, isteri dan dot dot dot

 Close [Copy link]
Post time 22-4-2010 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by LLM at 22-4-2010 17:34

Dukun Jamilah bersila di teratak buruknya pada suatu malam yang sunyi. Peralatan kemenyan, keris pusaka, ayam panggang, handphone jenama Nokia E-71, bertih jagung, lada hitam, komputer bimbit Toshiba Satellite tersusun di hadapan matanya..

Jamilah, dukun muda berusia 30 tahun, gadis jelita darah campuran, membaca jampi serapah dari Kitab Tajul Muluk. Matanya merah menyala umpama syaitan iblis. Mulutnya berbuih, terkumat-kamit tidak berhenti-henti. Dia mengambil gambar seorang lelaki, Tun Dr Ali Bakar, tokoh korporat berperut buncit, berkumis tebal dan berkepala botak, dan mengasapkannya..

'Lelaki keparat. Lepas aku bagi kau muntah, Aku ghaibkan batang zakar dan skrotum kau pulak' ujar bekas siswi yang terkandas dari fakulti biosains Universiti Teknologi Mara kampus cawangan Kota Samarahan.

Sementara itu di banglo mewah di tengah ibu kota, Tun Dr Ali Bakar, termuntah-muntah di katil perbaringannya. Isterinya, Toh Puan Nora, kecemasan umpama ibu kucing tertelan serbuk pemutih Clorox. Ali Bakar muntah najis. Aneh. Ketulan najis keluar dari lubang mulutnya. Sungguh di luar tabii. Ilmu hitam legam tapi bukan menawan pasti terbabit.

Professor Madya Damak, pensyarah muda fakulti perundangan Universiti Nottingham KL, yang arif sedikit tentang hal-hal mistik, tergamam melihat keadaan Ali Bakar. 'Puan Nora tahu siapa yang berhati busuk kat suami Puan?'

Puan Nora menangis teresak-esak sambil mengunyah kerepek kentang jenama Pringles perisa kerim masam dan bawang 'Prof, ramai yang tak suka  kat suami saya. Saya akui dia banyak buat salah kat orang. Dia merogol anak dara tukang kebunnya sendiri, merampas tanah arwah adiknya, merobohkan penempatan orang Asli untuk projek perumahan, bagi duit kopi kat polis supaya diorang tutup sebelah mata. Memang ramai orang mahu melihatnya merana'

Kepala Damak berpinar-pinar umpama selepas terminum wiski jenama Chivas Regal mendengar pengakuan ikhlas Puan Nora. 'Parah, parah silap silap dia boleh poorah terus ke alam barzakh' getus hati kecil Damak.

'Siapa nama anak tukang kebun Puan Nora? Pada firasat saya, mungkin dia ada kaitan dengan malapetaka yang menimpa Dr Ali Bakar.'

'Jamilah Especkerman. Saya dengar berita angin yang dia menjadi tidak tentu hala selepas kejadian rogol itu. Kali terakhir saya dengar dia duduk menyendiri di kaki Gunung Tahan. Saya ada alamatnya kalau Prof nak'

Professor Damak terdiam..kepalanya ligat berpusing, umpama kipas helikopter Nuri yang hendak terhempas, memikirkan penyelesaian. Jamilah Especkerman..satu nama yang dia tidak mungkin lupa..Rakan msn dan facebooknya dulu

Selang dua hari, Damak sampai di teratak buruk Jamilah. Jamilah yang masih duduk bersila di hadapan perkakasan tergamam seketika melihat kehadiran Damak.

'So Professor, what brings you to my humble abode?' dengan nada yang sinis dia menyapa Damak.

'I know you did something to Dr Ali Bakar. I don't pretend that I sympathise with him after what he did to so many people..But don't you think it's wrong for you to use the occult to punish him?' gesa Damak.

'Go to the corrupt cops that he has under his pockets? Come on Damak, this is Malaysia. We even have a murderer running our country. And no one does or can do anything.. I think you have lived overseas for too long until you have forgotten what it's like over here! People of power, like that raping pig Ali Bakar, can get away with almost anything. What else can I do? Tell me..TELL ME' dengan perasaan marah bercampur hiba Jamilah meraung.

'I tell you what. Just stop what you're doing and we'll figure something out, ok? Why don't you move in with my mother, ok?' pujuk Damak.

Jamilah mengesat air matanya dan mengangguk tanda bersetuju. Damak kemudian membawanya keluar dari teratak buruk itu.
Sebelum beredar, Jamilah memusnahkan segala perkakasan kemenyannya kecuali handphone Nokia dan komputer bimbit Toshiba. Mahal. Sayang nak musnahkan..

Selang seminggu kemudian, Dr Ali Bakar pulih kembali. Tetapi ekoran dari kejadian itu dia bercerai dengan Puan Nora. Dan dia masih lagi melakukan perbuatannya yang penuh rakus dan zalim itu. Dan berlarutan hingga ke hari ini. Inilah realiti dunia kejam yang sekejam Slobodan Milosevic.

EPILOG:

Jamilah dan Damak bersama-sama pergi menyambung pelajaran di luar negara.

Tun Dr Ali Bakar dilantik menjadi Senator Dewan Negara.

Puan Nora hidup di sebuah kondo mewah di Paris, bersama 5 ekor kucing Siam.

Orang Asli yang hilang penempatan masih merempat

Seorang polis yang makan rasuah Dr Ali Bakar dinaikkan pangkat kepada timbalan ketua polis negeri.

TELADAN: Di manakah keadilan?

TAMAT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2010 03:00 PM | Show all posts
hemmm...klu aku komen ni leh kena tangkap ke?..??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2010 03:08 PM | Show all posts
jangan takut. sila komen. ni bukan cerita benar pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 03:30 PM | Show all posts
jangan takut. sila komen. ni bukan cerita benar pun
LLM Post at 22-4-2010 15:08





hehehe...aku takut lah brader...aku senyap je le...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 03:36 PM | Show all posts
Interesting... buat kita tertanya-tanya,
   dimana terletak perikemanusian ?
   siapakah bakal menegakkan keadilan ?
   kejahatan seolah-olah berbaloi ?

LLM, suka cerita awak ni.  Mencungkil fikiran pembaca .........
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 03:44 PM | Show all posts
menarik gak.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2010 03:59 PM | Show all posts
wow !

terlalu dalam maksudnya...betul cakap tzaraz...aku pun takut nak komen...sebb nnt tak pasal aku kena usung masuk polis korupsi ;)
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 04:09 PM | Show all posts
mmmmmmmmm...saper makan cili..dialah rasa pedas....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2010 04:19 PM | Show all posts
wow !

terlalu dalam maksudnya...betul cakap tzaraz...aku pun takut nak komen...sebb nnt tak pasal ...
detox Post at 22-4-2010 15:59




Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 05:49 PM | Show all posts
not a true story but so true
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 05:59 PM | Show all posts
x nak komen tp nak gelak jer..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 06:48 PM | Show all posts
byk yg blh difikirkan/direnungkan dr cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 11:38 PM | Show all posts
brani mati btol criter ko... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 11:42 PM | Show all posts
ape kehelnye...nak kaitkan ngan realiti pown sgt2 xlogik.......

memg le cite rekaan kalo wat cite rekaan logik bru best.....ni larik nak rogol2 bagai
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 07:48 AM | Show all posts
ni mmg kisah benar.... ---->LLM bikin novel la pulak, best apa cerita2 ko.. go LLM...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 01:14 AM | Show all posts
ape kehelnye...nak kaitkan ngan realiti pown sgt2 xlogik.......

memg le cite rekaan kalo wat ci ...
chenta_dewi Post at 22-4-2010 23:42


kene tengok apa yg tersirat laaa... x kn nak buh sebijik2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2010 04:57 PM | Show all posts
Reply 16# sosimple


    saje...i kritik depan2....jgn amek ati
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 05:04 PM | Show all posts
cita LLm selalu buat kita terfikir dan berfikir.. hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064541 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list