|
Post Last Edit by kingnocrown at 21-4-2010 15:58
Satu petang, aku layankan hati yang tengah barai, otak yang tengah kusut, pergi bawak kaki pusing-pusing shopping complex sorang-sorang. Dah penat tak tau nak buat apa, aku singgah kedai kopi Setabak, minum kopi panas, pekena Dunhill tujuh lapan batang. Pehh, memang pakej lengkap untuk menenangkan jiwa yang tak berapa tenang nak senang. Itu aje la benda paling best aku boleh buat itu hari.
Bila kusut dah makin reda, stim pun dah terlayan, itu jam jugak perut aku mengidam nak makan jagung. Pasal kenapa perut aku pilih jagung, aku malas nak tanya. Ragam perut masing-masing, tuan dia je yang paham. Otak berpusing ligat kat mana nak cari jagung. Keting! Kejap aje aku dah dapat idea.
Cari punya cari, tingkat demi tingkat aku menapak, last-last aku jumpa jugak kedai jual jagung dalam cawan, orang Malaysia panggil 'corn in a cup'. Dari jauh aku perati, sorang makwe tengah jaga kedai jagung tu. Cun ke tak cun tu belakang cerita, janji dia buat jagung aku sedap-sedap. Lagi dua tiga tapak nak sampai kedai jagung, aku menyedekahkan makwe tu satu senyum. Biasalah sebagai seorang Malaysia tulen, mestilah rajin bersedekah. Senyum tu sedekah paling tak payah pakai modal yang aku boleh bagi.
Sekali dia balas senyum, lesung pipit kiri kanan keluar. Hati mula mencairkan dirinya macam ais. Lagi semangat aku nak makan jagung. Makwe tu pakai tudung merah, berlipstik kaler ungu. Peh, dah la muka cantik, tak pandai bergaya pulak tu, sayang seribu kali sayang. Apa kejadahnya pakai tudung merah digabungkan dengan lipstik kaler ungu? Satu gabungan warna yang sangat tak menggairahkan. Lagi baik pakai lipstik kaler hijau je terus, baru la mesra alam.
" Hye, good evening", tegur si makwe lipstik ungu dengan bahasa London. "Selamat petang, saya nak beli jagung", aku menyuarakan hasrat aku menggunakan bahasa kebangsaan. Sambil- sambil tu aku tengok menu yang terpampang kat belakang kaunter. Ada dua saiz.
"You nak kecik ke small?", soalan uji minda diutarakan oleh si makwe lipstik ungu. Aku tercengang, tapi muka maintain.
"Saya nak kecik satu, small satu, yang small tu taruk garam lebih sikit eh?", aku buat order sambil senyum-senyum kambing.
Si makwe lipstik ungu pun mengambingkan dirinya dengan senyum sama tapi lebih sikit sipu-sipunya.
p/s: Membaca jambatan ilmu, bagai anjing dengan bayang- bayang...
singgah blog aku Wood is Kayu Love is Cinta |
|