CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 1310|Reply: 3

New World Order: Next step..

[Copy link]
Post time 18-4-2010 10:19 PM | Show all posts |Read mode
NAJIB berucap pada majlis yang dianjurkan Asia Society di New York.
Firma IBM diminta bantu kesesuaian sistem di Malaysia

MALAYSIA akan mengkaji kemungkinan menggunakan sistem teknologi baru untuk mencegah jenayah dan mengatasi masalah kesesakan jalan raya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan perkara itu sebagai perkembangan baik berkata, beliau akan mendapatkan butiran lanjut menge-nainya dan meminta syarikat berkenaan membuat persembahan di Kuala Lumpur.
Menurut Najib pada masa ini, IBM bekerjasama rapat dengan polis di New York membantu usaha memerangi jenayah menggunakan sistem teknologi baru yang mereka bina.

Sistem itu, katanya, bukan saja dapat melaporkan sekiranya berlaku jenayah tetapi juga dapat membuat ramalan mengenai sesuatu kejadian jenayah yang akan berlaku.

Katanya, ia boleh membantu usaha mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Perdana Menteri menyatakan perkara itu kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan perbincangan dengan tokoh perniagaan terkemuka Amerika Syarikat, di sini hari ini.
IBM diwakili Naib Presiden Kanan Global Business Services IBM, Frank Kern.
Terdahulu, Najib menemui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Greenstreet Partners, Duta Steven J Green diikuti Pengerusi dan CEO News Corp, Rupert Murdoch.
Beliau juga menemui CEO AIG, Robert Benmosche dan Naib Pengerusi Goldman Sachs, J Michael Evans.

Dalam bidang pengangkutan awam, IBM juga boleh membantu membuat ramalan mengenai lokasi kesesakan jalan raya, umpamanya, dalam tempoh setengah atau sejam lebih awal.

Sistem itu boleh memberi isyarat bahawa satu kesesakan jalan raya akan berlaku dan mereka boleh memberi amaran awal kepada pihak berkuasa supaya mengambil langkah tertentu untuk mengurangkan tekanan trafik.

Mengenai pertemuan dengan Murdoch, Perdana Menteri berkata, beliau mahu mengenali tokoh perniagaan media itu.

Murdoch menyatakan keadaan di Malaysia sangat positif dan kemungkinan beliau akan melawat Malaysia untuk melihat kemungkinan melabur.
Dengan syarikat Goldman Sachs, beliau berkata, syarikat itu akan membuka pejabatnya di Malaysia. Syarikat itu mempunyai hubungan perniagaan dengan Maxis dan Axiata.

Najib menjelaskan tokoh perniagaan dan pemimpin industri itu menghargai hala tuju baru negara yang mereka anggap amat jelas, tepat dan dapat menyumbang kepada rasa lebih keyakinan mereka terhadap masa depan negara terutama terhadap prospek ekonomi.

Katanya, ramai antara mereka yang bertanya mengenai unjuran dan perkembangan ekonomi untuk membolehkan mereka membuat keputusan menambahkan lagi bidang pelaburan di Malaysia.


http://mforum1.cari.com.my/news/bh/readmore.php?article=Kerajaankajiteknologicegahjenayah_kesesakan/Article

http://www.youtube.com/watch?v=KrpRocaEfQE
http://www.youtube.com/watch?v=CWI3HsMaYDc
http://www.youtube.com/watch?v=KKdEmUb_0zs
http://www.youtube.com/watch?v=Gv6GWsRj4HY

...sampai 12 parts..

this is the next step to gain information from people until single person tagging technology r available. the main advantage kat org(organization) yg dpt/control the database n hardware.. n org who hav control can easily manipulate this.

powerful country now: country yg banyak petroleum = middle east (at war now)
powerful country in the future: country yg banyak minerals to make electronics devices = africa (going to be at war in near future)

counter:
1. gps(global positioning sys)/gsm jammers
2. infrared/photo blinder ~ wide laser rays shooting up at satellite position over targeted country ~ to blind the photo lenses

jom bincang the power of tagging(gps) information which can pin-point every single subject of interest..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 19-4-2010 12:31 AM | Show all posts
the time has come for the freemasons to kongket the world
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 12:57 AM | Show all posts
1 Israel = 1 Mesia = 1 UMNO...!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 03:01 AM | Show all posts
The LAW of UEki???...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.203382 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list