CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3132|Reply: 11

Sesuci Cinta Puteri

 Close [Copy link]
Post time 11-4-2010 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by qatrunnada at 11-4-2010 13:42

Cerita ni adaptasi cerita bersiri Thai 'The Princess' yang paling saya suka...dah lama dah cerita ni...tapi sampai ari ni tak leh lupe..so saya pun buatkanlah cerpen dalam versi Melayu...boleh kan? setakat bahan bacaan di masa lapang.. ni baru permulaan..nanti saya sambung lagi...


                                                    SESUCI CINTA PUTERI


" Sila berikan hadiah ini kepada tuan panglima. Katakan seorang kawan lama ingin berjumpa"
" Baik. Sila tunggu sebentar." Sampul surat berwarna biru bertukar tangan. Warder penjara meninggalkan dua wanita itu seketika. Hanya derap langkah yang semakin jauh menyapa gegendang telinga.
" Tuan Panglima, ini ada hadiah daripada seorang kawan lama. Dia ingin berjumpa tuan.." Dzulkarnain mengambil hadiah itu. Dibukanya perlahan-lahan agar tidak merosakkannya.Hati lelakinya tersentuh.Hadiah itu berupa sekuntum bunga kering. Ia telah layu. Tanpa bau. Tanpa warna. Dulunya dipetik di kepulauan Indah yang kini sepi. Ia pernah mekar di pinggiran hati wanita yang dicintainya. Hari ini ia dipulangkan kembali. Pastinya ia membawa seribu makna dan kemungkinan yang sukar ditafsirkan.
" Terima kasih. Suruh dia masuk…" ujar Dzulkarnain perlahan.Bicaranya berupa arahan bernada lembut, selembut angin yang mendesah, mencumbui batu penjara yang semakin dimamah usia. Angin tidak jemu. Cintanya pada batu terjal itu tetap utuh.Walau saban hari terpaksa mencumbuinya,dia tidak pernah kesal. Perbezaan rupa,jenis dan darjat bukan penghalang cinta suci mereka.
" Sila masuk. Tuan sedang menunggu."
" Terima kasih," ujar wanita bergaun biru pendek. Wanita yang seorang lagi Cuma membisu. Dia mengikut langkah temannya tanpa suara.

Suasana sunyi sepi.Hanya bunyi derap langkah yang diatur, berselang seli dengan sahutan unggas kedengaran. Seisi penjara lena diulit mimpi,kecuali pegawai-pegawai penjara yang setia.Ketika langkah mereka semakin menghampiri bilik kurungan tuan panglima, wanita berkerudung hitam yang membisu sejak tadi bersuara.

"Sampai di sini sahajalah Seri.Terima kasih kerana menemani beta ke sini.Pulanglah ke istana. Biarkan beta sendirian di sini."
" Baiklah tuanku. Jaga diri baik-baik.Pagi nanti, patik datang menjemput tuanku." Cetus Seri perlahan sambil tunduk hormat. Dia amat memahami perasan tuan puterinya. Hanya dia sahaja di istana yang tahu betapa suci dan luhurnya cinta terlarang yang terjalin antara Puteri Wardina dan Tuan Panglima Dzulkarnain tampan yang gagah berani itu.Cuma dia sahaja yang mengerti betapa hebatnya tekanan yang terpaksa dihadapi oleh Puteri Wardina akibat perpisahan yang berlaku kerana darjat dan gelaran.Tanpa menoleh ke belakang, dia berlalu dari kawasan bilik kurungan menuju ke pintu utama.
" Semoga terubat lukamu, puteri walau hanya untuk seketika," bisiknya penuh mengharap.

Wanita anggun berkerudung hitam yang sedang melangkah ke dalam bilik kurungan itu diperhatikannya tanpa berkelip. Dia segera berdiri dari katilnya.Wanita itu menghentikan langkah dan berdiri betul-betul di hadapannya.Selendang yang menutupi kepala ditanggalkan.Sepasang mata ayunya merenung tepat ke dalam matanya. Panglima Dzulkarnain terpaku, membisu seribu bahasa.Sesungguhnya,dia amat merindui wanita itu.Jika diikutkan hati,ingin sahaja diraih tubuh mungil wanita itu ke dalam pelukannya. Tetapi, dia sedar betapa terbatasnya hubungan mereka ketika ini. Dia harus akur bahawa wanita di hadapannya ini adalah bakal pemerintah
yang telah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Sedangkan dia hanya pesalah hina yang sedang menunggu maut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2010 01:56 PM | Show all posts
Hah akak tengok cite ni, tapi nama hero tu tak ingat la...minat sgt kat hero tu hensemmmm... cite ni ending dia sedih...:cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2010 03:59 PM | Show all posts
heronya nama tik jesadaporn pholdee..memang hensem pun....memang ending dia sedih..tapi dalam versi melayu ni saya ubah sesikitlah...kasi lagi best..he..he..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 05:47 PM | Show all posts
aha.. cinta ni sedih.. hero dia mati last kali.. kalu dlm versi thai tajuk cita nie Lued Kattiya
ader nlagu satu cita hero n heroin yg sama best gak cita dia tajuk dia Roy Leh Saneh Rai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2010 06:13 PM | Show all posts
:betul-betul...;) cite yang lagi satu tu best jugak...kalo ada jual kat kedai..nak je beli..masalahnya tak de plak...yang aku ada cuma video klip nye je...

cite ni macam ramai dah tau ek...rasanya nak sambung ke tak?tetibe plak rasa macam tak surprise...he..he...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 07:21 PM | Show all posts
http://iheartlakorns.com/completed-lakorns-weng-subs/
kat blog ni bnyk drama thai..siap ader sub title lg..  cita yg awk nk tu pon ader.. ader satu cita tik berlakon gak.. best sgt.. dia jadi org buta.. tajuk dia Kaew Tha Pee.... cita lama ker baru ker semua ader.. hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-4-2010 08:06 PM | Show all posts
oh..ye ke? time kasih bebanyak....;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2010 08:19 PM | Show all posts
miss teddy, awak ada download banyak ke cite tik?saya tengok kat u tube ni lambat tul lah guna broadband..kalo awak ada,leh amik kat awak je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2010 09:03 PM | Show all posts
sorry  tak der  download la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 09:36 PM | Show all posts
:betul-betul...;) cite yang lagi satu tu best jugak...kalo ada jual kat kedai..nak je beli..masalahnya tak de plak...yang aku ada cuma video klip nye je...

cite ni macam ramai dah tau ek...rasa ...
qatrunnada Post at 11-4-2010 18:13





Eh dik jangan la gitu... sambung jek bukan semua orang tengok cite tuh mesti ada yang tak tau... bersamalah kite meriahkan lagi thread ni dengan berbagai genre cerita... nexttttt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2010 11:55 PM | Show all posts
rasa semangat balik nak sambung bila kak riqa cakap gitu..he..he..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2010 11:59 PM | Show all posts
" Ampun tuanku. Patik, panglima Dzulkarnain memberi hormat.." Dzulkarnain memberi ucap hormat sambil menundukkan kepalanya, seraya menamatkan kebisuan antara mereka.Tersentuh hati wanita Puteri Wardina melihat tingkah Dzulkarnain. Tidak ada dalam ajaran Islam, suami harus tunduk kepada isteri.  
"Dzulkarnain, beta datang sebagai seorang teman , bukan maharani .."
" Tak mengapa tuanku. Bagi patik tiada bezanya kawan atau maharani.Kedua-duanya adalah teman baik patik dunia dan akhirat."
Kata-kata Dzulkarnain makin menyentuh hati wanitanya.Puteri Wardina meneguk air liur lambat-lambat. Wajah lelaki itu ditatap lama. Walau sedikit suram dengan sedikit kumis yang meliar di atas bibir,dia tetap kacak dan tampan seperti selalu.
" Kalau Tuan Panglima menganggap beta ini sebagai teman baik, jangan panggil beta tuanku lagi.Mari kita pergi segera dari sini.Elakkan diri panglima daripada hukuman mati. Kita berdua boleh mulakan hidup baru jauh dari tempat ni."
" Tidak, tuanku. Patik lebih rela mati daripada menjadi penderhaka." Dzulkarnain berkata tegas. Dia duduk semula di birai katil.Puteri Wardina tidak puas hati dengan jawapan Dzulkarnain.Dia ikut duduk sama.
"Kenapa abang tidak pernah mahu mendengar kata-kata Dina? Tidak pentingkah Dina dalam hidup abang?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Puteri Wardina. Air matanya mula bergenang.Hatinya benar-benar pedih.Mengapa sukar benar dia ingin melembutkan hati lelaki itu. Kali ini, dia tidak membahasakan dirinya tuanku lagi. Dia ingin Dzulkarnain sedar bahawa wanita yang berada di sisinya ketika ini adalah isterinya, bukan bakal pemerintah Inderapura.
" Bukan begitu Tuanku. Patik menyayangi Tuanku lebih daripada nyawa patik sendiri.Patik rela korbankan segalanya demi tuanku.Usahlah tuanku risau.Patik gembira menerima hukuman ini."
" Tapi, kenapa mesti abang yang Dina hukum?" Kenapa mesti orang yang Dina cintai mati di tangan Dina sendiri? Kenapa tidak orang lain?"
" Jangan kesal dengan apa yang berlaku, tuanku.Inilah tindakan yang terbaik.Patik bangga kerana menyayangi seorang wanita yang tegas dan sanggup berkorban untuk negara." Puteri Wardina benar-benar kecewa dengan jawapan Dzulkarnain.Batinnya lebih terseksa apabila Dzulkarnain terus-terusan memanggilnya 'Tuanku'. Sejak dipenjarakan, panglima itu telah banyak berubah.Sudah lupakah Dzulkarnain pada ikatan suci yang terjalin antara mereka?Pudarkah sudah cinta lelaki itu terhadapnya? Air matanya tumpah tanpa tertahan.
" Dina tak kisah kalau selama ini abang tak pernah nak dengar kata-kata Dina.Tapi, untuk sekali ini, tolonglah dengar,bang. Pergilah dari sini. Dina tak mahu abang dihukum mati."
" Keputusan patik muktamad tuanku. Mati bermaruah lebih baik daripada menjadi pengkhianat.Patik tidak sanggup melihat maharani Inderapura dihina kerana patik."
        Puteri Wardina kehilangan kata-kata.Hanya air matanya yang terus laju menuruni pipi.Dia tahu rakyat yang baik dan mulia adalah rakyat yang patuh kepada pemerintah dan setia kepada negara.Sesiapa sahaja pasti bangga jika orang yang disayangi menjadi warganegara yang rela berkorban demi negara. Dia bukan tidak berbangga dengan Dzulkarnain, tetapi cintanya terhadap lelaki itu mengatasi segala-galanya.Jika diberi pilihan,dia rela kehilangan takhta daripada kehilangan panglima tampan yang gagah berani itu.Tetapi, apalah gunanya dia sahaja yang mencintai sedangkan yang empunya diri tidak pernah menghargai.
" Jika itu keputusan abang, Dina tak dapat buat apa-apa lagi.Tetapi entah kenapa hari ini Dina merasakan kita semakin jauh.Sejak bercinta, Dina dah anggap abang sebagai teman hidup, tetapi abang masih anggap Dina seorang pemerintah agung.Dina tak pernah berubah,bang.Walau setinggi mana pun Dina di mata rakyat, Dina tetap seorang kekasih dan isteri yang setia kepada abang.Dina amat cintakan abang.Sebab tu Dina tak mahu kehilangan abang.Sayangnya abang tak pernah mengerti perasaan Dina.Daripada kita terus bertengkar,biarlah Dina pergi dulu."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.062256 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list