CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saatchambizz

Adakah syiah mazhab sesat?ya atau tidak.

[Copy link]
Post time 31-3-2010 09:30 PM | Show all posts
112# sirrikhafi
Mestilah, kerana ia sumber yg paling saheh di kalangan sunni selepas AlQuran.

Kata-kata awak ni, awak petik daripada siapa? Sedap tuduh aku yang tidak taqlid ni bertaqlid, yang awak tu sendiri taqlid kepada orang kata macam tu awak tak sedar lagi ke? Kuman seberang laut nampak, bangkai gajah depan mata tak nampak pulak ya?

Kalau awak nak kata “Itukan pendapat sesetengah orang Sunni” yang awak sedap mengutuk tak hingat dunia ‘pendapat ulama Sunni’ yang telah saya bawa sebelum ni tu apohal? Kata tak sedap tapi lepas sepinggan sepinggan ya? Kata haram tapi sambil suap ke dalam mulut ya?

Kalau awak nak kata awak tak petik daripada sesiapa, ia terbit daripada akal sanubari awak yang telah mendapat hidayah daripada Allah taala, awak tahu tak apa maknanya ‘selepas Al-Quran’ itu? Kalau 100% sahih, bukan lagi ‘selepas Al-Quran’ tapi sudah ‘setaraf dengan Al-Quran’. Dalam kata-kata awak tu sendiri sudah ada percanggahan dengan dakwaan awak semua hadis dalam Bukhari tu sahih. Ya Allah berikanlah hidayah kepada sirri moga-moga perkara ini tidak lagi ‘khafi’ kepadanya.

Atas dasar apa?

Salah satu daripadanya ialah mereka membenci sahabat. Tapi itu bukan satu-satunya. Banyak lagi. Tapi tak perlu disentuh lagi memandangkan kita sekarang sedang bercakap tentang pembenci sahabat secara khusus.

Apakah Fadhilat nya?

Apa punya soalan daa… kalau awak nak jawapan jugak, fadhilatnya ialah akan nampaklah lagi ‘kebenaran’ Syiah dan ‘kesesatan’ Sunni. Bila nak jawab saya tanya? Ulama-ulama Sunni yang mengkafirkan pembenci sahabat ni, Islam ke kafir? Besar weh fadhilat menjawab soalan nih, barangkali Ayatolla kat Iran sana nun akan kirim salam dan ucapan tahniah kat awak.

Ini menunjukkan yg anda cuma seorg yg bertaqlid.

Aku bawak pendapat-pendapat imam 4 mazhab tambah lagi orang-orang lain termasuk zahiri, awak kata aku taqlid? Awak ni reti ke tidak taqlid tu hapakebenda? Nampak sangat la kejahilan basit awak tentang makna taqlid.

Itukan sebutan sunni.
bukan sabda nabi.
@ sebenarnya itu adalah tafsiran golongan sunni semata-mata?
Itukan pendapat akal sunni.
Tafsiran sunni itulah yg dikatakan birra'yi.
Ini semua tafsiran birra'yi.
tidak ada dasar dari sunnah mahupun atsar.
Ini menunjukkan kpd kita bahawa imam ali as lebih memahami maksud ayat  ليغيظ بهم الكفار berbandeng imam malik, imam syafi'e &imam ahmad.
Imam ali as pun tak mengkafirkan golongan khawarij.
siapa pula mereka bertiga itu jika di bandengkan dgn imam ali as?
so, apakah dalil kekafiran yg dikemukakan oleh imam ibn hazm itu?
takkanlah setakat kopipes pendapat je?
tak cukup jadi bahan bukti tuh.
so, mana boleh jatuh hukum.

Daripada kata-kata dan ‘penghinaan’ awak terhadap  imam-imam besar Sunni di atas, cukup jelas sekali awak ni bukan Sunni dan saya tidak akan menganggap saya sedang bercakap dengan seorang Sunni lagi. Rasanya cukuplah setakat tu saya bawakan hujah daripada Sunni. Kalau saya bawa 100 lagi pun, awak akan tonggeng punggung saja. Sebab awak bukan Sunni. Pendapat ulama-ulama besar Sunni tidak ada nilai sedikitpun bagi awak melainkan yang sesuai dengan hawa nafsu awak saja. Untuk seorang Sunni, itu semua sudah cukup sebagai bukti kekafiran pencaci sahabat Nabi.

Bila masa kesemua syiah menganggap org kafir &murtad termasuk dlm istilah sahabat?
Bila masa kesemua golongan syiah membenci mereka berdua?

Pening lalat sungguh sirri tak khafi nih. Ataupun sengaja buat ‘pening’ supaya senang nak melarikan point? Aku sedang bercakap pasal Syiah yang ada kiri-kanan kita ni la! Kat Tanah Melayu nih, yang diimport fresh dari Iran nun! Yang awak cuba bela kerana mencaci sahabat, SYIAH IMAMIYYAH ITSNA ASYARIYYAH, bukan pasal Syiah yang sudah pupus sebelum nenek kau lahir lagi!

tetapi sebaliknya kita sedang berbicara tentang apakah dalil ketetapan kafir bagi org yg mencela org islam terutamanya mereka berdua.
dan apakah dalil kekafiran bagi org yg menolak khilafah terutamanya khilafah abu bakr dan juga apakah dalil &bukti kekafiran bagi org yg menolak ijma'.
Yg ini, aku dah komen.
sampai skrg takde pun satu bukti& dalil dlm AlQuran &Sunnah tentang kekafiran org yg menolak khilafah khusus khilafah syaikhain juga kekafiran org yg menolak ijma'.
Walaupun saya cenderung zahiri tapi tak perlulah bertaklid buta kpd beliau.
bahkan saya juga seperti ulama' syafi'iyyah yg banyak berbeza pendapat dgn imam syafi'e dlm berbagai isu.

Jelas sekali, awak ni bukan zahiri. Zahiri ada usul dan kaedah mereka. Mereka terima ijmak sahabat, tapi awak menolaknya dengan penuh bangga. Kalau nak kata zahiri jugak pun, awak ni bukan zahiri yang semua orang di sini kenal, awak ni zahiri spesis baru yang belum dikenal pasti oleh saintis yang muncul selepas kejadian gempa bumi di Haiti.

maknanya, ia tidak menjadi dalil QOTI'E TSUBUT lagi, bahkan sebaliknya hanya menjadi dalil ZHONNI semata-mata. sedangkan ZHAN itu pula tidak berguna sedikit pun bagi KEBENARAN.

Satu lagi contoh kejahilan ‘ahli tafsir’ sirri tak khafi. Qot’ie tsubut, zhonni tsubut dan qot’ie dalalah pun tak reti lagi tapi dah mengaku dirinya Ahlul Quran dan buat tafsiran sendiri. Ada pulak dikatanya ada ayat Quran yang tidak qoth’ie tsubut.

Hari tu awak sudah pun mempamerkan kejahilan awak bila awak menjawab dengan ‘amara.’ Awak tak reti lagi ke dalam bahasa Arab ni, ‘amara’ dengan makna memerintah mutaaddi kepada 2, salah satu daripadanya dengan shilah haraf jar iaitu ‘ba.’ Sekarang sila tunjukkan kepada saya mana dia shilah tersebut atau kejahilan awak tentang bahasa Arab akan bersinar dan bergemerlapan bak bintang-bintang di langit pada musim sejuk.

Dengan contoh-contoh kejahilan melampau yang awak pamerkan di sini, cukuplah untuk saya menolak segala tafsiran awak dan tidak membuang masa untuk melayaninya lagi.

…dan satu lagi yang menimbulkan persoalan ialah, sejak bila awak terima istilah ‘qot’ie tsubut & zhonni tsubut’? Mana dalil keduanya dalam Al-Quran? Bukankah awak hanya akan terima sesuatu sekiranya ada dalil yang jelas dalam Al-Quran? Suda murtad daripada Ahlul Quran ka?

Nampaknya, awak ni bukan Sunni, bukan anti-hadis (sebab awak terima hadis kekafiran akan kembali kepada orang yang mengkafirkan), bukan zahiri dan bukan Zaidiyyah. Kalau Zaidiyyah, mustahil awak akan bela pembenci sahabat kerana Zaid bin Ali sendiri berlepas diri daripada orang yang mencaci sahabat dan tidak mahu bersekongkol dengan mereka dalam perbuatan tersebut). Awak ni sebenarnya seorang ‘cacamarba’ yang bertaqlid sesuka hati dan tidak ada pegangan. Mana-mana saja yang sesuai dengan hawa nafsu awak, awak pakai, mana-mana yang tidak, awak tinggal dan buat tak nampak saja. Sekejap cenderung ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap berdiri tegak, sekejap menonggeng.

Sekarang cakap, awak ni apa. Saya tak berminat untuk melayan seorang cacamarba yang tidak ada kaedah, tidak ada kitab, tidak ada ulama, tidak ada apa-apa. Yang ada hanyalah ‘dia’.

Dgn memahami ilmu asbabunnuzul,
maka jelaslah kpd kita bahawa KUFFAR itu merujuk kpd kafir musyrikin makkah secara KHUSUS.
adapun tafsiran sunni itu hanyalah tafsiran birra'yi secara UMUM.

Rasanya saya tak perlu lagi melayan tafsiran seorang yang telah mempamerkan kejahilannya tentang Al-Quran dan bahasa Arab dan menolak tafsiran orang-orang yang mahir dengan keduanya.

Inikan sifat-sifat bagi org yg beriman.
dhamir هم itu merujuk kpd al mu'minin.
bukan merujuk kesemua sahabat.
kerana istilah sahabat itu terlalu umum.
sebab, org munafik pun nabi menganggap sebagai sahabat juga.

Satu lagi contoh kejahilan awak tentang penggunaan dari segi bahasa dan istilah. Macam ni punya jahil orang, apa sebabnya aku perlu dengar syarahannya untuk hadis tersebut dan tolak sekelian hadis-hadis sahih bahkan Al-Quran yang telah memuji-muji sahabat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2010 09:31 PM | Show all posts
Kalau kita melihat contoh dari ahlulbait umpamanya imam ali as,
beliau sendiri pun tidaklah mengkafirkan golongan khawarij yg terang-terang benci dgn sahabat.
bahkan imam ali as pun tidak menghukum kafir golongan khawarij yg terang-terang benci kpd ummul mu'minin, ahlulbait & juga sahabat.

Ini menunjukkan kpd kita bahawa imam ali as lebih memahami maksud ayat  ليغيظ بهم الكفار berbandeng imam malik, imam syafi'e &imam ahmad.

jelaslah bahawa ayat ليغيظ بهم الكفار ditujukan khas kpd musyrikin makkah semata-mata.
inilah pendapat yg lebih saheh.
Imam ali as pun tak mengkafirkan golongan khawarij.
siapa pula mereka bertiga itu jika di bandengkan dgn imam ali as?

Kerap benar awak berhujah macam ni. Kalau saya tanya saja awak “Betul ke Saidina Ali tidak mengkafirkan Khawarij? Boleh tak awak bagi dalil dia tidak mengkafirkan mereka?” macamana? Kalau saya, saya boleh bagi dalil Nabi mengkafirkan Khawarij bahkan menyerupakan mereka dengan kaum ‘Ad, tak perlu Ali, tak perlu Abu Bakar, tak perlu Umar.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya akan muncul daripada keturunan orang ini satu kaum yang membaca Al-Quran tetapi tidak melepasi halkum mereka, mereka keluar daripada Islam sepertimana anak panah keluar daripada buruan, mereka memerangi orang Islam dan membiarkan penyembah berhala. Sekiranya aku sempat dengan mereka, aku pasti akan memerangi mereka seperti kaum ‘Ad.” (Bukhari & Muslim)

Sekarang macam mana? Khawarij ni Islam ke kafir? Nabi kata kafir tu. Ke awak nak kata Nabi yang kafir sebab ‘mengkafirkan orang Islam’?

Apakah buktinya billy benci kpd mereka berdua?

Dia dah kata mereka berdua munafik. Kafir pun dia kata jugak, mengubah hukum Allah, menzalimi Ahlul Bait, mempermain-mainkan Al-Quran, ke awak nak kata ‘sayangkan bini ditangan-tangankan’? billy sayang tuuu…. Dia rindu nak bertemu dengan mereka berdua dalam syurga…
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 09:33 PM | Show all posts
114# sirrikhafi
Woit! Pendapat Sunni towww!!! Bukan sabda Nabi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 09:45 PM | Show all posts
119# sirrikhafi
Awak ni bukan sirri yang aku kenal dulu. Yang aku kenal dulu ialah sirri_khafi. Thread 1650, kredit 867. Awak ni orang lain. Kenapa awak nak menyamar jadi dia? Kononnya dulu Sunni tapi sekarang sudah dapat hidayah dan jadi pro-Syiah?

Sirri yang aku kenal dulu tidak bercakap macam awak dan tidak sejahil awak dalam bahasa Arab.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 12:04 AM | Show all posts
117# sirrikhafi
namun ada riwayat lain yg menjelaskan bahawa Salman, Abu dzar, Al-Miqdad, Khabab, Jabir, Abu Sa'id Al-Khudri dan lain-lain mengatakan bahawa Imam 'Ali as adalah org yg mula-mula sekali memeluk islam dan inilah kelebihan Imam 'Ali as berbandeng para sahabat yg lain.

Mana bukti? Mana sanad?

Imam ahmad dan Imam an-nasaie turut menyokong pendapat ini dgn mengesahkan bahawa tidak ada riwayat saheh yg menjelaskan kelebihan para sahabat kecuali tentang kelebihan Imam 'Ali as.

Mana bukti?

Di samping itu, ada pula sebahagian para sahabat& salaf berpendapat bahawa Sayyidah Fathimah SA adalah insan terbaik selepas Rasul ALLAH SAW.

Mana bukti?

Tegasnya, perselisihan ini akan terus berterusan di kalangan salaf &khalaf,
bahkan juga di kalangan sunni sekalipun,
tanpa ada kesepakatan @ijma' utk menentukan "siapakah yg lebih baik" secara keseluruhannya.

namun begitu,
kelebihan memegang tampuk khilafah@ pemerintahan,
tidak bermakna ianya menafikan kelebihan individu secara keseluruhan.


P/S: rupa-rupanya, golongan sunni pun tiada kesepakatan dlm hal ini.

eeh sedap buat kesimpulan setelah awak hamburkan dakwaan-dakwaan awak yang belum terbukti tuh. Perangai macam Syiah. Awak ingat Syiah tu sepakat sangat ke dalam menentukan Imam-imam mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 12:30 AM | Show all posts

eeh sedap buat kesimpulan setelah awak hamburkan dakwaan-dakwaan awak yang belum terbukti tuh. Perangai macam Syiah. Awak ingat Syiah tu sepakat sangat ke dalam menentukan Imam-imam mereka?
Triple_8 Post at 1-4-2010 00:04


klas gitu.... ....(siri Triple 8)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2010 08:10 AM | Show all posts
reply 121# Triple_8

lol lol lol lmao rotflol

Shaya petrol pump juga kirja adha tarkajut bacha tuan funya posting baanyaaa hilarious hati rasaaah. Customer order pump merah ka hizau ka shaya lufa pih tara hingat, aisehhh.
Tafiii ini tuan funya posting shaya hingat baanyaaa quwat:
--> "...awak ni zahiri spesis baru yang belum dikenal pasti oleh saintis yang muncul selepas kejadian gempa bumi di Haiti."

Shaya research jughak ada found 1 spesis bharu, tuan. Dia funya D.n.a. laghi adha mutasi, shaya codename kasi dia tag: "N4$rù£-oztad-robot-hybrid-salafi-liberal-69"

Shaya hingaaat inni symptom evolusi jughaaa ada fashal... Spesis hybrid syok sundri funya streamline of faith. Dia funya hojjah ilmu adha multi-colour, merah ka hizau ka kalabhu hasyap kaaa, summuwa champoq pih... chameleon ka susumphah ka apa kaa tara hingat jughak, hehehe.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 01:51 PM | Show all posts
Salam,

       Pada hemat saya, mana-mana individu yg cuba menafikan ayat al-Quran yg telah secara jelas menyebutkan tentang sesuatu perkara, individu tersebut tidaklah perlu diberikan layanan yg istimewa. Lebih-lebih lagi, dia turut menolak pendapat tokoh-tokoh utama pemikir Islam dalam usaha membawa agendanya yg tersendiri. Kadang-kala, dia sebenarnya sengaja menimbulkan isu yg remeh-temeh sebagai jalan penyelesaian terakhir demi menyembunyikan masalah utama yg tidak dapat diselesaikannya. Pada hakikatnya, dia mungkin sudah buntu fikiran dan ketandusan idea sehingga terpaksa berbuat apa sahaja demi menjaga maruahnya. Kita sedia maklum perilaku manusia sebegini yg disifatkan oleh ahli sosiologi sebagai tergolong dalam kalangan "Anomic people" adalah berpunca daripada suatu situasi di mana seseorang itu telah kehilangan norma dan pegangan hidup, sehingga akhirnya dia telah mengambil suatu tindakan yg menyalahi akalnya sendiri dan undang-undang kemanusiaan sejagat.

       sirrikhafi pernah mendakwa bahawa dirinya adalah pengikut Zaidiyyah dan Zahiri (apalagi?). Pada masa yg sama, dia juga sering menggesa forumer lain supaya mengemukakan dalil yg QATH'I daripada al-Quran (dia Ahlul Quran bukan?) terhadap mana-mana dakwaan. Jesteru, saya dengan ini secara sukacita ingin meminta sirrikhafi mengemukakan:

       "DALIL YG JELAS, TERANG, TERPERINCI DAN QATH'I DARIPADA AL-QURAN TERHADAP KEWAJIPAN MENGIKUTI SYI'AH ZAIDIYYAH"

       Sekiranya anda GAGAL mengemukakan walau hanya satu bukti sahaja, saya menggesa anda supaya:

       1. MENINGGALKAN KESESATAN tersebut dengan serta merta.

        Atau;

       2. MENARIK BALIK segala KENYATAAN jelik yg telah anda keluarkan sebelum ini terhadap para sahabat r.a.h. dan juga ulama'-ulama' ASWJ serta mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di sini.

       Atau;

       3. Kedua-duanya sekali


Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2010 04:33 PM | Show all posts

Saudara rasa ayat Quran tu dah ada sokongan ke idak?


Saya tak nampak pun apa yg kamu katakan sebagai "sokongan" mahupun "kaitannya" dgn perbincangan ini yaitu ketetapan kafir bagi org yg mencaci muslim lain, ketetapan kafir bagi org yg menolak ijma' &ketetapan kafir bagi org yg menolak khilafah.

adapun hadis yg saudara bawa itu adalah berkaitan org yg bangkrap amalnya di hari akhirat lalu ia di lemparkan ke neraka akibat melakukan perbuatan seperti mencaci, memukul, memakan harta org lain secara batil.
tetapi hadis ini juga boleh di kaitkan juga dgn isu-isu lain seperti isu perbuatan mencaci imam ali as, memukul S.Fathimah SA @memerangi ahlulbaitnya, juga memakan harta ahlulbait secara batil dll.
bahkan ada hadis saheh sunni yg mengkhususkan bahawa menyakiti fatimah bererti menyakiti Rasul sedangkan menyakiti Rasul bererti menyakiti ALLAH.

sedangkan menurut AlQuran pula, org yg menyakiti ALLAH &Rasul Nya, ALLAH melaknat mereka di dunia & di akhirat dan Dia menjanjikan azab yg menghinakan.

adapun org yg menyakiti mukmin lelaki &wanita tanpa kesalahan yg mereka lakukan maka sesungguhnya mereka memikul kebohongan &dosa yg nyata (Al-Ahzab: 57& 58).

namun apa yg dapat kita pastikan dari hadis yg kamu bawa itu ialah,
hadis itu tidak dapat dijadikan hukum ketetapan kufur bagi si pelaku perbuatan itu.
sebaliknya ia hanya tergolong dlm golongan org-org yg zalim @ org yg menzalimi diri sendiri kerana ALLAH sekali-kali tidak akan menzalimi hambanya.


bagaimana pandangan saudara tentang khilafah syaikhain, zun-nurain mahupun mu'awiyah?


Org yg dlm khilafah@ pemerintahannya terdapat hal-hal yg syubhat tentu saja urusannya lebih ringan berbandeng dgn mereka yg memberontak terhadap khilafah kerana menginginkan jabatan khalifah jatuh ke tangan mereka.
hanya ALLAH lah yg mengetahui niat &rahsia yg tersembunyi dlm hati mereka.

bagi saya,
org yg memberontak kpd imam yg di redhai &ahli tauhid,
sedang pemberontak itu pula mendirikan solat &menunaikan zakat,
maka ia boleh di anggap sebagai pelaku maksiat shj.

memberontak tidak menjadikan seseorg itu kafir dan tidak di izinkan melaknat seseorg kecuali setelah kita tahu bahawa ia mati sebagai kafir atau mereka yg sudah pasti tidak akan memperolehi rahmat ALLAH misalnya iblis.

melaknat org yg memiliki sifat di atas tidak ada manfaatnya.

islam mengizinkan muslim melaknat pelaku maksiat, org-org yg fasiq &zalim hanya secara umum shj.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 05:07 PM | Show all posts
Salam...



Jesteru, saya dengan ini secara sukacita ingin meminta sirrikhafi mengemukakan:

"DALIL YG JELAS, TERANG,
TERPERINCI DAN QATH'I DARIPADA AL-QURAN TERHADAP KEWAJIPAN MENGIKUTI SYI'AH ZAIDIYYAH"


Tidak ada dalil yg jelas &terperinci pun yg menyuruh kita mengikuti syiah, sunni, syaf'ie, hanafi, hambali, zahiri, wahabi serta golongan nasibi dsbnya di dlm AlQuran.
yg ada hanyalah kewajiban ke atas muslim utk ittiba' AlQuran &Sunnah nabi SAW.

adapun di dlm AlQuran jelas menyuruh muslim supaya bertanyalah kpd ahlizzikr yaitu org yg ahli dlm AlQuran &Sunnah.
tak kiralah samaada dia syiah ke, sunni ke, syafie ke, hanafi ke, zahiri ke dsbnya.

bahkan mengikuti &merujuk kpd imam zaidiyah itu adalah selaras dgn ayat:
"maka tanyalah kpd ahluzzikr",
kerana sudah pastilah imam zaid itu adalah seorg yg ahli tentang AlQuran&Sunnah moyangnya yaitu baginda nabi muhammad SAW.

sedangkan ahlulbait itu adalah org yg di sucikan dgn sesucinya.
bahkan tidak menyentuh AlQuran kecuali org-org yg suci jua.
bahkan ada banyak hadis saheh yg menyuruh muslim supaya berpeganglah dgn AlQuran &Ahlulbait.

maka kesimpulan dari pertanyaan di atas ialah jelas menunjukkan akan kebingungan si penanya di dlm memahami masalah yg ia tanyakan.

Sekiranya anda GAGAL mengemukakan walau hanya satu bukti sahaja,
menggesa anda supaya:
1. MENINGGALKAN KESESATAN tersebut dengan serta merta.


SubhanaLLAH!
Bagaimana boleh dikatakan kesesatan?
sedangkan nabi sendiri menjamin org yg berpegang dgn AlQuran &Ahlulbait tidak akan sesat buat selama-lamanya.


2. MENARIK BALIK segala KENYATAAN jelik yg telah anda keluarkan sebelum ini terhadap para sahabat r.a.h. dan juga ulama'-ulama' ASWJ serta mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di sini.


SubhanaLLAH!
apakah buktinya kenyataan jelik yg telah saya keluarkan?
setelah saya mengemukakan hujjah-hujjah saya yg bersandarkan dalil AlQuran, Sunnah nabi &asar ahlulbait.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 06:03 PM | Show all posts
Tidak ada dalil yg jelas &terperinci pun yg menyuruh kita mengikuti syiah, sunni, syaf'ie, hanafi, hambali, zahiri, wahabi serta golongan nasibi dsbnya di dlm AlQuran.


Haa, baik! Sekarang mari kita saksikan senario yg sungguh menarik sekali.

Berdasarkan kenyataan anda yg sering diulang-ulang sebelum ini iaitu:

Ada tak dalil dari AlQuran &sunnah tentang kekafiran org yg menolak kekhilafahan syaikhain &zun-nurain?


Lalu saya bertanya: Ada tak dalil dari al-Quran & Sunnah tentang kewajipan mengikuti Syi'ah Zaidiyyah?

ada tak dalil AlQuran &Sunnah tentang kekafiran org yg menolak ijma'?


Ada tak dalil daripada al-Quran tentang kebenaran Syi'ah Zaidiyyah?

Ada tak dalil dari AlQuran &Sunnah?


Sekali lagi, ada tak dalil daripada al-Quran & as-Sunnah?

Dan jawabnya;

Tidak ada dalil yg jelas &terperinci


Dan, saya pulangkan paku buah keras:

tapi mcmana hujjah tu boleh jadi bernilai jika tiada dalil sokongan dari AlQuran &Sunnah ?


kerana sudah pastilah imam zaid itu adalah seorg yg ahli tentang AlQuran&Sunnah moyangnya yaitu baginda nabi muhammad SAW.


Ini hanyalah satu tukasan anda semata-mata tanpa berlandaskan bukti dan alibi yg kukuh daripada al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yg biasa anda war-warkan itu! Mana bukti?

sedangkan ahlulbait itu adalah org yg di sucikan dgn sesucinya.
bahkan tidak menyentuh AlQuran kecuali org-org yg suci jua.
bahkan ada banyak hadis saheh yg menyuruh muslim supaya berpeganglah dgn AlQuran &Ahlulbait.


Nah, buat kesekian kalinya saya menjamu anda dengan mahjong buatan sendiri:

So "kamu & mereka" tuh syaikhain, zun-nurain & muawiyah shj ke?
dan dlm ayat tu, ada ke sebut nama syaikhain, zun nurain, mu'awiyah ke?
kalau para sahabat, terlalu umum pula.
sebab kalau dlm hadis, org munafik pun nabi anggap sahabat juga.


"Ahlul Bait" di dalam al-Quran dan hadith ialah Imam Zaidiyyahkah?
Dan dalam ayat tu, ada sebut nama Imam Zaidiyyahkah?
Kalau Ahlul Bait, terlalu umum pula.
Sebab Syi'ah Imam 12 (billionaire dan yg seangkatan dengannya) mengatakan bahawa ayat tathir itu tiada pula menyebutkan Imam Zaidiyyah. Anda ada bukti?

jawab ajelah besertakan dalil-dalil, burhan-burhan,& bukti-bukti yg kukuh dari sisi Nya.
takkan itupun tak boleh????


Hendak membuktikan bahawa pegangan anda itu benar berdasarkan al-Quran pun tak boleh? Mana dalil-dalil, burhan-burhan dan bukti-bukti yg kukuh dari sisi-Nya?

Bagaimana boleh dikatakan kesesatan?
sedangkan nabi sendiri menjamin org yg berpegang dgn AlQuran &Ahlulbait tidak akan sesat buat selama-lamanya.


Ini yg anda sendiri nyatakan:

Mcmana nak pakai ayat tu kalau tidak QOT'IE TSUBUT.


Sedar tak apa yg anda ujarkan ini? Bagaimana anda boleh membina keyakinan terhadap suatu ajaran yg tidak berdasarkan "QOT'IE TSUBUT"??

Bagaimana mungkin anda menerima sesuatu ajaran yg langsung tidak pernah disebutkan oleh al-Quran seterusnya memandang rendah kalangan ulama' ASWJ?!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 06:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 1-4-2010 19:12

Kalau awak nak kata awak tak petik daripada sesiapa, ia terbit daripada akal sanubari awak yang telah mendapat hidayah daripada Allah taala, awak tahu tak apa maknanya ‘selepas Al-Quran’ itu? Kalau 100% sahih, bukan lagi ‘selepas Al-Quran’ tapi sudah ‘setaraf dengan Al-Quran’.


Syukur kpd ALLAH.
Semunya datang dari ALLAH jua.
semuanya adalah milik Nya.


Dalam kata-kata awak tu sendiri
sudah ada percanggahan dengan dakwaan awak semua hadis dalam Bukhari tu sahih.


Betul jugak tu.
itukan saheh di sisi bukhari.
samalah mcm pendapat kamu juga,
mungkin saheh di sisi kamu tapi tak semestinya saheh di sisi org lain pula.
semuanya subjektif &zhonni belaka.
tak perlu di pertikaikan lagi.


Salah satu daripadanya ialah mereka membenci sahabat.


Tak cukup bukti tu.
kena ada dalil &bukti yg qot'ie tsubut terlebih dahulu.


Apa punya soalan daa… kalau awak nak jawapan jugak,
fadhilatnya ialah akan nampaklah lagi ‘kebenaran’ Syiah dan ‘kesesatan’ Sunni.


Kebenaran tidak di ukur berdasarkan org @ sesuatu golongan.
kenalilah kebenaran itu terlebih dahulu.
nescaya kamu akan mengenali siapa ahli kebenaran itu.


Aku bawak pendapat-pendapat imam 4 mazhab tambah lagi orang-orang lain termasuk zahiri, awak kata aku taqlid? Awak ni reti ke tidak taqlid tu hapakebenda? Nampak sangat la kejahilan basit awak tentang makna taqlid.


Memang itulah namanya taklid tapi taklid kamu ni adalah jenis taklid buta.
yaitu mengikuti sesuatu secara membuta tuli tanpa ada suatu dalil &bukti dari AlQuran mahupun Sunnah.
taqlid sebegini adalah taqlid yg di cela.


Daripada kata-kata dan ‘penghinaan’ awak terhadap  imam-imam besar Sunni di atas, cukup jelas sekali awak ni bukan Sunni dan saya tidak akan menganggap saya sedang bercakap dengan seorang Sunni lagi. Rasanya cukuplah setakat tu saya bawakan hujah daripada Sunni. Kalau saya bawa 100 lagi pun, awak akan tonggeng punggung saja. Sebab awak bukan Sunni. Pendapat ulama-ulama besar Sunni tidak ada nilai sedikitpun bagi awak melainkan yang sesuai dengan hawa nafsu awak saja. Untuk seorang Sunni, itu semua sudah cukup sebagai bukti kekafiran pencaci sahabat Nabi.


kata Dr Yusuf al-Qaradawi:
"Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang.
Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka.


Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.


Jelas sekali, awak ni bukan zahiri. Zahiri ada usul dan kaedah mereka. Mereka terima ijmak sahabat, tapi awak menolaknya dengan penuh bangga. Kalau nak kata zahiri jugak pun, awak ni bukan zahiri yang semua orang di sini kenal,
awak ni zahiri spesis baru yang belum dikenal pasti oleh saintis yang muncul selepas kejadian gempa bumi di Haiti.


Ijma’ yang di terima mazhab zahiri adalah ijma’ seluruh ulama mujtahid dari dulu hinggalah skrg.
sesuai dengan pengertian ijma’ yang dikemukakan ulama usul fiqh.

pendapat mazhab Zahiri ini merupakan bahasa halus dalam menolak kehujahan ijma’.
karena ijma’ seperti ini tidak mungkin terjadi seperti yang dikemukakan oleh Imam asy-Syafi’i.


Satu lagi contoh kejahilan ‘ahli tafsir’ sirri tak khafi. Qot’ie tsubut, zhonni tsubut dan qot’ie dalalah pun tak reti lagi tapi dah mengaku dirinya Ahlul Quran dan buat tafsiran sendiri.
Ada pulak dikatanya ada ayat Quran yang tidak qoth’ie tsubut.


Apabila ada dalil sokongan yg mengkhususkannya,
maka jadilah ia qot'ie tsubut.
apabila tiada dalil sokongan yg mengkhususkannya,
maka jadilah ia zhonni dalalah meskipun penukilannya bersifat qot'ie.


Hari tu awak sudah pun mempamerkan kejahilan awak bila awak menjawab dengan ‘amara.’ Awak tak reti lagi ke dalam bahasa Arab ni, ‘amara’ dengan makna memerintah mutaaddi kepada 2, salah satu daripadanya dengan shilah haraf jar iaitu ‘ba.’
Sekarang sila tunjukkan kepada saya mana dia shilah tersebut atau kejahilan awak tentang bahasa Arab akan bersinar dan bergemerlapan bak bintang-bintang di langit pada musim sejuk.


Saya dah kata,
bahasa hadis tak boleh dijadikan hujjah kerana lafaz hadis kebanyakkannya adalah mutawatir makna,
bukan mutawatir lafzi.
sedangkan perubahan yg terjadi pd makna,
itu lebih sukar ditelusuri berbandeng perubahan pd lafaz.
maka, saya jauh lebih berhati-hati dlm hal makna berbandeng lafaz @teks.

maka dgn ini, amara adalah lafaz yg saheh.
so, tak perlu di pertikaikan lagi dgn kekdah lughah dsbnya.


…dan satu lagi yang menimbulkan persoalan ialah, sejak bila awak terima istilah ‘qot’ie tsubut & zhonni tsubut’? Mana dalil keduanya dalam Al-Quran? Bukankah awak hanya akan terima sesuatu sekiranya ada dalil yang jelas dalam Al-Quran? Suda murtad daripada Ahlul Quran ka?


Saya tak nampak pun dalil ketetapan kafir dlm ayat itu kerana ayat itu jelas hanya merujuk kpd kafir musyrikin makkah shj.
lagipun ayat itu bukan lah ayat hukum seperti ayat perintah, ayat larangan dsbnya.


Kalau Zaidiyyah,
mustahil awak akan bela pembenci sahabat kerana Zaid bin Ali sendiri berlepas diri daripada orang yang mencaci sahabat dan tidak mahu bersekongkol dengan mereka dalam perbuatan tersebut


Perbuatan imam zaid itu selaras dgn sunnah nabi.
tapi yg pastinya ialah,
imam zaid tidak mengkufurkan org yg berlepas diri dgn syaikhain itu.
sebaliknya, perbuatan sunni yg mengkufurkan org yg berlepas diri dgn syaikhain itu,
tidak ada dalilnya dlm AlQuran mahupun sunnah.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 06:34 PM | Show all posts
Salam...


Lalu saya bertanya:
Ada tak dalil dari al-Quran &
Sunnah tentang kewajipan mengikuti Syi'ah Zaidiyyah?


Saya ulang jawapan saya:
Tidak ada dalil yg jelas &terperinci pun yg menyuruh kita mengikuti syiah, sunni, syaf'ie, hanafi, hambali, zahiri, wahabi serta golongan nasibi dsbnya di dlm AlQuran.
yg ada hanyalah kewajiban ke atas muslim utk ittiba' AlQuran &Sunnah nabi SAW.

adapun di dlm AlQuran jelas menyuruh muslim supaya bertanyalah kpd ahlizzikr yaitu org yg ahli dlm AlQuran &Sunnah.
tak kiralah samaada dia syiah ke, sunni ke, syafie ke, hanafi ke, zahiri ke dsbnya.

bahkan mengikuti &merujuk kpd imam zaidiyah itu adalah selaras dgn ayat:
"maka tanyalah kpd ahluzzikr",
kerana sudah pastilah imam zaid itu adalah seorg yg ahli tentang AlQuran&Sunnah moyangnya yaitu baginda nabi muhammad SAW.

skrg saya tanya anda pula:
apakah kewajipan mengikuti sunni, hanafi, syafi'e dsbnya?
ada tak dalil dari AlQuran &Sunnah?


Dan, saya pulangkan paku buah keras:
tapi mcmana hujjah tu boleh jadi bernilai
jika tiada dalil sokongan dari AlQuran &Sunnah ?


Saya telah berikan dalilnya di atas.


Ini hanyalah satu tukasan anda semata-mata tanpa berlandaskan bukti dan alibi yg kukuh daripada al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yg biasa anda war-warkan itu!
Mana bukti?


Apakah anda ada bukti& dalil bahawa imam zaiid itu tidak ahli dlm AlQuran &Sunnah?


Ahlul Bait" di dalam al-Quran dan hadith ialah Imam Zaidiyyahkah?
Dan dalam ayat tu, ada sebut nama Imam Zaidiyyahkah?
Kalau Ahlul Bait, terlalu umum pula.


Mengapa pula mesti di nafikan imam zaid adalah dari keturunan suci ahlulbait?
ada dalil dari AlQuran &hadis ke?

Sebab Syi'ah Imam 12 (billionaire dan yg seangkatan dengannya) mengatakan bahawa ayat tathir itu tiada pula menyebutkan Imam Zaidiyyah. Anda ada bukti?


Bilakah masanya bill mengatakan begitu?
dan apakah kewajipannya utk saya mengikuti segala kata-kata bill pula?
ada dalil dari AlQuran &Sunnah ke?


Hendak membuktikan bahawa pegangan anda itu benar berdasarkan al-Quran pun tak boleh?
Mana dalil-dalil, burhan-burhan dan bukti-bukti yg kukuh dari sisi-Nya?


Apakah buktinya pegangan saya itu tidak berdasarkan AlQuran &Sunnah?
Mana dalil-dalil, burhan-burhan dan bukti-bukti yg kukuh dari sisi-Nya?


Bagaimana mungkin anda menerima sesuatu ajaran yg langsung tidak pernah disebutkan oleh al-Quran seterusnya memandang rendah kalangan ulama' ASWJ?!


Lalu,
Mengapa pula saya mesti menerima sesuatu ajaran sunni yg tiada di sebut dlm AlQuran &Sunnah?





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 07:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 1-4-2010 19:09

Boleh tak awak bagi dalil dia tidak mengkafirkan mereka?”


dlm thabaqat ibnu sa'ad, hayatussahabah& adabul ikhtilaf fil islam ada meriwayatkan bahawa imam ali di tanya tentang ahli jamal yaitu "adakah mereka syirik (kafir)?"
beliau menjawab: mereka org yg menjauhkan diri drpd syirik.
di tanya lagi, "adakah mereka munafik?"
beliau menjawab: org munafiq sedikit sekali mengingati ALLAH.
lalu di tanya lagi "kalau begitu siapa mereka?" beliau menjawab:
mereka adalah saudara-saudara kita yg membuat zalim ke atas kita.


Kalau saya, saya boleh bagi dalil Nabi mengkafirkan Khawarij bahkan menyerupakan mereka dengan kaum ‘Ad, tak perlu Ali, tak perlu Abu Bakar, tak perlu Umar.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya akan muncul daripada keturunan orang ini satu kaum yang membaca Al-Quran tetapi tidak melepasi halkum mereka, mereka keluar daripada Islam sepertimana anak panah keluar daripada buruan, mereka memerangi orang Islam dan membiarkan penyembah berhala. Sekiranya aku sempat dengan mereka, aku pasti akan memerangi mereka seperti kaum ‘Ad.”
(Bukhari & Muslim)


Saya tak nampak pun hadis itu menyebut "kekafiran khawarij".
bahkan berdasarkan hadis ini,
tidak ada pengecualian pun samaada dia golongan sunni maupun golongan khawarij.


Sekarang macam mana? Khawarij ni Islam ke kafir? Nabi kata kafir tu. Ke awak nak kata Nabi yang kafir sebab ‘mengkafirkan orang Islam’?


Tang mana nabi kata khawarij kafir?
tak nampak pun.


ke awak nak kata ‘sayangkan bini ditangan-tangankan’?
billy sayang tuuu…. Dia rindu nak bertemu dengan mereka berdua dalam syurga…


sila fokus dgn isu-isu yg kamu timbulkan dlm thread ni.



Woit! Pendapat Sunni towww!!! Bukan sabda Nabi!!!


Ada kebenarannya kata-kata ulama sunni itu,
melihatkan kpd insiden senario taksub& taklid membabi buta yg menjadi-jadi di kalangan sunni sendiri.



Sirri yang aku kenal dulu tidak bercakap macam awak dan tidak sejahil awak dalam bahasa Arab.


Ini sirri yg sama lah yaitu org yg pernah menyoal kamu tentang tasrif kalimah tahlil.
pasal niknem tu, masaalah teknikal je. ;)



Mana bukti? Mana sanad?


Mana bukti?


Sanad tuh saya belum check kesemuanya.
tapi buktinya ada di nyatakan di dlm kitab ini yaitu:

Salafiyah wahabiyah: Suatu penilaian.
tulisan zamihan mat zin al-ghari dlm bab
"erselisihan al salaf membuktikan mereka bukannya sepakat dlm satu mazhab".


Awak ingat Syiah tu sepakat sangat ke dalam menentukan Imam-imam mereka?


Tapi mereka bersepakat bahawa para imam itu adalah dari kalangan ahlulbait.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 12:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 1-4-2010 19:09

dlm thabaqat ibnu sa'ad, hayatussahabah& adabul ikhtilaf fil islam ada meriwayatkan bahawa imam ali di tanya tentang ahli jamal yaitu "adakah mereka syirik (kafir)?"
beliau menjawab: mereka org yg menjauhkan diri drpd syirik.
di tanya lagi, "adakah mereka munafik?"
beliau menjawab: org munafiq sedikit sekali mengingati ALLAH.
lalu di tanya lagi "kalau begitu siapa mereka?" beliau menjawab:
mereka adalah saudara-saudara kita yg membuat zalim ke atas kita.
sirrikhafi Post at 1-4-2010 19:07


Saja nak celah sikit. Ahli Jamal tu merujuk kepada Khawarij ke?

Bukankah Khawarij tu yang asalnya bersama tentera Ali, kemudiannya berpaling tadah semasa konfrontasi di medan Siffin?

Mengikut riwayat, pembunuh Ali itu membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika membunuh Ali. Mereka kata merekalah yang paling ikut Al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 01:03 AM | Show all posts
Saja nak celah sikit. Ahli Jamal tu merujuk kepada Khawarij ke?

Bukankah Khawarij tu yang asalnya bersama tentera Ali,
kemudiannya berpaling tadah semasa konfrontasi di medan Siffin?


Ahli jamal bukan khawarij.

yg menanyakan soalan itu adalah khawarij.

berdasarkan dari soalan mereka,
mereka menghukum ahli jamal itu musyrik @kafir.
namun imam ali tidak mengkufurkan mereka meskipun mereka beri'tiqad sedemikian ke atas ahli jamal.



Mengikut riwayat,
pembunuh Ali itu membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika membunuh Ali.
Mereka kata merekalah yang paling ikut Al-Quran.


Lantas mengapa kita mengkafirkan khawarij dlm masaalah berpegang dgn AlQuran?

bukankah sebahagian ulama' sunni memuji golongan khawarij contohnya:

Abu Dawud mengatakan:
"Di muka bumi ini, tidak ada yang lebih sahih dibanding hadits kaum Khawarij."

Ibn Taymiyah berkata:
"Tidak seorang pun di muka bumi ini yang lebih jujur dan lebih adil daripada kaum Khawarij."

Kaum Khawarij, menurut ibn Taymiyah, tidak pernah sengaja berbuat dusta.
Bahkan mereka dikenali sangat jujur.
sehingga ada yang mengatakan bahwa hadits kaum Khawarij adalah yang paling sahih. ;)




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2010 01:38 AM | Show all posts
#sirrikhafi

ko ni sirri khafi yang dulu ke? lain mcm je.. ko jgn nk menyamar tau. kalu bukan ade baiknye ko tkr nick ko 2... nanti terkeliru plak orang len nanti.. aha, pe kate ko taruk nick sirehkopi. okeh gaks tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 11:36 AM | Show all posts
Nampaknya sirrikhafi sudah masuk ke dalam jerat sendiri..

Tidak ada dalil yg jelas &terperinci pun yg menyuruh kita mengikuti syiah, sunni, syaf'ie, hanafi, hambali, zahiri, wahabi serta golongan nasibi dsbnya di dlm AlQuran.


Kalau tiada, bagaimana anda boleh menerima Zaidiyyah? Bukankah anda selalu melolong di sana sini bahawa:

Ada tak dalil dari AlQuran &Sunnah?


Anda sibuk memaksa orang lain mengemukakan ayat al-Quran dan as-Sunnah yg secara jelas menyebutkan tentang sesuatu perkara walhal keyakinan utama anda sendiri itupun tidak pernah diperakui walau sekalipun oleh al-Quran!

bahkan mengikuti &merujuk kpd imam zaidiyah itu adalah selaras dgn ayat:
"maka tanyalah kpd ahluzzikr",


Ada sebut dalam al-Quran siapa Ahluzzikr tu? Ada? Tiada bukan?
Anda sendiri mengatakan begini:

Mcmana nak pakai ayat tu kalau tidak QOT'IE TSUBUT.

kerana sudah pastilah imam zaid itu adalah seorg yg ahli tentang AlQuran&Sunnah moyangnya yaitu baginda nabi muhammad SAW.


Saya ulang lagi tulisan saya yg dibuat-buat tidak nampak itu:

Ini hanyalah satu tukasan anda semata-mata tanpa berlandaskan bukti dan alibi yg kukuh daripada al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yg biasa anda war-warkan itu! Mana bukti?


Jelas soalannya? Mana bukti DARIPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

skrg saya tanya anda pula:
apakah kewajipan mengikuti sunni, hanafi, syafi'e dsbnya?
ada tak dalil dari AlQuran &Sunnah?


Saya tidak akan menjawab soalan anda selagi anda tidak berjaya mengemukakan bukti daripada AL-QURAN bahawa SYI'AH ZAIDIYYAH itu benar, dan anda harus mengikutinya!

Saya telah berikan dalilnya di atas.


Saya mahu dalil daripada al-Quran faham?! Yg "QOT'IE TSUBUT" seperti kata anda.

Apakah anda ada bukti& dalil bahawa imam zaiid itu tidak ahli dlm AlQuran &Sunnah?


Bukti utama saya ialah ayat itu tidak "QOT'IE TSUBUT" dan tidak pernah pula di tempat lain dijelaskan bahawa yg dimaksudkan Ahluzzikri itu Imam Zaid. Anda ada bukti? Bukti daripada al-Quran? Yg "QOT'IE TSUBUT"?

Mengapa pula mesti di nafikan imam zaid adalah dari keturunan suci ahlulbait?
ada dalil dari AlQuran &hadis ke?


"Ahlul Bait" di dalam al-Quran dan hadith ialah Imam Zaidiyyahkah?
Dan dalam ayat tu, ada sebut nama Imam Zaidiyyahkah?
Kalau Ahlul Bait, terlalu umum pula.

Bagaimana anda boleh memasukkan Imam Zaid sekali?
Ada dalil yg "QOT'IE TSUBUT" untuk anda berbuat demikian? Ada?

Bilakah masanya bill mengatakan begitu?


Sila lawat thread Hadith Thaqalain atau rujuk sahaja mana-mana posting dia.

dan apakah kewajipannya utk saya mengikuti segala kata-kata bill pula?


billionaire kan idola anda.

Apakah buktinya pegangan saya itu tidak berdasarkan AlQuran &Sunnah?


Kalau sekadar Ahluzzikr dan Ahlul Bait ditambah dengan dakwaan kosong anda ini namanya:

Tidak ada dalil yg jelas &terperinci

Mcmana nak pakai ayat tu kalau tidak QOT'IE TSUBUT.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 11:53 AM | Show all posts
Ah, sebentar..

"QOT'IE TSUBUT"

Apabila ada dalil sokongan yg mengkhususkannya,
maka jadilah ia qot'ie tsubut.
apabila tiada dalil sokongan yg mengkhususkannya,
maka jadilah ia zhonni dalalah meskipun penukilannya bersifat qot'ie.


Ini adalah basic pemahaman yg salah dan saya minta sirrikhafi banyakkan buat homework sebelum masuk ke sini.

Yg saya sebutkan di atas adalah 'nukilan' kata-katanya sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 01:15 PM | Show all posts

Kalau tiada, bagaimana anda boleh menerima Zaidiyyah?


Ada dalil di dlm AlQuran yg menyuruh kita mengikuti ahluzzikr yaitu org yg ahli di dlm AlQuran kerana az zikr itu adalah AlQuran (An-nahl 44).

sedangkan imam zaid itu adalah ahluzzikr.

maka dgn ini harus menerima mazhab zaidiyah.

di sokong pula dgn hadis-hadis mengenai berpegang dgn AlQuran &Ahlulbait.



Anda sibuk memaksa orang lain mengemukakan ayat al-Quran dan as-Sunnah yg secara jelas menyebutkan tentang sesuatu perkara walhal keyakinan utama anda sendiri itupun tidak pernah diperakui walau sekalipun oleh al-Quran!


Apakah buktinya ia tidak di perakui di dlm AlQuran?



Ada sebut dalam al-Quran siapa Ahluzzikr tu? Ada? Tiada bukan?


Mengapa pula tiada?
tentulah ada.
Ahluzzikr itu ialah org yg ahli di dlm AlQuran kerana az-zikr itu ialah AlQuran.



Jelas soalannya? Mana bukti DARIPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?


Jelas dan telah di buktikan dgn dalil qot'ie di atas.



Saya tidak akan menjawab soalan anda selagi anda tidak berjaya mengemukakan bukti daripada AL-QURAN bahawa SYI'AH ZAIDIYYAH itu benar,
dan anda harus mengikutinya!


Saya telah membuktikan keharusan mengikuti imam zaidiyah berdasarkan dalil yg qot'ie dari AlQuran.

ini semua hanya alasan anda utk mengelak persoalan dlm thread ini yaitu soal kekufuran mencaci muslim lain,
soal kekufuran menolak ijma' juga soal kekufuran org yg menolak khilafa + kewajipan mengikuti sunni, hanafi, syafi'ie, hambali, wahabi dsbnya...



Saya mahu dalil daripada al-Quran faham?!
Yg "QOT'IE TSUBUT"  seperti kata anda.


Telah di berikan seperti yg saya katakan.



Bukti utama saya ialah ayat itu tidak "QOT'IE TSUBUT"


Apakah bukti utama ayat itu tidak Qot'ie tsubut itu?



dan tidak pernah pula di tempat lain dijelaskan bahawa yg dimaksudkan Ahluzzikri itu Imam Zaid.


Apakah buktinya di tempat lain itu menjelaskan bahawa ahluzzikri itu sememangnya bukan imam zaid dan apakah buktinya?
ada dalil yg qoti'e tsubut?



"Ahlul Bait" di dalam al-Quran dan hadith ialah Imam Zaidiyyahkah?


Apakah AlQuran &Hadis jelas menafikan imam zaid itu bukan ahlulbait?
ada dalil qot'ie tsubut kah?



Dan dalam ayat tu, ada sebut nama Imam Zaidiyyahkah?


Dan adakah ayat itu jelas menafikan imam zaidiyah?



Kalau Ahlul Bait, terlalu umum pula.


org yg mempunyai pertalian darah lebih utama dlm kitab ALLAH.



Bagaimana anda boleh memasukkan Imam Zaid sekali?
Ada dalil yg "QOT'IE TSUBUT" untuk anda berbuat demikian? Ada?


Bagaimana anda tergamak menafikan imam zaid pula?
ada dalil qot'ie tsubut utk anda berbuat demikian?



Sila lawat thread Hadith Thaqalain atau rujuk sahaja mana-mana posting dia.


Sila berikan rujukan sebagai bukti supaya tidak dituduh menuduh tanpa bukti pula.



billionaire kan idola anda.


Apa buktinya?
tidakkah anda tahu perkataan idola itu membawa syirik?


Kalau sekadar Ahluzzikr dan Ahlul Bait ditambah dengan dakwaan kosong anda ini namanya:
Tidak ada dalil yg jelas &terperinci
Mcmana nak pakai ayat tu kalau tidak QOT'IE TSUBUT.


jadi apakah dalil yg jelas &terperinci serta qot'ie tsubut yg ahlulbait itu bukan ahluzzikr?
atau itu sekadar dakwaan kosong anda yg sentiasa menafikan ahlulbait.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.086563 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list