CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7328|Reply: 40

Abby Abadi, Zul Disaman Kerana Langgar Kontrak

[Copy link]
Post time 4-3-2010 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by kunang_kunang at 4-3-2010 07:40

Abby Abadi, Zul Disaman Kerana Langgar Kontrak         
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


JIKA awal minggu lalu, berita pelakon komedi filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM), Nabil khabarnya akan disaman kerana melanggar kontrak produksi itu, SDAF Pictures Sdn Bhd.

Semalam pula, penerbit telefilem Paku Di Dinding Hati, NorFaiz Ahmad Helimi mengesahkan aktres Abby Abadi dan kekasihnya, Zul Ariffin juga telah disaman oleh produksinya, Aficionado Media Sdn Bhd.

Abby dan Zul didakwa telah melanggar kontrak setelah menarik diridari meneruskan penggambaran drama itu pada Mac tahun lalu kerana pihak produksi telah menjatuhkan air muka mereka.

Lantaran daripada itu, pada April tahun lalu, Nor Faiz telah menyaman kedua-dua pelakon itu.

“Sekarang ini, kedua-dua mereka masih dalam pendakwaan setelah saman dikeluarkan pada April 2009.

“Saya hanya menunggu proses seterusnya daripada pihak mahkamah dan menyerahkan tugas tersebut kepada peguam saya.

“Setakat itu sahaja yang saya boleh komen kerana tidak mahu menghina mahkamah,” kata penerbit yang sedang dalam proses menerbitkan drama terbaru, Mimpi Sabrina untuk Astro.

Sementara itu, Abby yang sedang sibuk dengan penggambaran berasa bengang dan marah apabila ditanya berhubung kes saman itu.

Abby mempertahankan dirinya kerana mendakwa tidak bersalah dalam hal itu sebaliknya menyalahkan pihak produksi.

Turut terdengar sumber yang mengatakan Abby telah menerima bayaran dan hanya melunaskan separuh saja dari penggambaran telefilem itu.

Namun Abby menafikan dakwaan itu dengan menjawab dia langsung tidak menerima apa-apa bayaran.

“Saya tak dapat satu sen pun,” tegasnya dalam nada marah.

Pelakon drama Gerak Khas itu juga mendakwa penerbit itu telah memburukkan dirinya.

“Saya mendapat tahu perkara itu datang daripada mulut produser. Jadi, produser mana lagi selain dia kerana saya tidak pernah berlakon dalam drama lain dengan Zul melainkan telefilem itu,” ujarnya.

Khabarnya Abby berkecil hati apabila membaca laporan di dalam ruangan gosip sebuah akhbar pada Mac 2009 kononnya dia telah mendesak seorang penerbit drama supaya mengambil Zul berlakon bersamanya.


kredit:   mStar Online

*lagi2 saman...skim cepat kaya kalau menang kes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 07:53 AM | Show all posts
macam2 la kisah artis ni....... nasib aku bukan artis
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:03 AM | Show all posts
senang je nak kene saman..huhuhu..macam2 la artis ni...baik la jadi orang biase je..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:08 AM | Show all posts
wat eber....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:10 AM | Show all posts
tak mungkin Aby Abadi bersalah!!
beliau janda yang suci!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:15 AM | Show all posts
tak habis2 nak saman-menyaman

trend zaman skang eh???

makin kayalah laywer2 kat malaysia nih....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2010 08:26 AM | Show all posts
kalau aku artis mesti aku x buat masalah....eheheheh
perasan plak aku nk jd artis....

byr jelah abby....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:38 AM | Show all posts
Kesian, dahlah kena tanggong anak-anak sendirian, tanpa bantuan
bekas suami yang sedang kemarok bercinta dengan gadis ayu dan suci,
sekarang kena saman. Takpa Abby, proses saman makan masa bertahun.
Kalau takda bukti hitam putih, kes dibuang gitu saja...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 08:50 AM | Show all posts
mcm 2 la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 09:20 AM | Show all posts
saman jgn tak saman...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 09:29 AM | Show all posts
saman jangan x saman
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 09:44 AM | Show all posts
macam macam..............
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 09:49 AM | Show all posts
abby berlakon ngan DYH dlm gerak khas dah bertaun..takde masalah pun..hemmmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:35 AM | Show all posts
boringnye laa saman menyaman nih...:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:40 AM | Show all posts
Producer nak cari glamor, tu yang sibuk cakap fasal menyaman Abby
and si Zol, padahal, mungkin akhirnya benda ni senyap je. Bayo loyer
untuk saman makan beribu-riban, sedangkan kerugian yang ditanggong
tak seberapa. Tambah pulak kalau takda itam putih yang membuktikan
Abby and Zol ada terima tawaran dia. Kebanyakan tawaran berlakon ni,
biasanya dibuat pakai MOLOT je, never in black and white. Susah nak
dibawak ke mahkamah yang pentingkan bukti sahih......
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:45 AM | Show all posts
saman menyaman je skrgni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 11:55 AM | Show all posts
errm....
macam-macam...zaman sekrg ni silap sikit terus nak saman-menyaman ...
dunia..dunia
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:59 AM | Show all posts
mcm baru je bc thread td yg abby bcite psl die kne tanggung umah,kte pe sume...nie dah nk kne saman lak....dugaan btol kat die...
sabar ye abby!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 12:01 PM | Show all posts
tak boleh selesaikan ke kalau tak saman menyaman ni? ntah la.....nasib korang la jd artis...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 12:44 PM | Show all posts
skang ni mmg trend saman menyaman ek...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.065127 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list