|
Post Last Edit by kunang_kunang at 3-3-2010 17:02
Penyanyi yang popular dengan lagu “Dan Sebenarnya” ini terbaru dikatakan sedang bercinta dengan gitaris utama kumpulan Estranged. Siapa lagi kalau bukan Hanafi.
Apabila ditanya kepada tuan empunya badan, Yuna menafikan sekeras-kerasnya mereka berdua sedang bercinta. Bagaimanapun, gadis manis ini mengakui beliau mempunyai ramai kawan lelaki dan menganggap hubungannya dengan Hanafi hanya sekadar kawan dalam bidang muzik.
Gosip ini timbul apabila kelibat Hanafi sering dilihat bermain gitar untuk persembahan Yuna di beberapa gig. Kalau betul gosip ini pun, apa salahnya sebab dua-dua sama cantik sama padan.
Tetapi Hanafi nampaknya terpaksa berenggang dengan Yuna buat seketika. Baru sahaja selesai membuat persembahan di Konsert Malam Nada Biru 2 hujung minggu lalu, Yuna sedang sibuk membuat persiapan akhir sebelum berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat.
Seperti yang ramai sedia maklum, Yuna telah menerima tawaran dari sebuah syarikat pengurusan di sana iaitu Indie Pop yang ingin membantunya mencari peluang bagi merakam album dengan syarikat rakaman di sana.
Selain itu, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai turut diberi peluang membuat persembahan di festival muzik South By Southwest diTexas. Pada festival muzik tersebut, Yuna bakal beraksi di atas salah satu daripada 60 buah pentas yang disediakan.
Wah! Inilah dikatakan rezeki. Siapa sangka anak kelahiran Alor Setar, Kedah yang memenangi tempat ke-2 dalam Anugerah Juara Lagu ke-24 ini, kini bakal melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa.
Yuna dijangka akan berada di sana selama 3 bulan. Tahniah dan selamat berjaya diucapkan kepada Yuna dan diharap kepulangannya nanti akan mengharumkan nama Malaysia di persada muzik antarabangsa..
kredit: gua.com.my
*motip posting aku arini pasal org bercinta & putus cinta je? :re: |
|