CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17507|Reply: 18

Bandar enstek

[Copy link]
Post time 19-2-2010 09:52 AM | Show all posts |Read mode
ni den copy dari berita hairan tadi..memacam nak buek kek enstek tu yo. Kolej Tunku Kursiah, Institut Aminuddin Baki, PoliteknikNilai, Maktab Perguruan Teknik, Institut Pendidikan Bahasa, AkademiDewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Latihan Bahasa Inggeris, InstitutPerpustakaan dan Maklumat Negara dan Akademi Kepimpinan Pendidikan.Universiti Sains Malaysia.Universiti Reading danUniversiti Royal Holloway London..hargo umah ehh mahal jugak..kok jadi la semua tompek blaja ngan pusat latihan tu..memang ramai la orang kek situ..jadi cam bangi..

Pelaburan terbaik di Bandar Enstek     Oleh Mona Ahmad
[email=mona@bharian/com.my]mona@bharian/com.my[/email]                               JIKAanda mahu memilik kediaman yang jauh dari hiruk pikuk dan kesibukankehidupan di bandar besar, tetapi masih di lokasi strategik dengandilengkapi sistem pengangkutan yang menghubungkan ke pusat bandar KualaLumpur, Bandar Enstek adalah jawapannya.

  Bandar Enstek menawarkan rumah teres super link Rimbun pada tawaran harga berpatutan.  

    Dengan keluasan 26’ x 80’ dan harga dari RM438,700 ke atas, rumah Rimbun dijadualkan siap menjelang April depan.  
        

    Bagi merasai sendiri keindahan dan keunikan rumah Rimbun yang selesadan luas, singgahlah ke rumah contoh di Bandar Enstek esok antara jam10 pagi hingga 5 petang. Potongan istimewa turut diberikan manakala 10pembeli pertama akan menerima hadiah istimewa.

  Promosi diskaun turut diberikan kepada rumah lain   dijual di Bandar Enstek.

Rumah Rimbun terletak di kawasan timur@enstek yang dibangunkansebagai komuniti terancang meliputi kawasan cadangan pembinaan 12,400unit perumahan terdiri daripada rumah teres super link, town villa,pangsapuri, banglo berkembar dan banglo dengan jumlah pembangunan kasarmelebihi RM2.7 bilion serta dijangka siap keseluruhan menjelang 2015.
                                  Sektor hartanah lain yang terdapat di Bandar Enstek adalah bangunankedai pejabat Mercato dengan harga RM376,800 ke atas dan lebih 60daripada 100 unit sudah habis dijual.

  Selain itu,  produk baru dilancarkan ialah rumah teres setingkat dan dua tingkat berharga antara RM153,636 hingga RM251,100.

Rumah teres dua tingkat De’siran turut dijual dari hargaRM307,719 ke atas manakala unit banglo dua tingkat ditawarkan padaharga dari RM602,092.

Bandar Enstek dibangunkan dan diuruskan oleh TH Propertiesdengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).
                                Terletak di lokasi yang strategik hanya lapan minit berkenderaan dariTerminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan 10 minit perjalanan dariLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malah, kedudukannya lebih mantap kerana hanya mengambil masa38 minit ke Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan ERL dan kira-kira 20minit ke Cyberjaya dan Putrajaya.

Dengan poskodnya tersendiri iaitu 71760, Bandar Enstekmenawarkan rangkaian perumahan, komersial, pembangunan industri daninstitusi yang disokong kemudahan prasarana dan kelengkapan yangmenyeluruh.

Terbaru, Bandar Enstek berjaya menarik pelaburan lebih dariRM1 bilion daripada badan kerajaan dan organisasi swasta dalammembangunkan kemudahan institusi pengajian tinggi dan penyelidikan,selain pusat latihan.

Baru-baru ini, Universiti Sains Malaysia menandatanganiperjanjian persefahaman (MoU) dengan KLEC Ventures untuk mewujudkankampus di Lembah Klang di kawasan seluas 200 hektar (500 ekar) dikenalisebagai Bandar Pendidikan Kuala Lumpur.

Dua universiti terkemuka British, Universiti Reading danUniversiti Royal Holloway London turut menyatakan minat untuk menyertailokasi itu.

edupark@enstek juga akan menempatkan beberapa pusat pengajiantinggi seperti Kolej Tunku Kursiah, Institut Aminuddin Baki, PoliteknikNilai, Maktab Perguruan Teknik, Institut Pendidikan Bahasa, AkademiDewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Latihan Bahasa Inggeris, InstitutPerpustakaan dan Maklumat Negara dan Akademi Kepimpinan Pendidikan.

Kolej elit, Kolej Wanita Antarabangsa Cempaka (CILC) sudahmemulakan pengambilan pertama baru-baru ini. Sekolah berasrama penuhantarabangsa bernilai RM95 juta itu bakal menempatkan 560 pelajarantarabangsa.

CILC bakal menawarkan kemudahan pendidikan bertaraf dunia dengan kurikulum serta kemudahan asrama untuk pelajar perempuan.

techpark@enstek pula adalah hub industri dan teknologi yangmerangkumi kawasan seluas 209.6 hektar (524 ekar) menempatkan syarikatteknologi bio antarabangsa di Malaysia.

  

Maklumat mengenai Bandar Enstek boleh didapati denganmenghubungi talian 06-799 7886 atau emel keenquiries@th-properties.com.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2010 07:54 PM | Show all posts
rasanya projek pak arab dubai space city tu pon dekat area enstek ni gak..kat sendayan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2010 07:46 AM | Show all posts
rasanya projek pak arab dubai space city tu pon dekat area enstek ni gak..kat sendayan..
shadowmoon Post at 19-2-2010 19:54

dubai space city??camno rupo agak eh..dia nak buat palm island tu ko..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 12:27 PM | Show all posts
xrugi beli umah kat enstek...sbb bandar enstek nk naik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 02:45 PM | Show all posts
tapi nak poie enstek tuh, humang haiiii.......... kok tak boto2 / oghang tak paham jalan eh, buleh sosek....... kuar exit nilai, masuk salak tinggi, baru lar jumpo enstek..... kok tak cam boto2 kek round about tuh, buleh monjalar dibuek eh...... buleh sarat barat.... huhuhu.......

ghumah kek situ memang cantik2...... tak rugi boli ghumah kek situ......
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 01:20 AM | Show all posts
5# andik

laa ingat enstek dekat2 area nilai 3 ke..ikut salak tinggi?jauh la dr tol nilai kalu camtu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2010 10:04 AM | Show all posts
xdela jauh dr tol nilai..ikut tol klia pon bole gak lps tu ikut jln p lcct masuk kat simpang f1 sepang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 09:07 PM | Show all posts
bobo dah tgk 2-2 tempat nie... sedang mempertimbangkan nak cari ghumah kat enstek atau kat sri sendayan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2010 09:31 PM | Show all posts
sesape berkemampuan bole la beli umh
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 03:05 AM | Show all posts
sape dok area sini memang bertuah, sume dekat.
prasarana lengkap.

kroit dok kuarters je, 12 tahun dah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 03:18 PM | Show all posts
Humm, den bolum ponah laie poie ko Enstek ... cadang eh nak dapekkan umah samo ado kek Nilai atau Somban Duo ....

Den kono poie skodeng dolu hargo umah2 kek Enstek .... kalu bobaloi, nak juo den potimbangkan ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 10:30 PM | Show all posts
11# robotech

mahal benar umah kat enstek... short cut dr sban ke klia/lcct (LBJ) skng pon dah bz nak mampus...
lori lak bawak laju mcm pelesit... bile la dia nak wat jalan beso/4 lanes kat situ....dah tak sanggup ari2
panjang je keta kat jalan tuh,...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 12:15 AM | Show all posts
sume org nk lalu shortcut sbb tu la lagi sibuk..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:32 PM | Show all posts
jln shortcut (LBJ) tuh memang cepat sampai tapi agak bahaya (bagi den la) sebab kawasan sunyi, kiri kanan (certain tempat) ladang getah.  takder lampu jalan lak tuh.... kalo lalu malam2 make sure berkonvoi. kalo sorang2/sebijik kete jek, baik ikut highway. ehhh.... bukan kat situ ker yang kes perompak indon 1 kete kena tembak dek polis tuh???? yang ada adegan kejar mengejar tuh????
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 04:10 PM | Show all posts
Thank you for sharing this with us....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 12:11 AM | Show all posts
jln shortcut (LBJ) tuh memang cepat sampai tapi agak bahaya (bagi den la) sebab kawasan sunyi, kiri  ...
andik Post at 19-5-2010 12:32



diaorng tak de cadangan ke nak upgrade jalan tuh,, scary la lalu situ ari2...
bahaya betul....
kalo malam lagik la serammm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2011 08:38 AM | Show all posts
assalamualaikum,

ada tak sesiapa yang beli rumah kat timor.. saya dah beli kat situ.. dah nak dapat kunci ni.. sajer nak cari jiran kalau ada..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 10:27 AM | Show all posts
salam ,saya orang baru kat forum ni..
menjalankan perniagaan pendawaian elektrik(berpengalaman hampir 10 tahun ,sejak 2002 hingga sekarang)
harap dapat membantu dan bekerjasama di masa akan datang..

BERPUSAT DI NILAI NS
ELECTRICAL WIRING:

1.pendawaian elektrik point baru,tambahan atau pendawaian semula untuk rumah dan pejabat

*point lampu temasuk suis
*point kipas termasuk suis
*point socket 13amp termasuk socket
*point socket 15amp termasuk socket
*point aircond termasuk suis
*point waterheater termasuk suis
*point loceng termasuk suis

2.upah pasang lampu,kipas,waterheter,loceng dan lain2
3.pendawaian single phase,3phase atau naik taraf sistem single phase ke 3phase
4.urusan mohon meter tnb single phase dan 3phase atau upgrade meter

PENDAWAIAN MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG TELAH DI TETAPKAN BADAN BERWAJIB

TROUBLESHOOT
*pakar dalam kerja2 mengesan dan membaikpulih kerosakkan pendawaian atau kegagalan sistem elektrik:
TRIP,BLACKOUT ATAU YANG BERKAITAN DENGANNYA

KAWASAN:seluruh nilai dan yang berdekatan,pajam,salak,kota seri emas,enstek,kota warisan,gadong dan lain2 tempat pun boleh call

**HARGA BOLEH RUNDING (MURAH ATAU MAHAL),MENGIKUT KUALITI YANG DI MINTA**

BERMINAT??bila2 pun boleh call atau EMAIL:ml_teras@yahoo.com
manletrik:012-601 4537/019-342 7217
atau boleh check pada laman web di bawah:
http://www.mudah.my/Troubleshoot ... putra+-10693920.htm
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 03:19 PM | Show all posts
ada rumah lelong di enstek

dari rm90k naiksampai rm155k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.068890 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list