CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7255|Reply: 2

www.konsumerkini.net.my - Portal isu kepenggunaan

[Copy link]
Post time 5-2-2010 04:18 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 5-2-2010 16:21

Konsumerkini portal berita inisiatif FOMCA untuk pengguna

05/02/2010 4:09pm

PETALING JAYA 5 Feb. – Pengguna di Malaysia kini boleh mendapatkan maklumat tentang pelbagai isu berkaitan kepenggunaan menerusi portal berita Konsumerkini yang dilancarkan hari ini.

Portal ini boleh dilayari di www.konsumerkini.net.my merupakan hasil inisiatif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang memberi maklumat yang benar dan tepat mengenai isu-isu kepenggunaan kepada orang ramai.

Presiden FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason berkata, portal berita itu merupakan langkah bagi memudahkan semua pihak untuk berhadapan dan memahami sesuatu isu dengan bijak dan rasional.

"Apabila berhadapan dengan isu seperti misalnya kenaikan harga makanan dan bahan api, seringkali yang berlaku ialah tindakan saling salah-menyalah pihak lain.

"Tetapi ini bukanlah cara terbaik untuk menanganinya. Menerusi Konsumerkini, kami sebaliknya dapat menyediakan informasi yang tepat mengenai isu-isu berkaitan kepada penguna,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran portal tersebut dan Kempen Penggunaan Berhemat oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Utama, Shahrir Abdul Samad di sini hari ini.

Sementara itu, Kempen Penggunaan Berhemat dilancarkan sempena Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) 2008-2012 yang bertemakan “Perubahan Bermula Dengan Saya” bagi melahirkan dan membentuk pemikiran pengguna yang matang. –

Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2010 04:25 PM | Show all posts
antara tajuk artikel2 yang ada dalam tu,
menarik2 cadangan nyer dan pendapat;

    *    Selamatkah Alat Permainan Saya?
    * Teknologi Nano, Standard & Pengguna
    * ”Bandar Baru Karbon Sifar” – Meninjau Hala Tuju Pembangunan Lestari dan Strategi Mitigasi dan Penyesuaian Perubahan Iklim di Malaysia
    * Beri tumpuan kepada isu ekonomi
    * Hari tanpa beg plastik
    * Masalah Pengangkutan Awam di Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU)
    * Antara Hak Mengundi Automatik dan Sistem Pengundian Awal
    * Segerakan akta persaingan & peraturan anti percatutan
    * Oops, duit anda telah dipancing
    * Kenakan denda yang tinggi terhadap pemandu bas yang cuai
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 07:09 PM | Show all posts
Good Info Syd..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.389788 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list