View: 4192|Reply: 4
|
Cari member utk menulis buku@skrip drama
[Copy link]
|
|
Salam u all,
Sorry kalau saya parking tempat yg salah, cuma tengok kat thread ni ramai penulis yg berbakat besar.
Macam ni,
Saya mmg betul berminat dalam bidang penulisan dan sekarang ada menulis skrip drama secara suka-suka.
Masalahnya saya ni bekerja dari 9-5, mmg takde masa nak menulis setiap hari, so kerja menulis terbengkalai begitu sahaja, idea mencurah-curah, masa jek yg takde. So, nak cari sesiapa yg mempunyai minat seperti saya takpe tak punya banyak masa utk join saya buat satu group/panel utk menghasilkan buku @ skrip drama.
Bila ada kawan, idea makin bertambah, kerja menulis boleh dibahagi dan tentunya menampakkan hasil! Lepas tu maybe kita boleh jual buku@skrip yg dihasilkan.
Menjadi penulis mmg cita2 terpendam saya namun saya masih mempunyai pekerjaan yg hakiki, sebab tu kalau boleh mahu menubuhkan kumpulan penulis ni.
Ada tak yg berminat? |
|
|
|
|
|
|
|
1# kucincomei
berminat cuma tiada experience menghasilkan skrip drama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Winter,
Saya pun takde experience, cuma bermula dari suka-suka
Tapi yg penting mesti rajin imagine and berangan-angan sikit
U pun kerja juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh skrip yg terbengkalai...ni tgh2 jalan cerita
Scene: Di perpustakaan
Ika sedang sibuk mencari novel di rak-rak buku. Imran terus mengekori Ika dan pura-pura membaca apabila ada pustakawan yang curiga dengan perangai pelik Imran yg terhendap-hendap. Apabila Ika hendak mengambil buku, Imran betul-betul berada bertentangan dan menyergah Ika.
Imran: Hi sweetie!
Ika: (Terperanjat)..oo pocot mak kau...(merenung marah) Takde keje ke?(terus berlalu ke meja)
Imran cuma tersenyum gatal. Terus menuju dimeja Ika duduk
Ika: Sana banyak kosong...apsal sibuk kat sini?
Imran: Sana tak best...sini sgt best...sejuk mata memandang...hihihih...anyway, kenapa awak garang sangat dengan saya? Awak tak suka kat saya ke? (sambil tersengih-sengih)
Ika: Bukan tak suka....(sambil tersenyum, Imran terus tersenyum gembira)...tapi menyampah..meluat...tak suka...benci....tau tak (sambil menjengilkan mata)
Imran: Macam tu ke perasaan awak pada saya? Sedihnya....(buat muka sedih)...saya sedar diri sekarang, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong....(nada sedih)..oklah saya tahu awak meluat kat saya, takpelah ....maaflah kalau selama ini saya sakitkan hati awak....i hope you happy when i’m gone...
Imran bangun terus bangun dan keluar dari perpustakaan. Ika terkesima kerana tidak menyangka Imran terasa dengan kata-katanya yg sekadar gurauan. Ika jadi tidak senang hati.
Ika: Kenapa aku susah hati tengok mamat bangang tu merajuk?....takkanlah aku .....ish..tak mungkin...tak kan aku suka kat dia....aku kesian je kut...(bercakap sendirian). Ika lantas bangun dan keluar untuk mencari Imran
Imran rupanya sedang menunggu di luar perpustakaan. Dia tahu Ika hanya bergurau. Kali ini biar dia mempermainkan Ika. Apabila ternampak Ika keluar dari pintu, dia terus menarik tangan Ika.
Imran: Cari siapa? Cari saya?
Ika: Lepaskanlah...(sambil mengetap bibir) orang nak pergi toilet ....(tapi muka nampak tiba-tiba gembira)
Imran: Ika, sudi ke awak keluar dengan saya? Saya serius ini, saya tak main-main, saya nak jadi kawan awak....actually more than that,saya nak kenal awak, siapa awak yg sebenar....
Ika: Saya tak biasa dengan benda-benda ni, saya minta maaf, saya tak faham kenapa awak selalu kacau saya? Kenapa nak kawan saya? Atau sebenarnya awak nak main-main? Maaf, i’m not that type of girl En Imran, saya budak kampung biasa bukan macam kawan-kawan awak yg lain. Saya minta tolong jgn ganggu saya lagi...(nada perlahan)...pasal hadiah awak tu nanti saya...(terhenti apabila melihat Imran membuat tanda supaya senyap)
Imran: Saya bukan nak main-mainkan walaupun muka macam playboy(tersengih, Ika hanya mencebik). Saya serius pada awak, please bagi saya peluang utk buktikan keikhlasan saya...dan saya ada satu permintaan. Harap awak boleh tunaikan...
Ika memandang dengan penuh tandatanya.
(Dalam hati Ika): Budak ni ada penyakit kot...mungkin ada beberapa bulan lagi nak hidup...kesiannya....
Imran: Sabtu ini, sekolah saya akan adakan annual dinner utk pelajar tingkatan 5, mmg setiap tahun after SPM, akan ada annual dinner, so everybody is invited dan boleh datang dengan pasangan masing-masing. So sudi ke awak menjadi pasangan saya utk dinner tu? Please Ika, saya harap awak sudi...kalau awak sudi bermaksud, awak sudi terima saya sebagai kawan awak....
Ika: Hah? Dinner? Jadi pasangan awak?.....
Ika serba salah. Dia teringat yang dia tak mempunyai pakaian yg sesuai, apatah lagi mmg dia tidak pernah menghadiri acara seperti itu. Ini bukan utk orang seperti dia walaupun dalam hati dia begitu ingin berdamping dengan Imran.
Imran: Ika...say something please. Kenapa? Awak tak sudi atau awak dah janji dengan orang lain?
Ika cepat-cepat mengeleng.
Ika: Maaf Imran, saya bukan tak sudi, cuma saya rasa, saya tak sesuai utk benda-benda seperti ini. Saya tak biasa. Nanti saya malukan awak depan kawan-kawan awak. Kita tak setaraf, saya tahu.
Imran: Itu semua tak penting, yg penting awak bersama dengan saya. I want to be with you.
Ika: Maaf, saya tak boleh...(sambil memandang tepat ke arah Imran)...saya tak tahu nak cakap macamana...maaf.......Saya pergi dulu ( sambil menahan airmata)
Imran hanya memandang dgn muka tidak puas hati. Ika terus berlalu sambil cuba utk tidak menangis. Dia betul-betul mahu bersama Imran tapi dia tahu jurang yang ada diantara mereka. Pasti hubungan tidak direstui.
Ika terus ke bilik air dan menangis sepuas-puasnya. Tidak pernah dia merasa seperti ini. Terbayang-bayang wajah ibu Imran yang bergaya. Kemudian wajah neneknya yang kini kian lesu.
Ika: (bercakap didepan cermin)..kau kena tahu diri Zulaikha, dia bukan utkmu, kau tak layak bersama dia...lepaskan dia, lupakan dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak lagi scene nak kena buat...huwaaaa......... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|