CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yyusryy

Mencari Kebenaran Yang Hakiki

[Copy link]
Post time 13-1-2010 04:54 PM | Show all posts
Salam,

Saya pernah membaca sebuah artikel yang menjelaskan perbezaan persepsiantara agama kristian dan Islam. Menurut penulis artikel itu, perbezaanKristian Islam adalah seperti berikut :

Is ...
tuk Post at 13-1-2010 14:11


apa kena mgena air dgn nama Allah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2010 05:16 PM | Show all posts
bila saudara mengatakan .."nama Allah itu just suatu permainan sahaja bg agama Kristian".. saudara telah menguris hati semua umat Kristian..saya tak salahkan saudara..mungkin saudara tak tahu lang ...
tuk Post at 13-1-2010 12:59


sy x bmaksud nk mguriskan ati pganut agama kristian ayat ptama sy kan "just nk tahu" ...ialah klau dh byk sgt nama tuhan yg mn 1 tuhan sebenarnya...cth anda msk darjah 1 nama ayah lain msk tingkatan 1 nama ayah lain msk universti nama ayah lain pulak dpt kerja nama ayah lain lak..so sapa sbenarnya nama ayah anda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2010 06:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 18-1-2010 17:17

55# kompia23

Hukum agama ada mahkamah syariah... gunakanlah ia..


Memang telah & sentiasa digunakan, tetapi hanya untuk urusan bagi umat Islam & umat Islam sahaja. Baik yang masih Islam mahu pun yang pernah Islam(kes keluar agama/murtad).

Sepasang kekasih yang kedua-duanya bukan Islam, berdua-duaan di dalam sebuah ruang yang tertutup tidak akan di dakwa atas kesalahan jenayah syariah iaitu berkhalwat kerana kedua-duanya tiada kaitan dengan Islam.


Kalau camtu, saudara kena pergi ubah perlembagaan negara kita. Kerana ditulisnya di situ org Melayu adalah beragama Islam.


Kenapa saya perlu mengubahnya? Saya tiada kuasa untuk mengubah perlembagaan negara kita & saya tiada keinginan pun untuk mengubahnya. Sr. sajalah yang pergi membuat tuntutan jika saudara mahu, tak perlu nak libatkan saya. Ini kerana saya membuat kenyataan berdasarkan apa yang tercatat(atau pun tiada)al-Qur'an & bukannya berdasarkan perlembagaan. Carilah ayat di dalam al-Qur'an yang ada mencatatkan perkataan 'Melayu' apa lagi mengatakan Islam adalah hak mutlak Melayu. Islam adalah hak milik orang yang menganuti, mematuhi & menegakkannya.


Tengok kes lina joy... sampai terpaksa keluar negara demi utk berpegang teguh kepada keimanannya.


Untuk kes Lina Joy ini mudah saja, dia lahir sebagai seorang yang beragama Islam justeru beliau tertakluk kepada undang-undang syariah Islam yang telah pun diberikan kuasa yang tinggi khusus untuk kes-kes berkaitan umat Islam di negara Malaysia ini.

Menurut undang-undang Islam, adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang individu Muslim/Muslimah keluar daripada agama Islam. Jadi dia harus menerima tuntutan undang-undang yang tertakluk ke atas dirinya berdasarkan keputusan & tindakannya keluar dari agama Islam jika dia berada di negara ini.

Pun begitu pada pendapat saya, dia sudah 'besar panjang'(dah tua dah pun) untuk membuat pilihan...jadi terpulanglah kepada pilihan masing-masing. Ini kerana ada orang yang mempunyai nama agama, tetapi hidup macam tiada agama atau mengamalkan agama lain tanpa perlu menukar agama pun.

Saya bagi satu contoh la kan; tiada siapa pun yang berhak menyuruh atau melarang seorang budak untuk memakai apa juga pakaian yang disukainya selagi mana dia berpakaian tidak senonoh. Akan tetapi jika budak tadi berada di sekolahnya ketika waktu sekolah, pihak sekolah berhak mengambil tindakan ke atasnya jika dia tidak mematuhi arahan memakai seragam sekolah pada waktunya.


Dia orang akan terima perkataan ini kerana ia adalah terjemahan dalam bahasa Arab dan bahasa indonesia. Seperti kita di sini juga merujuk kepada terjemahan Inggeris.


Wah! Sr. tahu deorang pasti akan menerimanya sedangkan belum pun mereka ditanya. Terpulanglah kan...
Jadi...senang begini sajalah Sr., di Arab biar mereka menggunakan terjemahan mereka & di Indonesia, biar mereka menggunakan terjemahan yang mereka suka. Jika pihak kerajaan mahu pun rakyat mereka tiada masalah, itu urusan mereka.
Untuk di Malaysia, memandangkan saudara kata kita di sini juga merujuk kepada terjemahan bahasa Inggeris, maka 'God' diterjemahkan kepada 'Tuhan'. 'T' huruf besar tu rasanya dah cukup untuk menjadi tanda merujuk kepada tuhan agama Kristian walau apa pun namanya.

Ini kerana 'God' menurut wikipedia(http://en.wikipedia.org/wiki/God),

"God is a deity in theistic and deistic religions and other belief systems, representing either the sole deity in monotheism, or a principal deity in polytheism.[1]"

"God is most often conceived of as the supernatural creator and overseer of the universe. Theologians have ascribed a variety of attributes to the many different conceptions of God. The most common among these include omniscience, omnipotence, omnipresence, omnibenevolence (perfect goodness), divine simplicity, and eternal and necessary existence. God has also been conceived as being incorporeal, a personal being, the source of all moral obligation, and the "greatest conceivable existent".[1] These attributes were all supported to varying degrees by the early Jewish, Christian and Muslim theologian philosophers, including Maimonides,[2] Augustine of Hippo,[2] and Al-Ghazali,[3] respectively. Many notable medieval philosophers developed arguments for the existence of God.[3] Many notable philosophers and intellectuals have, by contrast, developed arguments against the existence of God."

Perkataan 'allah' langsung tidak terlibat pun dalam info ini biar pun ada disebut Christian and Muslim.

Sama je... boleh check kat Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.. yg memangpun guna alkitab terjemahan indonesia.


Jadi sekali lagi saya ulang, untuk terjemahan Indonesia biarlah di gunakan di Indonesia sahaja. Di Singapura & Brunei, terpulang kepada mereka. Kita ada bahasa sendiri, jadi kita gunakanlah bahasa kebangsaan kita. Marilah amalkan ramai-ramai...

Itu bukan pusat agama Kristian seluruh dunia lah. Pusat agama Kristian adalah gereja yg mengamalkan ajaran Yesus Kristus.

Hurm...patutlah.

Jawapannya adalah ya (bm) or yes (english) atau "tui" (Cina). Adakah jawapan saya ini seragam walaupun berbeza bahasa.


Seragam menurut keperluan bahasanya, kerana jika orang bertanya kepada kita.

"Anda orang Melayu? Jawapannya: "Ya".

"Are you Malay?" Jawapannya: "Yes".

"Ni you Malaiwa ren?" Jawapannya: "Tui".(Untuk soalan yang ni saya kurang pasti, jadi sila beri tunjuk ajar.)

& bukannya:

"Anatawa Mare jin desu ka?" Dijawap: "Si."


Jadi untuk isu ini....

English = God

Français = Dieu

العربية = اللهُ

Tagalog = Diyos

Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei = Tuhan*

*(Semua negara-negara ini ada, tahu, mengerti, & faham apa maksud perkataan 'tuhan').
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2010 06:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 18-1-2010 17:29

59# tuk

Islam hanya melihat setitik air itu sebagai setitik air, sementaraKristian melihat di dalam setitik air itu ada gabungan tiga unsur (2hidrogen dan satu oksigen).


Sr. tuk, jika seseorang bertanya kepada anda "kamu memiliki berapa buah kereta?",  adakah anda akan menjawab...

A. Saya cuma ada satu/sebuah kereta sahaja.

ATAU,

B. Saya cuma ada sebuah kereta gabungan satu kerangka/chasis, 4 biji roda, 4 rim tayar, X enjin, Y stereng, Z ekzos, N wiper, bla..bla..bla..bla.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 09:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 13-1-2010 18:17

59# tuk [/b



Sr. tuk, jika seseorang bertanya kepada anda "kamu memiliki berapa buah kereta?",  adakah anda akan menjawab...

A. Saya cuma ada  ...
yyusryy Post at 13-1-2010 18:10

............
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 09:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 13-1-2010 18:17

59# tuk [/b



Sr. tuk, jika seseorang bertanya kepada anda "kamu memiliki berapa buah kereta?",  adakah anda akan menjawab...

A. Saya cuma ada  ...
yyusryy Post at 13-1-2010 18:10


betul la tu, dua-dua jawapan saudara betul...jawapan A kalau saya pilih jawab sekali imbas sahaja...jawapan B kalau saya nak huraikan lebih lanjut lagi yang menerangkan Konsep kepercayaan org Kristian
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2010 03:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 14-1-2010 16:26

Reply post #66

Sekali imbas memang kedua-dua jawapan A & B memang tidak ada salahnya, akan tetapi saya agak musykil dengan sesiapa saja insan yang memilih jawapan B untuk menjawab soalan yang amat mudah & tidak mencabar minda langsung ini.

Sama ada golongan jawapan B ini masih tidak cukup pandai untuk memahami kehendak soalan,
atau terlebih pandai kerana menjawab soalan dengan dengan jawapan yang tidak diperlukan pun.

Baik, mari kita perhatikan kenyataan sr. tuk ini.

...jawapan B kalau saya nak huraikan lebih lanjut lagi yang menerangkan Konsep kepercayaan org Kristian


Perhatikan frasa "huraikan lebih lanjut lagi yang menerangkan" sr. tuk ini & perhatikan pula apa soalannya.

"kamu memiliki berapa buah kereta?"

Ada tak soalan ini meminta huraian & penerangan?
Tiada bukan? Langsung tiada...

kalau saya nak huraikan lebih lanjut lagi  yang menerangkan


Itu kehendak sr., sedangkan soalan ini tak nak pun apa-apa huraian & penerangan.
yang diperlukan cuma satu nombor sahaja. Yang memandai-mandai pi terangkan tanpa diminta tu untuk apa?

(Ada tak emoticon yang geleng kepala tanda sedih & kesian kat sini?)

Oh ya, ada satu lagi perkara menarik tentang contoh yang diberikan sr.tuk(merangkap artikel daripada sr. shalom skali)...& ianya sesuatu yang sangat menakjubkan!Mari kita perhatikan...

sementaraKristian melihat di dalam setitik air itu ada gabungantiga unsur (2hidrogen dan satu oksigen).


Perhatikan perkataan "melihat" di dalam ayat ini.

Rasa sayalah...kan, seorang saintis yang sangat pakar & begitu hebat bidangkimia sekalipun tidak berani mendakwa yang beliau mampu melihat jasad sekecilatom, melainkan dengan bantuan peralatan canggih iaitu mikroskop. Akan tetapi mata seorang Kristian seperti yang memberikan contoh ini begitu hebat sehingga "boleh melihat" gabungan unsur yang membentuk molekul air dari setitis air.Ni hebat ke atau.....fikirlah sendiri kan.

Seorang Muslim hanya nampak setitis air itu tetap sebagai setitis air. Titik!

Dan bila ditanya, "tahukah anda molekul air terbentuk dari unsur-unsur apa?"
Jika si Muslim ini mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang sains, barulah dia menjawab, "molekul air terbentuk daripada gabungan dua(2) atom hidrogen& satu(1) oksigen."

Jadi, konsep & persepsi jenis apa yang hendak disampaikan oleh contoh yang dikemukakan oleh sr. tuk ini sebenarnya?

(Komen: Kalau nak 'kencing' pun agak-agak la...kan. Tapi tak apa la kan, sr. tuk cuma mengambil contoh ini dari orang lain. Tak apa la...bagi can la kan... Tak gitu sr. cariONE?)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 09:47 PM | Show all posts
This was what the priest offered to the children last christmas :

  Kids!  Accept Jesus Christ as Your Lord and Savior and Get a Free PlayStation 3!

This brand new extended PlayStation 3 offer is for children and teenagers only! It may not be used in conjunction with any other Landover Baptist salvation offer.

Playstation 3 Special OfferHey kids!  If your Mom and Dad can't get you a PlayStation 3 for Christmas, you can still get one FOR FREE!  Have you ever heard of Jesus Christ? Well, He's heard of you! And He wants you to have all the cool toys your parents are too cheap to buy! In fact, the Lord Jesus is very upset with your parents that they won't give you all the latest stuff that every kid in America deserves! And Jesus has got your back, because He is your homeboy!  If you've never heard of Jesus, He is an invisible cloud-dwelling deity (infinite lives!) who loves you very much and wants nothing more than to give you a free PlayStation 3!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 10:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 14-1-2010 16:26

Reply post #66

Sekali imbas memang kedua-dua jawapan A & B memang tidak ada salahnya, akan tetapi saya agak musykil dengan sesiapa saja insan yang me ...
yyusryy Post at 14-1-2010 15:50

.................
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 09:47 AM | Show all posts
tuk sila jgn puter belit cerita...

my fren k0mpia... bertaubat lah... skejap kata jesus.. skejap kata h0ly gh0st..

skejap tuhan bapa... pastu nak plak guna kalimah Allah.. malu la sket.. wakakaka

mana satu niiii???... aiyaaaaaaa waakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 03:06 PM | Show all posts
tuk sila jgn puter belit cerita...

my fren k0mpia... bertaubat lah... skejap kata jesus.. skejap kata h0ly gh0st..

skejap tuhan bapa... pastu nak plak guna kalimah Allah.. malu la sket.. wakakak ...
kiuts Post at 17-1-2010 09:47

kuits x baik hang ktawakan org...bb mereka sdri pong msh kliru ngn apa yg mereka pcaya...dan mereka akn cuba mcari kpercayaan org supaya org mpcayai apa yg mereka pcaya
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 03:56 PM | Show all posts
tapi yg ak taw si k0mpia dah mengaku.... g0od k0mpia... ini adalah jawapan yg tepat dan jitu... syabas utk anda sebab memberi pengakuan yg sungguh sempurna sekali...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2010 04:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 18-1-2010 17:45

Mengapa Alkitab(terjemahan bahasa Indonesia) *tidak sepatutnya menggunakan perkataan 'allah' bagi menterjemahkan perkataan 'God' yang dirujuk daripada Bible(English).

*(perkataan "sepatutnya" ini bagi saya, adalah sesuatu yang relatif, kerana manusia jarang melakukan apa yang sepatutnya & seringkali melakukan apa yang tidak patut-patut)


Untuk itu, mari kita lihat apa keterangan Bible sendiri mengenai isu ini:


1. Perkataan 'allah' berasal daripada bahasa Arab. Bible & sejarahnya tidak ada kena mengena dengan bahasa Arab kerana ianya diturunkan kepada nabi-nabi kaum Yahudi, bangsa Israel termasuklah Jesus sendiri.


2. Apakah bangsa Jesus? Kita lihat apa keterangan di dalam Bible;

"7. When a Samaritan woman came to draw water, Jesus said to her, "Will you give me a drink?"
8. (His disciples had gone into the town to buy food.)
9. The Samaritan woman said to him, "You are a Jew and I am a Samaritan woman. How can you ask me for a drink?"(For Jews do not associate with Samaritans.)"
- John 4:7-9 New International Version

["7. Maka datanglah seorang perempuan Samaria hendak menimba air. Kata Yesus kepadanya: "Berilah Aku minum."
8. (Sebab murid-murid-Nya telah pergi ke kota membeli makanan.)
9. Maka kata perempuan Samaria itu kepada-Nya: "Masakan engkau seorang Yahudi, meminta minum kepadaku, seorang Samaria?"(Sebab orang Yahudi tidak bergaul dengan orang Samaria)".
- Yohannes 4:7-9 Alkitab Deuterokanonika]


3. Bible telah pun mengesahkan bangsa Jesus. Jadi apa pula bahasa yang dituturkan oleh Jesus? Sudah tentulah bahasa bangsanya sendiri iaitu bahasa Aramaic(Ibrani/Hebrew). Ayat Bible ini mengesahkannya;

"Jesus said to her, "Mary." She turned toward him and cried out in Aramaic, "Rabboni!" (which means Teacher)."
- John 20:16

["Kata Yesus kepadanya: "Maria!" Maria berpaling dan berkata kepada-Nya dalam bahasa Ibrani: "Rabuni!", (ertinya Guru)."
- Yohanes 20:16]


4. Apakah bahasa yang juga ada di persekitaran Jesus sewaktu hayatnya? Kita lihat ayat Bible ini sewaktu "Jesus" disalibkan;

"Many of the Jews read this sign, for the place where "Jesus" was crucified was near the city, and the sign was written in Aramaic, Latin and Greek."
- John 19:20

("Banyak orang Yahudi yang membaca tulisan itu, sebab tempat di mana "Jesus" disalibkan letaknya dekat kota  dan kata-kata itu tertulis dalam bahasa Ibrani, bahasa Latin & bahasa Yunani."
-Yohannes 19:20)


Komen: Di mana bahasa Arab?


5. Apa yang diungkapkan "Jesus" ketika "dia" berada di kayu salib sejurus sebelum menghembuskan nyawa-Nya? Kita lihat lagi keterangan Bible yang seterusnya ini:

"About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, "Eloi, Eloi, lama sabachthani?"—which means, "My God, my God, why have you forsaken me?"
- Matthew 27:45

"And at the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, "Eloi, Eloi, lama sabachthani?"—which means, "My God, my God, why have you forsaken me?"
- Mark 15:34


("Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?"
Ertinya, " 'Allahku', 'Allahku', mengapa engkau meninggalkan aku?"
Matius 27:46

("Dan pada jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: "Eloi, Eloi, lama sabakhtani?"
Ertinya, " 'Allahku', 'Allahku', mengapa engkau meninggalkan aku?"
Markus 15:34)

Inilah antara kata-kata yang dikekalkan daripada bahasa asal Bible iaitu bahasa Aramaic(Ibrani/Hebrew) & ianya terdapat di dalam hampir kesemua Bible dari pelbagai versi bahasa. Anda boleh memeriksa sendiri dengan melayari laman sesawang www.biblegateway.com dengan menaip kata kunci 'eloi' atau melihat di tempat ayat-ayat ini berada seperti yang telah dinyatakan.

Jadi, "Jesus" sendiri telah menyebut contoh dengan panggilan apa "dia" membahasakan "tuhannya" di dalam ayat Matius 27:46 & Markus 15:34.


Soalan susulan:
a. Di manakah gerangannya keberadaan Bible yang tertulis dalam bahasa asalnya seperti mana yang diterima oleh Jesus ini?
b. Berdasarkan doktrin Tritunggal(Trinity), bagaimana "tuhan" yang pakejnya 3 dalam 1 ini boleh meninggalkan & ditinggalkan diri-Nya sendiri?


6. Jesus sendiri selama hayatnya tidak pernah pergi menjejakkan kaki ke Tanah Arab, apa lagi bertutur bahasa Arab. Bible yang ada di Arab hanyalah salah sebuah versi terjemahan bahasa untuk keperluan setempat. Jika ada ang ingin mempertikaikan kenyataan Jesus ada berkaitan dengan dunia Arab, saya minta sila kemukakan bukti daripada ayat Bible sendiri untuk menyangkal dakwaan ini.


7. Negara kita Malaysia & juga Indonesia tidak menuturkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi atau pun bahasa utama, malah bahasa kedua juga tidak. Biar pun pengaruh bahasa Arab itu sangat banyak di dalam bahasa yang kita tuturkan, namun penggunaan kalimah 'allah' untuk merujuk kepada yang bermaksud 'tuhan' ini tersangatlah janggal penggunaannya seperti contoh yang saya berikan dalam post #32.


8. Bagi umat Islam, penggunaan kalimah 'Allah' ini sangat jelas. Ini kerana 'Allah' bagi umat Islam merupakan nama-Nya yang suci. Mengapa? Mudah saja... Al-Qur'an diturunkan dalam bahasa Arab dialek Quraisy, nabi Muhammad S.A.W. yang menerima(kenabian) & menyampaikan(kerasulan) firman-Nya ini seorang yang berbangsa & bertutur dalam bahasa Arab. Umat Islam seluruh dunia melakukan ibadat khusus & kebanyakan amalan menggunakan bahasa Arab.

Jadi, walau apa pun keputusannya nanti...bagi saya secara peribadi, isu ini bukanlah satu isu yang harus diperbesar-besarkan kerana ada saluran yang dapat digunakan untuk menyelesaikan isu ini. Yang saya lakukan di sini hanyalah menimbulkan persoalan, menmberikan pendapat & pandangan, mengemukakan fakta-fakta, hujah-hujah & hitam-putih yang relevan untuk menyokong pernyataan saya & kemudian mencari kesimpulan.

Tajuk thread ini pun sebenarnya umum & tidak spesifik kepada sesuatu isu, jadi isu kalimah 'allah' ini hanyalah sebagai permulaan & sebab yang kuat kenapa saya menyertai ruangan Forum Agama Kristian ini. Sebenarnya saya di sini kerana sesuatu yang lebih penting dari isu ini, sesuatu yang sangat besar & sangat menarik. Apakah gerangannya? Anda akan tahu apa bila masanya tiba kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 06:36 PM | Show all posts
terima kasih yusry.. baru ak tau yg jesus nih bukan bangsa arab...

patut la dia sebut Eli Eli.. itu disebabkan bahasa ibrani yer...

lain pula dgn Baginda Rasullullah saw yg mmg berbangsa arab..

kredit utk anda yusry atas keterangan yg cukup jelas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 01:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 19-1-2010 13:51

Sama-sama kiuts...

Memang tanggungjawab setiap hamba-Nya yang mengetahui kebenaran untuk menyebarkannya kepada yang tidak mengetahui.

Sifat kebenaran itu sememangnya jelas, kukuh & logik(masuk akal).

Tuhan menjadikan akal, ilmu & logika agar manusia berfikir, menilai & memisahkan yang hak daripada yang palsu.

Itu hanya sebahagian sahaja, banyak lagi yang akan menyusul selepas ini.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 05:03 PM | Show all posts
so mcm mana pula para imam dan professor muslim yg menerima trinity tuh...? yelah convert Christianty...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2010 08:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by kompia23 at 20-1-2010 08:35

56# cariONE

just nk tau adakah nama Allah itu just suatu permainan saja bg agamakristian...buang bila rasa tidak dperlukan guna bila ada rsakpentingan...kenapa sejak wujudnya agama kristian tidak dseragam truspgunaan perkataan Allah itu?


Ianya bukan satu permainan tetapi hakikat yang diterima kebykn org kecuali org kat Malaysia. Sekiranya saudara pergi ke Indonesia yg paling ramai penduduk islam, adakah mereka marah bila org Kristian menggunakan perkataan Allah? Tidakpun. Cuma dkt Malaysia je yg sensitif sgt tu. Nama itu pun bukan nama khas tetapi nama umum yg diberi utk Tuhan bagi org Kristian. "Allah" tu pinjaman bahasa Arab.

Keseragaman tu ada tu, sila saudara pergi rujuk alkitab lama versi bahasa indonesia 15 tahun lepas dengan alkitab sekarang 15 tahun kemudian. Ianya sama je... bukan sekarang je baru guna tetapi dah lama digunakan.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 09:00 AM | Show all posts
62# cariONE

sy x bmaksud nk mguriskan ati pganut agama kristian ayat ptama sy kan "just nk tahu"...ialah klau dh byk sgt nama tuhan yg mn 1 tuhan sebenarnya...cth andamsk darjah 1 nama ayah lain msk tingkatan 1 nama ayah lain mskuniversti nama ayah lain pulak dpt kerja nama ayah lain lak..so sapasbenarnya nama ayah anda


Takpe tu bro. Tak tersinggung pun kami ni. Sekiranya saudara ikhlas dalam menanya.

Nama Tuhan tu memangpun banyak sebab Dia byk gelaran aka nama. Rasanya saudara percaya juga ada 99 nama utk tuhan saudara tu. Jadi adakah ia bermaksud anak kena daftar dgn 99 nama??

Bila kami orang guna Yesus, kami tahu ia merujuk kepada Tuhan. Bila kami gunakan Tuhan Bapa, ia juga merujuk kepada Tuhan. Roh Kudus juga kes yg sama.

Kami percaya Tuhan itu satu, tetapi wujud dalam tiga bentuk. Adakah saudara rasa Tuhan itu begitu kerdil sehingga tidak dapat berbuat demikian???

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 09:23 AM | Show all posts
63# yyusryy

Sepasangkekasih yang kedua-duanya bukan Islam, berdua-duaan di dalam sebuah ruang yangtertutup tidak akan di dakwa atas kesalahan jenayah syariah iaitu berkhalwatkerana kedua-duanya tiada kaitan dengan Islam. [/qoute]

Jadi saudara harus juga gunakan konsep yg sama utk org lain yg menggunakan perkataan Allah tu seperti yg dilakukan di sini.  Sebab hukum saudara tu tidak berkuasa atas yg lain.

[quote] Carilahayat di dalam al-Qur'an yang ada mencatatkan perkataan 'Melayu' apa lagi mengatakanIslam adalah hak mutlak Melayu. Islam adalah hak milik orang yang menganuti,mematuhi & menegakkannya.


Bagus cara pemikiran saudara tu. Jadi tolong cari dalam kitab suci saudara tu yang dikatakan perkataan Allah tu adalah hak mutlak org Islam.

Untukkes Lina Joy ini mudah saja, dia lahir sebagai seorang yang beragama Islamjusteru beliau tertakluk kepada undang-undang syariah Islam yang telah pundiberikan kuasa yang tinggi khusus untuk kes-kes berkaitan umat Islam di negaraMalaysia ini.


Betul tetapi dia telah mengatakan yang dia sudah keluar dari islam, yg juga dimaktubkan dlm perlembagaan Malaysia utk kebebasan memilih agama. Kenapa ini tidak diberi? Kenapa perlu ada diberi kesulitan seperti yg dilalui oleh Lina Joy sampai terpaksa masuk keluar mahkamah.

Jadidia harus menerima tuntutan undang-undang yang tertakluk ke atas dirinyaberdasarkan keputusan & tindakannya keluar dari agama Islam jika dia beradadi negara ini.


Pada pendapat saudara, perlembagaan lebih besar atau undang2 yg saudara katakan tu?

Punbegitu pada pendapat saya, dia sudah 'besar panjang'(dah tua dah pun) untukmembuat pilihan...jadi terpulanglah kepada pilihan masing-masing. Ini keranaada orang yang mempunyai nama agama, tetapi hidup macam tiada agama ataumengamalkan agama lain tanpa perlu menukar agama pun.


Jadi tolong sampaikan pendapat saudara ini kepada mereka yg degil mempertahankan agama terhadap org yg nak murtad. Patut jadi seperti di Indonesia di mana seseorg itu diberi kebebasan memilih walaupun negara islam.

tiadasiapa pun yang berhak menyuruh atau melarang seorang budak untuk memakai apajuga pakaian yang disukainya selagi mana dia berpakaian tidak senonoh. Akantetapi jika budak tadi berada di sekolahnya ketika waktu sekolah, pihak sekolahberhak mengambil tindakan ke atasnya jika dia tidak mematuhi arahan memakaiseragam sekolah pada waktunya.


Betul, tetapi apa yg disarankan dekat sekolah yg dipanggil Malaysia ni?? Satu akta perlembagaan mengatakan tentang kebebasan beragama, satu mengatakan melayu itu muslim? Jadi mana satu yang dipakai.. Takkan boleh pakai dua pakaian seragam sekaligus.

Dia orang akan terima perkataanini kerana ia adalah terjemahan dalam bahasa Arab dan bahasa indonesia. Sepertikita di sini juga merujuk kepada terjemahan Inggeris.


Sama juga dekat malaysia lah....


Jikapihak kerajaan mahu pun rakyat mereka tiada masalah, itu urusan mereka.


Ya ke? kenapa rakyat malaysia ini perlu prihatin sgt pulak dgn rakyat palestin pulak.. itu urusan mereka kan. Saya cuma nak tunjuk mengikut cara saudara je. Sekarang kita dalam zaman globalisasi bukan zaman batu dah... Kita dapat menilai mengikut fikiran kita apa yg betul dan apa yg salah. Lebih lagi, Allah tu ikut zaman Muhammad pun bukan utk org muslim je.. Kalau ia cuma utk org muslim, takde org akan masuk islam kerana ia tidak dibenarkan utk org bukan islam. Tahu apa yg saya nak katakan?

Sama je... boleh check katMalaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.. yg memangpun guna alkitabterjemahan indonesia.


Tahukah saudara ada alkitab terjemahan bahasa malaysia di negara kita?

Jadisekali lagi saya ulang, untuk terjemahan Indonesia biarlah di gunakan diIndonesia sahaja. Di Singapura & Brunei, terpulang kepada mereka. Kita adabahasa sendiri, jadi kita gunakanlah bahasa kebangsaan kita. Marilah amalkanramai-ramai...


Bagus tu, yg dalam bahasa Arab tu kita jgn gunakan juga. Gunakan bahasa malaysia. Jadi rakyat Malaysia sejati.. Yeah!!

"AnatawaMare jin desu ka?" Dijawap: "Si."


Camna You tahu I yg buat?  Lu ni org byk ong oh...

Saudara faham ke apa yg saya tuliskan ini? kalau faham, walaupun beza bahasa tetapi saudara tetap memahaminya kerana isinya tidak lari.

Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei= Tuhan*


Saudara lupa satu

Arab - Allah = Tuhan

Sekian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 01:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 20-1-2010 15:55

79# kompia23

Jadi saudara harus juga gunakan konsep yg sama utk org lain yg menggunakan perkataan Allah tu seperti yg dilakukan di sini.  Sebab hukum saudara tu tidak berkuasa atas yg lain.


Apakah org lain yg menggunakan perkataan 'Allah' yang saudara maksudkan ini tergolong sebagai orang yang beragama Islam sehingga mereka tertakluk kepada undang-undang syariah Islam di Malaysia? Adakah anda, sr. kompia23 seorang Islam hanya kerana anda menggunakan 'allah' di dalam agama saudara? Sudah tentu tidak. Jadi hanya apabila anda seorang yang memiliki syarat untuk beragama Islam sahaja, barulah anda tertakluk kepada undang-undang syariat Islam.

Apa yang sedang berlaku ialah isu 'penggunaan', saya ulang 'penggunaan' perkataan 'allah'. Dan kes ini ibarat perebutan hak dua syarikat yang berlainan untuk menggunakan satu nama bagi syarikat berdaftar yang eksklusif untuk syarikat mereka. Pernahkah anda mendapati ada dua syarikat yang berlainan & tiada kaitan langsung menggunakan nama 'Adidas®' untuk syarikat masing-masing?

Jadi, ini sedang berlaku. Kes ini kes tuntuntan penggunaan 'eksklusif' perkataan 'allah' untuk agama masing-masing iaitu Kristian & Islam di Malaysia.


Bagus cara pemikiran saudara tu.[quote]

Ya, memang bagus pun, terima kasih.


[quote]Jadi tolong cari dalam kitab suci saudara tu yang dikatakan perkataan 'Allah' tu adalah hak mutlak org Islam.[quote]

Baik, untuk menjawab soalan ini...saya ajukan soalan yang sama kepada sr.

tolong cari dalam kitab suci saudara tu yang dikatakan perkataan 'Allah' itu hak agama Kristian?

Tiada bukan. Kedua-dua kitab(al-Qur'an & Bible) tiada menyatakan penggunaan perkataan 'allah' ini khusus untuk siapa?

Namun, mengapa hak mutlak orang Islam & apakah pula dasar atau pun sebab untuk orang Kristian di nusantara ini untuk menggunakan perkataan 'allah'?

1. Bagi umat Islam, 'Allah' adalah nama-Nya...bukan terjemahan untuk perkataan 'tuhan'.
Sedangkan bagi umat agama Kristian & Alkitab di Arab & di nusantara(Malaysia,Indonesia, Brunei & Singapura) perkataan 'allah' ini adalah terjemahan untuk perkataan 'God' & 'tuhan'.

2. Dari mana umat Islam mendapat perkataan 'Allah' ini?
Jawapannya sudah tentulah dari kitab suci al-Qur'an yang menjadi panduan & rujukan umat Islam di seluruh dunia.
Dalam bahasa apakah al-Qur'an ini?
Jawapannyasudah tentulah bahasa Arab.

Sedangkan Bible umat Kristian, selain daripada bahasa Arab & nusantara...tiada perkataan 'allah'. Bahasa Inggeris umpamanya, menggunakan perkataan 'God' di tempat yang diterjemahkan 'allah' ini. Di Filipina, 'Diyos'.
(Untuk rujukan sila layari laman sesawang ini: www.biblegateway.com)

3. Setiap naskhah al-Qur'an yang disampaikan kepada setiap umat Islam & dibaca dalam ibadat@amalan khusus seperti solat(sembahyang), haruslah dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Arab.
Pernahkah anda mendengar umat Islam di Malaysia atau pun di mana-manalah, bersolat lalu membaca bacaan selain daripada bahasa yang digunakan al-Qur'an(Bahasa Arab).
Cuba perhatikan di kaca TV setiap kali masuk waktu solat, bahasa apakah yang digunakan untuk melaungkan azan?
Terjemahan bahasa yang mengiringi bahasa al-Qur'an hanya untuk membantu umat Islam yang tidak menguasai bahasa Arab dengan baik untuk tujuan memudahkan pemahaman isi kandungan al-Qur'an.

Sedangkan Bible yang ada di tangan umat Kristian sekarang ini adalah versi terjemahan atas terjemahan.
Dan setiap terjemahan pula menggunakan istilah yang berlainan.

4. Sila rujuk post #73.


[quote]yg juga dimaktubkan dlm perlembagaan Malaysia utk kebebasan memilih agama.[quote]

Tapi, saudara juga jangan lupa di dalam perlembagaan Malaysia(saya ulang, perlembagaan) juga ada termaktub orang Melayu adalah beragama Islam. Jadi setiap yang beragama Islam di Malaysia tertakluk kepada undang-undang syariah Islam di Malaysia.


[quote]Kenapa ini tidak diberi? Kenapa perlu ada diberi kesulitan seperti yg dilalui oleh Lina Joy sampai terpaksa masuk keluar mahkamah.[quote]

Untuk soalan sr. ini bolehlah diajukan terus kepada pihak mahkamah syariah & dengar sendiri penjelasan daripada mereka. Carilah hakim yang membuat keputusan untuk kes ini & berbincanglah dengannya, saya tiada terlibat.


[quote]Pada pendapat saudara, perlembagaan lebih besar atau undang2 yg saudara katakan tu?[quote]

Pendapat saya mudah sahaja, apa sahaja kes yang melibatkan warganegara yang beragama Islam & hukum-hakam Islam... undang-undang syariah Islam mempunyai hak yang lebih besar ke atas kes sebegini.


[quote]Jadi tolong sampaikan pendapat saudara ini kepada mereka yg degil mempertahankan agama terhadap org yg nak murtad.[quote]

Agama Islam & undang-undang syariah Islam di negara ini memperuntukkan hak seseorang untuk mereka yang ingin menuntut tindakan undang-undang ke atas mana-mana warganegara beragama Islam yang hendak murtad. Seperti mana seseorang individu itu boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika mendapati seorang suami mendera isteri si suami itu sendiri biar pun individu ini tidak mengenali langsung pasangan suami isteri ini & tak mahu masuk campur hal rumahtangga orang.


[quote]Patut jadi seperti di Indonesia di mana seseorg itu diberi kebebasan memilih walaupun negara islam.[quote]

Sekali lagi, sr. sendiri boleh mengemukakan memorandum kepada pihak yang berkenaan...atau jika sr. suka negara Indonesia, sr. bolehlah tinggal di sana atau pun memohon untuk menjadi warganegara Indonesia.
Memandangkan kita di Malaysia, maka kita tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.


[quote]Betul, tetapi apa yg disarankan dekat sekolah yg dipanggil Malaysia ni?? Satu akta perlembagaan mengatakan tentang kebebasan beragama, satu mengatakan melayu itu muslim? Jadi mana satu yang dipakai.. Takkan boleh pakai dua pakaian seragam sekaligus.


"Satu akta perlembagaan mengatakan tentang kebebasan beragama"
Kepada yang bukan Melayu & bukan Islam, mereka bebas beragama mahu pun tidak beragama.

"satu mengatakan melayu itu muslim"
Jika ada dua kriteria ini iaitu Melayu & Muslim, maka mereka tertakluk kepada perlembagaan & undang-undang yang diperuntukkan khas kepada mereka.

Ibarat seperti mana pelajar perempuan yang bertudung, tetapi mereka masih juga memakai pakaian seragam sekolah. Manakala, ada yang tidak bertudung tidak menjadi kesalahan di sekolah itu.


Ya ke? kenapa rakyat malaysia ini perlu prihatin sgt pulak dgn rakyat palestin pulak.. itu urusan mereka kan. Saya cuma nak tunjuk mengikut cara saudara je. Sekarang kita dalam zaman globalisasi bukan zaman batu dah... Kita dapat menilai mengikut fikiran kita apa yg betul dan apa yg salah.


kenapa rakyat malaysia ini perlu prihatin sgt pulak dgn rakyat palestin pulak..

a. Atas dasar kemanusiaan di dunia yang semakin global ini, apakah sr. tiada perikemanusiaan melihat manusia lain dianiaya, dibunuh tanpa sebab yang munasabah & negara mereka dirampas tanpa hak? Ini soal komuniti dunia, bukan setakat agama sahaja. Bukankah konsep agama saudara juga menekankan kasih-sayang? Di mana kasih-sayang anjuran agama saudara ini?

b. Setiap umat Islam adalah bersaudara, seperti yang termaktub di dalam al-Qur'an...tak kira bangsa, tak kira bahasa, warna kulit, kedudukan geografi, status mahu pun asal-usul. Dan setiap umat Islam diperintahkan untuk menyayangi antara satu sama lain leih daripada dirinya sendiri & membela saudara seIslam mereka yang dianiaya atau dizalimi tanpa ada sebab yang kukuh.


[quote]Bagus tu, yg dalam bahasa Arab tu kita jgn gunakan juga.[quote]

Beritahu ini kepada pihak yang menterjemahkan Alkitab sr.

Bagi kami umat Islam, bahasa Arab adalah bahasa di syurga kelak, bahasa tuhan kami yang bernama Allah, bahasa nabi junjungan kami iaitu Muhammad S.A.W. yang berbangsa Arab, bahasa al-Qur'an & syarat wajib untuk melakukan sesuatu ibadah khusus seperti yang telah saya terangkan.


[quote]Camna You tahu I yg buat?  Lu ni org byk ong oh...

Saudara faham ke apa yg saya tuliskan ini? kalau faham, walaupun beza bahasa tetapi saudara tetap memahaminya kerana isinya tidak lari.[quote]

Saya faham, kerana ini bahasa campuran Melayu, English & Tiong Hua yang ada di Malaysia, juga bahasa pasar yang saya fahami. Tapi adakah ini gaya bahasa yang sesuai, yang baik untuk kita berkomunikasi dengan orang lain yang tidak tahu kedua-dua bahasa ini...apa lagi digunakan dalam menterjemahkan kitab suci? Sudah tentu tidak sesuai...

Jadi, mengapa perlu Alkitab terjemahan bahasa nusantara mengambil perkataan daripada bahasa Arab, sedangkan "Jesus" sendiri di dalam tidak berbahasa Arab & tidak menggunakan perkataan 'allah'. Sekali lagi rujuk post #73, apakah maksudnya "Eli, Eli" atau pun "Eloi, Eloi" di dalam ayat Alkitab Matius 27:46 & Markus 15:34?

Maksud "Eli" & "Eloi" sama iaitu "tuhanku" atau "my God".

Jadi jika anda & umat Kristian lain sayangkan "Jesus" anda, mengapa tidak gunakan istilah yang digunakan oleh "Jesus" sendiri?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.313836 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list