View: 3512|Reply: 0
|
taufan laurence landa ostolia barat!!
[Copy link]
|
|
Taufan Tropika Laurence melanda barat Australia
SYDNEY: Taufan Tropika Laurence kini menghala bahagian barat Australia dengan kelajuan angin sehingga 215 kilometer sejam, menyebabkan beberapa bangunan rosak, semalam.
Taufan yang diletakkan dalam Kategori 5 itu membadai ke arah pesisir pantai Eighty Mile Beach, lewat semalam tetapi kelajuannya menurun kepada Kategori 3 di beberapa tempat di sepanjang pantai Kimberley/Pilbara.
Pihak berkuasa Bomba dan Kecemasan Barat Australia berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan segera di beberapa kawasan yang dilanda taufan berkenaan menerusi tinjauan udara, awal hari ini.
揚ada masa ini, kita mempunyai masalah untuk menghubungi penduduk di Wallal dan Mandora. Apa yang penting laporan awal menunjukkan tiada kehilangan jiwa atau kerosakan besar di kawasan terbabit," kata jurucakapnya, Les Hayter.
Tiupan Taufan Laurence dijangka lemah pada penghujung minggu ini tetapi penduduk tetap diberi amaran kerana ia mungkin bertukar menjadi ribut kuat semula. - AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|