CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: makhluk

selepas menJALANG, Yasmin Khanif kini bergelar Produser Filem???

[Copy link]
Post time 23-12-2009 12:16 PM | Show all posts
cepat karier dia naik.. syukurlah rezeki masing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2009 12:49 PM | Show all posts
aiks???jadik pr0duser??
bi0r betik....
something fishy ni..haha...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 01:13 PM | Show all posts
x cantik sgt pun....cam pon*** je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 01:19 PM | Show all posts
die dpt bapak gula berstatus apa?? tan sri?? dato'?? tengku??..

yg maner??
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 01:49 PM | Show all posts
so fast beb.... jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:22 AM | Show all posts

Janganlah Buruk Sangka......

Jawablah!: Janganlah buruk sangkaOleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

Yasmin nafi dirinya ditaja VIP

Mengaku kurang pengalaman tetapi bukan halangan untuk jadi penerbit filem

APABILA mendapat tahu yang pelakon utama filem Jalang, Yasmin Khanif bergelar penerbit, ramai yang sinis. Ada yang mencebik dan tertanya-tanya apakah pelakon yang masih hijau dalam bidang seni itu mampu memikul tanggungjawab seberat itu. Bukan mahu melemahkan semangat atau pandang sebelah mata atas usaha gadis berusia 21 tahun ini tetapi dengan pengalaman yang masih terlalu cetek, mampukah dia berdepan dengan cabaran dan selok belok aktiviti perfileman tanah air?

Timbul dakwaan hasratnya ini mendapat sokongan oleh seorang VIP bergelar Datuk yang sanggup menaja filem terbarunya berjudul Cempaka. Enggan melayan kata-kata negatif khalayak mengenai cita-citanya itu, Yasmin berkata apabila dia melangkahkan kaki dalam bidang lakonan, dia sebenarnya mempunyai sasaran tersendiri iaitu mahu menjadi seorang penerbit.Dan tegas Yasmin, Yasmin Khanif Production (YKP) dibina dengan hasil titik peluhnya sendiri dan bukannya atas tajaan sesiapa.


Hip: Apa yang membuatkan Yasmin yakin untuk bergelar penerbit pada usia sebegini?

Yasmin:
Apabila saya ambil keputusan membabitkan diri dalam bidang lakonan, memang tersemat keazaman untuk menjadi penerbit. Idea ini sebenarnya hanyalah sewaktu saya bersembang kosong dengan pemilik De'Baron Production mengenai hal ehwal penerbitan filem. Masa itu saya terbabit dengan pembikinan filem Jalang. Impian saya semakin tercapai apabila bertemu Datuk Ismadi Mohd Sharif yang membiayai filem pertama saya ini serta jalinan kerjasama dengan De Baron Production serta produksi Dr Movie Production, milik Dr Che Rozmey Che Din yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) Sdn Bhd. Peluang seperti ini datang serentak dan disebabkan semuanya bagaikan sudah bersedia menerbitkan filem ini. Saya tahu ramai yang mempertikaikan hasrat ini. Malah apabila jemputan mengenai majlis pelancaran filem ini diedarkan, ramai yang menelefon saya dan bertanyakan soalan serupa.

Hip: Tak risau dengan cabaran bergelar penerbit? Apa persediaan Yasmin?
Yasmin:
Saya akui pengalaman dalam bidang ini masih cetek. Kalau ada urusan yang saya tak faham, saya akan rujuk pada mereka yang berpengalaman. Lagipun dalam filem Cempaka nanti, saya berlakon sebagai watak utama, jadi pastinya fokus pada lakonan manakala perkara lain akan diuruskan oleh teman saya yang lain. Selain tiga pihak yang saya sebutkan tadi, faktor lain yang membuatkan saya berani kerana adanya sokongan keluarga. Insya-Allah, dengan sokongan mereka, saya akan buat yang terbaik selepas ini.

Hip: Nampaknya Yasmin beruntung sering dapat watak utama dan kontroversi...

Yasmin:
Saya bersyukur kerana walaupun baru menceburi bidang ini, saya berpeluang membawakan watak kontroversi. Saya sedar, memang ramai yang mengkritik lakonan saya untuk filem Jalang. Saya anggap itu kritikan membina. Apabila dapat pegang watak seperti ini menerusi syarikat produksi sendiri, bukanlah bermakna saya menggunakan kelebihan yang ada tetapi kesibukan membuatkan saya tidak dapat menerima tawaran berlakon dari produksi lain. Saya tetap minat untuk berlakon dengan produksi lain.

Hip: Dari mana Yasmin dapat sumber kewangan untuk menubuhkan Yasmin Khanif Production (YKP)?
Yasmin:
Mungkin ramai yang tak tahu, saya berkecimpung dalam bidang modelling sejak umur saya 14 tahun. Dalam usia sebegitu, saya banyak terbabit dalam komersial yang menawarkan bayaran lumayan. Disebabkan usia masih muda dan pada masa itu, saya masih lagi belajar, saya tidaklah membelanjakan pendapatan yang saya peroleh itu. Jadi wang yang saya kumpulan selama tempoh itulah saya gunakan untuk menubuhkan produksi saya ini. Ini adalah hasil titik peluh saya sendiri dan ia tidak ditaja mana-mana orang kaya atau golongan VIP.

Hip: Tapi ada yang mendakwa YKP sebenarnya ditaja oleh seseorang yang bergelar Datuk. Sejauh manakah kebenaran cerita itu?

Yasmin:
Saya akui sebahagian daripada kos filem ini memang dibiayai oleh seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk. Maklumlah, kos menerbitkan filem ini sehingga RM3.5 juta. Jadi kami berkongsi modal untuk menghasilkan filem ini. Tapi hubungan kami hanyalah sebagai kenalan dan rakan sekerja. Sebagai pemilik syarikat yang banyak menerbitkan iklan, dia banyak menawarkan peluang kerja pada saya. Saya harap dengan penjelasan ini segala salah faham dapat dipadamkan

Hip: Bagaimana pula dengan dakwaan Yasmin mempunyai hubungan intim dengannya?

Yasmin:
Itu tidak benar sama sekali. Seperti yang saya katakan tadi, hubungan kami lebih banyak pada kerja. Tak mengapa, saya sudah bersedia untuk berdepan dengan segala kritikan dan tohmahan sejak awal lagi. Cuma saya nak tegaskan di sini, saya sebenarnya tidaklah sejahat seperti dalam filem Jalang itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2009 10:24 AM | Show all posts
aku baik sangka
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:25 AM | Show all posts
heheh sekilas ikan di air...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2009 10:27 AM | Show all posts
yup berbaik sangka antara manusia
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:28 AM | Show all posts
tunggu lah kena raid kat disco nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:37 AM | Show all posts
tunggu lah kena raid kat disco nanti
kukulangau Post at 30-12-2009 10:28

Betul.. aku sokong
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:49 AM | Show all posts
dasat....murah rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:49 AM | Show all posts
Ehehe.. igtkan jangan buruk sangka kpd kelisamanja..



Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:52 AM | Show all posts
sape nihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:52 AM | Show all posts
aku pun berbaik sangkaaa...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:53 AM | Show all posts
baru 21tahun???
muke mcm dh 28++...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2009 10:56 AM | Show all posts
sapa rajin cari thread Yasmin ni ... rasanya ada thread dulu kata dia jadi penerbit ke amendenya, kang leh merge jadik satu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 11:01 AM | Show all posts
SAPE NI....x kenal pun.....21thn ke??nampak cam dah berumur....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 11:05 AM | Show all posts
sapa rajin cari thread Yasmin ni ... rasanya ada thread dulu kata dia jadi penerbit ke amendenya, kang leh merge jadik satu
cmf_yipun78 Post at 30-12-2009 10:56


http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=456423&highlight=yasmin
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 11:11 AM | Show all posts
dia kata dia 'tidaklah sejahat seperti dalam felem jalang tuh'...oooohhh itu macam ka? tidak sejahat, maknanya dekat-dekat nak jahat jugak la tu kannnnnnn....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.417707 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list